ads

Ahad, 14 Ogos 2011

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Siapa penganti Tengku Azlan <b>di Jerantut</b>??? « Melayu Muda

Posted: 28 Jul 2011 08:53 PM PDT

Badan Perhubungan UMNO Pahang masih belum berbincang dan memberi respon mengenai hasrat Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, yang mahu mengundur diri dari arena politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kelak.

Pengerusinya, Datuk Seri Di Raja Adnan Yaakob berkata, hasrat Tengku Azlan itu masih belum dibincangkan dengan melihat situasi politik semasa kini tidak sesuai untuk membuat pengunduran atau sebarang keputusan.

Menurutnya, walaupun Tengku Azlan sudah menyatakan hasratnya, namun keputusan tidak boleh dibuat hanya sebelah pihak sahaja sebaliknya perlu melihat kepada denyut nadi rakyat dan pucuk pimpinan parti.

:"UMNO Pahang perlu memikirkan terlebih dahulu hasrat beliau, namun akan tiba masanya nanti pertemuan akan diadakan dengan Tengku Azlan untuk mencari keputusan terbaik.

"Siapakah yang boleh ganti beliau (Tengku Azlan) di Parlimen Jerantut? Selama tiga penggal sebagai Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Jerantut, beliau menunjukkan perkhidmatan yang cukup memuaskan khususnya agenda pembangunan serta perpaduan penduduk di sini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, selepas Majlis Perjumpaan Menteri Besar Pahang, dengan ketua kampung, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komponen parti BN, di Dewan Majlis Daerah semalam.

Adnan berkata, hasrat mengundur diri dari arena politik yang disuarakan Tengku Azlan, meninggalkan kesan bukan sahaja kepada rakyat namun juga Badan Perhubungan UMNO negeri ini.

Menurutnya, agak sukar mencari tokoh pengganti beliau (Tengku Azlan) yang cukup berpengalaman dalam arena politik dan kejayaan menyatukan penduduk menerusi perjuangan UMNO di negeri ini.

"Hasrat berundur itu perlu dibincangkan lebih lanjut bersama beliau sendiri apabila tiba masanya kelak," katanya.-Sinar Harian

July 29, 2011 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved