ads

Isnin, 18 Julai 2011

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


BudakMental: PEMBANGKANG <b>DI PEKAN</b> SEPERTI SUDAH MATI?

Posted: 26 Jun 2011 12:03 PM PDT

Hari Sabtu (25/6/11) baru-baru ni aku dapat tahu ada program ceramah Chegu Bard kat Pekan di Kg Ketapang Hilir.  Aku tak pasti program tersebut anjuran PKR atau PAS, mahupun anjuran bersama PR.  Aku memang peminat Chegu Bard walaupun aku tidak bersama SAMM.

Kebetulan, aku berada di rumah saudara aku kat Muazam Shah.  Jadi, malam tu aku bersiap bersama anak saudara terus ke Pekan untuk ke tempat ceramah.  Aku berhenti minum kejap kat sebuah gerai makan di Pekan.  Di sana aku nampak beberapa kumpulan yang aku rasa penyokong-penyokong atau ahli PAS turut minum.  Aku pun bertanya jalan mudah ke Kg Ketapang Hilir tempat ceramah diadakan.

Aku terkejut beruk bila mereka kata ceramah dibatalkan disaat akhir.  Mereka kata mereka pun tak tahu kenapa batal, tetapi mereka sebut Chegu Bard dah sampai Pekan tetapi tak boleh berceramah.  Memang aku tahu Pekan adalah kawasan Najib dan kubu kuat Umno.  Tetapi, jika benar Pekan kubu kuat Umno, mengapa program ceramah tidak boleh diadakan?  Takut apa?

Penganjur pun satu hal.  Naya je Chegu Bard datang dari jauh dah sampai Pekan baru nak bagitau ceramah batal.  Kalau bagitahu awal, mungkin Chegu Bard tidak payah buang masa datang.  Chegu Bard boleh atur program di tempat lain.

Aku tak faham la dengan PKR atau PAS di kawasan Pekan ni.  Tidak serius langsung untuk atur ceramah.  Tempat lain pun terjadi gak macam tu, tapi kalau dah Chegu Bard sampai patutnya sediakan lah program alternatif lain jika ceramah tak boleh diadakan.  Jika begini sikap pembangkang di kawasan Pekan, nampaknya Najib bertambah lega di dalam PRU akan datang.  

Aku tahu, PKR kat Pekan pun dengar ceritanya bukan aktif sangat.  Maklumlah, kawasan Najib dan mereka tahu sesiapa pun yang bertanding di Pekan pasti tewas sebab Najib ada aset pengundi Pos di Kem Batu 10, ada pengundi baru yang datangnya entah dari mana pasal orang-orang Kemboja pun dekat nak sama banyak dengan rakyat tempatan di Pekan.  

Tapi, kalau Pembangkang merasa tidak boleh mencari pengaruh di Pekan, di dalam PRU akan datang tidak perlulah Pembangkang buat duit letak calon di situ.  Bekerja pun malas, nak atur ceramah pun buat lebih kurang.  Sakit betul hati aku.  Kalau aku dari Muazam pun rasa sakit hati dan kecewa, aku tak tau la Chegu Bard rasa macam mana.  Aku harap pembangkang di Pekan belajarlah dari kesilapan, jangan guna alasan takda permit, maka tiada program.  

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved