ads

Khamis, 18 Ogos 2011

06 di karak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di karak - Google Blog Search


Shares Something: Alkisahnya misteri <b>di KARAK</b>..

Posted: 25 May 2011 12:00 AM PDT

MAKA TERSEBUTLAH KISAH….
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
 
1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.


2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur".


3. Volkswagen kuning
Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….


4. Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.


Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
"Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.


Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.


Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di"semadikan" semula di bawah jambatan tersebut!
(sumber dari kosmo!*& e-mel)

sambung lagii.... 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG PAHANG: 06 <b>di karak</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di karak</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 08:05 AM PDT

BLOG PAHANG: 06 <b>di karak</b> - Google Blog Search

Posted: 26 May 2011 12:00 AM PDT

Volkswagen kuning <b>di Karak</b> Highway? | myfriends2u

Posted: 26 May 2011 07:41 PM PDT

Jika anda semua nak tahu cerita mengenai volkswagen kuning di Karak Highway anda harus melalui "Laluan Puaka" di pawagam berhampian sekarang! Apa yang ditunggukan lagi, filem seram pertama arahan Yusry KRU ini adalah semestinya terbitan KRU Studios.Preview filem Karak ini telah di adakan di TGV KLCC dengan kehadiran pelakon-pelakon utama iaitu Shahir,Shera Ayob,Along Ezeyndy,KilaFairy dan Sidek Hussin.

Bagaimana agaknya jalan cerita filem Karak ini ya? MyFriends2u rasan ramai yang sudah tahu mengenainya serba sedikit,bukan? Cerita "keras" yang berada di sekitar Karak Highway yang sentiasa menjadi bahan bualan kita.Adakah kejadian itu benar-benar berlaku?Atau ianya hanya tahyul semata-mata? Hanya yang pernah melaluinya sahaja yang tahu.Kalau bercerita mengenai laluan di Karak ini,apa yang krew MyFriends2u tahulah,ialah mengenai angin lintar dan wolksagen kuning (ini memang cerita wajib masa zaman belajar di universiti dulu) .

Pada pendapat krew MyFriends2u lakonan keempat-empat pelakon utama filem ini, masing-masing mempunyai kekuatan sendiri.Biasalahkan,semuanya baru.Jadi kita tidak boleh menjangkakan yang terbaik selalu.Tapi krew MyFriends2u sukakan lakonan Along.Slumber dan memang mengundang tawa juga.Untuk Shera,lakonan anda bagus.Walaupun baru tetapi anda boleh membawakan watak Zura dengan baik.Bak kata boleh belajar lagi dan lagi.Shahir pula memandangkan sebelum ini Yusry mengatakan,untuk Karak ini Shahir baru sahaja keluar dari AF.Kiranya masih fresh orang kata.Jadi untuk kali pertama berlakon,kira baik juga.

Lakonan KilaFairy pula boleh tahan.Sebabkan watak beliau sebegitu jadi sesuailah dengan beliau.Bagaimana wataknya?Kena lah tengok Karak,ok?Sidek Husin pelakon lama yang dibawa kembali untuk berlakon salah satu cubaan yang perlu dan bagus!Pelakon lama selalunya walaupun hanya watak kecil tetapi lakonan mereka amat baik dan bagus.Tahniah Sidek!

Lisa Surihani turut hadir memberi sokongan

Untuk Yusry selaku pengarah,krew MyFriends2u sukakan cari pengarahan anda.Lain dari yang lain.Dan anda memang kreatif.Pengakhiran filem ini memang lain dari yang lain.Seperti ada Karak Dua je.Betul ke?Kalau ya bagus juga itu.Untuk anda di luar sana jangan lupa tonton Karak di pawagam berhampiran.Pengajaran setelah menonton filem ini,kita kena sentiasa ingat bahawa sebenarnya adanya wujud dunia lain.Jangan sesekali menggunakan ilmu hitam.Dan sentiasa ingat kepada Allah SWT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved