ads

Khamis, 18 Ogos 2011

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


9 – 10 Julai 2011: Kill Kill Die Die <b>di</b> Gunung Rajah, <b>Bentong</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2011 07:33 PM PDT

Gunung Rajah yang terletak di Bentong, Pahang menjadi puncak ketujuh di daki untuk tahun 2011 apabila Penulis mengikuti trip anjuran Wild Juction pada hujung minggu 9 dan 10 Julai 2011.

Ekpedisi kali ini agak menarik kerana hujung minggu tersebut merupakan hujung minggu perarakan Bersih 2.0 di bandaraya Kuala Lumpur, dan pendakian ini boleh dianggap sebagai melarikan diri daripada kekalutan Bersih tersebut. Perjalanan Penulis dari Lembah Pantai – Lebuhraya Persekutuan – Jalan Syed Putra – Lebuhraya Mahameru – Jalan Tun Razak – Jalan Lingkaran Tengah 2 – Tol Gombak berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Namun begitu, trafik di Tol Gombak dari Malaysia Barat menghadapi kesesakan lalulintas yang teruk yang dianggarkan sepanjang lebih dari 7 kilometer apabila pihak polis memeriksa satu persatu kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur.

Penulis dan rakan-rakan lain berhenti makan di R&R Genting Sempah pada jam 2330hrs untuk makan lewat malam dan mula beransur ke Bentong jam 0100hrs 9 Julai 2011. Kami berhenti sekali lagi di Petronas untuk minum kopi dan seterusnya menuju ke Bentong dan tiba di Lata Chamang sekitar jam 0230hrs. Lata Chamang merupakan pintu masuk untuk ke Gunung Rajah, dan sering menjadi pilihan penduduk sekitar untuk beriadah di hujung minggu.

SABTU, 9 JULAI 2011

Kami bangun semula pada jam 0650hrs untuk solat Subuh dan bersiap untuk mendaki. Para peserta semakin ramai dan mencecah jumlah 41 orang apabila 4 juru pandu arah ekpedisi ini memberi taklimat ringkas sebelum memulakan pendakian tepat jam 0930hrs.

Menyediakan sarapan pagi.

Menyediakan sarapan pagi.

Bergambar selepas taklimat pendakian.

Bergambar selepas taklimat pendakian.

Bersedia untuk mendaki!

Bersedia untuk mendaki!

Satu jam pertama kami hanya melalui trek balak yang landai bertanah merah, dan dapat melihat beberapa buah rumah kepunyaan Orang Asli setempat. Seterusnya, pendaki melalui trek dengan pokok buluh yang tumbang di sepanjang jalan selama kira-kira 30 minit.

Setelah melalui trek balak selama satu jam.

Setelah melalui trek balak selama satu jam.

Berehat sebentar di permatang sebelum menuju ke Lata Naning.

Berehat sebentar di permatang sebelum menuju ke Lata Naning.

Trek seterusnya melintasi aliran air untuk beberapa kali dan akhir kami berhenti di Lata Naning pada jam 1415hrs. Lata Naning cukup selesa bagi kami para pendaki dengan aliran air terjun yang besar dan kawasan berbatuan landai yang menjadi tempat kami rehat, solat serta makan tengahari. Terdapat juga pengunjung (yang tidak mendaki Gunung Rajah) yang sanggup trek dari Lata Chamang hingga ke lata ini untuk mandi.

Melalui trek pokok tumbang.

Melalui trek pokok tumbang.

Tiba di Lata Naning.

Tiba di Lata Naning.

Terjun tiruk di Lata Naning!

Terjun tiruk di Lata Naning!

Permandangan luas untuk Lata Naning.

Permandangan luas untuk Lata Naning.

Setelah semua selesai, kumpulan Penulis meneruskan pendakian selama satu jam menuju ke tapak perkhemahan kami di Kem Hijau yang dilewati pada jam 1550hrs. Kumpulan Penulis menjadi antara peserta ekspedisi terawal sampai di Kem Hijau, dan ini membenarkan kami untuk melebarkan khemah kami di tempat yang selesa. Kem Hijau cukup luas untuk memuatkan kira-kira 50 orang pada satu-satu masa dan mempunyai sumber air yang cukup untuk kami berkubang.

Tiba di Kem Hijau!

Tiba di Kem Hijau!

Merentang tali untuk mendirikan khemah.

Merentang tali untuk mendirikan khemah.

Melabuhkan flysheet.

Melabuhkan flysheet.

Semua ahli ekpedisi tiba di Kem Hijau pada sekita jam 1830hrs, dan kami terus bersiap mandi dan menyediakan makan malam. Untuk kumpulan Penulis, makan malam adalah berupa nasi putih dengan sayur cendawan / kulat, ayam madu pedas dan telur dadar. Sebagai hidangan sampingan, terdapat juga penkek sebagai kudapan penghilang lapar. Setelah selesai makan malam, sedikit taklimat ringkas mengenai jadual mendaki ke puncak Rajah pada keesokan paginya, diberikan.

AHAD, 10 JULAI 2011

Seawal jam 0300hrs, para peserta ekspedisi dikejutkan oleh juru pandu arah untuk kami meneruskan pendakian ke puncak. Langit kelihatan cerah dengan gugusan bintang menyinar terang pada malam tersebut. Setelah semua peserta bersedia dan selepas sedikit regangan, peserta ekspedisi memulakan pedakian tepat secara free body jam 0400hrs.

Sekitar jam 0355hrs. Sejuk tahu!

Sekitar jam 0355hrs. Sejuk tahu!

Cuaca agak sejuk, namun tidak dirasai kerana trek agak mencanak sehingga 75 darjah pada anggaran kasar Penulis. Kami tiba di Kem Permatang pada jam 0435hrs dan sekadar berehat 5 minit dan di sini kami dapat melihat puncak Gunung Rajah yang bakal ditawan tidak lama lagi.

Rehat di Kem Permatang.

Rehat di Kem Permatang.

Dari Kem Parmatang, Penulis melalui satu bahagian trek vertical rock yang memacak; di mana Penulis perlu menggunakan tali untuk mendaki, pada jam 0545hrs. Seterusnya, kami melewati perhentian terakhir, Punca Air Terakhir atau Last Water Point (LWP) tepat jam 0615hrs yang digunakan peluang oleh para pendaki untuk solat Subuh di sini.

Meragas vertical rock pagi-pagi buta.

Meragas vertical rock pagi-pagi buta.

Di Punca Air Terakhir.

Di Punca Air Terakhir.

Sekitar jam 0630hrs, Penulis terus menuju ke puncak Gunung Rajah dan tiba tepat jam 0705hrs. Puncak Rajah mempunyai pemandangan 360 darjah, namun kabus menutupi pemandangan kami. Puncak Rajah cukup luas untuk menempatkan para pendaki pada satu-satu masa jika berdiri. Terdapat kawasan yang rendah sedikit dari puncak jika ada pendaki yang mahu bermalam di puncak.

Bergambar di puncak Rajah!

Bergambar di puncak Rajah!

Yours truly.

Yours truly.

Bersama penganjur ekspedisi, Wild Junction Team.

Bersama pengajur ekspedisi, Wild Junction Team.

Bersama semua pendaki Gunung Rajah.

Bersama semua pendaki Gunung Rajah.

Jam menandakan pukul 0900hrs apabila Penulis beransur ke Kem Hijau. Perjalanan turun adalah sukar memandangkan trek adalah curam di mana para peserta perlu menjaga dari terlalu banyak brek dan menyakitkan kaki. Tepat jam 1030hrs, Penulis tiba di tapak perkhemahan Kem Hijau.

Penulis dan rakan-rakan bersama para juru pandu arah.

Penulis dan rakan-rakan bersama para juru pandu arah.

Kami semua berehat, makan dan mandi lagi sebelum mula mengemas untuk pulang, di mana perjalanan turun bermula pada jam 1300hrs. Penulis dan rakan-rakan berhenti beberapa kali sehingga tiba di Lata Naning untuk melepaskan lelah, solat serta makan tengahari sekitar jam 1445hrs. Akhirnya, ekpedisi berakhir tepat jam 1730hrs dengan Penulis dan beberapa pendaki lain menjadi kumpulan pertama tiba di perkarangan Lata Chamang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved