ads

Ahad, 26 Jun 2011

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di jerantut</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 01:37 PM PDT

Malam ini pukul 3 pagi Sabtu sebuah bas membawa rombongan Wanita UMNO Bahagian Jerantut akan bertolak dari Jerantut ke KLIA. Rombongan Wanita UMNO Bahagian Jerantut yang membawa 24 AJK dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut akan menaiki pesawat MAS berlepas ke Vietnam pada penerbangan pukul 9 pagi Sabtu.

Ini ialah lawatan sambil belajar Wanita UMNO Bahagian Jerantut ke Vietnam. Tahniah kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Puan Norhelan Mahmud yang kreatif membawa AJK Wanita UMNO Bahagian makan angin sambil buka minda.

Vietnam, secara rasminya Republik Sosialis Vietnam ialah negara paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan. Dengan bilangan penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13 teramai penduduknya di dunia. 

Negara ini juga tersenarai di kalangan "sebelas ekonomi yang seterusnya"; menurut perangkaan kerajaan, kadar kenaikan KDNK mencatat 8.17% pada tahun 2006, iaitu kadar pertumbuhan KDNK kedua terpantas di kalangan negara-negara Asia Timur dan yang terpantas di Asia Tenggara.

Semangat perjuangan rakyat Vietnam wajar dicontohi. Vietnam adalah satu-satunya negara dari Asia Tenggara yang berjaya mengalahkan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam dari tahun 1955 hingga 1975 dan Mongol dalam Perang Mongol dari tahun 1287 hingga 1288.

Hari ini kita melihat Vietnam sudah bangkit ekonominya sebagai harimau baru Asia. Semangat ini yang Wanita UMNO Bahagian Jerantut perlu belajar. Sebagai persiapan menghadapi PRU 13, Wanita UMNO Bahagian Jerantut perlu belajar semangat juang rakyat Vietnam menentang kuasa besar.

Rombongan Wanita UMNO Bahagian Jerantut ini dalam lawatan ke Vietnam selama 3 hari 2 malam. Hari Isnin akan kembali ke tanah air.

WZWH berpendapat elok juga AJK UMNO Bahagian Jerantut mengadakan lawatan ke luar negara sambil belajar. Selain dari destinasi "hot spot" seperti Medan, Pulau Batam, Pulau Phuket elok juga pergi melawat negara yang boleh membuka minda AJK UMNO Bahagian Jerantut.

Seingat WZWH, AJK UMNO Bahagian Jerantut yang majoritinya terdiri dari Ahli Majlis Daerah Jerantut pernah melawat India, China, Australia, dan Filipina. Sepatutnya banyak sudah benda-benda baru boleh difikirkan dan diaplikasi di Jerantut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pernah membawa AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut menunaikan umrah ke Makkah dan Medinah pada tahun 2006. Ketua UMNO Bahagian Jerantut pernah juga membawa rombongan AJK UMNO Bahagian ke Bandung, Indonesia.

Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan di DUN Tahan pernah juga dibawa menunaikan umrah pada tahun 2010 yang pada masa yang sama Presiden PAS, Hadi Awang dan pemimpin tertinggi PAS Pusat "curi telor ayam" mudik ke Ulu Tembeling ketika pemimpin-pemimpin DUN Tahan tiada.

ADUN Pulau Tawar pernah membawa pemimpin UMNO cawangan dalam DUN Pulau Tawar ke Putrajaya.  WZWH tidak pasti di DUN Damak adakah ADUN Damak, Dato' Lau Lee pernah bawa Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan di DUN Damak lawatan sambil belajar.

WZWH teringat pesan dan nasihat DS Najib semasa merasmi mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2010. PM berkata," Ada orang bawa Ketua Cawangan ke Medan, ada orang bawa Ketua Cawangan mengerjakan umrah...kenapa? Kerana mahu kekal jawatan...kenapa tidak derma duit itu tolong rakyat susah...tak payahlah buat rombongan sana , rombongan situ..."

WZWH nak tergelak juga dengan kenyataan DS Najib ni. DS Najib , orang Jerantut ini orang ulu nak merasa juga melancong. Nak merasa juga tengok tempat negara orang, kalau bagi peluang mengadap Kaabah, orang Jerantut nak merasa juga. Lainlah DS Najib atau TS Muhyiddin dan para Menteri selalu keluar negara.

Lagi pun UMNO Bahagian Jerantut ini tidak pelik kepada sesiapa pun samada dari Ketua UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian, pimpinan sayap hinggalah ke ahli-ahlinya. UMNO Bahagian Jerantut tidak kisah kepada sesiapa pun. Ini satu-satunya UMNO Bahagian yang unik dalam negeri Pahang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved