ads

Rabu, 10 Ogos 2011

06 di teluk cempedak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di teluk cempedak - Google Blog Search


Gerai Bazar Ramadhan <b>di Teluk Cempedak</b> di pukul ribut

Posted: 09 Aug 2011 05:02 PM PDT

No of View :278

Sebanyak 11 buah gerai bazar Ramadan di Teluk Cempedak di sini kerugian kira-kira RM200,000 akibat dipukul ribut pukul 7.20 malam semalam.

Daripada 11 buah gerai itu, lima daripadanya mengalami kerosakan teruk apabila diterbangkan angin dan menghempap gerai lain.

Pengurus Tapak Gerai, Omar Noor Mohamad berkata, kejadian itu merupakan yang pertma berlaku di tapak niaga yang mempunyai 30 gerai jualan pelbagai itu.

"Buat sementara waktu, operasi di tapak ini akan ditutup selama seminggu untuk dibaik pulih.

"Saya menganggarkan kerugian yang dialami kesemua peniaga terbabit adalah sebanyak RM200,000," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Arian Fazry Md. Zahari, 23, berkata, dia sempat melarikan diri ke kawasan yang selamat selepas gerai tersebut dilanda angin kencang.

"Kejadian berlaku sekelip mata dan ketika itu saya berada di bawah khemah. Saya berlari keluar selepas mendengar bunyi angin kuat selain melihat debu berterbangan.

"Ketika itu saya hanya melihat khemah jualan terangkat sebelum diterbangkan angin dan menghempap khemah jualan di sebelah," ceritanya.

Bagi peniaga barangan aksesori, Ismail Abdul Rahman, 40, berkata, sewaktu kejadian, dia berada di kedai makan berdekatan untuk berbuka puasa.

Menurutnya, sebaik masuk waktu berbuka puasa, dia melihat lima buah khemah di tapak ekspo itu diterbangkan angin kencang.

"Syukurlah kami semua selamat dan tiada sesiapa yang tercedera," katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved