ads

Khamis, 11 Ogos 2011

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Runtuhan Susulan Mungkin Berlaku <b>Di Cameron Highlands</b> - TV3

Posted: 08 Aug 2011 06:00 AM PDT

08/08/2011 21:00:00

Runtuhan susulan di perkampungan orang asli Sungai Ruil, Cameron Highlands yang mengorbankan tujuh nyawa semalam mungkin akan berlaku.

Ini kerana terdapat aliran dan tanda-tanda takungan air di sekitar puncak bukit yang runtuh itu.

Ini rakaman penuh visual kawasan runtuhan di lereng bukit di tepi perkampungan orang asli Sungai Ruil, Cameron Higlands.

Dalam kejadian kira-kira jam 5:50 petang semalam, enam rumah ranap ditimbus.

Runtuhan dipercayai berpunca daripada aliran air di bawah tanah.

Tinjauan juga mendapati hampir keseluruhan puncak bukit ini mempunyai tanda-tanda aliran mata air sekaligus mendedahkan kampung ini kepada pelbagai kemungkinan.

OSMAN A/L BAHUA/PENDUDUK
"Sini banjir lumpur la sebab memang masa tu paras ni saya ingat air masuk atas bawa bertakung sini sampai bawah sekali dia kayu dari atas."

Disebabkan keadaan masih berbahaya, semua penduduk dipindahkan sementara ke dewan serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Brinchang.

SABAPI A/L BAUHA/PENDUDUK
"Pergi Brincang sebab takut tanah runtuh tak ada lagi."

NORA BANGANG/PENDUDUK
"Dia orang bagi tempat duduk sementara bagi reda nanti balik sini, balik sementara saja duduk kat Brincang."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved