ads

Khamis, 18 Ogos 2011

06 di paloh hinai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di paloh hinai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Surau baru hadiah RamadanKg. Terlang, <b>Paloh Hinai</b>

Posted: 31 Jul 2011 04:04 PM PDT

PEKAN 31 Julai – Kira-kira 200 penduduk di sekitar Kampung Terlang, Paloh Hinai di sini bersyukur apabila impian mereka mendapatkan surau baru akhirnya tercapai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, pembinaan surau baru bagi menggantikan surau lama yang berusia lebih 50 tahun dianggap sebagai hadiah sempena kedatangan Ramadan ini.

"Diharap surau tersebut dapat memberi keselesaan kepada jemaah semasa beribadat serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perasmian surau tersebut di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Pekan, Datuk Fadzil Mohd. Kenali dan Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Paduka Sheikh Mohd. Fauzi Sheikh Ali.

Beliau berharap penduduk di kampung itu menggunakan surau tersebut dengan sebaik mungkin dan tidak menjadikannya sebagai tempat untuk menabur fitnah.

Sementara itu, Ketua Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau mewakili penduduk kampung tersebut bersyukur kerana ada pihak yang membantu mendapatkan peruntukan bagi membina surau itu.

"Dengan adanya surau baru ini dapatlah kami berjemaah dan bertarawih pada bulan Ramadan nanti," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved