ads

Khamis, 15 September 2011

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Fuiyoo!! Katak Gergasi Seberat 20kg <b>di Negeri</b> Sembilan « Home <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 10:02 PM PDT

Gambar makhluk gergasi ini diambil dengan kamera telefon bimbit. Seorang lelaki Cina dari Gemencheh, Negeri Sembilan mendakwa bahawa gambar itu diambil dua minggu lalu di kawasan pergunungan di Gemencheh.

Katak yang amat besar itu mempunyai berat kira-kira 20kg, iaitu berat badan normal kanak- kanak tujuh atau lapan tahun.

Menurut beliau, haiwan yang sangat besar itu telah ditangkap oleh masyarakat Orang Asli di tepi sungai.

Kawannya terkejut apabila melihat makhluk aneh itu kerana sebelum ini, beliau tidak pernah melihat katak dengan saiz begitu dalam hidupnya.

Lelaki itu menambah, kawannya menawarkan untuk membeli katak itu RM500 tetapi Orang Asli menuntut RM1,000.

Kawannya itu tidak mempunyai wang yang cukup dengan dia pada masa itu, beliau pulang ke rumah untuk mendapatkan lebih banyak wang.

"Apabila kawan saya kembali ke rumah Orang Asli itu dengan wang, dia mendapati bahawa katak gergasi itu telah disembelih dan dimakan. Orang Asli itu jatuh sakit selepas makan katak dan sehingga hari ini, beliau masih terbaring di katil dan tidak dapat bergerak," katanya.

Beliau menambah, masyarakat Orang Asli tidak membenarkan mana-mana orang mengambil gambar tetapi kawannya mengambil gambar katak itu secara rahsia.

15 Restoran Guna Sos Ada DNA Babi <b>di Negeri</b> Sembilan « Pena <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 05:53 AM PDT

Sos Hp danTabasco pepper disahkan mengandungi DNA Babi

Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.

Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.

Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.

"Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi," katanya di sini semalam.

Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved