ads

Isnin, 20 Jun 2011

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Ramainya orang lelaki <b>di negeri Pahang</b>? ~ relevan sokmo

Posted: 20 Jun 2011 09:00 PM PDT

KUANTAN: Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena 'marriage squeeze', iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.

Berasaskan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan bilangan lelaki di negeri terbabit lebih ramai berbanding wanita.

Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasi dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.

"Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan pada masa akan datang," katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) & Pelan Tindakan DKN di Wisma Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama mendapatkan pasangan, sekali gus menyumbang kepada isu kahwin lewat di kalangan lelaki.

Selain itu, kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan, iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.

* Sumber





Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syarak Mengata , Adat Menurut: Masjid lantik AJK <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 20 Jun 2011 02:40 AM PDT

Di Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Masjid dilantik oleh masjid kerana menurut Pengarah JHEAINS masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin. Patutlah begitu banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati, masjid yang calonkan AJK masjid, bukannya manusia yang calonkan manusia.

Sila baca artikel saya sebelum ini , Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Tidak perlu pilihan raya masjid di NS
Sinar Harian 20 Jun 2011

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak bercadang mengubah sistem pemilihan jawatankuasa pengurusan masjid sedia ada.

Pengarahnya, Johani Hassan berkata, tiada keperluan untuk bertukar kepada kaedah pilihan raya memandangkan sistem digunakan sekarang berjalan dengan baik.

"Pada masa ini, calon-calon jawatankuasa masjid dikemukakan oleh ahli kariah sendiri. JHEAINS hanya membuat keputusan tentang lantikan.

"Selain itu, JHEAINS turut mengeluarkan garis panduan berhubung pemilihan calon," katanya di sini.

Sementara itu, menurut beliau, semua masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin.

"Kita perlu proses segera semua pencalonan memandangkan penggal jawatankuasa masjid sedia ada akan tamat pada 31 Disember depan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9208941.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved