ads

Isnin, 18 Julai 2011

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di maran</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Maran Mahu Pastikan Kekal Kawasan Bonus Untuk BN

Oleh: Azlina Rosdy

MARAN, 4 Julai –  Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Mohd. Tan Aminuddin Ishak menyifatkan kawasan Maran sebagai satu kawasan bonus buat UMNO dan Barisan Nasional untuk menyumbang kerusi kemenangan di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana rakyat di kawasan ini sentiasa percaya dan yakin dengan pentadbiran sedia ada.

"Sebab itulah, di Maran, kita sentiasa memenangi kesemua kerusi. Namun begitu, ini bukan bermakna kita boleh alpa. Perhatian tetap perlu dan kebajikan serta pembangunan tetap perlu disalurkan kepada rakyat bagi membalas kepercayaan rakyat yang tidak pernah berbelah bagi kepada kita.

"Saya yakin, PRU akan datang, kita tetap mampu memberi kemenangan mutlak kepada parti. Sebab itu, saya sentiasa menjaga permasalahan rakyat malah UMNO telah berjaya mengeluarkan rakyat  di sini dari kehidupan miskin tegar. Kita telah menaiktaraf kehidupan rakyat di sini agar mereka hidup lebih selesa dan terus yakin dengan pucuk pimpinan," katanya kepada UMNO-Online.

Selain itu katanya, bagi memajukan lagi Bandar Maran ini, beliau kini dalam proses memohon agar institut pengajian tinggi (IPT) di bina di Maran.

"Kita telahpun menyediakan tapaknya cuma masih masih menanti agar impian penduduk di sini menjadi kenyataan untuk melihat sebuah IPT terdapat di Maran.

"Sekiranya ianya terlaksana, sudah tentu sosio ekonomi penduduk bahagian Maran akan menjadi lebih baik dan Bandar Maran akan lebih menjadi tumpuan ramai. Saya sedar, banyak prosdur harus dilalui untuk menjadikan impian ini satu kenyataan tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Kita hanya menanti masa dan ketikanya sahaja," terang Aminuddin.

Ketika di tanya mengenai gerak kerja bagi menghadapi PRU akan datang, beliau menjelaskan, gerak kerja sentiasa berjalan dan ianya bukanlah semata-mata kerana PRU semakin hampir.

Katanya, semua sayap juga sentiasa menjalankan peranan masing-masing untuk memantapkan UMNO di Maran.

"Daftar pengundi baru contohnya, setiap kali ada program, kaunter sentiasa diwujudkan malah di pasar tani juga ada kaunter daftar pemilih. Program Juara Rakyat juga diadakan setiap bulan dan ianya sentiasa mendapat sambutan baik di kalangan warga Maran. Malah kita juga sentiasa mendekati rakyat melalui semua program  yang kita jalankan.

"Sebab itu saya yakin, rakyat tidak akan mudah berpaling tadah walaupun disogokkan dengan pelbagai isu mengarut pembangkang yang memburukkan UMNO dan BN. Rakyat di sini sedar dan dapat berfikir dengan waras membezakan yang mana benar dan yang mana fitnah," ujarnya lagi.

Beliau turut melahirkan harapan agar rakyat bukan sahaja di Maran tetapi di semua negeri agar terus memberi kepercayaan kepada kerajaan sedia ada untuk memimpin negara dalam memastikan negara sentiasa aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup penuh harmoni. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 4 July 2011 Pada 5:46 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved