ads

Khamis, 9 Jun 2011

06 di sungai lembing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Me & My Self: Mandi Manda <b>di Sungai Lembing</b>

Posted: 16 Apr 2011 09:34 PM PDT

Salam to all..

Alhamdulillah pada hari Ahad yang indah ini.. Dapat juga kami berempat pergi mandi manda di sg lembing. Adik pada mulanya malas nak pegi.. Yelah.. Tak mandi lg katanya.. Jd abg ajak jgk dia ikut.. Kak Nena mmg takde hal dah..

So pergi jua kami.. Syg sgt excited.. Yelah.. Dah lama tak mandi sungai n nie first time kami mandi sg sama2..

Ramai jgk org dtg sini.. Kawasanya tak byk yg berubah.. Kalau rujuk my blog2 lama.. Tulah kali terakhir aku dtg sini.. Bersama2 team C masa tue..

Harap sgt next time satu family dapat join.. Baru lah lebih seronok.. Insyallah..

P/s: adik... Abg dah mesra2 ngan adik belum nie? Hehe..


Best Regards,
Arman Harris Mustafa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Falahiah: <b>Sungai Lembing</b> : Dulu dan Kini

Posted: 19 Apr 2011 04:27 AM PDT

Sungai Lembing : Dulu dan Kini



Sungai Lembing semasa Pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun di Sg Lembing tidak banyak sumber yang boleh didapati. Kemajuan perlombongan bijih Timah di Sg Lembing tentunya menarik perhatian Jepun untuk mendudukinya. Lombong sg Lembing terkenal pada 1940-1950 kerana peningkatan harga biji timah namun telah ditutup pada 1986 kerana kos selenggara yang tinggi dan kejatuhan harga timah pada masa itu. Muzium yang terdapat sekarang merupakan tapak sebuah rumah kediaman orang Inggeris yang digelar The Eroupean Bangalow yang pada asalnya diperbuat daripada atap nipah dan berdindingkan kayu. Semasa penduduka Jepun,muzium tersebut telah dijadikan markaz tentera Jepun untuk mentadbir kawasan sekitar. Semasa kemaraan tentera Jepun,British telah menlancarkan gerakan bumi hangus dengan membakar semua kelengkapan ekonomi bagi mengelakkan diambil alih oleh Jepun. Lombong Sungai Lembing juga tidak ketinggalan apabila dibanjirkan oleh British untuk merosakkan lombong tersebut daripada digunakan oleh Jepun.  Selepas Jepun mnyerah kalah bangunan tersebut diambil alih oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) .
Dahulu sungai lembing merupakan lombong yang kedua terbesar selepas Bolivia bahkan memiliki kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam didunia. Namun selepas sahaja lombong ini ditutup pada 1986,telah menyebabkan kesuraman kepada kawasan ini. Kebanyakan pelancong hanya datang untuk melihat tinggalan yang ada seperti lombong mahupun bekas kilang peleburan bijih timah yang jenis batu. Walaupun kawasan sungai lembing merupakan kawasan yang popular suatu masa dulu namun tidak ada pembangunan yang pesat dapat dilihat. Kebanyakan menggelarkan pekan koboi dek kurangnya pembangunan yang dikecapi. Kemudahan untuk pelawat juga amatlah kurang jika dibandingkan dengan kawasan lain. Kemajuan yang dicapai disini dari segi peluang pekerjaan amatlah kurang sehingga ramai penduduk disini akan berhijrah ke Kuantan atau Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Kin sungai Lembig hanya menjadi kawasan penanda aras untuk banjir dikawasan sekitarnya. Ini kerana kedudukan sungai Lembing dikawasan lembah yang mana apabila banjir kawasan lombong ini akan mengalaminya dahulu.
Gua Charas berada brdekatan dengan Sungai Lembing. Tidak banyak maklumat yang boleh didapati mengenai Gua Charas melainkan sumber mengenai pelancongan. Gua Charas adalah gua batu kapur jenis karst ( iaitu hasil larutan dan hakisan pada batu kapur sehingga menjadikannya bukit batu kapur mempunyai kecuraman yang hampir menegak )  yang  terletak di Pancing yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit  26 kilometer di barat laut Kuantan. Gua ini menjadi kuil Buddha Siam selepas beberapa orang sami telah melakukan pertapaan di kawasan ini kira-kira 50 tahun dahulu. Ia menempatkan patung Buddha tidur yang besar ( Wofo Dong ) selain daripada patung lain seperti Guanyin,Puxian,patung-patung dalam agama Buddha  dan Botthisatvva.  Antara gua-gua di sini ialah gua Buddha,Gua Gajah,Gua tiga beradik,Gua Putri Bersikat,Gua pecah,Gua Lubang Dalam,Gua Lubang Hidung dan Gua Batu Raja.
   Gua ini berbentuk jutaan tahun dahulu sehingga seperti sekarang. Untuk sampai ke puncak gua batu kapur iaitu tempat yang menempatkan patung-patung,kita perlu naik setinggi 20 kaki untuk sampai dengan menggunakan tangga yang disediakan. 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved