ads

Rabu, 10 Ogos 2011

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Bercuti <b>di Bukit Tinggi</b> | akupapa.com

Posted: 23 Jul 2011 08:03 AM PDT

Tanggal 9 Julai 2011 kami sekeluarga pergi bercuti di Bukit Tinggi. Tarikh ini juga dinanti-nanti oleh seluruh rakyat malaysia. :) . Sebelum pergi tuh, memang dah mencari hotel untuk menginap. Mengikut rancangan nak tinggal 2 hari 1 malam. Tapi, malangnya takde bilik. Walaupun tak dapat nak book bilik, kami tetap nak pergi. Sehari pun cukuplah.

Pagi pukul 9 kami gerak ke Bukit Tinggi. Tak ramai juga kereta yang keluar atau masuk KL. Tapi ade sekatan polis selepas tol Gombak. Walaupun tak dapat book bilik, kami packing barang seperti yang dirancang. Mana tau ade bilik kosong. Dapat la merasa bermalam di Bukit Tinggi. Larat juga proton saga yang automatik dan guna minyak Ron 95 naik ke Bukit Tinggi. Pertama kali memandu naik bukit. Lepas ni nak cuba naik Genting pulak. :D

Sampai aje kat sana, terus cari bilik. Alhamdulillah, ada bilik kosong walaupun agak mahal. Masuk bilik, rehat-rehat sekejap. Tengok pemandangan luar bilik. Ambik gambar luar dan dalam bilik. Petangnya baru jalan-jalan lagi. Kami pergi pusing-pusing kawasan situ. Rumah-rumah yang dibina berdasarkan rumah di Eropah. Cuma, takde la sejuk kat Bukit Tinggi ni. Lepas tuh baru pergi ke Taman Botani kot. Lupa plak nama taman tuh tapi ade unsur-unsur Jepun skit. Letih sebab kene jalan pusing tempat tuh. Naik bukit pulak tuh. Boleh la exercise skit.

Bila malam, dapat jalan-jalan kejap aje. Ade orang bermain gan api. Tiga orang pergi untuk menyanyi. Kami lepak aje kat bilik. Pagi esoknya breakfes dengan makanan yang banyak. HEHE. Amik gambo dan video Nurul Iman makan. Sebenarnya minum susu cornflake aje.

Lepas makan terus checkout sebab rasa cam nak p klinik sat. Sepanjang percutian ni kami tak puas ati dengan keadaan bilik tuh. Yang pertama kipas berbunyi. Malamnya kami tutup aircon dan pakai kipas.  Takut Nurul Iman sejuk pulak. Lepas tuh, air dari sinki dan bilik mandi tak panas pun. Heater rosak kot. Yang paling tak puas ati bila bilik mandi boleh tersumbat. Kiranya, bila mandi boleh sampai bertakung air tuh. Sebab air tak dapat di alir keluar dengan banyak dan sempurna. Kesimpulannya memang tak puas ati lah dapat bilik tuh. Dan balik terus sampai ke rumah.

Ini video yang merupakan himpunan yang telah ditangkap di Bukit Tinggi. Bila jadi video gambo cam kurang cantik pulak. ISK2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved