ads

Khamis, 11 Ogos 2011

06 di teluk cempedak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di teluk cempedak - Google Blog Search


Ribut Dasyat <b>Di</b> Expo <b>Teluk Chempedak</b>, Bala - Pahang Daily Online

Posted: 10 Aug 2011 04:45 PM PDT

KUANTAN, 11 Ogos - Orang ramai terkejut dengan ribut dasyat yang melanda Tapak Expo Teluk Chempedak yang menyebabkan 11 daripada 30 gerai jualan rosak teruk Selasa lalu. Tambah mengejutkan ribut yang menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000 itu berlaku diketika umat Islam sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa sekitar jam 7.20 malam. Malah ia juga dipercayai terjadi sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. Keadaan huru hara apabila secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan menerbangkan lima daripada kanopi gerai jualan terbabit hingga menghempap gerai-gerai yang lain. Difahamkan operasi perniagaan di lokasi terbabit ditutup buat sementara waktu selama seminggu sebelum ia dibaik pulih sepenuhnya. Apapun, kejadian ini benar-benar mengejutkan semua pihak. Tambahan pula, pada tahun lepas penganjur yang sama pernah berhadapan dengan masalah terbabit. Apa yang terjadi ini jelas sekali merupakan satu "amaran Allah" terhadap hambanya. Ia perlu diambil sebagai ikhtibar oleh semua pihak agar tidak meremeh-remehkan urusan agama dalam sibuk mengejar urusan duniawi. Difahamkan, ada pihak yang sering terjumpa beberapa orang pekerja dan peniaga gerai jualan berkenaan tidak berpuasa sebelum ini. Malah ada yang tidak segan silu "curi makan" biar pun disaksikan oleh orang ramai.

[Semoga kejadian seperti ini dapat juga menjadi pengajaran kepada pihak lain selepas ini, terutamanya bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan untuk tujuan mencari rezeki. Ini kerana, ramai dikalangan peniaga yang dilihat membuka gerai seawal jam 4.00 petang (malah ada yang lebih awal) sehingga mereka terlepas untuk mengerjakan solat Asar kerana melayan pelanggan yang mula berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa selepas itu. Malah, ada dikalangan peniagaan wanita yang berpakaian seksi yang menjolok mata dan tidak menutup aurat ketika menjalankan perniagaan mereka. Semua ini terkadang menggundang bala dari Allah SWT. Janganlah dipisahkan urusan agama dalam sibuk mencari rezeki duniawi. Malah, penganjur ekspo dan bazar Ramadan juga wajar senantiasa mengingatkan peniaga mereka agar peka dengan soal agama. Jika tidak sudah pasti kejadian yang berlaku di Teluk Chempedak itu akan terjadi pula di tempat lain selepas ini. Sebelum ini, di Pahang kejadian yang sama berlaku di Bazar Ramadan Koyan Lipis].

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved