ads

Khamis, 15 September 2011

06 di cherating - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


Ee See » The Legend Resort <b>Cherating</b>, Sept 2011

Posted: 09 Sep 2011 02:29 AM PDT

Beberapa hari selepas menyambut Aidilfitri 1432 Hijrah, kami ada tugasan wedding photoshoot di Kemaman, Terengganu. Pada malam kami sampai, kami menginap di bandar Chukai. Hotel budget, River Garden Hotel. Kelengkapan bersesuaian dengan harga… queen bed, tv, aircond, bathroom besar dengan air panas pun ada. Cuma yang agak menakutkan, bilik kami menginap tak ada tingkap… huhu. Oh ya… parkir limited jadi terpaksa parking tepi jalan utama. Pembantu di kaunter cakap boleh saja parking di situ cuma perlu alihkan kereta sebelum 8 pagi, ok saja.

Esoknya sebelum ke rumah pengantin kami singgah dulu minum di Kopitiam Hai Peng. Sebelum ni saya pernah bersarapan di sini semasa tugasan wedding shoot berbayar yang pertama, terima kasih Kaloi kerana beri kepercayaan. Masa tu Nooi teman. Sentimental pulak, hahaha. Saya suka suasana di kopitiam ni, multiracial dan terasa semangat muhibah. Saya suka dengar pekerja chinese di sini jerit ke dapur… "Kopi sooo!!". :D

Ok… selepas setel outdoor shoot di Kuala Kemaman, kami terus check in di The Legend Resort Cherating. Kaloi pelawa singgah ke rumah mertua dia, tapi kami berdua dah penat sangat dengan badan dah melekit. Tak patut rasa pegi rumah orang dalam keadaan macam ni… hahah.

Kami memang plan untuk berehat 2 malam di Cherating lepas job ni. Penat perjalanan pergi ditambah dengan penat mengambil gambar seharian. Tak sanggup rasanya nak meredah perjalanan balik yang komfem jammed juga kalau gerak balik hari tu juga. Alang2 nak berehat kami cari hotel/resort yang proper sikit.

Oh ya… saya booked hotel dari Agoda. Dah beberapa kali guna khidmat Agoda, so far tak ada masalah.

Sedikit gambar yang kami sempat snap di dalam dan kawasan resort. Kami ambil bilik Deluxe Sea View (with breakfast). Maaf kualiti gambar kurang elok, saya upload di facebook saje :D .

Tengok katil & bantal tu dah macam memanggil2 je. Katil king size dan batal yang sangat best… wuwuwuw. Badan dah penat… mata pun buka beberapa puluh persen je. Sebenarnya time ni Bal tengah tunggu je kat tepi tu nak serang katil dan bantal.. ahahahha.

Macam biasa ada complimentary coffee/tea making facility.

Bathroom/toilet amat best :D .

Nak merokok pun boleh… tapi kat balkoni la.

Pemandangan pagi dari balkoni. Matahari direct… kalau tak ada curtain dan sliding tak tinted mau kene panggang kauu… haha.

Petang2 di tepi pantai. Nak mandi pantai puas2? Ambik pantai seluas-luasnya. Tak mau air masin boleh mandi kat pool. Tapi kami tak pegi pool sebab xda niat nak kubang pun :D .

Kawasan parkir luas. Staff semuanya peramah dan helpful. Internet di bilik tak ada, tapi boleh guna free di kawasan lobi. Sarapan sangat superb, sangat puas hati. Lagipun kami memang tak ada agenda khas. Jadi 2 hari kami breakfast dengan tenang dan pilihan makanan yang pelbagai… oh gembira.

Ok secara ringkasnya… di bawah ni adalah kemudahan yang tersekali dalam pakej Deluxe Sea View. Nak lagi hebat amik la Suite ke… kami tak mampu… :D .

  • Rain shower
  • Wall mounted hairdryer
  • Mini bar
  • In-room safe box
  • 10 TV channels (including in-house movies Vision 4) and 3 radio channels
  • 32″ flat screen LCD TV
  • Coffee and tea making facilities
  • Electric kettle
  • IDD telephone
  • Air-conditioner
  • Ceiling fan
  • Luggage rack
  • Iron and ironing board
  • Umbrella
  • Yukata

Akhir kata buat masa ini, memang berbaloilah kami membuat keputusan untuk berehat di The Legend Resort Cherating untuk dua malam. Walaupun pada asalnya just nak cari penginapan sementara nak rehat n tunggu kesesakan migrasi reda… heheh. Saya harap karangan ringkas serba sedikit dapat bantu dan beri panduan pada kawan2 yang mencari2 hotel/resort.

Ceeramoon: Percutian adik beradik <b>di Cherating</b>

Posted: 26 Jul 2011 11:45 PM PDT

Hari ni kita cerita pasal cuti2 di cherating ok.
Peringatan: cerita adalah panjang. Gambar juga adalah banyak... sila sediakan makanan dan minuman di sebelah anda. Supaya aku boleh mintak eh...

Aku punye blog ni bukan blog live ye.

Hari ni punye cerita hari ni juga berupdate.

Selalunya hari ni punye cerita, 2 3 minggu lepas tu baru aku update, kahkahkah.

Kira ini pun dah kira bagus, lastweeken punye cerita, aku cerita hari ni. Oooo yeahhhhh...

Sebabnya seronok sangat la cuti2 kali nie. Seronok bukan kepalang. Seronok bercuti dengan adik beradik sendiri wpon sebenarnya tidak la complete mana pun cuti ini, tapi tatap la rasa keseronokan itu.

ko tahu ajer la, cherating ni ada apa aje. Bosan okey.

Last pergi dengan mertua pun siap berjanji dalam hati..

B lepas nie, takyah datang sini dah... 2 tahun akan datang baru datang sini semula.

tup tup tak sampai 4 bulan dah ke sini balik, ekeke..

Emak abah tak ikut.

Emak takleh nak travel jejauh. Abah tak kasih, abah kata emak di kuarantinkan sampai bulan 9, lepas bulan 9 baru emak boleh berjalan. Raya tahun ni pun kitorang tak balik kg tronoh... sian emak, mesti dia rindu sangat dengan opah.

Satu rumah ada 3 bilik.

Siap ada dapur, hall semua lengkap.

Murah pun murah.

satu malam rm150 jer. kalau weken rm200. Berbaloi2 kot...

Jauh sikit la dari pantai.

Tapi takde la jauh sangat. Naik keta 5 minit udah sampai...

Bertolak dari cheras malam. Kul 9 dari rumah. Berjanji kat sekian2 jam 10.

Tapi ko tau, semua cun cun sampai jam 10 sekali andak baru nak bertolak.. tak ke ko hangin disitu. haruslah makian bertalu2 diterima dari kami... dah satu keja nak menunggu dia dalam keta. Sebbaik tunggu sejam je... jer???

Elok dia sampai terus berdesupppppp ke cherating.

Konon konvoi. Tapi bila dah sampai highway masing2 bawak keta macam pelesit.

Ciput pun sama pelesit dia. Aku rasa dia paling pelesit. Bapok laju dia bawak keta.

Keisha tido, terus aku lepak kat depan dengan dia..

Aku memang tak tido la kan... sebab takut ciput mengantuk. Mamat ni tak biasa travel malam. Dan dia pun tak suka travel malam. Masa kitorang bincang2 nak travel memalam, dia la yang paling tak setuju sekali.

Ciput: Kita gerak dulu la yang

Aku: Ish tunggu la. Pergi la sama2...

Ciput: eeeeeee tak suka la drive malam2...

Aku: Drive malam la best ok, tak panas... sejuk ajer..

Ciput: Tapi takleh tengok pemandangan...

Ye, suami aku suka drive sambil tengok pemandangan....

Dulu masa pergi cameron, semua keta ikut bontot ciput. Ciput bantai bawak keta 40km/j sambil tengok pemandangan. Hangin je akak2 aku kat belakang, hahahaha...

Dan family aku pulak, asal jalan2 je suka bertolak malam2...

Satu sejuk. Dua keta tak banyak.

Aku dari dulu dah terbiasa travel malam2. Takkan mengantuk punye lah.

Masa kat highway tu asik teringat2 je cerita karak. Tapi tak cakap nie.. senyap je dalam hati. Lepas tu, cun cun sampai kat karak, boleh pulak angin kuat, siap daun2 berterbangan depan cermin keta ko. Kusssssss semangat, itu daun ok. Kalau benda lain???

Lepas angin kuat, hujan pun datang. Lebat gilak!!! takuittttttt..... alhamdulillah, sampai juga akhirnya...

Dan weols yang sampai homestay dulu.

2 jam setengah je drive. Sumpah pelesit laki aku bawak keta...

Yang lain sejam kemudian baru sampai. Semua pun terpinga2 sebab aku yang berjaya sampai dulu, sebab semua pun ingat ciput akan bawak sopan. Memang tak ah.. malam2 dia hantu, siang2 baru dia bawak slow...

So aktiviti kami esoknya...

Pergi melepak di pantai dan masuk ke kemamam saja...

Tengahari macam tu, lepas semua pun dah siap2. terus ke kemaman carik makan...

Aku bawak dorang makan satar kat aziz satar.

Sedap nak mamp ok satar kat situ. Pedas, me likey2...

Jangan la ko tanya landmark dia kat mana, aku tidak tahu. Yang aku tau situ semua pun jual satar. Hehe...

Anak2 buah saya...

Semua duduk kat meja yang sama... Bising la korang disini takde sapa nak heran...

Menikmati satar...

Servis laju gila. Tak sempat nak duduk satar dah sampai dulu. Dia letak otak2 dan pulut panggang ke namanya. Pulut panggang tu pun sedap, otak2 macam biasa me tak berapa nak suka. Wpon amat berbeza otak2 disini dengan yang ada di kl tatap la tekak ku tak boleh nak terima. *buat masa ini

Makan timeeeeeee...

Bapok besar wey pinggan dia. Terkujat2 aku masa nak amik nasik...

Wey pinggan dia memang besar gini ke???

ko amik la banyak2, kongsi dengan ciput..

ye tak ye jugak kan...

Sambal belacan dia memang tip top, pedas gilak!!!!

Romantik tak kami??? makan tame2. Save bajet nie, hehehe....

Satu pinggan tu dan RM12 ko tau... padahal aku amik ikan dengan ulam jerk.

Masing dah kenyang, singgah kejap beli kopok lekor dan terus ke pantai awam...

1st time aku ke pantai awam. Selama nie lepak kat pantai impiana ajer...

Sekali pantai awam dia best daaaaaaaaaa... ombak tak kuat, air jernih. Perghhhhh terbaik lah, tapi aku tak mandi, sebab panas sangat. Menyucuk2 panas dia.


Ciput tension je bila aku taknak mandi.

Bergaduh2 la kejap. Yang ciput cakap aku tak fun, yang aku plak balas AAK sambil buat muka *ada aku kesah.... terus bergusti2 kepit2 kepala aku kat ketiak dia. Hok olo... dah bengang nak kepit2 kepala gua pulak. Nasib baik wangi. Heh...

Keisha seronok sangat angin kuat. Sampai rambut dia pun tak terurus dah aku tengok.

Kakak2ku yang sentiasa sengal

Sebbaik ciput bawak tikar, ada la tempat nak di bawak lepak...

Hahahaha....

Menikmati pemandangan dan ditiup angin yang kuat

Anak buah dara...

Besar dah mereka. Lebih besar dari aku. *gems, haha...

Angah dah kurus dari sebelum, well orang dah ada bf la katakan...

eeeeeeeee kemain gatal budak2 sekarang ye. Maktam ada bf masa maktam lepas spm tau, masa matrik. korang belajar pun tak abis dah menggatal eh... *cubit!

Ajoi berlari atas air, ko mampu...

Ajoi pun takde gf tau. Ke dah ada???

Nampak tak ditengah2 itu. Ada pulau secoet. Kira nak merasai wave ko kena berjalan kesinun dan main air belah sinun.. yang belah sinin wave dia tak berapa nak ada...

Tapi air memang jernih. ko boleh nampak ikan berenang2..

Sinun sinin aku harap korang paham. =P

Ayat sukahati aku...

Ko nampak itu minah besar. Itu adalah kaklang. Memerhati anak dia main air...

Kalau anak2 dia yang besar tu main jauh2 sikit, kang ko dengar la suara dia menjerit2..

Jangan main jauh2!!! main belah sini ajer... eeeeeeeee tak payah la pergi belah sana tu... degil la korang nie!!! bla bla bla...

Cehhhh...

Kutuk aku cakap, aku tiger mother, emak yang tak sporting tak bagi keisha berdikari. Dia pun sama. Dia lagi over aku rasa.. anak dah besar kot!!!

haruslah aku kutuk2.. amik kesempatan.

Besoknya anak dia nak fllw aku pergi pantai pun dia tak kasik. Kata tak payah nanti bahaya...

Coi, over gilak...

Oh citer pasal anak andak.. omakaiiii si anoi tu asik nangis memanjang. Setiap sejam akan dengar suara dia menangis. Kalau menangis sekejap takpe, ni sekali menangis susah nak berhenti okey.

Aku kalau cakap dengan dia pun dia akan menangis. Belum aku tengking lagi...

Apa pun tak boleh la ko ni anoi...

Mungkin wave tak kuat, tu yang dia berani tu. Dan nak main pasir segala la.. siap nak masuk air kat bahagian dalam. Kalau kita angkat dia marah. dia nak berdiri sendiri. Bahananya, 2 kali tertelan air masin... fadan muka.

Lepas dah puas mandi, lepak kejap gerai sambil minum air panas. senang kata weols lepak sana sampai jam 5. Lama gila...

pastu jalan2 kejap tengok barang.

Lepas tu terus pulang ke homestay...

Malam tu lepak dalam rumah ajer. Tengok bola singapore vs malaysia..

Ish, kalah pulak. Takpe, esok masih ada. Semoga malaysia menang. Aminnnnnnn...

Besok pagi, pergi lagi sekali pantai. Aku mandi, sebab tak panas. =P

Tenghari macam tu bersiap2 nak ke kuantan ke rumah adik abanglang... lunch kat sana...

Dan kami sebelum pulang....

Sampai kl jam 8malam macam tu...
Syukor perjalanan pergi dan pulang adalah selamat...
Lepas nie kita plan bercuti2 ke tempat lain pulak...

Love: Ceera =P

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved