ads

Jumaat, 9 September 2011

06 di chenor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chenor - Google Blog Search


Pahang Daily Online: Warta Pahang: &#39;ADUN <b>Chenor</b>&#39; <b>Di</b> Gesa <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 11:06 AM PDT

MARAN, 27 Ogos - Beberapa orang peneroka Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini merayu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chenor, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) supaya mengambil perhatian serius terhadap masalah banjir lumpur yang sering melanda kawasan kediaman mereka. Mereka sering dirundung resah akibat kekerapan dilanda banjir lumpur setiap kali musim tengkujuh. Senario ini difahamkan berlaku akibat sistem perparian dan saliran yang tidak sempurna. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak media awal bulan lalu. Dipercayai masalah ini kerap berlaku akibat penempatan terbabit tidak mempunyai sistem perparitan menyebabkan air hujan akan mengalir ke kawasan renda. Segelintir peneroka mengambil inisiatif membuat perparitan sendiri tetapi tidak dapat menampung aliran air yang banyak terutama pada musim hujan lebat atau musim tengkujuh. Akibat ketiadaan sistem perparitan, perumahan peneroka di Blok E dan Blok B membabitkan lebih 30 keluarga sering mengalami banjir lumpur setiap kali hujan lebat. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan 398 peneroka tanah rancangan Felda berkenaan. Mereka mengharapkan sistem perparitan dibina segera. Kejadian banjir lumpur sering berlaku menimbulkan kegusaran peneroka terutama pada musim hujan. Ini kerana setiap kali hujan lebat, air dari atas bukit mengalir ke kawasan perumahan sekali gus sebabkan banjir lumpur. [Adalah diharapkan agar pihak pengurusan Felda membina sistem perparitan di kawasan perumahan peneroka yang terdedah kepada banjir lumpur. Ini kerana apabila masalah itu berlaku, ramai peneroka berhadapan dengan masalah besar seperti kerosakan harta benda termasuk perabot, pakaian dan sebagainya. Masalah ini sudat berlarutan sejak sekian lama, namun hingga kini masih belum berjaya diatasi oleh pihak terbabit. Oleh itu, ADUN Chenur diminta melakukan tinjauan dan pemantaun terhadap permasalahan rakyat dikawasannya itu. Jangan biarkan rakyat terus menderita dengan masalah yang bertimpa-timpa ini. Semoga isu ini dapat diatasi dengan segera bagi memberi keselesaan kepada peneroka terbabit hendaknya. Rakyat seharusnya didahulukan !].

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved