ads

Sabtu, 25 Jun 2011

06 di brinchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2011 12:00 AM PDT


Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 26 Mac 2011 yang lalu, tertunai juga hajat nak membawa encik zauj mendaki Gunung Brinchang. Sangat berpuas hati meskipun kecut perut dengan perjalanan yang mencabar, impian untuk memanjat Menara Gunung Brinchang tidak dapat dilaksanakan kerana cuaca yang mendung bertukar kepada hujan renyai-renyai dan akhirnya hujan lebat :)

Untuk mendaki Menara Gunung Brinchang, tidak perlu kepada kepakaran tertentu tetapi memandangkan cuaca yang sedang hujan (meskipun dalam keadaan renyai-renyai), anak-anak tangganya sangatlah licin kerana menaranya dari besi. Jadi, selain sami'na waato'na dengan kata-kata zauj yang tidak berapa nak izinkan ana memanjat menara ditambah pula kesian dengan budak dalam ni yang asyik kena 'melayan' kerenah ibunya. Maka, hanya melihat menara dari bawah saja.

Takpa, takpa. Lepas bersalin nanti bawa baby tawan Gunung Brinchang! ^_~

Selepas bersiar kuch kuch hota hey di Ladang Teh BOH! kami meneruskan perjalanan ke Gunung Brinchang dengan menaiki kereta. Pak Cik ana selalu juga berkhemah di Gunung Brinchang semasa zaman bujangnya, ada juga bercadang nak buat aktiviti keluarga dengan mengadakan perkhemahan di Gunung Brinchang yang mana pada malamnya boleh menikmati cuaca yang sejuk, dan berkemungkinan besar merasa duduk di dalam awan (",)

Alhamdulillah, sudah beberapa kali menjejaki Gunung Brinchang (sebelum-sebelum ini sudah berjaya naik ke atas Menara Gunung Brinchang) dan beberapa kali juga menikmati suasana duduk di dalam awan. Suhunya yang dingin ditambah dengan kelajuan angin, boleh la perasan seketika tudung umpama bendera yang berkibar megah di atas menara apabila tidak memakai baju panas di luar.

Kali pertama mendaki Menara Gunung Brinchang, memakai baju kurung... Phewww! Sangat menjaga tatasusila dan adab kesopanan sampaikan memanjat menara pun berbaju kurung. Duduk atas menara dalam beberapa minit, angin mula bertiup agak kuat dan gugusan awan pun berarak. Allahuakbar, sejuk la juga sebab seolah-olah terasa ada penghawa dingin dalam baju. Mujur la masa tu tiada orang, bayangkan la dengan angin yang kuat dengan nak pegang baju dan tudung dari tercabut, hehehe.

Memori di Gunung Brinchang, pernah membawa ukhti Syifa' dan rakan-rakannya. Kebetulan, beberapa minit selepas tiba di atas menara, angin mulai bertiup kuat dan gugusan awan bergerak ke arah kami. Merasalah mereka duduk di dalam awan, boleh jadi sejarah dan memori indah. Badan mereka yang kecil comel, kesejukan sehingga menggigil. Masa ni dah ambil iktibar dari peristiwa lalu maka sudah siap memakai t-shirt labuh dan seluar panjang ^_^

Saat berjalan-jalan dengan zauji dan juga sahabat kami, ana membawa bekal dari rumah. Nasi goreng sarapan pagi yang masih banyak dijadikan juadah mengalas perut kami di atas puncak Gunung Brinchang.

"Ok, sekarang kita berada di puncak Cameron Highlands! Sila berbangga... Hehehe."

Melihat keletah anak sahabat yang seolah-olah merasakan 'dunia ini aku yang punya' berjalan ke sini sana tanpa menghiraukan cuaca yang sejuk. Peralihan cuaca dari mendung ke hujan renyai-renyai dan akhirnya hujan lebat kemudian renyai-renyai semula :)

"Mencabar sungguh nak sampai sini."

Hehe, pesakit jantung, darah tinggi dan ibu mengandung tidak digalakkan untuk 'bergalak' nak mendaki Gunung Brinchang meskipun menggunakan kereta atau pacuan 4 roda yang disediakan oleh perkhidmatan pelancong kerana jalannya yang sangat mencabar memerlukan ketahanan diri dan semangat yang kental (kononnya nak mengaku kuat semangat dan kental la ni... :P).

Boleh juga dibanggakan, walaupun tidak mendaki dengan kaki tetapi melepak dan siap makan tengah hari di puncak Cameron Highlands, melawan suhu yang sejuk di puncak Gunung Brinchang adalah salah satu perkara yang tidak semua pelancong menikmatinya ^_~

Foto-foto sekitar Gunung Brinchang


Selesai mengambil makanan...


Lunch hour! Perut lapar...


I don't care whatever happen, I just care my stomach :P


Menara Telekom (line celcom dapat full bar di sini :P) di hadapan dan Menara Gunung Brinchang di belakang (agak terlindung)


Dari Menara Gunung Brinchang, tak nampak apa sebab hujan. Kalau cuaca cerah, masya Allah pemandangannya sangat indah. Boleh nampak Hotel Equatorial yang terletak di Brinchang.

Insyirah Soleha

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2011 09:43 AM PDT

Setelah sepetang di Brinchang, nizam kembali ke hotel untuk rehatkan badan yang sedia penat. :) Walaupun penat ia seronok. :) Jom nizam kongsikan beberapa gambar yang sempat nizam upload.

03062011005

Ni adik-adik nizam yang sentiasa menceriakan abangnya. hehehe. Lokasi: Brinchang.

03062011010

Biasalah kalau dah ramai yang amik gambar mesti ada yang tak tengok kamera. Dalam perjalanan ke puncak Cactus Valley.

03062011012

Segarnya sayur, nizam suka sangat ni. Nasibla tak dapat petik, kalau tak memang nizam makan. hehehe

03062011013

Ni pun segar jugak. Ermm… banyak kan sayur. Bestnyer… :P

03062011014

Senarai harga minuman dan makanan daripada strawberi.

03062011016

Minum petang sikit. Nizam punya Strawberi Sundae. Best tak? total semua RM21.00. Okla sekali sekala kan. Semua ni daripada Strawberi. :)

03062011018

Alhamdulillah… selesai sudah. Habis licin kena makan. hik3

03062011021

Model keychain oleh adik-adik nizam. Nizam tak beli pun. hehehehe…

Lokasi: Cactus Valley

03062011024

Menunggu abang ni putarkan coklat pada strawberi. Yes! tercapai hajat.

03062011025

Strawberi yang sedia di makan… nyummmy….. :P

Lokasi: Pasar Sayur

03062011026

Macam biasalah, adik-adikku menjadi model. hehhe…

03062011034

Sebelum ke pasar malam brinchang, singgah CT Craft. Saja menjamu mata.

steamboat

Setelah penat, nizam balik ke hotel dan pergi dinner 4 beradik. Tunggu Steamboat panas dulu. :)

steamboat

Adik nizam yang sabar menanti. hihihi.

steamboat

Paling suka sayur… hehehe

steamboat

Kacau jangan tak kacau… Makan sampai habis yer. :)

Alhamdulillah… kenyang perut untuk malam ni. Jom tidur, esok bangun pagi nak pergi breakfast pula. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved