ads

Sabtu, 24 September 2011

06 di kuantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuantan - Google Blog Search


Wajarkah LYNAS dibina <b>di Kuantan</b>?

Posted: 08 Sep 2011 09:30 PM PDT

Raya baru ni abah pulang beraya di Kuantan Pahang. Abah rasa semua sedia maklum mengenai pembinaan kilang LYNAS di Gebeng Kuantan. 

Persoalannya wajarkah LYNAS dibina di Kuantan? Kenapa di Kuantan? Kenapa di Pahang? Kenapa di Malaysia?

Bukanlah abah menghalang pembangunan dan kemajuan tetapi jika berkaitan bahan radioaktif pasti membuatkan ramai termanggu dan termenung memikirkan hal ini.

Abah pun terfikir juga akan akibatnya. Mungkin kita tak nampak sekarang tapi 10 tahun lagi? 15 tahun lagi? Apa kesannya pada generasi akan datang? Cikgu sains adik-adik abah pun ramai yang tidak bersetuju dengan pembinaan kilang ini kerana tahu akibatnya pada masa akan datang.

Cuba kita lihat sejenak di Jepun. Negara yang cukup maju dengan peralatan yang cukup canggih masih tidak mampu menghalang kebocoran ekoran gempa bumi dan tsunami yang berlaku.

Perasan tidak korang sekarang gegaran gempa bumi di Indonesia semakin di rasai di Malaysia? Tak mustahil satu hari nanti Malaysia akan dilanda gempa bumi. Apa terjadi pada kilang LYNAS ni? Mampu ke menghadapi kemungkinan sedemikian?

Memang benar laporan IAEA telah dikeluarkan namun sejauh mana kebenarannya?

Sejauh mana kemahiran dan kecanggihan peralatan itu pun pasti akan ada kesilapan melalui kecuaian atau sikap sambil lewa manusia itu sendiri? Nak bukti? Tak perlu pergi jauh tengok je syiling di mahkamah jalan Duta atau bangunan stadium di Terengganu. Sikap sambil lewa buat kerja dan amalan rasuah mengundang bahaya dan menyebabkan pembaziran.

Jika kilang ini diteruskan abah harapkan agar syarikat LYNAS mengambil berat aspek keselamatan 200% kerana ini melibatkan nyawa penduduk di Malaysia. Kakitangan yang dilantik perlulah melaksanakan kerja dengan berkesan dan buangkan jauh-jauh amalan rasuah dan sikap sambil lewa.


Abah ada bersembang dengan pakcik-pakcik di kawasan rumah mak abah tu, mereka memang risau dan tidak bersetuju dengan pembinaan LYNAS ini. Abah dengar lagi harga rumah dan tanah di sana jatuh. Betul atau tidak itu abah tak pasti.

Rumah mak abah lebih kurang 40km daripada Gebeng, Kuantan. Jauhnya~~~~Kalau korang seram tak?

Harapnya isu ini tidaklah terlalu dipolitikkan. Keselamatan rakyat lebih utama. 

Lagi mengenai LYNAS


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved