06 di teluk cempedak - Google Blog Search |
Gerai Bazar Ramadhan <b>di Teluk Cempedak</b> di pukul ribut | Posted: 09 Aug 2011 05:02 PM PDT
No of View :670
Daripada 11 buah gerai itu, lima daripadanya mengalami kerosakan teruk apabila diterbangkan angin dan menghempap gerai lain. Pengurus Tapak Gerai, Omar Noor Mohamad berkata, kejadian itu merupakan yang pertma berlaku di tapak niaga yang mempunyai 30 gerai jualan pelbagai itu. "Buat sementara waktu, operasi di tapak ini akan ditutup selama seminggu untuk dibaik pulih. "Saya menganggarkan kerugian yang dialami kesemua peniaga terbabit adalah sebanyak RM200,000," katanya ketika ditemui di sini semalam. Sementara itu, Arian Fazry Md. Zahari, 23, berkata, dia sempat melarikan diri ke kawasan yang selamat selepas gerai tersebut dilanda angin kencang. "Kejadian berlaku sekelip mata dan ketika itu saya berada di bawah khemah. Saya berlari keluar selepas mendengar bunyi angin kuat selain melihat debu berterbangan. "Ketika itu saya hanya melihat khemah jualan terangkat sebelum diterbangkan angin dan menghempap khemah jualan di sebelah," ceritanya. Bagi peniaga barangan aksesori, Ismail Abdul Rahman, 40, berkata, sewaktu kejadian, dia berada di kedai makan berdekatan untuk berbuka puasa. Menurutnya, sebaik masuk waktu berbuka puasa, dia melihat lima buah khemah di tapak ekspo itu diterbangkan angin kencang. "Syukurlah kami semua selamat dan tiada sesiapa yang tercedera," katanya lagi. ![]() Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di teluk cempedak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan