Pekan Bongawan 1939 2 Deretan Kedai Lama Di Pekan Bongawan, Sabah

RUMAH KEDAI SEJAK Pra-Perang Dunia ke-II – Bongawan adalah sebuah pekan di negeri Sabah, Malaysia. Lokasinya terletak di Pembahagian Pantai Barat Sabah dan terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan ibu negeri Sabah Kota Kinabalu. Bongawan terletak di bawah Parlimen Kimanis. Ia merupakan salah satu dari stesen utama untuk Keretapi Borneo Utara.

Nama Bongawan secara tradisionalnya didapati dari dialek masyarakat tempatan untuk 'Burung Bangau' bahasa Inggeris;(egrets), yang acapkali kelihatan di sawah padi.

Pekan ini dikatakan mempunyai 2 blok rumah kedai berstruktur kayu lama yang diakui wujud sejak tahun 1939 Masihi. Kesan arsitektur rumah kedai ini dilihat mirip seakan seni bina rumah kedai era pra-Perang Dunia ke-II. Walaubagaimanapun, selepas semua kota besar telah dihancurkan oleh tentera Jepun dan Tentera Bersekutu menerusi aktiviti pengeboman perang, tidak banyak lagi rumah kedai berseni reka seperti ini dapat dilihat dan jarang ditemui di Sabah. Kebanyakan dari kedai yang ada pada hari ini di Bongawan dan di pekan lama di Sabah adalah hasil binaan semula oleh para peniaga dari kelompok minoriti Cina Sabah.

Berikut adalah gambar Pekan Bongawan,

pssst: ada rahsia di sebalik gambar di atas……

pixel Deretan Kedai Lama Di Pekan Bongawan, Sabah 468x60 Deretan Kedai Lama Di Pekan Bongawan, Sabah

Baca Ini Juga!!