ads

Selasa, 19 Julai 2011

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Percutian <b>Di Cameron Highland</b> >> Kehidupan | Blog NETonX

Posted: 27 Jun 2011 07:34 AM PDT

Welcome to Cameron Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur alhamdulillah, penulis baru sahaja pulang dari bercuti di Cameron Highland. Sebenarnya percutian ini tidak dirancang oleh penulis tetapi hanya terlintas di lubuk hati untuk membawa mrsherumi menenangkan fikiran.

Perjalanan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Tapah, Ringlet dan Tanah Rata mengambil masa selama 3 jam 45 minit walaupun jaraknya hanya 200km. Ini kerana jalannya yang sangat berliku, tidak banyak kenderaan yang lalu lalang dan tiada persinggahan kecuali kediaman orang asli sangat membahayakan bagi penulis. Penulis tidak mencadangkan melalui kawasan tersebut. Walaupun GPS yang digunakan menunjukkan jalan yang lebih dekat, namunya ianya tidak dapat menentukan bentuk geografi laluan tersebut. Penulis mencadangkan kepada anda yang ingin ke Cameron Highland supaya melalui Simpang Pulai dan terus ke Brinchang. Jaraknya lebih kurang 250km namun perjalanannya lebih selamat disebabkan permukaan jalan yang rata dan kenderaan lalu lalang yang tidak sunyi.

Memandangkan percutian ini tidak dirancang oleh penulis, maka pemilihan hotel juga adalah berdasarkan yang mana kosong dan murah sahaja. Cukup sekadar merehatkan diri dan dekat dengan tempat makan. Terdapat juga hotel bajet yang serendah RM48 semalam, namun tidak diketahui fasiliti yang disediakan. Berikut disenaraikan hotel di Cameron Highland untuk memudahkan tuan/puan merancang percutian anda :

  1. Casa De La Rosa
    Lot 48, Jalan Circular,
    39000 Tanah Rata
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4911 333
    Fax: 05-4915 500
    Nota: Tepi jalan besar Tanah Rata ke Brinchang, amat mudah ditemui.
  2. Century Pine Resort
    Lot 42, Jalan Masjid
    39000 Tanah Rata
    Cameron Highlands
    Tel: 05-491 5115
    Fax: 05-491 1115
    Nota: Ditengah bandar Tanah Rata, bersebelahan taman permainan dan padang sekolah. Dekat masjid Sultan Abu Bakar. Ada laluan jalan kaki melalui sungai ke Parit Fall.
  3. Equatorial Hotel
    Kea Farm
    39100 Brinchang
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4961 777
    Fax: 05-4961 333
    Nota: Hotel glamor kat Cameron, pengunjung jangan takut pasal makan sebab hotel nie ada sijil halal. Bersebelahan dengan kawasan membeli belah Kea Farm.
  4. Heritage Hotel
    Jalan Gereja
    39000 Tanah Rata
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4913 888
    Fax: 05-4915 666
    Nota: Hotel lama, zaman penjajah lagi. Dekat dengan bandar Tanah Rata (1km).
  5. The LakeHouse
    30th Mile
    39200 Ringlet
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4956 152
    Fax; 05-4956 213
    Nota: Tepi jalan Ringlet ke Tanah Rata. Memang ada tasik sebelah tu, kadang ada orang memancing, tapi ikan takleh makan sebab bertoksik.
  6. Rosa Passadena
    No. 1, Bandar Baru Brinchang,
    39100 Brinchang,
    Cameron Highlands,
    Tel: 05 – 4912288
    Fax: 05 – 4912688
    Nota: Hotel ditengah bandar Brinchang, agak bising sikit la sebab tengah bandar. Tapi bagusnya senang nak cari tempat makan, menikmati suasana bandar dimalam hari. Cafe kat dalam tu dulu ada sijil halal tapi pernah kena tarik, lepas tu dapat balik. Tapi baik tanya pengurusan dulu pasal tu kalau nak ambik bilik siap sarapan.
  7. The Smoke House Hotel & Restaurant
    By the Golf Course
    Po Box 81, 39007 Tanah Rata
    Cameron Highlands
    Tel: 05-491 1215
    Fax: 05-491 1214
    Nota: Dekat dengan padang golf awam Cameron Highlands. Sesapa nak main golf, kena bayar rasanya RM40 sehari. Ada caddy dikalangan orang asli.
  8. Strawberry Park Resort
    PO Box 81
    39007 Tanah Rata
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4911 166
    Fax: 05-4911 174
    Nota: Nak sampai sini kena lalu jalan macam dalam hutan dulu sebab tempat dia agak tersorok. Tapi suasana memang menarik dan antara tempat tersejuk di Cameron Highlands kerana suhu pada waktu malam boleh mencecah 13 darjah celsius.
  9. Hotel Chua Gin
    No.11, Main Road,
    39100 Brinchang
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4911 801
    Fax: 05-4912 782
    Nota: Hotel biasa je, tapi tak tahu kenapa dia nie glamor kat sini. Berada betul betul ditengah bandar Brinchang, tepi jalan besar, dekat kedai, medan selera. Harga bilik memang murah.
  10. Cool Point Hotel
    891, Persiaran Dayang Endah
    39000 Tanah Rata
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4914 914
    Fax: 05-4914 070
    Nota: Ditengah bandar Tanah Rata, dibelakang stesen bas. Hotel milik melayu, servis kira okey la.
  11. Hotel Green Garden
    Lot 13, Main Road
    39100 Brinchang
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4915 824 / 05-4961 824
    Fax: 05-4915 824
    Nota: Ditengah bandar Brinchang, dekat hotel Chua Gin.
  12. The Highlanders
    80b, Persiaran Camelia 4,
    39000 Tanah Rata,
    Cameron Highlands
    Tel:017-4137204/019-5546210
    Fax 05-4914934
    Nota: Hotel budget ditengah bandar Tanah Rata, satu deretan dengan Maybank. Harga bilik memang murah.
  13. Hotel Rainbow
    Lot 25,
    39100 Brinchang,
    Cameron Highlands,
    Tel: 05 – 4914628 / 4914648
    Fax: 05 – 4914668
    Nota: Ditengah bandar Brinchang dan bersebelahan pasaraya Jimat.
  14. Parkland Hotel
    Lot 45
    39100 Brinchang
    Cameron Highlands
    Tel: 05-4911 299
    Fax: 05-4911 803
    Nota: Ditengah bandar Brinchang, tilam baru.
  15. Star Regency Hotel And Apartment
    39 Main Road
    39100 Brinchang
    Tel: 05-4915 133
    Fax: 05-4915 122
    Nota: Hotel yang menarik kerana bersebelahan tapak pasar malam setiap hari.
  16. [Sumber : http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/2009/03/senarai-hotel-di-cameron-highlands.html]

Untuk maklumat hotel lebih lanjut, boleh layari http://www.impression.com.my/destlist/cmhlist.htm, ada senarai harga sekali.

Antara tempat-tempat yang dikunjungi oleh penulis adalah Bharat Tea Plantation, Cameron Valley Tea House, MARDI Cameron Highland, Ee Feng Gu Honey Bee Farm dan akhir sekali Self Plucking Strawbery Farm (Ladang Strawbery Chai Kok Lim Sdn. Bhd. kalau tak silap).

Dari banyak-banyak tempat yang dilawati, MARDI adalah satu-satunya tempat yang menyeronokan. Walaupun cas masuk untuk dewasa sebanyak RM3 seorang, anda boleh lihat semua tumbuhan yang kadang-kadang tidak terdapat di kawasan lain di Cameron Highland. Antaranya ialah tanaman epal, pear (pir) dan macam-macam lagi.

Apa yang ada dalam macam-macam lagi tu? Pernahkah anda ambil tahu mengenai pokok stevia? Salah satu pokok herba yang digunakan untuk rawatan penyakit kencing manis. Ianya boleh didapati di pusat jualan MARDI Cameron Highland dengan harga RM6.00 sepasu. Penulis tidak ketinggalan mendapatkan pasu yang terakhir bagi pokok tersebut.

Dikongsikan galeri imej percutian penulis di Cameron Highland bersama mrsherumi:

Cameron Valley Tea House

Ee Feng Gu Honey Bee Farm

Bharat Tea Plantation

Bharat Tea Plantation

Bharat Tea Plantation

MARDI Cameron Highland

MARDI Cameron Highland

Self Plucking Strawbery Farm

Self Plucking Strawbery Farm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved