ads

Selasa, 27 September 2011

06 di chini - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chini - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pesta bakar lemang <b>di Chini</b> meriah

Posted: 26 Sep 2011 04:05 PM PDT

PEKAN 26 Sept. Syawal kini hampir sampai ke penghujungnya namun masih ramai lagi mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka dan jamuan bagi meraikannya.

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dalam menganjurkan jamuan hari raya bagi mengeratkan hubungan sesama insan.

Berbeza pula dengan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di sini apabila mereka membawa kelainan dalam menganjurkan pesta membakar lemang bagi memeriahkan jamuan Aidilfitri di kawasan itu.

Acara yang empat kali dianjurkan itu diilhamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun yang berusaha mengetengahkan kaedah berbeza bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri di kawasannya.

Pesta bakar lemang yang menjadi pesta meriah hanya wujud di kawasan DUN Chini di sini dan menarik penyertaan bukan sahaja golongan muda tetapi juga warga emas.

Pada pesta ini juga terdapat cabutan bertuah bagi untuk peserta dan disajikan juga dengan persembahan nyanyian kugiran dari Chini.

Hampir 2,000 penduduk di sekitar Gugusan Felda Chini hadir pada pesta tersebut, bukan sahaja dari kalangan ahli UMNO, malah turut dihadiri dari pelbagai parti lain.

Lebih bermakna kehadiran 10 pasukan yang menyertai pertandingan bakar lemang dari seluruh Chini.

Seorang peserta, Rosli Yakob, 52 berkata, ia merupakan kali ketiga penyertaannya dalam pertandingan itu dan menyifatkan satu perkembangan baik bagi mengukuhkan hubungan sesama masyarakat.

ADUN Chini sendiri menggalakkan supaya aktiviti seumpama itu diteruskan kerana ia mengeratkan hubungan silaturahim bukan sahaja kepada masyarakat peneroka tetapi juga penduduk kampung tradisional daripada pelbagai parti di kawasan ini, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam

Dia yang mewakili Felda Chini 1 berharap supaya agenda perpaduan itu diteruskan walaupun hanya satu pertandingan sahaja.

Pertandingan itu dapat menyuburkan nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama dan komitmen peserta yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, katanya.

Sementara itu, wakil Felda Chini Timur 2, Shodi Jaafar, 52, berkata, pertandingan ini menjadi platform kepada masyarakat Chini berkumpul dan bersatu serta membentuk satu keluarga besar yang boleh dilihat ketika ini.

Saya berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan kerana ia membawa manfaat dan kebaikan kepada masyarakat di kawasan ini, katanya.

Tambahnya, paling utama ia lebih fokus kepada perpaduan masyarakat supaya hubungan sesama mereka dapat dikekalkan.

Bukan sahaja dari kalangan ahli UMNO yang hadir, pesta ini malah ia juga merapatkan hubungan dari kalangan parti lain di sini, katanya.

Dalam pada itu, wakil Felda Chini 4, Anisah Man, 43, berkata, wanita juga turut sama menyertainya kerana mereka juga boleh membantu kerajaan dalam merapatkan hubungan masyarakat.

Tambahnya, ia memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat selain menjadi contoh kepada generasi muda supaya meneruskan amalan itu pada masa depan.

Diharap acara seperti ini dapat diadakan secara kerap, bukan sahaja pada hari perayaan sahaja tetapi juga untuk setiap masa, katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

BLOG PAHANG: 06 <b>di chini</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2011 01:06 AM PDT

URL Sumber Asal :-

PIK P1 CHINI TIMUR: Amanah Ikhtiar <b>Di Chini</b> Timur

Posted: 11 Jul 2011 09:05 PM PDT

Baru-baru ini Amanah Ikhtiar cawangan Pekan telah membuka cawangan di Kawasan Kampung Dusun dan hal ini membolehkan warga penduduk sekitar Chini Timur, Chini dan Kampung Dusun untuk membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia. Sehubungan dengan itu ramai di kalangan suri rumah di kawasan sekitar telah membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar ini. Kebanyakan peminjam membuat pinjaman bagi tujuan untuk pembiayaan projek secara kecil-kecilan. Peminjam boleh membuat pinjaman serendah RM 500 ringgit sehingga RM 3,000 bagi pinjaman permulaan. Manakala bagi peminjam yang telah mempunyai rekod pinjaman dan telah menhasilkan projek yang berdaya saing pinjaman yang boleh dilakukan sehingga RM 50,000. Sebelum pinjaman diluluskan setiap peminjam perlu membuat kumpulan seramai 5 orang terlebih dahulu dan perlu mengikuti kelas khas selama 4 hari dan hari terakhir akan diadakan ujian kelayakan. Namun begitu setiap peminjam perlu mengikuti mesyuarat perjumpaan pada setiap minggu sekali. Maklumat terbaru yang diterima oleh PIK, Amanah Ikhtiar Cawangan Kampung Dusun akan berpindah ke Chini Timur di Sekolah Agama Rakyat Chini Timur. Hal ini memberi sedikit kelegaan kepada peminjam yang tinggal di Chini Timur kerana lokasi baru ini lebih dekat. Untuk mereka di luar sana yang berminat dengan pinjaman Amanah Ikhtiar bolehla mendapat maklumat lebih lanjut dengan melayari www.aim.gov.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved