ads

Sabtu, 18 Jun 2011

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Secawan Kopi Panas: Satu malam <b>di pekan</b> feringgi

Posted: 17 Jun 2011 03:39 AM PDT

Dua puluh lima ringgit, bang..


Mahalnya.

Tak mahal bang. Kalau tak, empat puluh.


Tanpa banyak soal, kami ambil juga.  Bukan tak pernah merasa.  Pernah.  Banyak kali. Tapi itu dah lama dulu.

Kami bergerak meninggalkan tempat itu, melalui deretan gerai yang bermandikan neon. Manusia pelbagai warna kelihatan  berkeliaran, ada yang berurusan dan tak kurang yang hanya melihat-lihat. Urusan aku di situ sudah aku selesaikan tadi dengan membeli sedikit cenderahati buat anak-anak yang aku tinggalkan.

Malam-malam memang begini bang, kata dia agak termengah-mengah. Aku bayangkan peluh jantannya sudah meleleh ke dagu. Dan aku bayangkan dia mengelap dagu dan pipinya dengan tuala good morning  yang tersangkut di tengkuk.  Cuma tadinya aku tidak pula melihat tuala itu tersangkut di tengkuknya.

Suami aku mengangguk-angguk.  Entahkan dia nampak entahkan tidak anggukan suami aku.

Ha.. tu.. tengok tu, sambil dia menuding kepada sebuah beca yang membawa sepasang penumpang dan seorang anak.  Suami aku menoleh.  Begitu juga aku.

Dapat arab tu....


Kami tidak faham maksudnya.

Kalau arab, sekali naik tujuh puluh ringgit bang. Kadang-kadang lapan puluh ringgit.

Ooooo... kalau orang putih?

Pun sama bang.


Aku bayang aku berada di negara orang dan disembelih dengan harga yang karut marut.  Selalunya begitulah.

Akhirnya setelah ke hulu dan kemudian ke hilir, kami sampai di hotel tempat kami menginap. Di situ sudah ada beberapa beca yang sedang menunggu pelanggan. Kalau bernasib baik, mereka akan mendapat pak arab ataupun mat saleh. Kalau kurang bernasib baik, dapatlah melayu kuala lumpur seperti kami. Janji rezki masuk.

nota:
Bandar feringgi pada siang hari kelihatan damai. Menjelang petang penjaja menolak kereta sorong masing-masing dan meletakkannya di kaki lima pejalan kaki. Penuh sepanjang jalan. Pada waktu malam tempat itu meriah dengan penjaja yang menjual berbagai-bagai jenis barang dan juga pembeli yang tercari-cari barang yang boleh dibawa balik untuk dijadikan kenangan.

ibundo
(aku sudah menukar nama kepada yang lebih melambangkan umur)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MOHD FIRDAUS JAAFAR: Saya akan berada <b>di PEKAN</b> NAT GUAR CHEMPEDAK

Posted: 24 May 2011 11:21 AM PDT

Assalamualaikum...

Esok pagi saya akan berada di PEKAN NAT GUAR CHEMPEDAK... untuk bersama-sama warga m@rhaen Guar Chempedak... kepada sesiapa yang rajin dan kelapangan ayuh bersama saya......


sewaktu di pasar malam Taman Ria Jaya


Bermula edar risalah d pekan Sik smlm..akan d gerakn seluruh kedah...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved