ads

Khamis, 1 September 2011

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Aidilfitri 2011 dan MERDEKA – <b>Maran</b> Pahang | AzmanIshak.Com

Posted: 31 Aug 2011 08:48 AM PDT

Alhamdulillah.. tadak ape boleh terungkap dengan kata-kata untuk Aidilfitri pada tahun 2011 ni melainkan rasa bersyukur pada Tuhan untuk keluarga anak-cucu Ishak B. Bakar. Tahun ni adik beradik semua balik kampung, kecuali abang aku yang sorang (komando) baru jer posting kat Ipoh. Jadi tak dapat beraya bersama kami. Adik beradik yang lain… semua balik.

Dimulakan dengan bismillah, perjalanan dari Kuala Lumpur, aku bersama isteri dan juga amirul tak lupa sorang anak sedara yang tumpang balik sama. Habis je mama Amirul bertugas shift malam, kami terus balik ke Maran. Syukur segala perjalanan dipermudahkan. Tadak apa yang berlaku melainkan mengantok tak hengat. Mujur malam, jadi isap rokok kalah eksos kereta yang besar macam tin milo tu.

Sesampai di Maran, aku yang sebelum ni dah berpakat dengan semua adik beradik yang nak balik kampung.. kami singgah di pondok jaga abah. Saje malam sebelum hari raya nak temankan abah sekejap sementara nak tunggu satu hari lagi berpuasa. Aktiviti pada 29 Ogos malam adalah sesi BB-Q sekor kambing.

Abah yang tadek cuti dari bekerja sebagai seorang jaga pada shift malam, jadi kami adik beradik pakat sewa chellet kat tempat abah bekerja. Dapat diskaun… dari 2 bilik.. kami lajak ke 3 bilik. Bertempat di Maran Golf Hills Resort, kami sekeluarga berkampung kat sana. Ape lagi, angkut semua barang yang ade bawak pergi resort,"KITE BAKOOO"

Sebenarnya aku speechless sebab adik beradik semua berkumpul pada tahun ni. Maka lepas la hajat abah nak tengok kami semua ada pada Hari Raya pertama. Kalau tak sebelum ni, masing-masing "rotation" tu tak kena pada masanya. Sorang ke utara, sorang ke selatang. Abah pon paham, anak-anak dia semua dah bekeluarga. Jadi kene ada balence.

Chellet yang dekat dengan Masjid Maran, melangkah tak sampai pon 15 minit, kami sekeluarga sembahyang raya kat sana. Sesudah sembahyang raya, masing-masing perut lapar. Balik rumah dulu… bersarapan dan lepas tu, pakat-pakat sesi "Mencurahkan Air Mata". Setahun menghilang… erk.. setahun? Barang yang lepas jangan dikenang. Bulan baik… kita bermaafan yang mana silap dan salah. Buang yang lepas… kita jernihkan yang keruh.

Sesi bersalam dimulakan dengan Khutbah dari Abah. Seperti biasa pada tiap-tiap pagi raya, abah akan berkhutbah untuk menegur mana yang patut perangai anak-anak dia. Sesi ni memang tak pernah abah tinggal. Dari sulung sampai la aku yang bongsu. Dan tak lupa jua untuk adik bongsu aku.. semua kene "clorox".

Tahun ni abah agak kurang panjang khutbahnya. Masing-masing dah redo tadah telinga, tapi apa yang aku tengok, abah menangis air mata kesyukuran. Anak abah semua balik jumpa abah tahun ni. Tak terluah dengan perkataan. Tiap kali anak-anak abah bersalam.. abah tak abis-abis mengangguk lepas tu sapu air mata. Memang "touching". Abah mane tak sayangkan anak-anak.

Raya tahun ni kalau nak diikut kira, akak yang sulung bawak 2/3 orang anak. Nombor dua pulak, 2/3 orang. Abang pulak ade 6 orang anak. Lepas tu akak nombor 3 ade 1. Akak nombor 4 ade 4 orang. Campur aku, +1. Jumlah cucu 16 orang. Itu belum abaang aku yang Komando kat Ipoh, ade lagi 3 orang. Fuuuu…. penuh umah abah.

Walaupon raya tahun ni kami beraya sampai raya kedua, tapi ternyata abah tersenyum sampai kami semua balik. Hari ni semua dah pakat balik ke rumah masing-masing. Lepaskan hajat abah nak kami adik beradik semua berkumpul sekali. Alhamdulillah… tercapai hajat dihati dia. Aku suka tengok gelagat abah layan cucu. Tak menang tangan dia.

Layan gambar? Biasa… layan LENSE 70-210mm. Menembak dari jauh. Hasilnya memang puas hati. Kalau ade nampak gambar yang dah di edit tu… sebab aku bagi anak sedara yang ambik. Kamera berat katanya… maunye tak… 70-210mm!!! Lol.. Kasik panas En. Tarmizi kita.


Resort utama di Maran Golf Hills Resort.

Saje nak test BOKEH dengan lense baru.

Fotografer nombor dua tengah setting ape tah. Ni pon aku test BOKEH lense baru.

Layan anak buat main bunga api kat resort abah jaga

Dua orang model sebok nak berposing. (Anak sedara)

Aku tak tau ape motif? Tapi aku suke smoke hasil dari tembakan lense baru ni.

Memang cun la hasil dari lense ni. Tak sesia aku melabur tahun ni.

Nota: Tahun depan raya kat Kedah pulak. Raya Haji tahun ni? Mungkin Mama Amirul kene kerja… sob sob..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved