ads

Khamis, 9 Jun 2011

06 di jerantut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


WZWH: SPRM "Mengganas" <b>Di Jerantut</b>

Posted: 20 Apr 2011 09:41 PM PDT

SPRM sudah berjaya menjalankan operasi di Jabatan Immigresen dan Kastam. Beberapa tangkapan melibatkan pegawai kerajaan dan sejumlah wang. SPRM dulu dipanggil BPR iaitu Badan Pencegah Rasuah.

Kini SPRM sedang menjalankan operasi di Jerantut melibatkan jabatan kerajaan, korporat dan ahli politik. WZWH dengar ada 20 nama dalam senarai.

Di Jerantut ini memang banyak kes-kes melibatkan penjualan tanah-tanah kerajaan di bandar Jerantut, tanah Majlis Daerah, tanah pinggir bandar dan hutan-hutan balak sungguh mudah ditebang atas nama pembangunan palsu.

Transaksi dan urusniaga yang melibatkan keraguan terutama kepada rakyat Jerantut memerlukan penyiasatan mendalam dari SPRM.

WZWH harap jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ahli korporat serta ahli-ahli politik Jerantut haruslah memberi kerjasama yang baik bagi pihak SPRM menjalankan penyiasatan dan tanggungjawab. 

Orang Jerantut mahu Jerantut bersih rasuah. Orang Melayu bandar Jerantut mahu tahu kenapa tanah-tanah strategik di bandar senang-senang diberi kepada towkey Cina atas nama projek silang. Berapa projek silang lagi ada di Jerantut? Berapa hutang lagi campur bunga yang kerajaan perlu bayar kepada beberapa projek silang di Jerantut?

Orang Jerantut mahu tahu siapa yang terlibat dalam urusniaga dan perjanjian yang merugikan kerajaan dan rakyat Jerantut?

Biarkan SPRM menyiasatnya. Kita kena beri kepercayaan kepada SPRM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di triang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di triang - Google Blog Search


المنكاراقي: Forum Hari Ibu <b>di</b> Masjid <b>Triang</b>

Posted: 07 May 2011 05:21 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Forum Hari Ibu di Masjid Triang. @Masjid Jamek Bandar Triang untuk merakamkan forum sempena hari ibu 2011. Penampilan istimewa malam ini, Ustazah Azizah binti Khatib Mat yang merupakan Mudir Sekolah Agama Pondok Moden, ...

06 di sungai lembing - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Me & My Self: Mandi Manda <b>di Sungai Lembing</b>

Posted: 16 Apr 2011 09:34 PM PDT

Salam to all..

Alhamdulillah pada hari Ahad yang indah ini.. Dapat juga kami berempat pergi mandi manda di sg lembing. Adik pada mulanya malas nak pegi.. Yelah.. Tak mandi lg katanya.. Jd abg ajak jgk dia ikut.. Kak Nena mmg takde hal dah..

So pergi jua kami.. Syg sgt excited.. Yelah.. Dah lama tak mandi sungai n nie first time kami mandi sg sama2..

Ramai jgk org dtg sini.. Kawasanya tak byk yg berubah.. Kalau rujuk my blog2 lama.. Tulah kali terakhir aku dtg sini.. Bersama2 team C masa tue..

Harap sgt next time satu family dapat join.. Baru lah lebih seronok.. Insyallah..

P/s: adik... Abg dah mesra2 ngan adik belum nie? Hehe..


Best Regards,
Arman Harris Mustafa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Falahiah: <b>Sungai Lembing</b> : Dulu dan Kini

Posted: 19 Apr 2011 04:27 AM PDT

Sungai Lembing : Dulu dan Kini



Sungai Lembing semasa Pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun di Sg Lembing tidak banyak sumber yang boleh didapati. Kemajuan perlombongan bijih Timah di Sg Lembing tentunya menarik perhatian Jepun untuk mendudukinya. Lombong sg Lembing terkenal pada 1940-1950 kerana peningkatan harga biji timah namun telah ditutup pada 1986 kerana kos selenggara yang tinggi dan kejatuhan harga timah pada masa itu. Muzium yang terdapat sekarang merupakan tapak sebuah rumah kediaman orang Inggeris yang digelar The Eroupean Bangalow yang pada asalnya diperbuat daripada atap nipah dan berdindingkan kayu. Semasa penduduka Jepun,muzium tersebut telah dijadikan markaz tentera Jepun untuk mentadbir kawasan sekitar. Semasa kemaraan tentera Jepun,British telah menlancarkan gerakan bumi hangus dengan membakar semua kelengkapan ekonomi bagi mengelakkan diambil alih oleh Jepun. Lombong Sungai Lembing juga tidak ketinggalan apabila dibanjirkan oleh British untuk merosakkan lombong tersebut daripada digunakan oleh Jepun.  Selepas Jepun mnyerah kalah bangunan tersebut diambil alih oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) .
Dahulu sungai lembing merupakan lombong yang kedua terbesar selepas Bolivia bahkan memiliki kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam didunia. Namun selepas sahaja lombong ini ditutup pada 1986,telah menyebabkan kesuraman kepada kawasan ini. Kebanyakan pelancong hanya datang untuk melihat tinggalan yang ada seperti lombong mahupun bekas kilang peleburan bijih timah yang jenis batu. Walaupun kawasan sungai lembing merupakan kawasan yang popular suatu masa dulu namun tidak ada pembangunan yang pesat dapat dilihat. Kebanyakan menggelarkan pekan koboi dek kurangnya pembangunan yang dikecapi. Kemudahan untuk pelawat juga amatlah kurang jika dibandingkan dengan kawasan lain. Kemajuan yang dicapai disini dari segi peluang pekerjaan amatlah kurang sehingga ramai penduduk disini akan berhijrah ke Kuantan atau Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Kin sungai Lembig hanya menjadi kawasan penanda aras untuk banjir dikawasan sekitarnya. Ini kerana kedudukan sungai Lembing dikawasan lembah yang mana apabila banjir kawasan lombong ini akan mengalaminya dahulu.
Gua Charas berada brdekatan dengan Sungai Lembing. Tidak banyak maklumat yang boleh didapati mengenai Gua Charas melainkan sumber mengenai pelancongan. Gua Charas adalah gua batu kapur jenis karst ( iaitu hasil larutan dan hakisan pada batu kapur sehingga menjadikannya bukit batu kapur mempunyai kecuraman yang hampir menegak )  yang  terletak di Pancing yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit  26 kilometer di barat laut Kuantan. Gua ini menjadi kuil Buddha Siam selepas beberapa orang sami telah melakukan pertapaan di kawasan ini kira-kira 50 tahun dahulu. Ia menempatkan patung Buddha tidur yang besar ( Wofo Dong ) selain daripada patung lain seperti Guanyin,Puxian,patung-patung dalam agama Buddha  dan Botthisatvva.  Antara gua-gua di sini ialah gua Buddha,Gua Gajah,Gua tiga beradik,Gua Putri Bersikat,Gua pecah,Gua Lubang Dalam,Gua Lubang Hidung dan Gua Batu Raja.
   Gua ini berbentuk jutaan tahun dahulu sehingga seperti sekarang. Untuk sampai ke puncak gua batu kapur iaitu tempat yang menempatkan patung-patung,kita perlu naik setinggi 20 kaki untuk sampai dengan menggunakan tangga yang disediakan. 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di tanjung lumpur - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di tanjung lumpur - Google Blog Search


Blog Encik Kunang-Kunang: Kalaulah Kampus Kuantan <b>di Tanjung Lumpur</b>...

Posted: 02 May 2011 11:12 AM PDT

Assalamu'alaikum Warahmatullah...


Dari tajuk di atas, saya merujuk kepada UIAM Kampus Kuantan. Ini kerana gara-gara kata-kata Zahir, "Kalau mai Kuantan, tak singgah Tanjung Lumpur, tak sah percutian hang". Ha 3x. :P

Dari 4/4 yang lalu sehingga 3/5 ini, saya berjalan-jalan. :D

4/4 - Hulu Slim, Slim River, Perak

Rezeki Subuh. En. Zulkifli "Choi" dari IIUM Security mengajak saya makan durian di kampungnya, Sungai Dara dekat Hulu Slim. Kami bertolak jam 7.30 pagi. Singgah sebentar di kedai Mamak, sarapan pagi. Pendekkan cerita, kami (saya sebenarnya) makan dua biji durian, lalu membeli 3 biji durian dengan harga RM10. (Nice!). Sebiji saya berikan kepada Saifullah (yang baru bernikah 30/4 yang lalu), sebiji lagi saya berikan kepada jaguh durian dari Medan, Ikbar Pratama (saya panggil Iqbal, lebih senang untuk disebut), dan sebiji lagi kepada Kak Shaz.

Sebab duriannya sedap, ingat nak mencari lagilah. Kami pergi sekali lagi pada hari Sabtu, dia pula jual dua biji durian RM10. T_T

9/4 - Pekan Slim River, Perak

Selepas membeli durian, rombongan En. Choi ke Pekan Slim diteruskan, kali ini mencari ikan bilis. (He 3x). Kemudian, kami makan mee rebus gaya Slim River. Best. Mee kuning dicelur. Kemudian ditoskan, letak sambal, kacang tanah yang telah ditumbuk, kicap, minyak bijan, dan bijan. Selepas itu, sebelum makan, kita gaul dulu. (Dah nampak macam mee cina Chao Mian tanpa daging, cili kering, daun bawang dan bawang di Mahallah Ali pula).

En Choi membawa kami ke kampungnya. Rupa-rupanya ada kolam air panas bersuhu 107°C. Selain itu, ada juga air terjun di hujung kampung ini. Em... :)

17/4 - 19/4 - Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak

Rombongan naqib-naqib sempena Kem Nuqaba'. Macam-macam telah berlaku. Ada budak kena gigit pacat, geng-geng antarabangsa kata kena cucuk duri. Mantap sangatlah kena cucuk duri sampai berdarah banyak macam tu. Mujur mereka tak kata "jatuh kena tikam dek parang fasilitator". He 3x.

Orang jenis mabuk jalan macam saya memang bermasalah lalu jambatan gantung. Mujur tak panjang. ^.^

Bila mahu pulang, pandai pula geng-geng antarabangsa bercerita pasal solat jamak. Ketika kem, adalah seorang mempertikaikan tindakan menjamakkan solat Maghrib dengan Isyak. Tak mahu buat solat Jamak ketika musafir kononnya. Bila pulang, hanya sebab bas belum sampai, dia pula mahu jamak solat Zohor dengan Asar. Aduhai... Bisinglah... T_T

20/4 - 24/4 - Kuala Nerang, Kedah

Pendek kata, saya pergi ke rumah Abah di sana. Umi minta gambar pula...

Saya berada di Gombak pada 25/4.

30/4 - Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang

初めてです。Pertama kali saya sampai Pahang (boleh eksyen sikit dengan geng antarabangsa. :P). Rupa-rupanya ada Karnival Jom Heboh di Kuantan. Jalan sesak habis. Tapi apa yang saya nampak, iklan "Micheal Learns to Rock World Tour". Amboi, sampai sini?. Zahir jemput saya dengan "superbike" khasnya. Dia suruh saya tunggu di sebuah restoran mamak. Gara-gara lapar, saya belilah air dulu. Teh "O" Limau Ais berharga RM1.60. (Mahal). Saya tidak mengesyorkan anda semua datang ke Restoran Rahath walaupun ia bersebelahan Terminal Bas dan Teksi Kuantan.

1/5 - Kuantan, Pahang

Lamanya saya tidak bertemu Isa Mehat. Dia sudah menjadi bapa anak tiga rupanya. Rezeki dia. :). Muhammad Ilhami, Muhammad Ikrami, Muhammad Ihsani - nama anak-anaknya. Ilhami suka berkawan. Ikrami agak pemalu. Ihsani masih kecil lagi.

Sambil berjalan-jalan, terjumpa pula gerai tembikai 1kg = RM1.20. Zahir beli. Saya tumpang makan. :D

Petang kami ziarah ke rumah Ustaz Mohamad Bin Ali di Permatang Badak. Maka, saya berkenalan dengan Ustaz sekeluarga. Isterinya, Pn. Noraini Hilawati Binti Mustapha. Anaknya, As'ad, Amni, & yang sulung (saya terlupa tanya namanya, maaf). ^.^|

Selepas solat Asar, kami berpusing-pusing satu UIAM Kuantan. Masjidnya berhampiran dengan Mahallah Maimunah dan Mahallah Talhah. Khabarnya ada rancangan untuk membina hospital berhampiran dengan pintu pagar kedua (dekat juga dengan masjid). Ingat nak cuba lukis. Ha 2x. Bukannya ingat sangat pun. Pakai Google Earth, sekali keluar gambar tahun 2010 Kulliyyah Perubatan dengan tapak-tapak yang baru dibuka. Aiya... Kita conteng secara kasar sajalah. :)


Em... UIAM Kuantan. Jalan dua hala. Kulliyyah jauh-jauh. Mahallah belum banyak lagi (mungkin lepas Masjid Terapung UIAM Kuantan siap kot baru mula projek Mahallah). Em... Yang ni lakaran saja ya. Kalau keadaan sebenar, bukannya petak macam saya lukis. Ha 3x. Saya gunakan serba sedikit akronim dari CFS. Kulliyyah Pergigian (DENT) masih menumpang di Kulliyyah Sains (KOS). Kalau tak silap, Kulliyyah Kejururawatan (NUS) masih menumpang di Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu (ALLHS). Blok yang sudah siap (pada mata saya) cuma:

  1. Kulliyyah Perubatan (MED)
  2. Kulliyyah Farmasi (PMACY)
  3. Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu (ALLHS)
  4. Mahallah Maimunah (MAIMUNAH)
  5. Mahallah Talhah (TALHAH)
Yang masih dalam pembinaan:
  1. "Masjid Terapung" (MASJID)
  2. Kulliyyah Pergigian (DENT)
  3. Bangunan Pentadbiran (ADMIN)
  4. Bangunan Perpustakaan (LIB)
  5. Pusat Sehenti (OSC)
  6. "Animal House" (Yang saya labelkan dengan tulisan ganjil sikit tu)
Zahir cakap, Kulliyyah Kejururawatan belum dibina lagi... Lupa lagi nak lukis 2ND GATE. :P

Malamnya, barulah kita orang ke Tanjung Lumpur. Zahir nak tengok bola, jadi kita bungkus saja makanan. Ikan bakar dengan sambal petai, sotong goreng tepung, udang goreng kunyit. Kalau siapa minat makanan laut, mesti tak ketinggalan lala. Satu perumpamaan yang Zahir berikan: "Budak UIA Kuantan tak makan kat kedai Ana Ikan Bakar Petai ni ibarat budak UIA Gombak tak makan nasi ayam Mancongkam. Ha 3x".

Elok saja lepas makan, saya mengantuk. :D

Em... Saya ke Gombak pada hari Isnin... Tiga hari menaip blog untuk cerita jalan-jalan sebulan. Aiya... Kalau thesis jawabnya tak siaplah. T_T

Jom kita tulis ayat ala-ala Satria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black)

Berusahalah! En. Kunang!
Jangan putus asa! En. Kunang!

つづく

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di sebertak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di sebertak - Google Blog Search


Perkahwinan Nuri & Anis - Felda <b>Sebertak</b>. - KAWAN - KAWAN PHOTO

Posted: 04 Apr 2011 09:11 AM PDT

Perkahwinan Nuri dan Anis di Felda Sebertak, Triang Pahang. Rombongan pengantin lelaki dari Marang Terengganu tiba sehari sebelumnya. Dengan sekali lafaz, Anis sah menjadi milik Nuri. Akad Nikah berlangsung di masjid Felda Sebertak. Outdoor yang pada asalnya hendak dilakukan di Bukit Bertangga (Felda Kumai) telah bertukar ke Tasik Bera. atas permintaan pengantin. Pada hari tersebut, sebanyak 4 pasang pengantin membuat pengambaran outdoor di Tasik Bera sewaktu kami tiba. Buat pasangan pengantin Nuri dan Anis... Selamat Pengantin Baru. Semoga pasangan ini kekal bahagia ke ahirnya.. Terima kasih kerana memilih Kawan Kawan Photo, Jurugambar Perkahwinan Anda..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di brinchang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


Berkelah <b>di</b> Gunung <b>Brinchang</b>

Posted: 13 Apr 2011 03:00 AM PDT


Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 26 Mac 2011 yang lalu, tertunai juga hajat nak membawa encik zauj mendaki Gunung Brinchang. Sangat berpuas hati meskipun kecut perut dengan perjalanan yang mencabar, impian untuk memanjat Menara Gunung Brinchang tidak dapat dilaksanakan kerana cuaca yang mendung bertukar kepada hujan renyai-renyai dan akhirnya hujan lebat :)

Untuk mendaki Menara Gunung Brinchang, tidak perlu kepada kepakaran tertentu tetapi memandangkan cuaca yang sedang hujan (meskipun dalam keadaan renyai-renyai), anak-anak tangganya sangatlah licin kerana menaranya dari besi. Jadi, selain sami'na waato'na dengan kata-kata zauj yang tidak berapa nak izinkan ana memanjat menara ditambah pula kesian dengan budak dalam ni yang asyik kena 'melayan' kerenah ibunya. Maka, hanya melihat menara dari bawah saja.

Takpa, takpa. Lepas bersalin nanti bawa baby tawan Gunung Brinchang! ^_~

Selepas bersiar kuch kuch hota hey di Ladang Teh BOH! kami meneruskan perjalanan ke Gunung Brinchang dengan menaiki kereta. Pak Cik ana selalu juga berkhemah di Gunung Brinchang semasa zaman bujangnya, ada juga bercadang nak buat aktiviti keluarga dengan mengadakan perkhemahan di Gunung Brinchang yang mana pada malamnya boleh menikmati cuaca yang sejuk, dan berkemungkinan besar merasa duduk di dalam awan (",)

Alhamdulillah, sudah beberapa kali menjejaki Gunung Brinchang (sebelum-sebelum ini sudah berjaya naik ke atas Menara Gunung Brinchang) dan beberapa kali juga menikmati suasana duduk di dalam awan. Suhunya yang dingin ditambah dengan kelajuan angin, boleh la perasan seketika tudung umpama bendera yang berkibar megah di atas menara apabila tidak memakai baju panas di luar.

Kali pertama mendaki Menara Gunung Brinchang, memakai baju kurung... Phewww! Sangat menjaga tatasusila dan adab kesopanan sampaikan memanjat menara pun berbaju kurung. Duduk atas menara dalam beberapa minit, angin mula bertiup agak kuat dan gugusan awan pun berarak. Allahuakbar, sejuk la juga sebab seolah-olah terasa ada penghawa dingin dalam baju. Mujur la masa tu tiada orang, bayangkan la dengan angin yang kuat dengan nak pegang baju dan tudung dari tercabut, hehehe.

Memori di Gunung Brinchang, pernah membawa ukhti Syifa' dan rakan-rakannya. Kebetulan, beberapa minit selepas tiba di atas menara, angin mulai bertiup kuat dan gugusan awan bergerak ke arah kami. Merasalah mereka duduk di dalam awan, boleh jadi sejarah dan memori indah. Badan mereka yang kecil comel, kesejukan sehingga menggigil. Masa ni dah ambil iktibar dari peristiwa lalu maka sudah siap memakai t-shirt labuh dan seluar panjang ^_^

Saat berjalan-jalan dengan zauji dan juga sahabat kami, ana membawa bekal dari rumah. Nasi goreng sarapan pagi yang masih banyak dijadikan juadah mengalas perut kami di atas puncak Gunung Brinchang.

"Ok, sekarang kita berada di puncak Cameron Highlands! Sila berbangga... Hehehe."

Melihat keletah anak sahabat yang seolah-olah merasakan 'dunia ini aku yang punya' berjalan ke sini sana tanpa menghiraukan cuaca yang sejuk. Peralihan cuaca dari mendung ke hujan renyai-renyai dan akhirnya hujan lebat kemudian renyai-renyai semula :)

"Mencabar sungguh nak sampai sini."

Hehe, pesakit jantung, darah tinggi dan ibu mengandung tidak digalakkan untuk 'bergalak' nak mendaki Gunung Brinchang meskipun menggunakan kereta atau pacuan 4 roda yang disediakan oleh perkhidmatan pelancong kerana jalannya yang sangat mencabar memerlukan ketahanan diri dan semangat yang kental (kononnya nak mengaku kuat semangat dan kental la ni... :P).

Boleh juga dibanggakan, walaupun tidak mendaki dengan kaki tetapi melepak dan siap makan tengah hari di puncak Cameron Highlands, melawan suhu yang sejuk di puncak Gunung Brinchang adalah salah satu perkara yang tidak semua pelancong menikmatinya ^_~

Foto-foto sekitar Gunung Brinchang


Selesai mengambil makanan...


Lunch hour! Perut lapar...


I don't care whatever happen, I just care my stomach :P


Menara Telekom (line celcom dapat full bar di sini :P) di hadapan dan Menara Gunung Brinchang di belakang (agak terlindung)


Dari Menara Gunung Brinchang, tak nampak apa sebab hujan. Kalau cuaca cerah, masya Allah pemandangannya sangat indah. Boleh nampak Hotel Equatorial yang terletak di Brinchang.

Insyirah Soleha

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di mengkarak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mengkarak - Google Blog Search


Gambar Hantu: Gambar Hantu <b>Di Mengkarak</b>

Posted: 22 Nov 2010 04:45 AM PST

Gambar Hantu kali ini dikirimkan oleh seorang sahabat. Gambar ini diambil di Kampung Mengkarak, Bera, Pahang. Pengirim berkata ketika gambar diambil memang takde entiti putih kat sebelah budak tu. Pengirim menyertakan teks berikut.. err.. saya harap anda semua biasa dengan telor Pahang:

Koi dapat gambo ni dari seorang rodong Kampong koi di dalam daeroh Bera ni,dia ckp semasa gambo ni ditangkap mmg takde pun perempuan/kanak2 baju putih tu sdg berjalan kat situ,masa tu dah nak senja,budak kecik yg cangkung tu demam pada malam tu..wallahualam..
perhatikan kaki nye seperti tak jijak ke bumi..aokme nilaikan lah..wallahualam.

Ok, luangkan sedikit masa anda untuk renung gambar ini. Memang kaki dia tak jejak tanah. Muka pun tak nampak. Gambar diambil time senja. Orang kata time senja ni memang banyak makhluk halus berkeliaran.

Apa-apa hal saya serahkan kepada pembaca yang bijaksana untuk menilaikannya. Teruskan menghantar gambar-gambar hantu kepada kami.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di lanchang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di lanchang - Google Blog Search


Lawatan Projek TKPM <b>Lanchang</b> dan Pusat Pengumpulan MAFC <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 May 2010 08:17 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lawatan Projek TKPM Lanchang dan Pusat Pengumpulan MAFC di Lanchang, Temerloh oleh YB Datuk Seri Noh Haji Omar. May 25th, 2010 Mohd Noor. Tarikh : 16 Mei 2010 (Ahad) Masa : 1 petang. Tempat : Pusat Pengumpulan MAFC Lanchang, Temerloh ...

06 di cherating - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


Our KosMo Bak....: Sukanya Harith mandi <b>di</b> Pantai Cendor, <b>Cherating</b>...

Posted: 10 May 2011 09:37 PM PDT

Assalamualaikum semua...

        Hmm....lama betul tak menaip blog..asal nak taip jer..ada benda jer yang datang kacau..Beberapa minggu kebelakangan ni..banyak cerita nak dikongsikan bersama..tapi masa jadi masalah sekarang ni..Melayan si kecil..melayan si besar...hehehe..sampai tak menang tangan..apa yang mampu dibuat hanyalah berkongsi gambar buat tatapan bersama...hehehe..

        Kita mula dengan Birthday boy adikku yang paling bongsu..Epan...Tengah bulan lepas celebrate birthday boy si epan..saje2 gatal tangan..ku mencubalah buatkan birthday kek untuk Epan..Carrot Cake...dan hasilnya...Taraaaa...hehehe...kena masuk kelas ni..



Skang nak citer pulak pasal  breastpump yang baru kumiliki...Modu...ku baru jer berjinak-jinak pakai modu...nak komen lebih2 pasal Modu kena tunggu lama skit..sbb sebelum ni pakai Spectra 3...dah biasa dengan S3...sbb bunyinya yang slow...owh..knapa ku ada sampai dua pam?..sbbnya ku nak anta S3 pergi servis..nak pakai lama...so..ada Modu sebagai pam ke-2..alternative utk di kala S3 pergi menserviskan dirinya..Nak memiliki Medela FS..mahal sangat..heheh..sebenarnya takut nak swap kredit kad..takut hutang berlambak-lambak...Ada org tanya, kalo time letrik tak de mcm mana?..ku kata ku guna kaedah marmet je..hehehe..apa benda tu?..klik kat sini yer...

           Harith...hehehe...hari ini Bintang Hati mama yang sorang dah genap 7 bulan...Rasa masa berlalu dengan cepatnya..rasa tak puas nak manja2 dgn dia..skang ni Harith dah makin lasak..aktif...siap jatuh katil lagi malam tadi..kesian Harith..heheh....tak boleh terlepas pandang langsung..ada jer benda yang dia nak buat..

 Ummm..bestnya cuti hari pekerja aritu...cuti 3 hari..bagiku tu cuti yang lama...lama dah tak balik ke kampung halaman Bak di Kemaman..so kami sekeluarga pun balik lah ke sana...huhuhu..Apalagi..ajak adik-adik gi mandi kat Pantai Cendor..sebelah pantai Cherating...Harith mandi sakan aritu..mula2 takut..lepas tu dia yang paling suka..risau jugak..takut dia ngigau jer malam tu..org2 tua kata tak elok bawa baby gi mandi pantai..huhu..ku main belasah jer bawa harith gi mandi kat pantai..malam tu, sebelum Harith tido, kubacakan selawat dekat telinga Harith supaya tak diganggu mimpi yang bukan2..minta dijauhkan...Alhamduilillah..Harith tido lena sampai ke pagi..cuma bangun nak minum susu jer..Oklah..seebelum nak tutup citer arini..meh kita tatap beberapa gambar masa Harith di Pantai Cendor...Bak kata dia lebih suka ke Pantai Cendor berbanding Pantai Cherating sebab orang tak berapa ramai dan airnya yang jernih dan bersih...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Kuala Rompin Pahang – Peta Tarikan dan Hotel <b>di Rompin</b> | PakJi.com

Posted: 23 Apr 2011 06:42 PM PDT

Kuala Rompin terletak di dalam daerah Rompin di Negeri Pahang kira-kira 133 km dari Kuantan. Jika anda ingin datang dari Kuala Lumpur perjalanan ke Kuala Rompin mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit melalui jalan darat. Royal Pahang Billfish International Challenge adalah acara tahunan bertaraf antarabangsa yang diadakan di di sini, menarik kaki-kaki pancing dari serata dunia termasuklah United Kingdom, Singapura, Australia, Indonesia dan juga Thailand. Bukan sahaja menjadi pintu masuk utama ke Pulau Tioman, Kuala Rompin juga terkenal dengan pelbagai restoran yang menyediakan masakan laut yang lazat dan segar, menggunakan udang dan kepah air tawar ditangkap di kuala Sungai Rompin. Masakan sotong dan ketam juga terkenal di sini. Read the English version here.

Cara Ke Kuala Rompin Pahang
Peta Kuala Rompin
Hotel dan Penginapan
Tarikan dan Aktiviti

Bagaimana hendak ke sana? Anda boleh ke Rompin melalui pengangkutan darat atau udara.

Jalan Darat:

Dari Kuala Lumpur – Seremban – Bahau – Mu'adzam Shah -Lanjut (3.5 jam memandu atau 285 kilometer)
Dari Selatan: Johor Bahru – Mersing – Kuala Rompin – Lanjut (2.5 jam memandu atau 215 kilometer)
Dari Utara: Kota Bahru – Kuala Terengganu – Kuantan – Pekan – Lanjut (6.5 jam memandu atau 496 kilometer)

Jalan Udara:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA ke Lapangan Terbang Kuantan

Peta Kuala Rompin


View Larger Map

rompin pahang

More photos

Sekiranya anda ingin membuat tempahan penginapan adalah digalakkan menelefon terus ke hotel yang berkenaan. Tempahan awal dapat mengelakkan anda dari kesukaran mendapatkan bilik penginapan terutamanya pada hari cuti umum dan hujung minggu.

ROMPIN BEACH RESORT
Lot 340 Jalan Pantai Hiburan
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-414 1367
Fax: 609-414 1366

HOTEL SERI MALAYSIA ROMPIN
671 Kg. Tanjung Gemuk
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-413 2724
Fax: 609-413 2732

SUMMERSET COLONIAL HOTEL & VILLAS
Lot 2547
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel : 609-414 1888
Fax: 609-414 0888
E-mail : summerset@rompin.com.my
Laman web: www.summerset.com.my

LANJUT GOLDEN BEACH RESORT
Kampung Lanjut
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel : 609-414 5113
Fax: 609-414 5112
E-mail : enquiries@lanjut.com.my
Laman web: www.lanjut.com.my

Tarikan Di Kuala Rompin Pahang

Aktiviti memancing memang sudah sebati dengan Kuala Rompin namun terdapat juga tarikan lain di sini yang tidak kurang hebatnya.

Pintu Masuk Taman Negara Endau Rompin

Taman Negara Endau-Rompin adalah lokasi tarikan yang sesuai bagi mereka yang sukakan kehijauan, flora fauna serta cabaran di hutan. Popular di kalangan pencinta alam, taman negara ini adalah antara hutan tertua di dunia dan juga habitat kepada beberapa spesis haiwan yang semakin pupus, termasuklah badak sumbu sumatera. Berkeluasan 48905 hektar Taman Negara Endau-Rompin adalah yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara Pahang.

air terjun

Untuk memasuki tempat ini anda perlu mendapatkan pas istimewa dari Perbadanan Taman Negara (Johor) yang boleh dihubungi di talian 07-2237471 atau fax 07-2237471. Alamatnya di JKR 475, Bukit Timbalan, Johor. Dua pintu masuk utama ke Taman Negara Endau-Rompin adalah melalui Nitar dan Kampung Peta (kampung Orang Asli). Jangan lupa menbawa pulang buah tangan berupa cederahati dari rotan yang menarik dihasilkan penduduk Orang Asli.

pantai lanjut rompin

Pantai Lanjut terletak di selatan Negeri Pahang dalam daerah Rompin adalah pantai yang cantik dan tidak tercemar. Terkenal antara pantai terbersih di negeri ini terdapat Lanjut Golden Beach Resort sebagai tempat penginapan.

Search Terms:

  • hotel di rompin pahang
  • summerset beach resort rompin 2011
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di bukit ibam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


Sejarah penubuhan skuadron pertahanan udara TUDM | Tepak Sirih

Posted: 27 May 2011 08:52 PM PDT

SEJARAH PENUBUHAN SKUADRON PERTAHANAN UDARA
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Sejarah Pertahanan Udara Negara ini telah bermula sejak tahun 60an. Pada ketika itu, tanggungjawab tersebut adalah dari pihak Britain berlanjutan dari perjanjian Anglo-Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957. Di dalam perjanjian tersebut, pihak Britain

Radar S600

Radar Taktikal Marconi

bertanggungjawab menyediakan keupayaan Pertahanan Udara Terhad (Limited Air Defence Capabilities) ke atas Tanah Melayu dan Singapura. Pihak Britain telah menempatkan dua buah radar jarak jauh, satu di Bukit Gombak, Singapura dan di Western Hill, Pulau Pinang. Sistem ini juga saling dilengkapi dengan pesawat pejuang ringan dan system peluru berpandu yang ditempatkan di Butterwoth dan Singapura.

Setelah tentera Britain berundur dari Timur Jauh pada tahun 1968, tanggungjawab untuk meneruskan keupayaan Pertahanan Udara terletak dibawah organisasi TUDM. Adalah menjadi tanggungjawab TUDM untuk melaksanakan tugas tersebut. TUDM telah menubuhkan tiga unit radar Pusat Pertahanan Udara(PPU) yang dilengkapi dengan system radar taktikal Marconi iaitu di:

a. PPU 1 – TUDM Butterworth pada 1971

Gambaran Recognised Air Picture

Gambaran Recognised Air Picture

b. PPU 2 – TUDM Bukit Jugra pada 1972

c. PPU 3 – TUDM Kuantan pada 1973

TUDM terus mempertingkatkan keupayaan Sistem Pertahanan Udara dengan menubuhkan sistem Malaysian Air Defence Ground Equipment (MADGE). Di dalam sistem ini TUDM dilengkapi dengan sebuah Pusat Operasi Sektor Sector Operation Sector (SOC) di TUDM Butterwoth yang mendapat gambaran radar dari radar (Hughes Air Defence Radar (HADR) di Western Hill. Selain itu, gambaran radar juga diperolehi dari radar Jabatan Penerbangan Awam di Genting dan Senai.

radar Martello S743D

radar Martello

TUDM meneruskan perkembangan sistem pertahanan udara dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MOU) Martello pada tahun 1989. Didalam projek tersebut, TUDM akan dilengkapi dengan dua buah radar jarak jauh jenis Martello, dua buah sistem MARDIS dan sebuah sistem komunikasi taktikal serta meningkatkan keupayaan radar taktikal marconi yang sedia ada.

Apabila sistem MARDIS diserahkan oleh Marconi, maka radar taktikal Marconi telah dipindahkan ke Bukit Kubong, Labuan Sabah. Sistem MARDIS menerima gambaran radar dari radar-radar Martello yang ditempatkan di Bukit Peteri, Terengganu, di Bukit Ibam, Pahang dan juga radar sistem HADR di Western Hill, Pulau Pinang. Dengan gambaran tersebut PPU 3 berupaya melaksanakan tugas sebagai SOC.

Radar Alenia

Radar Alenia


Sistem MARDIS telah diambil alih secara rasmi pada bulan Julai 1996. Unit yang dahulunya dikenali sebagai PPU 3 telah digantikan dengan Skuadron 320 TUDM yang berkuatkuasa penubuhan pada 01 Ogos 1999. Pada tahun tersebut, sistem radar Alenia Bukit Lunchu, Johor telah beroperasi sepenuhnya dan gambaran radar tersebut juga telah disambungkan kepada sistem MARDIS Skuadron 320 TUDM. Dengan pengoperasian sistem Alenia di Bukit Lunchu tersebut maka pada tahun 1999, sistem radar taktikal Marconi di bukit Jugra telah ditamatkan pengoperasiannya dan dimansuhkan secara rasmi.

-Selamat Hari Tentera Udara Diraja Malaysia-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di penor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di penor - Google Blog Search


Penjara <b>Penor</b> latih banduan berdikari « Pembeli ikan keli, Hubungi <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2011 12:25 AM PST

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my

 

Dua banduan yang ditugaskan menjaga kolam kanvas sedang memberi makan anak ikan keli di Penjara Penor, Kuantan.


KUANTAN 18 Feb. – Isu bekas banduan kembali terlibat dalam kes-kes jenayah merupakan sesuatu yang sering diperkatakan dalam masyarakat.

Tidak hairanlah bekas banduan sering dipandang serong oleh masyarakat berikutan persepsi bahawa mereka akan kembali terlibat dalam kancah jenayah atau perilaku negatif.

Akibat pandangan serong itu, golongan terbabit sukar mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat swasta atau milik persendirian.

Keadaan itu mengakibatkan golongan tersebut tertekan sedangkan tidak semua bekas banduan yang akan kembali melakukan perbuatan salah apabila keluar dari penjara.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Penjara mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan banduan berdikari selepas keluar dari penjara.

Antara yang dijalankan termasuk Program Pemulihan Ternakan Ikan dan Pertanian (LATIF) yang disediakan di Penjara Penor di sini.

Program itu bertujuan memberi peluang kepada banduan yang berminat dalam bidang perikanan dan pertanian menceburi bidang tersebut apabila keluar dari 'tembok besi' itu nanti.

Program itu juga memberi pendedahan kepada bekas banduan mempelajari teknik yang betul dalam penternakan ikan dan lembu sekali gus dijadikan sumber rezeki selepas dibebaskan nanti.

Selain itu, projek tersebut dapat memanfaatkan kawasan tasik buatan di penjara itu sebagai lokasi ternakan ikan air tawar dalam sangkar.

Projek itu juga sekali mampu memberi pendapatan lumayan terutama kepada bekas banduan yang berani berhadapan cabaran untuk mengusahakannya.

Penyelia Projek, Abdul Razak Mohd. Said berkata, program tersebut tidak dihadkan kepada banduan baru atau lama, sebaliknya terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkenaan.

"Sehingga kini, kita mempunyai 12 orang banduan yang mengikuti program penternakan ikan. Melalui program ini, mereka diajar secara berperingkat supaya setiap banduan dapat menguasai teknik menternak dengan baik.

"Ini penting kerana jika mereka gagal untuk mengikut garis panduan yang betul, ternakan tersebut mungkin tidak berjaya kerana di peringkat awal, ikan-ikan sangat sensitif dan perlukan penjagaan rapi.

"Banyak perkara yang mereka perlu ketahui antaranya kualiti air serta kuantiti makanan yang perlu diberi supaya ikan-ikan tidak terlalu kenyang," katanya ketika ditemui di Penjara Penor di sini, baru-baru ini.

Antara ikan yang diternak di penjara itu ialah keli, talapia dan patin.

Menurut Abdul Razak, kebanyakan anak ikan tersebut ditangkap menggunakan jaring dan diternak terlebih dahulu di dalam kolam kanvas sebelum dilepaskan ke dalam tasik.

"Setakat ini, kita mempunyai enam kolam kanvas untuk anak ikan dan satu kolam tanah untuk induk.

"Ikan-ikan yang sudah boleh dijual akan dilepaskan dalam sangkar di tasik tersebut," jelasnya.

Selepas tiga hingga enam bulan, Abdul Razak memberitahu, ikan- ikan tersebut boleh dijual dan dipasarkan.

Katanya, sesemua ikan itu memberi pulangan lumayan apabila ia dijual di pasaran.

"Alhamdulillah, setakat ini kita mempunyai lebih 10,000 ekor ikan talapia, 5,000 ikan keli serta ikan patin masih lagi dalam tempoh percubaan," katanya.

Abdul Razak memberitahu, biarpun baru setahun projek itu dijalankan namun hasilnya begitu memberangsangkan.

"Ramai juga yang datang membeli ikan-ikan di sini. Pembeli bukan sahaja di kalangan pengunjung yang datang ke penjara, malah ada juga orang luar yang datang semata-mata untuk membeli ikan di sini.

"Mungkin kerana harga yang dijual lebih murah berbanding harga di pasaran, jadi mereka memilih untuk membeli di sini," katanya.

Tambah beliau, jika di pasaran biasa, ikan talapia dijual dengan harga RM13 sekilogram berbanding hanya RM7 sekilogram di Penjara Penor manakala ikan patin dan keli hanya RM8 sekilogram.

"Memang sangat murah dan berbaloi berbanding di tempat lain. Ikan-ikannya pula segar dan besar-besar belaka," katanya.

Sementara itu, Pengarah Penjara Penor, Penolong Komisioner Abu Hasan Hussain berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan moral terhadap banduan yang berminat dengan program terbabit.

Kata beliau, golongan banduan perlu diberi ruang dan peluang untuk melakukan sesuatu bagi memantapkan diri mereka selain boleh dijadikan kerjaya setelah bebas kelak.

"Sekurang-kurangnya mereka berpeluang belajar sesuatu yang berfaedah di penjara di samping mendapat ilmu dan pengalaman berguna untuk mencari pendapatan tetap memandangkan peluang kerjaya kini sangat terhad.

"Mereka juga boleh hidup berdikari tanpa menyusahkan keluarga dan masyarakat. Oleh itu, kita harus membantu dan menyokong mereka demi mencapai matlamat itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sambutan Hari Ponggal pertama kali <b>di</b> Penjara <b>Penor</b>

Posted: 01 Feb 2011 03:04 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Ponggal peringkat banduan di Penjara Penor di sini semalam. Seramai 17 banduan beragama Hindu menyertai program yang bermula pukul 9 pagi itu. ...

06 di mentakab - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mentakab - Google Blog Search


Langkah NUBHAN: SHOW <b>DI MENTAKAB</b>

Posted: 18 Apr 2011 06:41 AM PDT

Dearest fans,

Pada 26 Mac 2011 yang lepas Nubhan telah membuat persembahan di Mentakab untuk mempromosikan album sulungnya, Langkah Nubhan. Pada hari tersebut, Nubhan telah menyanyikan 4 buah lagu iaitu Aku Atau Dia, Oh Juwita, Cari Jodoh dan Ai Mei Cuo. Terima kasih fans di Mentakab! :)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved