ads

Sabtu, 24 September 2011

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kek lapis Sarawak <b>di Jerantut</b>

Posted: 21 Sep 2011 04:05 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMADutusanktn@gmail.com

JERANTUT 21 Sept. Kek lapis yang sinonim dengan masyarakat Sarawak kini sudah menyeberangi Laut Cina Selatan apabila kelazatan dan aroma makanan itu sudah melekat di hati penggemarnya termasuk di Semenanjung.

Jika dua dekad lalu, kita cuma mendengar kemasyhuran kek lapis antara kuih tradisional Bumi Kenyalang itu, tetapi tidak pernah menyentuh langsung atau menjamahnya, namun kini segala-galanya sudah terhidang di depan mata.

Maka tidak hairanlah, perusahaan kek berkenaan boleh didapati di merata-rata tempat di Semenanjung, malah makanan itu sudah mudah dibeli di setiap pasar raya.

Teknik pembuatan kek lapis mula mendominasi penduduk Semenanjung apabila berlaku asimilasi budaya menerusi perkahwinan orang lelaki Semenanjung yang berhijrah atau bekerja di Sarawak lalu berkahwin dengan wanita tempatan.

Kemahiran membuat kek lapis yang dimiliki oleh wanita Sarawak turut dibawa bersama apabila mengikut suami pulang ke Semenanjung dan dizahirkan menerusi perusahaan kecil di tempat masing-masing.

Seorang pengusaha, Noorhani Abdullah, 42, dari Jerantut bukanlah satu nama besar dalam dunia masakan kek dan kehadirannya hanya merupakan satu kelangsungan minat berniaga diwarisi daripada keluarga yang menetap di Brunei dan Limbang, Sarawak.

Sungguhpun begitu, namanya memang telah sebati kepada mereka yang menggemari keenakan dan keistimewaan kek lapis Sarawak menerusi perniagaannya di gerai nombor 4, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerantut yang diusahakannya hampir setahun lalu.

Dia yang mempunyai kepakaran khusus dalam membuat kes lapis boleh berbangga dengan kemampuannya menghasilkan pelbagai jenis kek lapis Sarawak dengan beraneka jenis, bentuk dan corak serta mengikut cita rasa pelanggan.

Setelah berpindah mengikut suami menetap di sini, saya terpanggil untuk memulakan perusahaan kek lapis memandangkan kuih ini mempunyai potensi yang baik untuk pasaran tempatan.

Saya pulang semula ke Limbang untuk menajamkan kemahiran membuat kek lapis menerusi tunjuk ajar di bawah pengendalian Jabatan Pertanian Sarawak selama sebulan. katanya.

Menurutnya, berbekalkan dorongan keluarga di Limbang dan suaminya, Abd. Mohin Mohd. Yusof, dia bertekad memulakan perniagaan kek lapis di rumahnya di Taman Inderapura Satu di sini.

Katanya, keazaman dan kesabaran dalam perniagaan berkenaan membuahkan hasil apabila kek lapis itu mula dikenali ramai serta mendapat permintaan banyak pelanggan.

Memandangkan pengeluaran perlu banyak mengikut tempahan, saya terpaksa menyewa sebuah gerai milik PPK di sini yang agak selesa bagi menempatkan peti sejuk, pengadun kek dan ketuhar di samping kemudahan pelanggan untuk datang membeli dan membuat tempahan.

Dengan dibantu tiga pekerja, perusahaan kek lapis ini beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 6.30 petang berasaskan tempahan dan kehadiran pelanggan, ujarnya.

Kejayaan perusahaan kek lapis berkenaan, menurut Noorhani, juga dibantu menerusi bimbingan ekonomi serta bantuan pasaran oleh RISDA dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini.

Menurutnya, menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, dia sudah mengeluarkan sebanyak 4,000 buku kek lapis pelbagai warna dan perisa untuk dijual kepada pelanggan.

Katanya, pelanggan bukan sahaja terhad di sekitar di daerah Jerantut, malahan kini menjangkau hingga ke Bandar Tun Razak, Maran, Kuantan, Lembah Klang, Melaka dan Kelantan.

Alhamdulillah, setakat ini saya menerima banyak tempahan dan dalam sebulan mampu menjual antara 500 hingga 700 kek lapis Sarawak daripada jenis gulung dan empat segi, katanya.

Ditanya keistimewaan kek lapis Sarawak, Noorhani berkata, kek lapis yang dihasilkannya terkenal dengan susunan corak dan rasanya yang lembut serta basah selain harganya yang berpatutan.

Saya amat mementingkan kualiti penghasilannya dengan menggunakan kombinasi perisa dan pewarna yang halal.

Sehingga kini, saya menyediakan 33 jenis perisa kek lapis kepada pelanggan seperti coklat, pandan, oren, pepermint, strawberi dan durian, ujarnya.

Beliau berkata, selain cara penghasilannya yang remeh, kek lapis Sarawak memerlukan seseorang yang kreatif bagi penghasilan corak yang cantik dan pelbagai.

Jelasnya, penyediaan kek lapis memerlukan lima proses peringkat dan ia mengambil masa empat jam untuk disiapkan iaitu mengadun, membakar, memotong, mencantum dan akhir sekali membuat kulit kek lapis Sarawak.

Saya suka cabaran untuk menghasilkan kek lapis Sarawak dan sebab itu saya memilih perniagaan ini.

Tidak ramai yang mempunyai kemahiran untuk membuatnya berbanding membuat kuih lain seperti baulu, katanya yang melabur sebanyak RM20,000 ketika memulakan perniagaan itu.

Bagi penggemar kek lapis yang ingin merasai kelazatan kek lapis Sarawak Noorhani, mereka boleh mengunjungi gerai bersebelahan pejabat PPK Jerantut atau tempahan boleh dibuat menerusi talian 013-9366782 atau 013-3702817.

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved