06 di janda baik - Google Blog Search |
Sehari <b>di Janda Baik</b> « Qistina Safiah Posted: 25 Sep 2011 06:05 PM PDT Sabtu yang lalu saya pulang ke Janda Baik. Kata ayah ada undangan majlis yang perlu dipenuhi di resort Atuk Arifin. Sementelahan pulang ke sana, kami singgah dahulu di rumah Nenek dan Atuk. Atuk bawa saya pusing-pusing sekitar kawasan rumah, meninjau-ninjau sekiranya ada buah durian yang gugur untuk saya Namun rezeki tidak berpihak kepada saya, hanya putik durian sahaja yang tinggal Oh! Tidak merasalah saya merasai pengalaman mengutip buah durian. Nampaknya saya kena tunggu musim durian yang akan datang pulalah Yang bagusnya saya berpeluang mengenali dan menyentuh 'anak durian' itu Setelah hampir dua jam di rumah Nenek dan Atuk, tibalah masanya untuk kami memenuhi 'jemputan makan-makan' di rumah Atuk Arifin. Aha, inilah sepupu saya. Namanya Hannah. Setelah hampir setahun tidak berjumpa, akhirnya kami bertemu di sini. Seronok! Kami lakukan pelbagai aktiviti bersama di hari itu; antaranya bermain masak-masak dengan mengutip kelopak-kelopak bunga yang gugur. Err, tetapikan, Hannah juga memetik kelopak-kelopak bunga yang sedang mekar! Hehehe.. Aduhai..habislah jambangan bunga Nenek Ros Foto ini bukti terbaik yang menunjukkan kami memang tidak boleh 'duduk diam' walau seminit untuk bergambar bersama Yang ini pun sama! Tidak mengapalah, yang penting kami sudah mencuba, bukan? Semoga berjumpa lagi, Hannah |
You are subscribed to email updates from di janda baik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan