ads

Sabtu, 18 Jun 2011

06 di lanchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di lanchang - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 08:02 AM PDT

Iffah Hidayati: Kali ini: <b>LANCHANG</b> dan TEMERLOH

Posted: 07 May 2011 08:45 AM PDT

Saya baru pulang dari Felda Bukit Damar di Lanchang. Letaknya di negeri Pahang.

Saya menziarahi keluarga angkat saya di sini. Sudah lama saya tidak pulang menziarahi mereka. Bergerak dari UIA selepas waktu kerja semalam dan sampai di sana satu jam kemudian.

Kawasan rumah abah

Saya pulang bersama dengan adik saya, angah dan rakan saya, Aza. Aza begitu teruja untuk mengikuti saya. Haha. Malam itu, lauk pucuk ubi dan petai masak tempoyak, ikan goreng dan ayam kari menjadi santapan perut kami yang berkeriuk sedari petang. Enak sungguh masakan mak.

Saya berkeluarga dengan abah dan mak semenjak tahun 2008. Sempena program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa undang-undang kuliyyah Ahmad Ibrahim. 

Abah saya umurnya sudah menginjak ke angka 70..tetapi dia masih lagi kuat memandu wira aeroback nya yang berwarna hijau itu. Masih mampu  memesin rumput di laman hadapan rumah dan mengikuti segala aktiviti keluarga.Pagi hari ini abah dan mak ke Temerloh untuk mengikuti kursus haji. Maka,saya mengambil kesempatan untuk melihat-lihat bandar Temerloh yang terkenal dengan jolokan bandar ikan patin ini ditemani kak long yang sanggup datang dari Kampung Chempaka. Sementara menunggu abah dan mak mengikuti kursus mereka, saya,angah,Aza dan kak long mengambil angin di tepi Sungai Pahang yang lebar dan keruh air teh susu macamnya. Sempat juga kami menaiki sampan panjang yang berulang alik ke seberang untuk menghantar mereka yang masih menggunakan perkhidmatan  ini.

Usai kursus, kami membuntuti kereta abah ke kedai yang menjual ikan patin. Ikan patin sangkar. Tengah hari itu, lauk kami ikan patin masak tempoyak dan kangkung goreng. Sebelah petang, kami menziarahi cucu abah. Baru berusia 30 hari. Berat 3.8 kg. Alahai, kecil sahaja tapi sungguh comel. Pulang berjalan kaki, kami singgah di rumah jiran. Terpegun melihat buah jambu batunya yang bergayutan di pohonnya. Apalagi, pesta memetik jambu air berjalan dengan meriah. Haha. Sayangnya, saya tidak membawa kamera ketika itu.Selepas solat Maghrib, kami pulang meninggalkan Bukit Damar. Saya berdoa keluarga angkat saya sihat sejahtera dan moga saya dapa berkunjung lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved