ads

Ahad, 5 Jun 2011

06 di mempaga - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mempaga - Google Blog Search


Karnival MTB Felda Ride 2011: PENGENALAN KARNIVAL

Posted: 30 May 2011 12:25 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]... iktibar dan sebagai tanda sokongan di atas permintaan generasi muda serta masyarakat dalam aktiviti tersebut maka satu program iaitu "KARNIVAL MTB FELDA RIDE 2011" akan dilaksanakan. Posted by mempaga at 12:25 ...

06 di ketari - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ketari - Google Blog Search


Palestin Dan Libya, Sama Tapi Tak Serupa…. ~ WAK <b>KETARI</b> BLOG

Posted: 08 May 2011 11:21 PM PDT

Harus dan wajib juga kita mensyukuri nikmat keamanan yang sedang kita rasai sekarang di negara kita ini sendiri, walaupun kadang-kadang diganggu-gugat oleh acara "protes" dan tunjuk perasaan tidak rasmi oleh mereka yang berkepentingan.
Penulis sebenarnya mengikuti dengan penuh minat tentang ketidakstabilan dan juga protes "domino" yang sedang menular di Asia Barat dan Timur Tengah ketika ini. Kebangkitan protes yang "kononnya" dipelopori oleh rakyat ini menular dan berkembang di Timur Tengah seperti api yang marak menyala.
Dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain, seolah-olah sindrom kebangkitan ini bakal merubah kedudukan geopolitik dan iklim pemerintahan serantau, yang rata-rata berteraskan autokrasi dan teokrasi kekeluargaan kepada suasana yang lebih kondusif dan lebih demokratik.
Walaupun secara asasnya perubahan ini perlu, namun haruslah kita lihat semula sama ada keperluan ini adalah untuk kebaikan ataupun membawa lebih keburukan kepada rakyat di negara-negara yang terbabit. Prinsip demokrasi tidak akan ada maknanya jika dikorbankan kemakmuran dan juga keamanan yang dinikmati ketika ini.
"Democracy for democracy's sake" tidak lagi membawa erti sekiranya keadaan ekonomi, kemakmuran dan keamanan terancam sehingga rakyat hidup melarat, miskin dan negara menjadi kucar-kacir, tidak stabil, lemah dan dipandang rendah oleh dunia dan selepas itu boleh dicucuk hidung oleh kuasa besar.
Penulis juga tertarik dengan reaksi masyarakat dunia terhadap krisis yang melanda di Timur Tengah terutamanya berkaitan dengan negara-negara Islam di rantau itu. Melihat kepada Mesir, apabila revolusi rakyat menjelma tiba, pihak Barat dilihat pada mulanya "cuba" untuk mententeramkan keadaan dan bersifat neutral.
Namun, melihat usaha ini tidak berjaya dan usaha protes makin kuat, maka pihak Barat terus menerus menyokong usaha protes dan hasilnya Hosni Mubarak pun berundur dari tampuk kuasa, yang mana pada ketika ini kuasa eksekutif di Republik Arab Mesir dipegang oleh Majlis Eksekutif yang dikuasai oleh pihak tentera.
Walaupun niat asal protes ini dilaksanakan adalah untuk menuntut agar Hosni Mubarak berundur dan demokrasi dipulihkan namun demokrasi di Mesir masih jauh dari pandangan. Hasil sampingan dari protes ini, ekonomi Mesir yang banyak bergantung pada pelancongan hampir lumpuh sama sekali kerana pelancong tidak berani lagi ke Mesir atas sebab suasana yang tidak aman.
Malah bila penulis berkunjung ke Mesir baru-baru ini, penulis dimaklumkan juga yang muzium tempat pelbagai khazanah purba Mesir turut dirompak semasa suasana di Medan Tahrir dan Kaherah bergolak. Alangkah ruginya rakyat Mesir akibat dari protes ini!
Lain pula akibatnya apabila protes terhadap pemerintah berlaku di Libya. Berhadapan dengan Kolonel Muammar Gadafi, yang sememangnya dikenali dunia sebagai seorang yang agak keras kepala, rakyat yang memprotes berhadapan dengan tindakan keras dari kerajaan. Maka, berlakulah pertempuran dan pertumpahan darah antara pasukan kerajaan dan pihak pemberontak. Pihak pemberontak yang berjaya menguasai beberapa bandar di luar Tripoli menggesa bantuan dari luar bagi menjayakan usaha mereka menggulingkan Gadafi.
Kali ini respons pihak Barat amat berbeza sekali. Belum lagi resolusi Bangsa-bangsa Bersatu diluluskan, pihak Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya dari NATO telah pun menghantar kapal perang mereka dan bersiap sedia untuk menyerang Tripoli. Satu kawasan larangan penerbangan atau "no-fly zone" dilaksanakan di Libya.
Tentera Gadafi di beri amaran keras untuk tidak menyerang bandar-bandar yang dikuasai pemberontak, tapi sebaliknya pemberontak dibenarkan pula untuk menyerang tentera Gadafi tanpa sebarang tindakan. Bandar Tripoli dan di mana sahaja kawasan yang menyokong kerajaan dibedil dan dibom siang dan malam.
Demikianlah usaha Barat untuk memastikan yang keamanan dan "demokrasi" terlaksana di Libya. Pasukan pemberontak yang disokong Barat, tidak mempunyai hierarki yang tertentu dan sekiranya mereka berjaya menawan Libya, tentunya kepimpinan negara ini bakal menjadi "point of contention" atau titik pergolakan.
Libya bakal berhadapan dengan senario Afghanistan ketika pasukan Mujahideen berjaya menawan Kabul. Atas sebab tiada kesatuan kepimpinan, maka perpecahan dan pergolakan antara puak akan berlaku. Kesannya, sehingga kini pakar-pakar dan ahli bijak laksana "geopolitik" dari Barat masih gagal menstabilkan Afghanistan.
Tetapi, yang paling memilukan penulis ialah pada masa yang sama, konflik di Libya berlaku, pihak Israel turut melancarkan serangan terhadap penduduk Palestin, atas sebab berlaku krisis antara pendatang Yahudi yang membina rumah secara haram di atas tanah milikan sah rakyat Palestin. Maka, atas dasar "keselamatan" , pendududuk di Palestin diserang bertalu-talu tanpa belas kasihan dan tanpa peluang untuk mempertahankan diri mereka.
Respons dari Barat akan krisis ini? Sudah tentu tiada. Tiada laporan dari media-media Barat. Tiada kutukan mahupun gesaan untuk Israel menghentikan serangan. Tiada usaha dari Amerika Syarikat mahupun NATO untuk menghantar kapal-kapal perang bagi mententeramkan keadaan. Tiada usul di PBB untuk mengecam Israel mahupun usaha untuk melaksanakan "no-fly zone" di Israel mahupun Palestin.
Demikianlah demokrasi cara Barat dalam menangani konflik dan usaha keamanan di Asia Barat. Sama tapi tak serupa...

Posted in:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di kuantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuantan - Google Blog Search


AMIERAHILTON: Farewell Dinner a.k.a entry last <b>di Kuantan</b>

Posted: 19 May 2011 10:17 AM PDT

Salam semua. Hurmmmm ni antara entry2 terakhir aku post di Kuantan. And maybe jugak entry yang last semasa aku di Kuantan. Lepas ni semua entry akan di post straight from Terengganu. Sobs. Berat hati nak tinggal Kuantan tapi apakan daya.

Aku dah resign secara rasminya nak dekat 3 minggu dah. Tapi atas sebab kesibukan melampau ex-boss aku tu so asyik asyik delay this farewell dinner. Last2 semalam jadi jugak lah. Bukan aku mintak hokay. Tapi diaorang yang nak belanja takkan nak tolak kan. Tak manis lah kata orang. Hehe. Terharu pun ada actually sebab setahu aku lah staff2 before aku tak pernah boss aku buat farewell dinner ape semua nih kalau dah resign. Aku jek yg dapat. Teheee thank you boss. You such a very kind boss. Tu sebab aku sayang nak resign hari tu. Isk.

So semalam we had a dinner at Cherating Steak House kat Jalan Beserah tu. Not bad makan kat sana. Harga up sikit lah dari other restaurant tp really worth your money coz portion dia besar hoi. Golek2 aku dgn Ms.Chan nak habiskan. Haha. Oh yups Mr.James ex-boss aku tak join cz dia ada appoinment dgn client. Tp totap dia yang bayarkan bill for the dinner. Hiks. Tenkiuuuuu :)

Our starter mushroom soup and garlic bread. Garlic bread dia sedap sebab very crispy. And mushroom soup dia sangat pekat. Memang sodapppp!

My all time fav grill chicken chop in blackpapper sauce. Pergi lah western food mana2 pun memang ini je aku akan order. Steak ke, lamb ke hape ke memang aku tak layan. Tekak say NO. Hehe. Grill chicken dia rangup pap pup pap. Memang kenyang. Tapi coleslaw and fries mcm other restaurant takde cz dia ganti dgn fresh vege.

Seafood spagetti. Pergh torrrbaikkkk. Portion dia besar kot boleh share sampai 2-3 orang untuk 1 hidangan. Dia letak udang, sotong, scallops and cherry tomato. Best!

Meet my super best officemate, Ms.Chan. Waaa dia sangat baik wooo. Just like my own sista dah kat office tu. Everything boleh share with her. :)


Ah ada jugak budak ni. Sesat ke ape. :P

Satu-satunya pic aku dgn Ms.Chan. Haha. Please percaya. Aku tak pernah bergambo bila pergi mana2 dgn dia. Oh soooo not me. Hehe.

Alhamdulillah kenyang. Thank you boss bayar bill! Hiks :P

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Indonesia <b>di Kuantan</b> dibunuh di kebun - Komunitikini

Posted: 30 May 2011 12:37 AM PDT

Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah kebun nangka milik persendirian di Tebing Tinggi, Bera semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Nordin Mustapha berkata, mangsa yang dikenali sebagai Wak Temuji, 40, bekerja dan tinggal di kebun berkenaan sejak dua bulan lepas ditemui dengan kesan kecederaan di bahagian
kepala.

"Mangsa dipercayai dibunuh ekoran terdapat kesan pukulan dengan objek tumpul di kepala," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, polis turut menemui kayu dan batang cangkul dipercayai digunakan untuk memukul lelaki terbabit kira-kira 20 meter dari pondok didiami mangsa.

Hasil bedah siasat oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pagi tadi mengesahkan mangsa mati akibat dipukul dengan objek keras, katanya.

Nordin berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki terbabit oleh orang awam pada 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, ketika ditemui mangsa dalam keadaan tertiarap, berseluar panjang dan tidak berbaju.

Katanya, polis kini sedang mengesan seorang wanita dipercayai isteri mangsa yang tinggal dengannya di pondok tersebut.

Beliau berkata setakat ini motif pembunuhan masih disiasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di cherating - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


BONDTHEGREAT: BENGKEL MPK <b>DI</b> SURIA <b>CHERATING</b> BEACH RESORT

Posted: 23 May 2011 04:13 AM PDT

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA....

Alhamdulillah aku baru sahaja pulang dari Suria Cherating Beach Resort, Pahang bagi mengendalikan Bengkel Manual Prosedur Kerja MPK, Cawangan Akaun, Ibu Pejabat Kastam Putrajaya. Sebagai urusetia yg dibantu oleh Sahrom, farhana, Rusni dan Fendi, jasa kamu semua amat dihargai kerana membantu melicinkan Bengkel MPK tersebut yg berlangsung 18 - 21 Mei 2011. Kemudahan fasiliti resort adalah TERBAEKK !!!....dan servis yg amat memuaskan kami dan aku bagi 9 bintang ( skala 1-10 ) . Banyak Proses kerja dan carta aliran ditambahbaik untuk dipaparkan didalam MPK Caw. Akaun. Ianya bagi memudahkan individu merujuk proses sesuatu kerja. Dan BOSS baru nak benda ni siap dan hntr pada aku pada 1 Jun 2011.....

TETAPI... ada satu berita buruk yang aku terima iaitu isteriku maklumkan bhw anak sulungku Roqaiyah telah dimasukkan ke hospital selama 3 hari kerana terkena air panas pada badan. Ya Allah.......badan melecur 17%....nak balik, Bengkel belum mula dan aku plak urusetia yg handle Bengkel dan jadi MC.....so wife aku kata dlm keadaan terkawal dan aku tak perlu balik...

Dan akhirnya aku terpaksa pulang awal dan tidak jadi mencandat sotong dgn mantan Ketua Akauntan ....apakan daya KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YG BERKUASA YG MENENTUKAN.....

jumpa lagi di lain waktu , KEPADA PUAN AZIRA DARI SURIA CHERATING BEACH RESORT...terima kasih atas layanan anda, makanan yg sedap , penginapan yg hebat, pemandangan laut yg HEBAT !!!

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di bukit ibam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT IBAM</b>: SELAMAT HARI GURU

Posted: 01 Feb 2002 12:00 AM PST


Tema Hari Guru 2011 -
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.



Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.



Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.



Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


4WD Lee Tong Kang <b>Di</b> Hutan Endau <b>Rompin</b> | Recreations | Ruslie Sophian

Posted: 19 May 2011 12:54 AM PDT

Tong, Kang bersama aku sedang pasang pelekat iklan di hari pelepasan.

Selepas beberapa kali aku mengadakan aktiviti family camping untuk pemilik-pemilik Lada 4WD di Janda Baik, Laman Bistari dan Pertak, Kuala Kubu Bharu, tibalah masa aku menyertai satu ekspedisi lasak 4WD yang dinamakan 'Trail Blazer' anjuran Asian Adventure Team ke hutan hujan Endau-Rompin.

Aku terpaksa menyertai acara ini kerana dicabar oleh orang kuat Asian Adventure, iaitu Dr. Zaini Sharani dan Halim Rahman bagi membuktikan Lada 4WD mampu mengharungi laluan lasak dan mencabar anjuran mereka itu.

Aku kaget seketika apabila dua orang pelanggan kami, Encik Tong dan Encik Kang ingin turut serta dengan Lada 4WD mereka. Aku perhatikan kedua mereka  atas bawah. Belum sempat aku bersuara….!

Encik Kang pantas bersuara. Ilmu mengendali pacuan empat roda yang aku ajar selama ini sudah tiba masanya untuk dipraktikkan dalam aktiviti 4WD lasak anjuran Asian Adventure itu. Ini disokong oleh Encik Tong dengan penuh yakin.

Bukan sahaja setakat kemahiran yang ditimba dari aku, bahkan pengalaman mereka pernah membuat reccee laluan

Lada 4WD aku dilepaskan

mencabar bersama aku sudah cukup untuk menyahut cabaran Asian Adventure Team. Di sini nanti mereka akan turut sama mempromosikan Lada 4WD kepada peminat-peminat pacuan empat roda lasak.

Sesungguhnya aku bangga atas keyakinan mereka. Setidak-tidaknya Dr. Zaini Sharani, pelopor dari Malaysia acara Camel Trophy ke Australia dan Halim Rahman, peserta kedua dari Malaysia menyertai acara Camel Trophy di Madagascar, akan tersenyum melihat aku yang pernah menimba ilmu pacuan empat roda dari mereka sudah berjaya mendidik peserta lain dalam teknik-teknik pemanduan pacuan 4-roda lasak di hutan rimba.

Lada 4WD melepasi titi balak.

Tetapi yang pasti pihak syarikat mendapat promosi percuma atas penyertaan kami itu. Lalu aku kemukakan permohonan tajaan, setidak-tidaknya servis percuma untuk dua buah Lada 4WD milik Encik Tong dan Encik Kang serta sedikit kos makan minum kami dalam acara selama 4 hari 3 malam itu.

Menyedari betapa pentingnya penyertaan kami sebagai promosi, pihak syarikat bersetuju dan luluskan jumlah peruntukkan yang agak mewah kepada kami. Di samping itu, dua orang mekanik akan turut bersama kami sebagai persediaan sekiranya berlaku break-down dalam hutan.

Daripada laluan awal melalui Janda Baik ke Kinaboi dan keluar di Kuala Kelawang

Lada 4WD Kang berjaya melepasi titi dengan baik.

membawa ke hutan dari Felda, Bandar Muazam Shah menebusi laluan baru ke hutan Endau-Rompin yang berakhir di Kampung Peta, 3 buah Lada 4WD kami berjaya merentasi semua laluan-laluan lasak dan mencabar dengan penuh bergaya tanpa apa-apa masalah.

Cuma pada peringkat awal laluan Janda Baik ke Kinaboi ketika menuruni laluan bukit yang terdapat batu-batu besar, Tong dan Kang agar gabra dan kekok sikit. Tetapi apabila mereka melihat aku memandu Lada 4WD yang dipasang dengan  American steel rim yang agak lebar berjaya menuruni bukit itu dengan selamat, ini memberikan keyakinan bahawa mereka pun boleh lakukan dengan tayar dan rim original.

Kejayaan awal kami rentasi laluan mencabar itu disambut dengan tepukan daripada ramai peserta, termasuk beberapa peserta dari Italy. Mereka mula kagum melihat Lada 4WD mampu mengharungi laluan sukar dan amat mencabar itu.

Lada 4WD Tong tergelincir.

Lalu seorang peserta membuat seloroh…ini semua atas didikan Lee, maka Tong dan Kang mampu mengendali Lada 4WD mereka dengan baik. Sehingga acara berakhir di Desaru Resosrt, nama Lee Tong Kang berterusan menjadi nama panggilan kami bertiga.

Hehehe….Lee Tong Kang pun Lee Tong Kang lah! Jangan jadi Lee Tongkang dahlah….huhuhu!

Share on Facebook

Share/Save/Bookmark

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


RM100++/DAY Promoters : Klang <b>Bukit Tinggi</b> – Cosmetic promoter by <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 09:51 PM PDT

Cosmetic Roadshow

Location: KLang Bukit Tinggi Concourse
Working Date: 5 July -10July 2011
Working Time : 10am-10pm
Payment Salary : RM 100++/day

Requirement :
-Have Basic Makeup Skill
-Have Working Experience
-Aggressive & Working Responsible

Kindly Contact Rachel Leong
012-62345 62
Send Profile to hawyee2310@gmail.com

Mobile 012-62 345 62 Salary RM100++/DAY
Location Bukit timggi Comcourse Working Hours 10am-10pm( 2 Times Break )
Onsite No Needed Skills promote Cosmetic
Start Date 5 Jult-10July
Duration 6days
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved