ads

Ahad, 14 Ogos 2011

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Jalan-Jalan Ke <b>Bukit Tinggi</b> Bersama Pengantin Baru | Sutera Blogger

Posted: 02 Aug 2011 01:50 AM PDT

Salam guys,

Last month saya ada berjalan-jalan ke Bukit Tinggi.  Ni bukan Bukit Tinggi Kelang tapi Bukit Tinggi Bentong kat Pahang sana.  Seriously ni first time saya jejak kaki ke Bukit Tinggi.  Selama ni just dengar orang cakap je.  Ramai kawan-kawan saya kata tempat dia cantik.  Jadi disebabkan ni adalah permintaan pasangan pengantin baru iaitu cousin saya sendiri maka saya dan aiensepet jadi photographer merangkap bodygurad diorang.

Nilah pasangan pengantin baru yang saya cakap tu.  Ada macam Mawi tak?  Orang kata muka dia macam Mawi (orang katalah bukan saya).  Ok, first impression saya terhadap tempat ni (Bukit Tinggilah mana lagi) ialah ia percuma dan dalam tempat dia ada macam-macam.  Tapi bila sampai je saya terkejut bila ada dua pondok yang ada orang di dalamnya dan meminta wang perlindungan.  Maka nak tak nak kenalah bayar sorang RM12.  Ni bukan fantasi ye tapi realiti nak masuk Bukit Tinggi kena bayar so janganlah buat-buat lupa nak bawak beg duit. Dengan ini tanggapan pertama saya iaitu masuk adalah PERCUMA telah disangkal sama sekali (mana ada barang FREE bean…).

Banyak info yang saya dapat (selain Google) mengatakan bahawa kat Bukit Tinggi ni ada banyak bangunan cantik-cantik.  Bila sampai je kat puncak kitorang dah nampak satu bangunan macam istana Inggeris.  Kitorang ingatkan bangunan tu boleh masuk tapi tak boleh. Tak tau apa 'purpose' diorang buat bangunan tu kat situ.  Tanggapan saya sekali lagi silap.  Untuk masuk ke dalam Kota Bukit Tinggi kitorang tak dibenarkan bawak kereta so kena parking lepas tu jalan kaki (nasib baik tempat tu tak besar kalau tak makin kurus saya).  Nak tunjuk gambar satu-satu dalam post ni macam tak sesuai lah pulak tapi saya ada buat album.  Hope korang enjoy!

Sorrylah kualiti gambar edit masih di tahap tadika Kemas sebab baru nak praktikan ilmu yang saya belajar dari Mr Amir pasal pasal Adobe Lightroom 3 ni.  Kalau korang tengok kat gambar atas ni saya tak letak banyak gambarkan, satu sebabnya malas nak edit kedua kat Bukit Tinggi tak banyak tempatpun kat gambar tu je tempat yang best.  So RM12 tu memang bagi saya tak berbaloi untuk tengok tempat tapi kalau nak buat photoshoot memang cantik.

p/s :

Terasa macam kerdil je dalam editing lepas siap artwork atas tu…  Lagi satu janggal gila bila cuba buat personal type entry…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved