ads

Ahad, 18 September 2011

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri PM <b>di Pekan</b> Ahad ini : N9 Kini

Posted: 16 Sep 2011 05:39 AM PDT

PEKAN 16 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini pada Ahad ini, mulai 10 pagi hingga 2 petang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad berkata, lokasi itu dipilih kerana berdekatan taman perumahan dan kawasan kampung di sekitarnya, sekali gus memudahkan orang ramai menghadiri majlis berkenaan.

Beliau berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri rumah terbuka itu.

"Sebanyak 130 pembekal makanan akan menyediakan pelbagai jenis makanan kepada pengunjung seperti nasi beriani, nasi beriani gam, laksa Pahang, laksa Penang dan lain-lain pada majlis itu nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ishak berkata, bagi memudahkan orang ramai menghadiri majlis itu, bas perantara akan disediakan.

"Bagi pengunjung dari Merchong, Nenasi dan Chini, kita menyediakan dua bas di Pekan Riverfront, manakala dari arah Kuantan pula, bas akan disediakan di GiatMara Pekan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan di sini," katanya. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved