ads

Khamis, 9 Jun 2011

06 di kampung awah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


Dua Pelajar Sekolah Maut | MyNewsHub (BM)

Posted: 06 Jun 2011 11:15 PM PDT

KUANTAN – Dua pelajar sekolah menengah  maut apabila motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta dalam kejadian di  Kilometer 19 Jalan Maran-Jengka, kelmarin.

Mereka yang maut ialah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Mohamd Azmir, 14 dan Mohamad Khairuzzaman, 15.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 4.15 petang apabila motosikal Modenas yang ditunggang mangsa cuba memintas sebuah kenderaan di hadapan di sebuah selekoh.

Ketua Turus Trafik Pahang, Deputi Supritendan  Mohd. Najid Jusoh memberitahu, semasa memotong motosikal yang dinaiki  kedua-dua mangsa memasuki arah bertentangan.

"Ia menyebabkan motosikal itu bertembung dan merempuh sebuah kereta jenis Proton  dari Kampung  Awah ke Bandar Pusat Jengka," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau memberitahu, kemalangan itu turut melibatkan seorang penunggang motosikal  yang berada di belakang kereta mangsa.

"Penunggang motosikal itu patah tulang kaki  manakala pemandu kereta yang dirempuh itu tidak mengalami sebarang kecederaaan," katanya. – mynewshub.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved