ads

Isnin, 4 Julai 2011

06 di kuantan - Google Blog Search


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

06 di kuantan - Google Blog Search


Dakjaat (dot) Com » Penampakan Hantu <b>Di Kuantan</b>

Posted: 30 Jun 2011 06:38 PM PDT

Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel (Kuantan) membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.

"Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.

"Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam. Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat 'satu keluarga' berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.

"Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah," katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.

Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.

Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.

Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.

Dakjaat say:

Nasib baik tak nampak kelibat hantu 3 ekor tu semasa ambil gambar. Kalau tak, confirm bergetar lutut. Berdasarkan gambar, 3 makhluk itu berpakaian era 80′an. Ertinya, kawasan itu memang keras sejak dari dulu lagi.

Ada yang kata, jika diperhatikan lama-lama wajah hantu itu dipenuhi dengan darah. Tak kurang juga yang berpendapat, 3 hantu ini cuba meminta tolong. Ada pula yang mengatakan mereka ni bunian.

Bila kes demam nampak hantu ni dah masuk berita, geng-geng paranormal mestilah suka. Korang jangan pula gatal-gatal nak pergi test tempat tu. Tapi kalau nak pergi juga, tiada masalah pun. Menurut sumber, kawasan penampakan hantu ini berdekatan dengan restoran Adik Manja.

Alright. Apa-apa, lu orang tanggung sendiri. Haha! :)

About the author

Dakjaat . Cina . Sarawakian . Saya hanya berblogging mengenai perkara yang benar, apa yang berlaku di depan mata dan juga apa yang terlintas di pemikiran. Jadi, jangan cepat terasa hati dengan apa yang diselitkan dalam blog ini. Terima kasih. Kita boleh terus berhubung melalui:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SEMUT HITAM: <b>KUANTAN DI</b> GEMPUR???

Posted: 04 Jul 2011 07:23 AM PDT

Ni apa kerja pulak orang berkumpul ramai - ramai malam - malam buta kat Kuantan ni? Apa yang diorang buat duduk berkumpul ramai - ramai ni?

Ada program apa pulak diorang ni? Ada ceramah agama ke? Ke kempen menghasut rakyat berkumpul untuk Bersih 2.0?

Ha... Tunggu. Kemudian Semut dedahkan kenapa diorang ni berkumpul beramai - ramai ni ye. Sabar. Sesungguhnya, sabar itu separuh dari iman. Insya Allah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved