ads

Khamis, 9 Jun 2011

06 di bukit ibam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


Sejarah penubuhan skuadron pertahanan udara TUDM | Tepak Sirih

Posted: 27 May 2011 08:52 PM PDT

SEJARAH PENUBUHAN SKUADRON PERTAHANAN UDARA
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Sejarah Pertahanan Udara Negara ini telah bermula sejak tahun 60an. Pada ketika itu, tanggungjawab tersebut adalah dari pihak Britain berlanjutan dari perjanjian Anglo-Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957. Di dalam perjanjian tersebut, pihak Britain

Radar S600

Radar Taktikal Marconi

bertanggungjawab menyediakan keupayaan Pertahanan Udara Terhad (Limited Air Defence Capabilities) ke atas Tanah Melayu dan Singapura. Pihak Britain telah menempatkan dua buah radar jarak jauh, satu di Bukit Gombak, Singapura dan di Western Hill, Pulau Pinang. Sistem ini juga saling dilengkapi dengan pesawat pejuang ringan dan system peluru berpandu yang ditempatkan di Butterwoth dan Singapura.

Setelah tentera Britain berundur dari Timur Jauh pada tahun 1968, tanggungjawab untuk meneruskan keupayaan Pertahanan Udara terletak dibawah organisasi TUDM. Adalah menjadi tanggungjawab TUDM untuk melaksanakan tugas tersebut. TUDM telah menubuhkan tiga unit radar Pusat Pertahanan Udara(PPU) yang dilengkapi dengan system radar taktikal Marconi iaitu di:

a. PPU 1 – TUDM Butterworth pada 1971

Gambaran Recognised Air Picture

Gambaran Recognised Air Picture

b. PPU 2 – TUDM Bukit Jugra pada 1972

c. PPU 3 – TUDM Kuantan pada 1973

TUDM terus mempertingkatkan keupayaan Sistem Pertahanan Udara dengan menubuhkan sistem Malaysian Air Defence Ground Equipment (MADGE). Di dalam sistem ini TUDM dilengkapi dengan sebuah Pusat Operasi Sektor Sector Operation Sector (SOC) di TUDM Butterwoth yang mendapat gambaran radar dari radar (Hughes Air Defence Radar (HADR) di Western Hill. Selain itu, gambaran radar juga diperolehi dari radar Jabatan Penerbangan Awam di Genting dan Senai.

radar Martello S743D

radar Martello

TUDM meneruskan perkembangan sistem pertahanan udara dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MOU) Martello pada tahun 1989. Didalam projek tersebut, TUDM akan dilengkapi dengan dua buah radar jarak jauh jenis Martello, dua buah sistem MARDIS dan sebuah sistem komunikasi taktikal serta meningkatkan keupayaan radar taktikal marconi yang sedia ada.

Apabila sistem MARDIS diserahkan oleh Marconi, maka radar taktikal Marconi telah dipindahkan ke Bukit Kubong, Labuan Sabah. Sistem MARDIS menerima gambaran radar dari radar-radar Martello yang ditempatkan di Bukit Peteri, Terengganu, di Bukit Ibam, Pahang dan juga radar sistem HADR di Western Hill, Pulau Pinang. Dengan gambaran tersebut PPU 3 berupaya melaksanakan tugas sebagai SOC.

Radar Alenia

Radar Alenia


Sistem MARDIS telah diambil alih secara rasmi pada bulan Julai 1996. Unit yang dahulunya dikenali sebagai PPU 3 telah digantikan dengan Skuadron 320 TUDM yang berkuatkuasa penubuhan pada 01 Ogos 1999. Pada tahun tersebut, sistem radar Alenia Bukit Lunchu, Johor telah beroperasi sepenuhnya dan gambaran radar tersebut juga telah disambungkan kepada sistem MARDIS Skuadron 320 TUDM. Dengan pengoperasian sistem Alenia di Bukit Lunchu tersebut maka pada tahun 1999, sistem radar taktikal Marconi di bukit Jugra telah ditamatkan pengoperasiannya dan dimansuhkan secara rasmi.

-Selamat Hari Tentera Udara Diraja Malaysia-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved