ads

Jumaat, 10 Jun 2011

06 di janda baik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


Mas ker Linda™: Gathering tahun ke3 <b>di Janda Baik</b>

Posted: 30 May 2011 07:03 PM PDT

Plan tahun ke3 ni semua di lakukan oleh Pn Jei. Dari mencadangkan, reiki (tak tahu eja), dan jugak menghubungi serta menempah lokasi terbabit. Semua Jei yang arrange. Lokasi Janda Baik ni dah lama Jei plan. Masa kami gath tahun lepas lagi. Biasanya kos chalet yang ada bilik air kat Janda Baik agak mahal. Tapi yang Jei dapat cari ni murah jek. RM100 weekdays & RM120 weekend. Chaletnya ada 6 buah jek. Tempatnya chalet Kobaik..

Dalam perjalanan.. sini dah masuk Janda Baik, kami tersekat sebab ada penggambaran. Drama atau filem tidak ler di ketahui. Tapi bak kata polis bantuan yang jaga lalulintas, tajuk shooting berkenan horey horey... Macam citer lawak jek.

Di kampung di Janda Baik ni, ada kedai runcit. Di sini kami membeli ais batu & arang. Tak jauh dari Kobaik.

Pintu masuk chalet kami... ada 3 buah yang berkembar dua. 3x2=6.

Cantikkan chaletnya... chalet batu.

Ini pulak bahagian verandah belakang chalet kami.. di sinilah tempat kami berBBQ, berborak dsb. Verandah belakang ni betul2 menghadap sungai.

Ini pulak bahagian dalam chalet. Walaupun chalet kecil tapi sangat selesa. Ada TV, mini bar, heater, almari. Kami tak kesah sangat dengan chalet yang kecil sebab kami masuk chalet hanya waktu nak mandi, tukar baju & tidur sahaja. Yang selebihnya melepak kat luar atau ke sungai.

Pintu bilik air.. 

Aksi Adam yang tak sabar untuk meng gogel.. Itu gogel anak2 Jei.

Sungai cetek di belakang chalet kami... Airnya sangat cetek.

Dekat batu ni ler bebudak melepak bila dah kesejukkan.

Pic ni amik kat fb Jei... Lokasi Kobaik betul2 bersebelahan D'Ark. Ikut aje signboard D'Ark.. No telefon untuk tempahan 017-923 8720..

Lain2 facilities... ada disediakan tong BBQ. Kena bawak arang sendiri. Dan bawak jaring sendiri. Yang ada mungkin dah kotor atau karat.

Kerusi meja jugak ada di sediakan di setiap bilik. Bilik jugak ada aircond yang sejuk tahap beku pada waktu malam... gegel punya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di mempaga - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mempaga - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Helang Kuik <b>di Mempaga</b> – Crested Serpent-Eagle

Posted: 12 Feb 2011 09:58 PM PST

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable. Please try the following:

  • If you typed the page address in the Address bar, make sure that it is spelled correctly.
  • Click the Back button in your browser to try another link.
  • Use a search engine like Google to look for information on the Internet.

di negeri pahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Perbadanan Kemajuan <b>Negeri Pahang</b> (PKNP <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 09:49 AM PDT

Interview questions are based on skills contained in the job criteria. Interviews are designed to get a complete, integrated analysis of each candidate. Candidates are expected to demonstrate their skills to the required standard for each of the job criteria in their answers.

There are several classes of job interview questions:

• Skills based questions

• Knowledge based questions

• Technical questions

• Problem solving questions

• Experience related questions

• Interpersonal skills questions

Skills based questions

These job interview questions are related to specific job skills outlined in essential criteria. Candidates are asked to give examples of their work, or outline their duties and performance in key roles.

Knowledge based questions

Many jobs have a required knowledge base. Interview questions are used to find out the depth of knowledge, and to check and confirm candidates have the essential information required to do the work involved.

Technical questions

These are a different type of knowledge based job interview questions, and they relate to the technical issues of the position. In some job interviews, a person on the interview panel is appointed to ask these questions, and give expert evaluation of answers to the panel.

Problem solving questions

The problem solving job interview questions are now standard practice. Problem solving questions are used to define skill levels and the ability to deal with difficulties.

Experience related questions This is a range of job interview questions designed to test prior experience across the range of job skills contained in the position. They include additional questions to clarify the scope of candidates? experience. They also deal with issues related to the job, particularly where levels of experience relate directly to the complexity of the work.

Interpersonal skills questions

These are job interview questions which explore workplace relationships, team roles, leadership, and other personal characteristics of candidates. Questions can range from dealing with stress to contributing to a team.

Assessing job interview questions

Interview assessments use the merit principle to decide successful applicants based on their answers to the job interview questions. A panel discussion and consensus, or a formal evaluation process using an 'evaluation grid', (a step by step analysis of answers) is conducted.

The selection process

Interviewers select the candidate who meets all job criteria to an acceptable standard. The panel then makes a recommendation for appointment to management.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di lurah bilut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di lurah bilut - Google Blog Search


Nurul Habibatul Amini: SEBUAH PERJALANAN BARU 2

Posted: 18 May 2011 04:52 PM PDT

Alhamdulillah, dari 15hb Mei hingga 18hb Mei kami berada di tanah FELDA Lurah Bilut seterusnya ke Felda Sungai Koyan meninggalkan kesan yang sangat dalam dalam lubuk hati. Pelbagai yang indah-indah telah melekat ke dalam anak mata sehingga sekarang masih terbayang-bayang akannya. Ditambah dengan penduduk di kedua-dua buah Felda yang sangat peramah dan sporting. Sehingga membuatkan kami berat kaki untuk melangkah dan meninggalkan tanah keramat pertama yang kami jejaki itu.

Bermula di Felda Lurah bilut bertemu di sana bersama Encik Hussin seorang pengurus Muzium di sana. Sekaligus merupakan salah seorang mangsa interview kami dalam Filem Dokumentari FELDA: RAHSIA BUMI KERAMAT.

Peribadi Encik Hussin amat menyenangkan kami semua. Melayan kami bagai tetamu diRaja. Crew filem dokumentari ini sangat menghargai pelawaan Encik Hussin ke tempat-tempat menarik untuk dilawati. Terutamanya, di sekitar Lurah Bilut. Sehingga juga membuatkan hilang rasa kepenatan dan perasaan jauh untuk ke sana.

Lurah Bilut merupakan sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.Felda Lurah Bilut adalah merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk datang. Contohnya penduduk berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama adalah penanaman Getah dan Kelapa Sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut adalah merupakan Sekolah Wawasan pertama dan model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia. Memang menarik jika singgah ke sana. 

Kami dibawa menaiki tangki sekolah dihadapan muzium terbabit. Memang seronok sekali. Sudahlah dijamu dengan makanan sebelum memulakan pendakian ke puncak tangki. Dibawa pula dengan bekal-bekalan seperti goreng pisang, air ABC, ubi goreng sebagai kudap-kudapan. Perasaan terharu mula menjalar dalam diri masing-masing.

Memulakan pendakian ke atas puncak tangki merubah perasaan kami yang ghairah untuk ke sana dengan gerun dan cemas sedikit. Mana tidaknya, untuk ke puncak memang cerun, tambahan pula tiada unsur keselamatan sewaktu pendakian. Hanya berbekalkan barang-barang equipment shooting sehelai sepinggang dan kudap-kudapan tadi sahaja. Bait-bait semangat kental yang masih ada untuk kami juga menjadi kayu api untuk membakar perjuangan pendakian tersebut. Alangkah indahnya! Jika dinikmati pemandangan sekitar dari atas. Hilang perasaan penat, gayat dan gerun itu tadi. Memang indah dan damai Lurah Bilut. 

To be conti, sebab nak gi makan..hihi geng crew dah datang tu...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Homestay <b>di Cameron Highlands</b>, | Jurnal Kehidupan

Posted: 16 Apr 2011 04:06 AM PDT

KEDINGINAN pagi di Kampung Taman Sedia yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands pasti membuatkan sesiapa sahaja sukar untuk meninggalkan tempat tidur.

Meskipun tubuh sudah dibaluti beberapa lapisan selimut tebal, namun ia masih tidak cukup untuk memanaskan tubuh yang kesejukan.

Penulis sendiri teragak-agak sewaktu mahu membersihkan diri sejurus bangun pada pukul 6 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Kulit terasa beku tatkala air paip mengalir pada wajah ketika itu. Walaupun menggunakan pemanas air, namun ia tidak mampu menghilangkan kedinginan pagi.

Dengan suhu di antara 14 hingga 23 darjah Celcius, Cameron Highlands menawarkan pengalaman mandi pagi yang luar biasa terutama bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke tanah tinggi itu.

Perkara itu diakui oleh penduduk jati Kampung Taman Sedia, Siti Marina Bujang, 65, yang bermastautin di perkampungan itu sejak lima dekad lalu.

"Kalau nak tahu dahulu lagi sejuk. Sekarang suhu di Cameron Highlands sudah meningkat berbanding dua dekad lalu. Macam mana mandi tadi? Seronok tak?" aju wanita bertubuh kurus berkaca mata itu. Beliau merupakan pemilik Marina Chalet.

Sambil tersenyum, dia pantas menyambung bicara: "Tak apalah, jemput masuk ke rumah mak cik. Nanti mak cik buatkan teh Cameron ya. Sejuk-sejuk macam ni memang sedap menghirup teh panas."

Pelawaan mak cik Marina diterima dengan hati terbuka. Sambil menuang air teh panas ke dalam cawan, mulut mak cik Marina lancar menerangkan tentang sejarah homestay di kampung tersebut yang diasaskan sejak tahun 1989.

"Sebenarnya mak ciklah orang pertama yang menyediakan perkhidmatan homestay di Kampung Taman Sedia. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Suami mak cik merupakan penghulu Cameron Highlands. Jadi, rumah kami sering menjadi tumpuan jika ada yang mahu meminta pertolongan.

"Kebetulan kalau ada pemandu teksi berketurunan Cina yang membawa penumpang ke Tanah Rata, Brinchang dan sebagainya mereka membawa isteri bersama. Kemudian mereka akan menumpang tidur di rumah kami. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada tetamu yang bermalam di sini.

"Dari situlah timbulnya idea untuk mewujudkan penginapan yang lebih selesa untuk sesiapa yang berminat," terang Marina yang merupakan adik kepada pelakon veteran, Kuswadinata.

Selepas mengeluarkan kos untuk menyiapkan tiga buah bilik yang dilengkapi katil, Marina berjaya mendapat pelanggan untuk rumah penginapannya.

readmore…

Mereka terdiri daripada sekumpulan 40 pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menginap selama dua hari di rumahnya.

Alhamdulillah, dapatlah mak cik RM250 pada peringkat permulaannya. Rentetan daripada itulah terdetik di hati mak cik untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan," katanya yang mendapat promosi dari mulut ke mulut.

Daripada tiga buah bilik, homestay Marina Chalet kini semakin berkembang. Kini, calet itu mempunyai lebih sepuluh buah bilik pelbagai saiz untuk didiami. Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM80 hingga RM300.

Tempahan menggalakkan

Kejayaan Marina juga kemudian menjadi inspirasi kepada penduduk kampung untuk turut serta dalam menawarkan kemudahan homestay kepada pelancong yang datang ke Cameron Highlands.

Salah satu daripadanya adalah Ros Chalet yang terletak bersebelahan Tadika Islam Kampung Taman Sedia.

Pemiliknya, Rosnah Abdul Latif, 45, yang mengusahakan calet tersebut bersama suami, Mohd. Zulkifli Daud, 47, memberitahu, dia membuka calet itu pada tahun 2007.

"Selepas melihat ramai penduduk yang mengambil inisiatif membuka calet, suami saya terus memberi idea.

"Setahun kemudian, barulah Ros Chalet beroperasi sepenuhnya dan menerima tempahan yang sangat menggalakkan terutama daripada pelajar dan syarikat produksi," kata ibu kepada lima cahaya mata itu.

Selain penginapan calet, Rosnah juga mempunyai dua buah kebun strawberi yang terletak di hadapan dan bersebelahan caletnya. Di kebun itu, pelanggan boleh memetik strawberi pada harga yang sangat berpatutan.

Wanita yang berasal dari Teluk Intan, Perak itu turut mengusahakan sebuah kedai cenderamata yang menjual pelbagai produk berasaskan strawberi, kemeja-T, madu lebah dan teh Cameron Highlands.

Ahmad Zaidi, 23, adik kepada Rosnah, yang baru menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Tanjung Malim turut membantunya menguruskan kedai tersebut.

"Seronok apabila dapat melayan pelanggan. Biasanya pada hujung minggu atau cuti sekolah, kehadiran tetamu luar memeriahkan lagi kampung ini," tutur Ahmad Zaidi.

Menetap di kampung itu sejak dua dekad lalu, Rosnah mengakui ketenangan dan kedinginan di kampung itu sudah sebati dalam dirinya.

Apa yang pasti, Kampung Taman Sedia adalah sebuah penempatan orang Melayu pertama di Cameron Highlands. Ia mula dibuka oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1959 secara bergotongroyong.

Penempatan itu seterusnya dimajukan sebagai sebuah kampung oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) pada tahun 1969. Terdapat sebanyak 48 lot tanah dengan anggaran sebanyak 0.101 hektar bagi setiap lot.

Secara umumnya, kampung ini mempunyai keluasan 10.5 hektar dan dikelilingi hutan. Terdapat kira-kira 50 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 236 orang.

Berbicara tentang sejarah kampung itu, Idris Osman, 76, tidak lokek berkongsi cerita memandangkan dia merupakan antara individu pertama yang mula meneroka Kampung Taman Sedia.

Taman Pari-pari

Ujarnya, kawasan ini merupakan sebuah hutan belukar. Kemudian, satu jawatankuasa seramai lapan orang yang terdiri daripada ketua kadi, guru besar, ketua polis daerah dan sebagainya dibentuk untuk berbincang cara-cara untuk meneroka kawasan tersebut.

"Pada setiap Sabtu dan Ahad, kami akan turun padang untuk menebas dan menebang hutan. Akhirnya dalam tempoh setahun hutan belukar itu berjaya dibersihkan.

"Waktu itu kedatangan ahli kumpulan bagi tujuan membersihkan belukar akan diambil pada setiap minggu. Jika tidak hadir, mereka dikehendaki membayar wang denda sebanyak RM5 sebagai ganti di atas ketidakhadiran mereka," kata Pak Idris yang dilantik sebagai ketua jawatankuasa penerokaan kampung itu.

Pada 11 September 1974, Kampung Taman Sedia dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Seperti di tempat-tempat lain, Kampung Taman Sedia juga mempunyai cerita dongengnya yang tersendiri. Malah, kisah itu telah diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi hingga kini.

Cerita Pak Idris, pada zaman dahulu, kampung ini dipercayai adalah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan kepunyaan pari-pari atau bagi masyarakat Melayu ia lebih dikenali sebagai orang bunian.

"Taman itu dikelilingi padang rumput yang luas, ditumbuhi pokok-pokok renek dan tumbuhan menjalar serta anak sungai.

"Kawasan ini dahulunya turut menjadi habitat bagi sekumpulan hidupan liar seperti rusa.

"Oleh kerana taman ini seolah-olah telah tersedia sejak dahulu lagi, maka sebab itulah ia terus dipanggil sebagai Taman Sedia yang bermaksud sebuah taman yang sudah tersedia," ungkap Pak Idris sambil memberitahu kisah itu turut dipaparkan di salah satu mercu tanda kampung yang terletak di Dataran Taman Sedia.

Kepada yang berminat menginap di Marina Chalet boleh hubungi talian 05-4911 295, 016-9720 699 atau 019-4605 008.

sumber; http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di chenor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di chenor - Google Blog Search


Kenangan Ceramah Rawatan Islam <b>di</b> SMA <b>Chenor</b>

Posted: 09 May 2011 09:06 PM PDT








Assalamualaikum semua.. Salam sebarkan kasih sayang dan CINTA...

Ini adalah gambar2 KISWAH ketika ceramah ringkas berkenaan alam jin dan rawatan Islam di SMA Chenor Pahang..

Untuk pengetahuan, beberapa bulan yang lalu sekolah ini dilanda dengan masalah histeria yang serius...

Oleh itu.. sahabat saya yang juga tenaga pengajar di sana Us Mujahid yang juga merupakan sahabat karib saya di Mesir dan penganjur utama seminar / daurah saya di rumah Pahang di Kaherah Mesir dahulu, menjemput saya yang hina dina ini ke sekolahnya untuk memberikan sepatah dua kata berkenaan tajuk yang diberi.

Alhamdulillah.... seminar yang berlangsung selama 1 setengah jam itu berjalan dengan jayanya..

Diharap anak2 murid di SMA Chenor dapat mengambil manfaat dan mana2 yang belum sembuh, semoga Allah menyembuhkan anda..

Semoga pengetahuan2 baru berkenaan alam jin dan asas rawatan Islam yang mudah menimbulkan momentum niat di kalangan anda untuk menjadi seorang mualij muslim yang sejati satu hari nanti...

KE ARAH MELAHIRKAN PELAPIS PERAWAT ISLAM YANG SEBENAR DI BUMI PAHANG!!!

Terima kasih sekali lagi kepada U Mujahid, para asatizah, warden, penganjur kem anak soleh SMA Chenor dan semua yang menjayakan program pada malam tersebut..

Kenangan bersama kalian ibarat titisan madu tualang asli yang medu rasanya....

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam

Wassalam...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di ketari - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ketari - Google Blog Search


Pei Pan: Rimba Harapan - SN Keris Mas

Posted: 04 Mar 2011 01:03 AM PST

Rimba Harapan karya Keris Mas berlatar belakangkan tahun 1920-30. Mengambil Janda Baik, Bentong dan Ketari sebagai latar tempat, Rimba Harapan mengisahkan tentang sosioekonomi orang Melayu setelah kedatangan British menjajah Malaya. Orang-orang Melayu banyak yang lari masuk ke hutan dan membuka penempatan baru setelah British membawa masuk pekerja dari India dan China. Hal ini telah menggugat orang Melayu dari segi ekonomi khususnya. Rimba Harapan memaparkan kehidupan Zaidi dan Pak Kia, dua adik-beradik yang mempunyai pandangan yang jauh berbeza.

Pak Kia masih mahu mengekalkan tradisi orang Melayu lama - bersawah, menternak lembu, kambing, kerbau dan enggan menanam getah seperti adiknya Zaidi yang di katakan mengikut ajaran Kaum Muda. Zaidi lebih cerdik dari Pak Kia kerana menerima pendidikan dan kerana itulah pandangannya selalu berbeza dengan Pak Kia. Dapat di lihat pada tahun-tahun 1920-30, Kaum Muda tidak di terima oleh orang-orang tua kerana di katakan membawa fahaman yang menyeleweng daripada fahaman "sebenar" Islam. Bagi Kaum Muda, mereka sedaya upaya memujuk dan mengajak orang Melayu untuk berubah supaya akhirnya nanti dapat bersaing dengan kaum bukan Melayu.

Tauke-tauke Cina menjadi kaya dalam masa yang singkat kerana mereka rajin berusaha. Mereka sudah mampu menjadi tauke untuk membuka lombong-lombong bijih. Orang Melayu pula semakin tersepit kerana ekonomi mereka bergantung penuh kepada hasil bumi seperti menanam sawah. Apabila tiba musim tengkujuh, sawah tidak dapat di gunakan dan mereka langsung kehilangan mata pencarian. Zaidi mengajak Pak Kia menanam getah sepertinya namun Pak Kia tidak bersetuju kerana menurut pandangannya harga getah tidak kekal kerana mengikut rentak pasaran. Mungkin kerana Pak Kia masih berpegang teguh kepada adat Melayu lama, maka Pak Kia masih betah bersawah.

Seorang tauke Cina di Ketari ingin membuka lombong. Oleh itu, Pendekar Atan telah di tugaskan untuk "memujuk" orang kampung menjual tanah mereka. Pak Kia pada mulanya membantah tetapi kemudiannya bersetuju kerana jika dia enggan sekalipun, tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan untuk membangunkan semula tanahnya yang rosak setelah bah besar. Buat sementara waktu orang kampung hidup senang-lenang hasil "pendapatan" menjual tanah. Kedai runcit Zaidi laku kerana orang kampung membeli pada kadar yang banyak tidak seperti sebelumnya - kais pagi makan pagi. Zaidi risau melihat keadaan orang kampung yang lupa daratan berjoli menghabiskan duit dan dalam masa yang sama tidak bekerja untuk menambah pendapatan. Sikap orang Melayu dari dulu hingga sekarang tidak berubah.

Pak Kia memberhentikan Karim daripada persekolahan kerana perlu membantunya membuka kampung halaman baru di Janda Baik. Pak Kia berpindah ke kawasan pendalaman dan hal ini tidak di persetujui oleh Zaidi kerana lama-kelamaan kawasan bandar hanya akan di penuhi oleh orang-orang Cina serta perniagaan mereka. Zaidi bertambah marah apabila Karim yang cerdik pandai di berhentikan sekolah. Zaidi risau sebenarnya kerana Pak Kia tidak berfikir panjang. Pada masa akan datang, tentulah orang Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum Cina kerana ketiadaan pendidikan dan tinggallah orang-orang seperti Pak Kia di dalam hutan dan tertinggal jauh dari arus pembangunan. Pemikiran Pak Kia yang sempit dan terlampau memegang adat serta degil akan menggelapkan masa depan anak-anaknya kerana mereka tidak bersekolah.

Jika begitu, generasi demi generasi orang Melayu akan terus ketinggalan seperti hari ini. Keris Mas merakamkan peri laku orang Melayu dengan tepat sekali melalui Rimba Harapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di brinchang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


Mr Kumai: Tips Melancong ke Cameron Highlands... <b>Brinchang</b>

Posted: 26 May 2011 10:19 AM PDT

Catatan keempat dibawah topik ini dipanjangkan ke Brinchang dan sekitarnya. Pekan ini merupakan hub pelancongan utama di mana terdapat pelbagai tarikan perlancongan dan juga pilihan penginapan yang selalu menjadi pilihan pelancong.

Brinchang adalah amat sibuk pada waktu hujung minggu atau pada hari cuti umum malah di sini adalah  tumpuan utama untuk lawatan anda ke Cameron Highlands.

Penginapan : 

Terdapat banyak hotel yang sekitar Brincang. Di antara pertengahan jalan dari Pekan Tanah Rata ke Brinchang anda boleh singgah untuk melihat senibina lama Enggeris di Bala Chalet dan Olde Smoke House. Kedua-duanya menampilkan senibina kolonial lama yang dibina puluhan tahun lampau seawal pembukaan tanah tinggi ini. 

Berdekatan Padang Golf , anda boleh memilih Casa De La Rosa, Cameron Highlands Resort (kadar hotel termahal di Cameron Highlands) atau memandu ke dalam sedikit untuk ke Strawberry Park Resort dan mungkin juga Rumah Rehat Pahang boleh menjadi pilihan. Kesemuanya maklumat harga dan kemudahan boleh  anda perolehi dengan membuat pencarian di internet malah mungkin lebih murah jika melalui Agoda.com dimana kadang-kadang harga yang ditawarkan melebhi 50% diskaun berbanding anda menempah secara terus.

Melewati Padang Golf anda akan menemui Hotel Titiwangsa dan Parkland Apartment serta Irish House. Terdapat juga Wira Angkasa Hotel di Jalan Kuari. Manakala sebaik anda memasuki Pekan Brinchang terdapat pelbagai pilihan hotel seperti Rossa Pasadena, Country Lodge Resort, Hotel Pelangi, Remix Hotel , Kowloon Hotel, Parkland Hotel Chua Hotel dan Star Regency. Bagi kemudahan holiday apartment, rasanya Villa Dahlia lebih menawarkan keselesaan dengan pemandangan Padang Golf.  Bercakap mengenai padang golf, bagi pemain golf anda boleh merasai sendiri cabaran permainan 18 lubang dengan berjalan kaki tanpa merasai penat kerana suasana yang amat selesa. 

Tempat Lawatan:

Bersesuaian dengan Pekan Pelancongan, apa kata anda singgah beberapa Ladang Starwberry samada di Kasimanis Farm bersebelahan Rumah Rehat Persekutuan  atau saya ingin benar mencadangkan kepada anda ke Big Red Strawberry Farm berdekatan dengan Cactus Valley di Pekan Tanah Rata. Disini anda boleh melihat starwberry dan juga tanaman salad menggunakan teknik NFT. Bagi penggemar kaktus, Cactus Valley menawarkan pelbagai jenis kaktus untuk anda tetapi menggenakan sedikit bayaran masuk.

Bagi yang ingin menyelami kehidupan Orang Asli, apakata anda singgah di Kg Sungai Ruil di mana penempatan terdekat kaum orang asli dan terdapat galeri kebudayaan mereka untuk anda kunjungi.   

Jika anda menghala ke atas atau Kea Farm, anda akan menempuhi Multicrop Arkeb iaitu salah satu hentian yang popular dengan pelbagai pilihan cenderehati dan nurseri tanaman ala dalam taman dan juga Uncle Sam Nurseri yang terletak bersebelahannya. Hanya bergerak ke depan sedikit anda akan menemui  Chai Kok Lim Strawbery Park berdekatan Time Tunnel yang merupakan satu-satunya Muzium dan Galeri berkaitan sejarah silam Cameron Highlands.

Bila malam menjelang, pastinya Pasar Malam Brinchang menjadi pilihan utama bagi pelancong. Ia menawarkan pelbagai pilihan jualan pertanian baik cenderhati, makanan, strawberry , sayur-sayuran, baju dan juga pilihan teh dengan harga yang murah berbanding di pusat teh pengeluar terbabit. 

Cuma beberapa tip yang boleh saya kongsi di sini iaitu pertama jangan meletak kereta secara sesuka hati di sepanjang jalan. Polis trafik akan mengenakan saman khasnya pada waktu petang sehinggalah malam. Kedua, jika anda melihat jambu kristal ataupun digelar epal Cameron, ianya bukanlah seperti yang digambarkan. Hanya jambu biasa yang dibuang kulit dan direndam dalam pelarut warna hijau. Jika membeli sayur, pilihlah yang jarang anda boleh dapati kerana kadang-kadang melihat longgokan kubis, cauliflower dan brokoli ternyata menaruik tetapi tahukan anda sekilo kobis tidaklah sampai RM 2.00 atau sebiji harganya sekitar RM 1.50 sahaja. Brokoli atau cauliflower tanpa daun adalah yang diimport dari luar. Begitu juga dengan lobak merah yang diimport dan yang asli hanyalah baby carrot beserta daun. Buah limau juga bukan berasal dari Cameron Highland kebanyakanya.

Jika membeli jagung, terdapat dua jenis iaitu jagung Cameron Highlands dan jagung yang dibawa dari Malim Nawar, Gopeng dan Ipoh. Perbezaannya biasanya jagung Cameron tidaklah besar atau panjang dan menguncup dihujung. Bagi mereka yang ingin membeli strawberry, pembelian lewat malam sememangya menguntungkan. Dinasihatkan jangan membeli Strawberry yang dilapik dengan daun. Nampak cantik tapi kuantiti sedikit dan pastinmya tiada yang akan memakan daun strawberry. Bagi pilihan madu lebah , di pasar malam terdapat dua penjual yang sama dan datangnya dari Ladang Lebah di Habu. Secara peribadi, saya mempercayai madu ini berbanding yang dijaja.

Pada pagi Ahad, terdapat Pasar Tani Agrotourism di tapak pasar malam yang menawarkan pilihan yang sama untuk anda.

Makan-makan:

Di Pekan Brinchang , pilihan makanan Melayu agak kurang. Mungkin bagi yang tidak kisah untuk menunggu bolehlah ke Pok Nik Ikan Bakar dan saya nasihatkan anda bertanya harga ikan terlebih dahulu. Jika ingin merasai keselesaan, saya cadangkan ke Alkif Kopitiam. Selain itu terdapat Fauzi Tomyam dan Medan selera bersebelah Brinchang Central Market yang menawarkan pelbagai pilihan baju-baju bertulisan Cameron Highlands.

Bagi yang inginkan steamboat, terdapat banyak kedai makan Cina yang menawarkan sajian ini tetapi jika was-was mungkin boleh singgah di Hotel Rossa Passadena atau kembali semula ke Tanah Rata seperti Glory 78 atau ke kedai makan di sebelah tapak pasar malam Tanah Rata.

Bagi yang tidak dapat meninggalkan selera fast food anda , maaflah, hanya terdapat KFC di sini. Atau anda boleh kembali ke Tanah Rata untuk Marrybrown dan juga Starbuck Coffee.

Terdapat sebuah Masjid di Bandar Brincang bertentangan dengan Balai Bomba dan Penyelamat.

Juga bagi anda yang memerlukan petrol, hanya Pekan Brinchang mempunyai Stesen Shell dan Petronas selain di Pekan Ringlet.

Bagi Klinik perubatan terdapat Klinik Wong yang dibuka sehingga malam Ahad dan Klinik Chiam dan Liew yang dibuka sehingga hari Sabtu. Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan anak-anak anda, saya mencadangkan Klinik Chiam kerana Dr. Chiam adalah pakar kanak-kanak dan menjadi pilihan ramai dikalangan ibu bapa tetapi hanya bertugas pada waktu7 hingga 9 malam sahaja. Selain daripada klinik terdapat Guardian Farmasi yang beroperasi sehingga pukul 10 malam.

(Dikemaskini pada 26 May 2011).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di cherating - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


memukat ikan <b>di</b> pantai <b>cherating</b> | something........

Posted: 05 May 2011 06:59 PM PDT

Assalamualaikum..

1 of the activity for family day @ cherating adlh memukat ikan..mcm nelayan dh ni..hehe..xsngka plak even kt tepi pantai je pn bole dpt hasil yg lumayan..

 ~tp ni bkn team kami rasanya....~

 ~byk jgk ikans..hehe..panjang nya ikan tu..~


 ~ikan ni hidup lagi tau..nmpk mcm dh mati kan..aku geli nk pegang..~

~tp aQeel relax jek..ekeke:D kagum btl:p finally kami lepaskan ikan ni ke dlm laut :)~

p/s: ni je la kot utk kisah kami di cherating..hehe..family day xtvt mmg aku xamik gbr..bz tgk org main game..ekeke:D

p/s: finally abis gk story cherating ni..hiks..nxt week seminggu kot blog cuti sbb aku g holiday..klu ade pn live n3 je la kot..hehe....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


4WD Lee Tong Kang <b>Di</b> Hutan Endau <b>Rompin</b> | Recreations | Ruslie Sophian

Posted: 19 May 2011 12:54 AM PDT

Tong, Kang bersama aku sedang pasang pelekat iklan di hari pelepasan.

Selepas beberapa kali aku mengadakan aktiviti family camping untuk pemilik-pemilik Lada 4WD di Janda Baik, Laman Bistari dan Pertak, Kuala Kubu Bharu, tibalah masa aku menyertai satu ekspedisi lasak 4WD yang dinamakan 'Trail Blazer' anjuran Asian Adventure Team ke hutan hujan Endau-Rompin.

Aku terpaksa menyertai acara ini kerana dicabar oleh orang kuat Asian Adventure, iaitu Dr. Zaini Sharani dan Halim Rahman bagi membuktikan Lada 4WD mampu mengharungi laluan lasak dan mencabar anjuran mereka itu.

Aku kaget seketika apabila dua orang pelanggan kami, Encik Tong dan Encik Kang ingin turut serta dengan Lada 4WD mereka. Aku perhatikan kedua mereka  atas bawah. Belum sempat aku bersuara….!

Encik Kang pantas bersuara. Ilmu mengendali pacuan empat roda yang aku ajar selama ini sudah tiba masanya untuk dipraktikkan dalam aktiviti 4WD lasak anjuran Asian Adventure itu. Ini disokong oleh Encik Tong dengan penuh yakin.

Bukan sahaja setakat kemahiran yang ditimba dari aku, bahkan pengalaman mereka pernah membuat reccee laluan

Lada 4WD aku dilepaskan

mencabar bersama aku sudah cukup untuk menyahut cabaran Asian Adventure Team. Di sini nanti mereka akan turut sama mempromosikan Lada 4WD kepada peminat-peminat pacuan empat roda lasak.

Sesungguhnya aku bangga atas keyakinan mereka. Setidak-tidaknya Dr. Zaini Sharani, pelopor dari Malaysia acara Camel Trophy ke Australia dan Halim Rahman, peserta kedua dari Malaysia menyertai acara Camel Trophy di Madagascar, akan tersenyum melihat aku yang pernah menimba ilmu pacuan empat roda dari mereka sudah berjaya mendidik peserta lain dalam teknik-teknik pemanduan pacuan 4-roda lasak di hutan rimba.

Lada 4WD melepasi titi balak.

Tetapi yang pasti pihak syarikat mendapat promosi percuma atas penyertaan kami itu. Lalu aku kemukakan permohonan tajaan, setidak-tidaknya servis percuma untuk dua buah Lada 4WD milik Encik Tong dan Encik Kang serta sedikit kos makan minum kami dalam acara selama 4 hari 3 malam itu.

Menyedari betapa pentingnya penyertaan kami sebagai promosi, pihak syarikat bersetuju dan luluskan jumlah peruntukkan yang agak mewah kepada kami. Di samping itu, dua orang mekanik akan turut bersama kami sebagai persediaan sekiranya berlaku break-down dalam hutan.

Daripada laluan awal melalui Janda Baik ke Kinaboi dan keluar di Kuala Kelawang

Lada 4WD Kang berjaya melepasi titi dengan baik.

membawa ke hutan dari Felda, Bandar Muazam Shah menebusi laluan baru ke hutan Endau-Rompin yang berakhir di Kampung Peta, 3 buah Lada 4WD kami berjaya merentasi semua laluan-laluan lasak dan mencabar dengan penuh bergaya tanpa apa-apa masalah.

Cuma pada peringkat awal laluan Janda Baik ke Kinaboi ketika menuruni laluan bukit yang terdapat batu-batu besar, Tong dan Kang agar gabra dan kekok sikit. Tetapi apabila mereka melihat aku memandu Lada 4WD yang dipasang dengan  American steel rim yang agak lebar berjaya menuruni bukit itu dengan selamat, ini memberikan keyakinan bahawa mereka pun boleh lakukan dengan tayar dan rim original.

Kejayaan awal kami rentasi laluan mencabar itu disambut dengan tepukan daripada ramai peserta, termasuk beberapa peserta dari Italy. Mereka mula kagum melihat Lada 4WD mampu mengharungi laluan sukar dan amat mencabar itu.

Lada 4WD Tong tergelincir.

Lalu seorang peserta membuat seloroh…ini semua atas didikan Lee, maka Tong dan Kang mampu mengendali Lada 4WD mereka dengan baik. Sehingga acara berakhir di Desaru Resosrt, nama Lee Tong Kang berterusan menjadi nama panggilan kami bertiga.

Hehehe….Lee Tong Kang pun Lee Tong Kang lah! Jangan jadi Lee Tongkang dahlah….huhuhu!

Share on Facebook

Share/Save/Bookmark

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di kampung awah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


Selamat Hari Guru, cikgu.. « lipatanhati

Posted: 16 May 2011 02:51 AM PDT

Hari ni 16 mei 2011.. Sudah hampir 4 tahun saya meninggalkan sekolah itu.. Hampir 4 tahun juga saya meninggalkan guru-guru di sana yang banyak mendidik dan mengajar diri ini menjadi seorang manusia. Mereka hadir dalam hidup saya, menemani episod kehidupan saya di sekolah itu, membesarkan saya dengan nasihat-nasihat berguna ketika ketiadaan ibu dan ayah di sisi… Terima kasih cikgu.. :)

Selamat Hari Guru especially to all teachers di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang (SBPIT), juga tak lupa buat cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Kampung Awah (SKKA), Tadika Kemas Kampung Awah, and tak lupa buat lecturer-lecturer di USIM yang sempat mengajar saya selama 1 sem saya di sana (sebelum terbang ke sini).. Buat kawan-kawan yang pernah mengajar dan mendidik diri ini secara langsung mahupun tidak.. anda semua adalah guru dalam hidup saya..

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Kerana nama mereka tertulis dalam 'kamus hidup' saya..

Salam sayang dan rindu dari kejauhan… :)

3rd Year Medical Student.. student of Tarbiyah Univercity
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di penor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di penor - Google Blog Search


:::KAFE ISU SEMASA:::: Ingat cerita isteri derita suami BERNAFSU <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2011 10:00 PM PDT

(Gambar tertuduh)

Saya petik:


[HM] KUANTAN: Seorang buruh yang didakwa memukul isterinya menggunakan jag air plastik hingga cedera gara-gara wanita itu menolak permintaan untuk mengadakan hubungan seks menggunakan cincin penambat zakar dipenjara empat bulan kerana gagal membayar denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Shahadan Norham, 50, dari Batu 7, Jalan Gambang, di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya berusia 55 tahun dengan menghentak jag air plastik mengandungi ais di kepala wanita berkenaan di rumah mereka, jam 5 petang, 28 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan mangsa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000.

Shahadan didakwa di mahkamah sama kali pertama pada 1 Jun lalu, tetapi tidak mengaku bersalah dan dikenakan ikat jamin RM2,000. Namun, tertuduh tidak membayar wang jaminan itu dan dihantar ke Penjara Penor sehingga kesnya disebut semula semalam.

Bagaimanapun, tertuduh kemudian mengaku bersalah selepas kesnya disebut semula di depan Majistret Nordiana Abdul Aziz, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Azman Ariffin.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500, tetapi dia gagal membayar wang itu dan dihantar semula ke penjara.

Akhbar ini pada 4 Jun lalu melaporkan seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu kerana didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalinkan hubungan kelamin.

Wanita terbabit mendakwa suaminya menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri yang diperbuat daripada pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah dan kepala jarum peniti.

Akibat tidak tahan menanggung penderitaan, wanita itu kemudian membuat tiga laporan di Balai Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu, selepas tertuduh mengetuk kepalanya dengan jag. 

Berita Terdahulu: Klik di sini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Melayu Raya: RAMAI PELACUR <b>DI BUKIT TINGGI</b> KLANG!!!!

Posted: 28 May 2011 10:50 AM PDT

Baru balik dari pusing-pusing dibandar Klang. alangkah terkejut melihat kepesatan pembangunan di bukit tinggi klang. bukan pembangunan apa pun cuma ialah Pembangunan yang paling ketara adalah hotel-hotel budget..perhhhh...hampir setiap blok kedai baru di bukit tinggi klang mempunyai hotel budget..yang menjadi persoalannya untuk apakah hotel budget yang begitu banyak? adakan kerana kerajaan negeri selangor menyokong industri pelancongan kearah bidang perhotelan sahaja? banyak ke tempat pelancongan di daerah klang khususnya di bukit tinggi klang?? adakah semata-mata hendak shopping di jusco bukit tinggi, pelancong tidur semalam di budget hotel??? musykil aku..semenjak DAPing berkuasa di bandar-bandar di selangor banyak pulak hotel2 budget..UMNO Selangor buat apa?? xakan biarkan je?? dah lah rumah urut semakin banyak.. nampak sangat korang ni xnak rampas balik selangor! mcm2 isu yang UMNO Selangor xendahkan..nak cakap bodoh tapi semua pandai2...renung-renungkan lah bersama... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved