ads

Khamis, 16 Jun 2011

06 di bera pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2011 01:29 AM PDT

Mazlan Aliman menyertai jamuan makan malam dalam satu program bersama penduduk tempatan di Parlimen Bera. - Arkib PKB.

SHAH ALAM 11 JUN : Perdana Menteri Najib Razak "silap" memilih Felda dan Felcra sebagai bukti Umno mengamalkan negara berkebajikan kerana hakikat adalah peneroka dua rancangan itu menanggung hutang tinggi dan masa depan tidak menentu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata Najib cuba menutup rekod buruk Felda dan Felcra selepas dua agensi itu diletakkan di bawah bidang kuasa beliau, beberapa tahun lalu.

" Apabila ianya telah dikorporatkan, masyarakat Felda dan Felcra hari ini telah menerima implikasi yang buruk di mana hutang mereka telah meningkat. Hutang mereka sebelum pengkorporatan hanya RM30 ribu tetapi selepas itu, hari ini hutang mereka menjangkau sehingga RM70 hingga RM80 ribu," tegas beliau.

Najib semalam mendakwa Felda dan Felcra adalah contoh jelas Umno-BN melaksanakan konsep Negara Berkebajikan.

Beliau membuat kenyataan itu setelah PAS menegaskan ia mahu menegakkan sebuah Negara Berkebajikan yang selari dengan ajaran Islam .

Mazlan berkata walaupun kerajaan Umno-BN mungkin merancang penubuhan negara berkebajikan, yang nyata ialah matlamat itu tersasar dengan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa sehingga menindas rakyat.

Merujuk kepada Felda, Mazlan berkata nasib generasi kedua dan ketiga peneroka amat tidak menentu.

" Sehingga hari ini generasi kedua dan ketiga Felda, yang duduk di tanah Felda lebih daripada 30 hingga 40 tahun, apa kebajikan yang kerajaan berikan kepada anak-anak peneroka?," kata beliau.

" Adakah sekadar kita hendak berikan mereka gelanggang futsal dan bola sahaja? Sedangkan kita harus memikirkan jaminan masa depan dan hala tuju mereka," tambahnya lagi. - TV Selangor

.

Perdana Menteri dan pimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional mungkin telah dikelirukan oleh laporan media arus perdana semenjak ucapan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" disampaikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar PAS ke-57 baru-baru ini.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan kedangkalan maklumat sedemikian, kami menjemput rakan-rakan dari Felda terutamanya peneroka dan generasi kedua felda dari seluruh Malaysia khususnya di Bera, Pahang untuk menghadiri program penerangan berkaitan "Negara Berkebajikan" yang akan diadakan di Pusat Khidmat Umum Felda Tementi, Bera, Pahang pada 17 Jun 2011 ini bermula jam 9.00 malam.

PAS Kawasan Bera atas muafakat Pakatan Rakyat Parlimen Bera akan membawakan dua orang tokoh berkepakaran tinggi untuk mengupas topik ini; Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Ir. Haji Mohd Nizar Jamaluddin dan Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Saudara Mazlan Aliman.

Yang penting dapatkan maklumat dari semua sumber yang tepat sebelum membuat pertimbangan dan keputusan. Janganlah kita turut terkeliru sebagaimana Perdana Menteri dikelirukan oleh laporan-laporan media arus perdana. - PKB.

Promo program di PKU Felda Tementi 17 Jun 2011 ini. Semua dijemput hadir! - PKB.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RATU KEBAYA KINI <b>DI</b> MELAKA DAN <b>PAHANG</b>

Posted: 15 Jun 2011 01:55 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ratu Kebaya Mak Dara Pancaindera akan menemui anda di Taman Rempah Ratus, Melaka (2 Julai 2011) dan di Bera, Pahang (9 Julai 2011). Pada hari tersebut juga kami akan mengadakan Bengkel Cantik Sihat yang akan dikendalikan ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved