06 di raub - Google Blog Search |
NGERI..kawasan lokap <b>di</b> IPD <b>Raub</b> yang menempatkan Mona dan <b>...</b> Posted: 17 May 2011 06:24 PM PDT NAMA sebenarnya Maznah binti Ismail. Asalnya dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey. Mona juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik. Gaya dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala serius,menangis dan ketawa. Kita masih ingat bagaimana Mona Fandey menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa dia seorang artis. Lagunya Menangis Tak Berair Mata yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Kini semuanya sudah lenyap apabila Mona, sumai dan pembantunya dijatuhi hukuman gantung sampai mati sekitar tahun 90an Kini sel yang menempatkan Mona Fandey sering terdengar suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu 'disimpan' anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam 'Pakej Lawatan Berhantu' yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang. Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara. Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di raub - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen