ads

Jumaat, 24 Jun 2011

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


PDO :: Pahang Daily Online: Peringatan: Puting Beliau Melanda <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 10:36 AM PDT

ROMPIN, 24 Jun - Kejadian ribut "puting beliung" yang disertai oleh hujan lebat yang melanda tapak karnival 1Malaysia di Tanjung Gemuk dekat sini dua hari lalu jelas sekali meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada para peniaga yang terlibat. Berdasarkan kepada laporan Sinar Harian semalam, dalam kejadian tersebut berpuluh-puluh peniaga terpaksa lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing ketika kejadian. Dalam kejadian jam 5 petang itu, angin kencang berwarna hitam membentuk corong berputar yang dikatakan dari Sungai Anak Endau itu sekelip mata meranapkan sebahagian besar kanopi di kawasan itu. Sebanyak 10 kanopi rosak teruk dan sebahagiannya runtuh, manakala 24 kanopi lagi di kawasan sama turut terkena tempias angin kencang mengakibatkan barang-barang perniagaan bertaburan di merata-rata tempat. Dianggarkan semua peniaga mengalami kerugian sebanyak RM500,000 setelah barangan perniagaan mereka musnah dan rosak teruk dalam kejadian paling dahsyat pernah berlaku itu.

[Soalnya sekarang, apakah semua yang terjadi ini adalah satu bala dan peringatan daripada Allah SWT terhadap hambanya?. Apakah para peniaga dan penganjur yang terbabit dapat menerima kenyataan yang acara tersebut dipenuhi dengan unsur-unsur hiburan maksiat yang bertentangan dengan agama Islam. Lantaran itulah kita tidak hairan ribut sedasyat itu melanda kawasan terbabit sebenarnya. Pengajaran dan ikhtibar yang harus diambil oleh semua pihak ialah, tidak sewenang-wenangnya mengadakan karnival jualan yang diselitkan dengan berbagai unsur maksiat yang jelas menghina kesucian agama Islam itu sendiri. Semoga semua yang berlaku ini dapat dijadikan ikhtibar oleh semua pihak agar lebih berhati-hati selepas ini. Semoga mereka tabah menghadapi segalanya. Apa yang penting, tidak ada nyawa yang terkorban dalam kejadian ini. Jika tidak sudah pasti sesuatu yang lebih besar bakal terjadi].

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved