ads

Jumaat, 26 Ogos 2011

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 3 DUN <b>di Rompin</b> dapat ambulans baharu

Posted: 05 Aug 2011 04:04 PM PDT

ROMPIN 5 Ogos – Pusat Khidmat Parlimen Rompin menyerahkan tiga ambulans baru di tiga dewan undangan negeri (DUN) dalam Parlimen itu bagi mengatasi masalah kekurangan kemudahan tersebut di daerah ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat melakukan penyerahan itu kepada wakil rakyat dari tiga DUN tersebut pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Muadzam Shah, Muadzam Shah di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Jamaluddin ketika ditemui berkata, ambulans baru itu adalah hasil sumbangan syarikat korporat bagi menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Menurut beliau, masalah kekurangan ambulans di daerah itu sejak beberapa tahun lalu menjadi punca pesakit di daerah itu lambat menerima rawatan terutama kes-kes yang melibatkan kemalangan jalan raya.

"Sumbangan ini dapat membantu kes-kes kecemasan yang kerap berlaku di daerah ini sekali gus sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap mutu kesihatan penduduk," katanya.

Jamaluddin yang juga Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) menjelaskan, pihaknya sentiasa berusaha menangani masalah kekurangan ambulans demi kebajikan penduduk daerah itu.

"Kita berharap tiada lagi kes kecemasan yang tiba lewat di lokasi kejadian memandangkan perkhidmatan ambulans disediakan di setiap DUN," katanya.

Menurut beliau, ambulans baharu itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan moden yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

"Ambulans ini juga akan berfungsi membawa jenazah sekiranya ada kes-kes kematian yang memerlukan perkhidmatan itu," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved