ads

Isnin, 15 Ogos 2011

06 di tanjung lumpur - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di tanjung lumpur - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di tanjung lumpur</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2011 01:29 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Restoran Best Kesukaan Kami <b>di Tanjung Lumpur</b>, Kuantan | DaHLia&#39;s <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2011 09:11 AM PST

Baru sampai rumah setengah jam selepas berlibur bersama keluarga aku, pergi makan malam dan juga bawak anak buah aku pergi Funfair kat Tanjung Lumpur tu. Musnah planning nak siapkan proposal malam ni. Alamatnya, tunda esok lah pulak untuk buat tu. Apapun, selewatnya Rabu ni dah nak kena poslaju Permohonan HLP aku tu. Kalau tidak, tunggu iklan lain tahun lah pulak jawabnya.

DSC03404

Lepas Isyak tadi, kami sekeluarga dan makcik pakcik aku dari Kelantan ke restoran favourite kami kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Memang dah janji kalau sedara aku ni datang, nak belanja diorang makan menu istimewa kedai ni, Ketam Goreng Telur Masin yang memang tak jumpa kat mana-mana restoran lain di Kuantan ni. Ops, ada di New Horizon tapi dekat Marina Seafood Tanjung Lumpur ni lebih best! Lebih fresh dan yang penting besar! Kat New Horizon tu ketam kecil dan rangup. Makan sekali ngan kulit je so tak rasa kemanisan isi ketam tu.

Jom layan menu favourite kami yang wajib order di kedai ni..

DSC03260

Kailan Ikan Masin.. memang best sebab banyak ikan masin :D

 

DSC03261

Dah namanya orang Malaysia, takde sambal belacan, memang tak sah!

 

DSC03262

Ikan Siakap masak Stim Asam Boi …syiok!!! Kuah dia memang gerenti licin punye.

DSC03263

Menu istimewa utama kat Marina Seafood ni ialah Ketam Goreng Telur Masin ni lah.

 

DSC03264

Aku suka makan bahagian cengkerang utama dia dan yg sepit tu je. Bahagian tengah aku malas, sebab leceh nak ambil isi lebih2 lagi yang bahagian kaki dia lain tu.

 

Kalau perasan, gambar-gambar menu atas ni diambil pada awal Januari 2011. Memang kami sekeluarga ni sekurang-kurangnya sekali sebulan akan ke Marina Seafood ni untuk makan ketam. Kalau dulu 2minggu sekali mesti nampak muka sampai budak tu tanya aku meniaga ke apa. Pernah juga adik aku nak try masak ketam telur masin ni, abis melepuh tangan kena minyak panas. Last2 masing2 dah tak berani nak cuba resipi ketam telur masin ni. Pergi makan jer lah senang!

 

Untuk yang berminat nak mencuba masakan Ketam Goreng Telur Masin yang best ni, boleh ke Marina Seafood Tanjung Lumpur ok. Seberang jalan dengan Masjid Tanjung Lumpur, berdekatan dengan Balai Polis Tanjung Lumpur tu. Signboard restoran ni warna biru dan ada macam perahu kat depan dia. Perahu tu tempat letak ketam, ikan, sotong, lala, dan udang. Bagi penggemar ketam, memang menu Ketam Goreng Telur Masin tu wajib korang cuba!

 

DSC03405

Aku melepak situ dah sampai 11 malam lebih sebab tetiba ada family friend datang sebab anak dia nak tumpang adik aku balik. Lagipun dia ada barang nak pesan suh aku bagi anak dia kat SHAH esok. Lepas balik makan, terpaksa pulak kotakan janji dengan Ninin untuk pergi FUNFAIR. Kalau tak bawak, alamatnya mengamuklah! Padahal tadi masa tengah makan ketam, mata dah tak boleh nak bukak luas dah.

DSC03406

 

Ninin dah Kashah sedang main baling bola masuk lubang, kira markah, dapat sticker..abis laa puluhan ringgit untuk diorang berdua ni. Dapatlah mainan seplastik seorang. So, tak payah la beli mainan untuk 2minggu ni. Funfair ni pun kat area Tanjung Lumpur gak, lepas je Jambatan Tanjung Lumpur tu, hanya akan beroperasi sehingga 3 MAC 2011 sahaja.

 

Btw, ini bukanlah advertorial, review etc just nak sharing kedai makan best kat Tanjung Lumpur kesukaan family aku je. Diskaun tu adalah dapat gak selalu, sebab dah jadi regular customer diorang. Eh, aku pernah tulis pasal kedai Marina Seafood ni rupanya kat sini!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved