ads

Selasa, 14 Jun 2011

06 di ceruk paloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ceruk paloh - Google Blog Search


Dear Diary.....: kenanganku-Wataniah part 1

Posted: 19 Apr 2010 07:48 PM PDT

Nornafisah Halit, PBT 6144606
Ni hostel wokyoh perempuan...

Boringnyer............

time2 boring cmni...lepak dpn pc n xtahu nk wat aper...

tetiba teringat member2 lama zmn wokyoh dulu..(Wataniah)

org kecik jer...tapi ganaz tau hehehe

masa tu igt lagi, Encik Fadzil baru mengajar kt Kolej Shahputra. Dia ajar subjek Computer. masa tu kami sumer tergamam. comelnyer lecturer nih.... paling tergamam Cik Zie(Jemah). rupernyer dia Leftenan Muda dlm Wataniah. atas dorongan beliau...majoriti kelas aku join wokyoh. tambah2 Jemah coz dia dah "cloud 9" sama itu lecturer.

Aku Wataniah ker minah Rempit???

first xtvt wokyoh yg kitorang join adalah "Latihan Berterusan Siri 1/2004, 14 - 20 April 2004". masa tu kitorang dok kat Ceruk Paloh, Pahang selama seminggu. gotong royong, kawad, tido kat balai raya...mandi pun berebut, masa tu muka mmg xtahu malu so kami g la minta izin mandi kat umah org kampung hahaha..

Pumpin, Aku, Pak Li, Donny & Zai di Ceruk Paloh

"Latihan Asas Parajurit Muda Siri 2/2004, 26 April - 25 May 2004"

Ha.....yang nie Kursus naik ker Prebet di Kem Jerantut, Pahang. Ramai yang lapor diri. Masa nie la mula kenal ramai kwn2 dari Jerantut, Pekan, Raub.... bila dah mula kenal, tiap2 ari nengok muka itu gak...jadi ramai la antara kengkawan yg terjebak dgn cinta sementara. (termasuk la aku hahaha). masa nie aku agak geng dgn bebudak Bukit Sagu sbb kwn2 kolej aku kebanyakannyer platun lain.

Setiap latihan kt sini... ayat paling famous adalah, "Kuih lapis, Kuih gulung, Kuih donut" naik "kenyang" layan kuih2 tu. nyaris muntah masa wat kuih gulung. tepi padang kawad tu rupernyer dh biasa kena muntah pas layan kuih2 tu hahaha. Ada satu part tu, aku n kwn2 tersampai awal kt dewan mkn. sepatutnya belum sampai masanya. (biasala askar kena ikut time). "Cik Misai" yg melentik tu nmpk. apalagi.... "Apa yg kau buat tu skuad? Ini belum masa utk kau makan. Lari la kau, 5 papan...!!!!" Arrgghhh!!!! Berlari la kami 5 pusingan keliling padang kawad hahaha.... terus xselera aku nk mk pas tu. disebabkan byk sgt kena layan "papan", bila abis latihan jer sarjan perli, "nti kau semua balik rumah, bawak papan2 tu skali. boleh buat rumah". Kurang asam...


Ni buka gambar kami nak pi berkelah ok....

Kat sini gak aku blajar macam2 yg ditempuhi oleh para askar kiter yang sentiasa berjuang demi keamanan Malaysia, cewah.... Walaupun xsedasyat diorg at least aku dapat rasa sket basic n memahami keadaan diorg masa tu. Bayangkan la, ada seminggu tu mereka tinggalkan kami kat satu "bukit" yang padang jarak, padang terkukur. dah la panas, xda pokok nk berlindung. nk mandi? seingat aku, time tu kami 2x jer dlm minggu tu hehehe. bau xder saper yg perasan sbb sumernyer bau masam hahaha...

sembhyg? time ni la "air minum ku, air wuduk ku jua". Jimat beb... time nie jgn ader saper pun yg kata dia bwk berus gigi. (kalo ader pun senyap2 jer). Sarjan pernah warning dulu..."Sapa2 bwk berus gigi, aku suruh satu platun berus gigi diorg dgn berus tu dan kau org yang terakhir pakai berus tu, dapat?" iyeewww...gelinyer... tapi aku paham niat sbnrnyer...org nk berperang slmtkan negara xkan kau sebok nk jaga penampilan diri,kan? tapi Sarjan xla sekejam tu...nk berus boleh tapi sorok2 hehehe.

kt sana kami kena gali kubu untuk team kami sendiri dr peha smpi paras dada. wah....dalam tu. menggalilah kami bagai nk rak. utk yg xder cangkul, kami gali guna parang, bekas makanan n aper sajer yg tercapai asalkan dpt wat lubang. masa nie aku agak kagum dgn Fuadilah. minah nie dapat partner lelaki yang agak2 malas nk keluar kederat. tapi minah nie selamba jer gali kubu tu dgn tenaga dia sendiri. tabik spring aku.

N di sini gak...aku ader pengalaman yg betul2 mengajar n menginsafkan aku.

waktu menggali nie, dlm keadaan panas terik...kami kekurangan air. aku ader la simpan sket air utk aku n partner aku. si Khalir (dak Raub kot) dtg n minta sket air dr kwn2 yg lain. sumer kata xder air. smpi la ke giliran aku, aku pun ckp xder iar. genap2 utk aku n partner aku. dia terus pergi tah kemana. tiba2, tgh2 giat menggali, kecoh sekeliling bila Khalir dikejarkan ke hospital sbb keracunan. rupa2nya dia turun ke bawah bukit n minum air kt tali air tu. khabarnyer air tu beracun sbb ader pihak2 yg baru meracun or what ever kt arear tu. Ya Allah....masa tu aku betul2 rasa bersalah. kenapa la aku x bagi sket air td kt dia. kalo x mybe xkan jd mcmtu. tapi Alhamdulillah...dia selamat n lusanya dia kembali menggali kubu bersama2. masa tu aku minta maaf beria2 kt dia n di just ckp " xda ape2 la... jgn risau". Sejak ari tu....aku xkedekut lagi. Insaf woo.....
kt sini juga kami berlatih tempur tanpa senjata. ni la gunanya bila peluru dah abis. xleh nk menembak so kena la pertahankan diri sendiri. ader satu part tu..aku pun lupa aper nama dia. saper2 tahu nti inform la kat aku yek... kami kena baring kt jln tar tu. matahari memancar n kaum lelaki yg xberbaju tu terpaksa menahan haba panas jln tar tu. cian kt dak lelaki. kami ladies yg berbaju nie pun terasa kepanasannya inikan lak lelaki2 yg xberbaju tu. xtvt ni sbg ujian tahan ujian n dugaan pada askar. ye la...cuba bygkan aper terjadi kalu kiter kena tahan dgn musuh. mcm2 diorg akan buat supaya kiter bocorkan maklumat kerajaan. so ini just latihan supaya kiter tahan lasak n xmudah bocorkan rahsia kerajaan.

Nie la Platun aku

Jijah, Zura, Zai, Ika, Aku, Yana & Sita


P/S:- aku paling xtahan tgk muka jemah bila En.Fadzil kata dia dh tunang. member tak selera nak makan tuh....hahaha

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di merapoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2011 05:24 PM PDT

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran
al Baqarah : 164

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut Taqdir (yang telah ditetapkan)
al Qamar : 49

Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/ 1939 yang meliputi tiga buah negeri di semenanjung malazi yakni Pahe, kelate, Tranung
Dahulunya di sebut sebagai King George V National Park bagi memperingati jubli Perak Kerajaan Diraja Britain
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957 namanya ditukar kepada Taman Negara
Taman Negara meliputi kawasan seluas 4343km persegi bersamaan 434300 hektar.
Taman Negara negeri pahe seluas 2477 km persegi bersamaan 247700 hektar
Taman Negara negeri Kelate Darul Naim seluas 1013 km persegi bersamaan 101300 hektar diikuti taman Negara negeri tranung seluas 853 km persegi bersamaan 85300 hektar
Dasar Perundangan yang dikuatkuasa di Taman Negara ialah Enakmen Taman Negara Pahe No.2 tahun 1939; Enakmen taman Negara Kelate no 14 tahun 1938 dan enakmen taman Negara Tranung no 6 tahun 1939
Objektif penubuhan Taman Negara adalah seperti dinyatakan dalam enakmen taman Negara

The park is hereby dedicated , set aside and reserve in perpetuity in trust for the purpose of the propagation, protection and preservation of the indigenous fauna anf flora , and the preservation of objects and places of aesthetic, histirical or scientific interest…

Taman negara selaku suatu ecosystem hutan yang kaya yang telah berusia 130 million tahun menyediakan suatu yang istimewa kepada pengunjungnya untuk mengalami suatu pengalaman yang mendamaikan dengan kekayaan fauna serta flora . sungai sungai yang jernih mengalir dari lembah
. taman Negara ditubuhkan untuk mengekalkan hutan dara yang bersih dari pencemaran…
Uadara yang bersih serta air sungai yang jernih cukup mendamaikan minda Insan yang berkunjung.
Puncak Gunung Tahan 2187 meter bersamaan 7175.20342 kaki ….sifir 1 meter= 3.2808429 kaki selaku Puncak gunung Tertinggi di Tanah Semenanjung Malazi.

Hutan Tanah Pamah dipterokarp yang merupakan sebahagian besar Tanah taman Negara yakni seluas 2501.568 km persegi ( 250156.8 hektar…menampung kira kira 14000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia 300 spesies burung.
Terdapat 80 spesies kelawar dan 30 spesies tikus telah ditemui di taman Negara.
Taman Negara jua merupakan ecosystem hutan yang didiami oleh ikan serta reptilian
Taman Negara memiliki dirian hutan yang kaya terdiri dari sepsis kayu Chengal, Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Meranti Sarang Punai, Meranti Bukit, Meranti Kepong, Kempas, Merbau, Kemuning, Keruing, Nyatoh, serta lesser known spesies yang banyak seperti sesendok, bintangor, etc.

Awan meliputi puncak gunung tahan serta buleh ditemui pada ketinggaian 1500 meter bersamaan 4921.26435 kaki above sea level.

Menurut ahli ekologi hutan, jenis hutan ditentukan menerusi ketinggian tanah dari aras laut

Jenis hutan mengikut ketinggian dari aras laut di Negara Malazi

4921kaki=1500meter ke atas

Upper Montane Forest
-also known as ericaceous forest
-sparse foliage, gnarled and stocky branches
-abundance of moss and lichen and perpetually damp due to dense cloudcover and mist

Antara 3937kaki= 1200meter hingga 4921kaki=1500 meter

Montane forest
-also known as montane oak forest
-less dense forest; often mistshrouded and damp and contains unique species like ferns and certain conifers

Antara 2460 kaki=750meter hingga 3937kaki=1200meter

Upperhill dipterokarp forest
-Characterized by the presence of shorea platyclados, agathis borneensis, calophyllum spp and dipterocarpus

Antara 984kaki=300meter hingga 2460kaki=750meter
-Area Burung Tiong Mas hime ranges…
Hill dipterocarp forest
-Occurs on the inland malazi mountain ranges and contains many of common lowland species
-dominance os shorea curtisii (meranti tembaga…which ends to be gregarious here

984kaki=300meter ke bawah
Lowland dipterocarp forest (kebanyakan kawasan ini sudah bertukar menjadi lading kelapa sawit serta lading getah…

Telah diusaha hasilkan (selaku production forest sejak 39 tahun lalu…
-well drained forest, dense and rich in biodiversity

Coastal Hill Forest
-characterised by the presence of shorea glauca (meranti kepong…, irvingia malayana, Eugenia spp (kelat…and shorea curtisii (meranti tembaga…

Peat swamp forest (paya gambut….
-contains commercially important species such as Gonystyllus bancanus (ramin…and shorea platycarpa (meranti paya…

Mangrove forest ( paya bakau…. ( 0 meter… ke atas sehingga peat swamp forest
-Forms a transition from land to sea, linking terrestrial and marine ecosystem and sheltering tropical shores with trees and shrubs

Forestry Department Headquarters Semenanjung malazi
Jalan Sultan Salahuddin
50660 KL
Tel 03 2988244
Fax 603-2925657

Anda buleh merujuk map askar skala 1:50000 untuk melihat ketinggian bukit dari aras laut… above sea level…
Map helaian 4063 adalah kawasan Chiku bersempadan dengan Taman Negara Kelate
Artikel ini dibuat pada 4.5.2009…
Time 8.46 am

Anggaran bilangan harimau di Taman Negara adalah 100 harimau, bilangan gajah dianggarkan 450 gajah yang menjadikan taman Negara selaku home range bagi dua fauna yang utama di Negara ini…
Badak Sumatra dianggar bilangan 12 badak yang menjadikan Taman Negara selaku home range… dengan sumber makanan yang banyak di dalam hutan Taman Negara…

Satu hektar hutan taman Negara mengandungi kira kira 100 spesies tumbuhan yang membekalkan makanan kepada gajah seladang, badak, rusa, kijang,pelanduk.
Spesies mamalia yang disebut dalam English selaku Bear Cat jua terdapat di sini.
Musang, landak, burung kuang, burung Tiong mas, burung bayan nuri, burung serindit, serta banyak burung yang menjadikan Hutan Taman Negara selaku home range yang Aman serta mendamaikan

Hutan Taman Negara adalah Khazanah Negara yang harus dipertahankan demi penerusan warisan Negara untuk generasi Insan pada masa depan.

Sungai tahan mengalir dari gunung tahan menuju ke Kuala T
Gua Telinga, gua daun Menari, gua luar merupakan gua yang terkenal di Kuala Tahan
Stalaktik dan stalagmite dapat dilihat terdapat di dalam gua tersebut
Gua Peningat dari banjran batu kapur terdapat di Merapoh yang jua merupakan laluan masuk ke hutan Taman Negara. Gua ini terletak 8.8 meter dari Sungai Relau, Merapoh. Gua gajah jua terdapat di Merapoh yakni dalam jarak 5.5 km dari Sungai Relau.

Gua Bi'wah dan Gua Taat buleh ditemui setelah menaiki speed bot dalam tempoh 2 hour dari Pengkalan Kawi di Kuala Berang
Artifak purba ditemui seperti perkakasan dapur, kapak, dan peralatan yang menunjukkan kewujudan era Neolithic (4000 sebelum masihi…

Rakyat dari Sumatra dikatakan buleh berjalan kaki menuju ke Melaka pada era Neolithic tersebut.

Taman Negara merupakan tempat yang diminati ramai untuk aktiviti memancing terutama di hulu sungai Tahan

Lata Berkoh merupakan kawasan berkelah yang baik dikeliling pokok serta lanskap tunbuhan yang menarik.

Mendaki Gunung Tahan
Terdapat dua laluan untuk mendaki gunung tahan
Pertama mengikut laluan Merapoh hingga ke puncak Gunung Tahan
Kedua Mula mendaki dari Kuala Tahan hingga ke puncak

Laluan yang mudah ialah mula mendaki dari Merapoh menerusi kuala Juram sehingga sampai ke puncak gunung Tahan. Kemudianmenuruni Gunung tahan menuju ke Kuala Juram seterus nya ke Merapoh. Lauan ini adalah yang mudah jika dibandingkan laluan dari kuala tahan yang lebih mencabar.
Laluan jip sepanjang 13 km ke kaki Gunung tahan telah dibina di Merapoh bagi memudahkan pendakian ke puncak gunung Tahan. Lauan Jip ini menuju ke kuala Juram yang mana air sungainya cukup jernih di kelaskan dalam kelas pertama dari aspek kebersihan airnya.

Titian silara…canopy walkway

Titian silara sepanjang 231 meter telah dibina di silara pokokpada tahun 1993 dan fasa kedua sepanjang jarak 200 meter telah dibina pada tahun 1995. Titian silara di taman Negara kelate sepanjang 230 meter telah dibina pada tahun 2000.

Kampong Yong mereupakan kampong ore asli batek yang mana satu bentuk penempatan ore asli di Negara ini.

Aktiviti pemerhatian burung buleh dijalankan dengan melihat variasi burung seperti jenis rimba, sambar, merbah, tiong mas, bayan nuri, serindit, kelicap kunyit, etc
Aktiviti photografi jua buleh dijalankan dengan pandangan yang menarik serta kejernihan air sungai yang mengalir… mendamaikan.

Sungai Relau terletak kira kira 7 km dari Bandar Merapoh yang mana

Jarak antara Gua Musang dengan Merapoh adalah 34km manakala jarak Bandar kuala Lipis dengan Merapoh adalah 100km.

Perkhidmatan Keretapi antara Gemas lembah Kelang dan Tumpat…

Tanjong Mentong buleh ditemui setelah menaiki speed bot dari pengkalan kawi Kuala berang Tranung kite…
Jarak nya dari kuala tranung adalah 55 km.
Pengkalan kawi adalah pintu masuk untuk ber rekreasi di tasik Kenyir setelah pemanduan selama 1 hour dari kuala tranung.

Taman Negara Kelate buleh ditemui setelah memandu 230km dari Lembah Kelang dan 185 km kota bharu. 45 km dari gua Musang…dengan jalan berturap melalauyi felda aring

Permit masuk taman Negara RM1.00 per person
Lesen untuk photografi RM5.00 per unit
Lessen Memancing RM10.00 per unit
Bumbun RM5.00 per person
Yuran perkhemahan RM1.00 per person per day
Titian silara RM5.00 utk dewasa RM3 untuk kanak kanak

Penginapan di taman Negara

Kuala tahan …kebanyakannya diswastakan

Mutiara Resort 09-2663500
Ekoton chalet 09-2669897
Agoh chalet 09-2669570
Liana Hostel 09-2669322
Tahan Guest House 09-2667752
Teresek View 09-2667839
Nusa camp 09-2662369

Sungai Relau Merapoh
Jabatan punya kemudahan 09-9124894
Encik Basir adalah sahabat saya…menguruskan kawasan di sini

Kuala Koh…Lubuk Kedah taman Negara Kelate
Jabatan yang uruskan 09-9282952

Tanjong Mentong …menerusi Pengkalan kawi kuala berang
Jabatan uruskan

Fungsi hutan selaku protected area:
1.the protection of soils from erosion
2.safeguards for watershed systems,
3.maintenance of ground water reserves
4. behaving as part of carbon dioxide absorbing global "lung"
5.maintaining ground water aquifers- liquified natural gas and a fertilizer plant

These aquifers are the most important source of freshwater supply for both industrial and domestic purposes

Freshwater from aquifers

An excellent natural laboratory for studying biological and ecological aspects of dipterocarp forest, endangered animal and plant species and genetic resources.

Function as a control ecosystem for the study of human impacts on tropical forest ecosystems so that management strategies and programs can be properly designed.

The research and educational functions of the park have been utilized by both domestic and international academic communities.

Tourists have been attracted by the beauty of the scenery, the opportunities of observing nature, hiking, camping, and canoeing along the rivers.

Contoh saya berikan...

Hutan yang tumbuh di bukit serta gunung adalah kawasan tadahan air yang mana akar pokok buleh berfungsi untuk melambatkan pergerakan air dari awan menuju ke sungai dengan daya menampan di daun poko, batang pokok dahan, ranting akar pokok...buleh di tamsilkan seperti penapis teh di kedai mamak yang mana serbuk teh menyebabkan air teh turun dengan perlahan ke dalam gelas...

jika tiada pokok di bukit serta gunung di negara ini...air hujan yang turun akan terus mengalir ke sungai dengan membawa bersama sedimen butiran tanah yang impack kepada sungai menjadi tohor serta air sungai akan keruh...
jika keruh di hulu negari ...biasa akan keruh di muara sungai...

contoh saya berikan dengan kita harvest logging operation kayu yang berdiri di dirian hutan dengan mendapat RM sebanyak RM12 million bagi 100 hektar dirian hutan yang kaya dengan kayu meranti

Bila hujan turun dengan banyak air sungai Pahe akan melimpah naik ke daratan dimana rakyat mendirikan rumah serta kedai...Banjir melanda...Berapa kerugian akibat banjir kesan dari logging operation yang rakus...

banjir mungkin melanda beberapa tahun selagi sungai tidak di dalam kan akibat sedimen butiran tanah yang telah mendap di dasar sungai...Sungai serta parit perlu di dalamkan supaya tidak melimpah sekiranya hujan menimpa bumi...
Jika ada dirian hutan InsyaAllah air hujan yang menimpa pokok di dirian hutan dapat melambatkan aliran permukaan air di permukaan tanah ( water surface flowing...
Maka fikirlah rakyat dari hanya nakkan RM 12 million tadi...

Puliharalah hutan Khazanah Negara ...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di kuala rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


HOMESTAY AL- HANA <b>Di KUALA ROMPIN</b>: HOMESTAY AL- HANA DI KUALA <b>...</b>

Posted: 29 May 2011 12:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seorang guru sekolah di sekolah kebangsaan Kampung Kolam.Kuala Rompin Pahang. Di lahirkan di pasir mas kelantan. Mendapat Pendidikan Awal di sek.Keb.Kubang Kuau. Kemudian meneruskan pelajaran ke SMU(A) Maahad Muhammadi ...

06 di tanjung lumpur - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di tanjung lumpur - Google Blog Search


Blog Encik Kunang-Kunang: Kalaulah Kampus Kuantan <b>di Tanjung Lumpur</b>...

Posted: 02 May 2011 11:12 AM PDT

Assalamu'alaikum Warahmatullah...


Dari tajuk di atas, saya merujuk kepada UIAM Kampus Kuantan. Ini kerana gara-gara kata-kata Zahir, "Kalau mai Kuantan, tak singgah Tanjung Lumpur, tak sah percutian hang". Ha 3x. :P

Dari 4/4 yang lalu sehingga 3/5 ini, saya berjalan-jalan. :D

4/4 - Hulu Slim, Slim River, Perak

Rezeki Subuh. En. Zulkifli "Choi" dari IIUM Security mengajak saya makan durian di kampungnya, Sungai Dara dekat Hulu Slim. Kami bertolak jam 7.30 pagi. Singgah sebentar di kedai Mamak, sarapan pagi. Pendekkan cerita, kami (saya sebenarnya) makan dua biji durian, lalu membeli 3 biji durian dengan harga RM10. (Nice!). Sebiji saya berikan kepada Saifullah (yang baru bernikah 30/4 yang lalu), sebiji lagi saya berikan kepada jaguh durian dari Medan, Ikbar Pratama (saya panggil Iqbal, lebih senang untuk disebut), dan sebiji lagi kepada Kak Shaz.

Sebab duriannya sedap, ingat nak mencari lagilah. Kami pergi sekali lagi pada hari Sabtu, dia pula jual dua biji durian RM10. T_T

9/4 - Pekan Slim River, Perak

Selepas membeli durian, rombongan En. Choi ke Pekan Slim diteruskan, kali ini mencari ikan bilis. (He 3x). Kemudian, kami makan mee rebus gaya Slim River. Best. Mee kuning dicelur. Kemudian ditoskan, letak sambal, kacang tanah yang telah ditumbuk, kicap, minyak bijan, dan bijan. Selepas itu, sebelum makan, kita gaul dulu. (Dah nampak macam mee cina Chao Mian tanpa daging, cili kering, daun bawang dan bawang di Mahallah Ali pula).

En Choi membawa kami ke kampungnya. Rupa-rupanya ada kolam air panas bersuhu 107°C. Selain itu, ada juga air terjun di hujung kampung ini. Em... :)

17/4 - 19/4 - Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak

Rombongan naqib-naqib sempena Kem Nuqaba'. Macam-macam telah berlaku. Ada budak kena gigit pacat, geng-geng antarabangsa kata kena cucuk duri. Mantap sangatlah kena cucuk duri sampai berdarah banyak macam tu. Mujur mereka tak kata "jatuh kena tikam dek parang fasilitator". He 3x.

Orang jenis mabuk jalan macam saya memang bermasalah lalu jambatan gantung. Mujur tak panjang. ^.^

Bila mahu pulang, pandai pula geng-geng antarabangsa bercerita pasal solat jamak. Ketika kem, adalah seorang mempertikaikan tindakan menjamakkan solat Maghrib dengan Isyak. Tak mahu buat solat Jamak ketika musafir kononnya. Bila pulang, hanya sebab bas belum sampai, dia pula mahu jamak solat Zohor dengan Asar. Aduhai... Bisinglah... T_T

20/4 - 24/4 - Kuala Nerang, Kedah

Pendek kata, saya pergi ke rumah Abah di sana. Umi minta gambar pula...

Saya berada di Gombak pada 25/4.

30/4 - Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang

初めてです。Pertama kali saya sampai Pahang (boleh eksyen sikit dengan geng antarabangsa. :P). Rupa-rupanya ada Karnival Jom Heboh di Kuantan. Jalan sesak habis. Tapi apa yang saya nampak, iklan "Micheal Learns to Rock World Tour". Amboi, sampai sini?. Zahir jemput saya dengan "superbike" khasnya. Dia suruh saya tunggu di sebuah restoran mamak. Gara-gara lapar, saya belilah air dulu. Teh "O" Limau Ais berharga RM1.60. (Mahal). Saya tidak mengesyorkan anda semua datang ke Restoran Rahath walaupun ia bersebelahan Terminal Bas dan Teksi Kuantan.

1/5 - Kuantan, Pahang

Lamanya saya tidak bertemu Isa Mehat. Dia sudah menjadi bapa anak tiga rupanya. Rezeki dia. :). Muhammad Ilhami, Muhammad Ikrami, Muhammad Ihsani - nama anak-anaknya. Ilhami suka berkawan. Ikrami agak pemalu. Ihsani masih kecil lagi.

Sambil berjalan-jalan, terjumpa pula gerai tembikai 1kg = RM1.20. Zahir beli. Saya tumpang makan. :D

Petang kami ziarah ke rumah Ustaz Mohamad Bin Ali di Permatang Badak. Maka, saya berkenalan dengan Ustaz sekeluarga. Isterinya, Pn. Noraini Hilawati Binti Mustapha. Anaknya, As'ad, Amni, & yang sulung (saya terlupa tanya namanya, maaf). ^.^|

Selepas solat Asar, kami berpusing-pusing satu UIAM Kuantan. Masjidnya berhampiran dengan Mahallah Maimunah dan Mahallah Talhah. Khabarnya ada rancangan untuk membina hospital berhampiran dengan pintu pagar kedua (dekat juga dengan masjid). Ingat nak cuba lukis. Ha 2x. Bukannya ingat sangat pun. Pakai Google Earth, sekali keluar gambar tahun 2010 Kulliyyah Perubatan dengan tapak-tapak yang baru dibuka. Aiya... Kita conteng secara kasar sajalah. :)


Em... UIAM Kuantan. Jalan dua hala. Kulliyyah jauh-jauh. Mahallah belum banyak lagi (mungkin lepas Masjid Terapung UIAM Kuantan siap kot baru mula projek Mahallah). Em... Yang ni lakaran saja ya. Kalau keadaan sebenar, bukannya petak macam saya lukis. Ha 3x. Saya gunakan serba sedikit akronim dari CFS. Kulliyyah Pergigian (DENT) masih menumpang di Kulliyyah Sains (KOS). Kalau tak silap, Kulliyyah Kejururawatan (NUS) masih menumpang di Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu (ALLHS). Blok yang sudah siap (pada mata saya) cuma:

  1. Kulliyyah Perubatan (MED)
  2. Kulliyyah Farmasi (PMACY)
  3. Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu (ALLHS)
  4. Mahallah Maimunah (MAIMUNAH)
  5. Mahallah Talhah (TALHAH)
Yang masih dalam pembinaan:
  1. "Masjid Terapung" (MASJID)
  2. Kulliyyah Pergigian (DENT)
  3. Bangunan Pentadbiran (ADMIN)
  4. Bangunan Perpustakaan (LIB)
  5. Pusat Sehenti (OSC)
  6. "Animal House" (Yang saya labelkan dengan tulisan ganjil sikit tu)
Zahir cakap, Kulliyyah Kejururawatan belum dibina lagi... Lupa lagi nak lukis 2ND GATE. :P

Malamnya, barulah kita orang ke Tanjung Lumpur. Zahir nak tengok bola, jadi kita bungkus saja makanan. Ikan bakar dengan sambal petai, sotong goreng tepung, udang goreng kunyit. Kalau siapa minat makanan laut, mesti tak ketinggalan lala. Satu perumpamaan yang Zahir berikan: "Budak UIA Kuantan tak makan kat kedai Ana Ikan Bakar Petai ni ibarat budak UIA Gombak tak makan nasi ayam Mancongkam. Ha 3x".

Elok saja lepas makan, saya mengantuk. :D

Em... Saya ke Gombak pada hari Isnin... Tiga hari menaip blog untuk cerita jalan-jalan sebulan. Aiya... Kalau thesis jawabnya tak siaplah. T_T

Jom kita tulis ayat ala-ala Satria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black)

Berusahalah! En. Kunang!
Jangan putus asa! En. Kunang!

つづく

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di sebertak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di sebertak - Google Blog Search


ycity photo & video graphic: Majlis Bertandang Sharil & Mieza <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2011 08:09 AM PDT


















Salam...Selamat Pengantin baru diucapkan kepada Sharil &a Mieza..Gambar yang dirakam sewaktu majlis bertandang sebelah lelaki di Felda sebertak..bersebelahan dengan Felda saya, Felda Tementi...Sebelah paginya Mieza disolek oleh Redzuan Ibrahim di kedai andaman Riedz Bridal, Dataran Kerayong..

Sesi outdoor yang dirakamkan sebentar sahaja di Dataran Kerayong sementara menunggu rombongan pihak perempuan yang tiba pada pukul 12 tengah hari..Walaubagaimanapun panas tidak sampai ke petang sewaktu pengantin berarak hujan sudah pun turun membasahi bumi...Pada mulanya Ycity berperancangan dgn Riedz Bridal ingin merakamkan saat-saat manis mereka di Jeti Pelancongan Tasek Bera pada sebelah petangnya..Namun hajat itu tidak kesampaian kerana hujan rahmat telah turun walaupun ia sekejap2 namun ia berlarutan sampai ke petang...huhuhu

Apa yang best Sharil & Mieza tetap enjoy sewaktu ycity merakamkan gambar mereka.Keceriaan yang jelas terserlah...Pada Ycity mereka ni nampak macam kacukan Cina sebab dua2 bermata sepet terutama sekali pengantin lelaki..Apa-pun Selamat pengantin baru dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

Let's Enjoyed the pictures!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di mengkarak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mengkarak - Google Blog Search


<b>Mengkarak</b> Liner: 10 Kediaman syaitan <b>di</b> lubuk hati kita

Posted: 17 May 2011 06:09 PM PDT

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSONQUXgmdRzsvMaZixeTa1lo-4Zcs5TzB65xAz9UBd0bY6JQ1Jkg

Imam Ghazali r.a telah menggariskan kpd kita sepuluh perkara yg menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita….

1. Marah dan Syahwat

2. Hasad Dengki dan Tamakkan Dunia

3. Kekenyangan Akibat Makan Terlalu Banyak

4. Terlalu Menghias Diri

5. Keinginan Mengampu

6. Harta dan Wang Ringgit

7. Lokek dan Takut Miskin

8. Terlalu Fanatik,Taasub dan Berdendam

9. Terlalu Memikirkan Tentang Zat dan Sifat Allah SWT Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Diluar Batas Akal Fikiran Manusia

10. Sangka Buruk Sesama Kaum Muslimin

Rujukan :

http://www.muslimdiary.com/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di kampung awah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


izanwani.blogspot.com: kuala Gandah Bolok Pahang

Posted: 08 Jun 2011 06:39 PM PDT

Kau ,takutnya,budak-budak ni tak kesah pun .baby sading je ulur tangan bagi kacang kat gajah tu.Baby memang tak takut dengan apa haiwan sekali pun dengan ular ,pernah letak ular atas bahu .

Cepatlah ambik gambar nanti gajah tu datang dekat!!!!!
Gajah yang kat belakang tu sedang di mandi oleh penjaganya,gajah ini,gajah bertina berumur 11th,sama umur baby.

Kuala Gandah ialah tempat permerliharan gajah yang terabai dan dilatih di sini. Orang putih cakap Elephant Conservation Centre.Terletak di dalam area Mentakap Pahang.Berhampiran dengan kampung aku Merpatih Lancang.Dah lama di tubuhkan ,tapi baru kali ini berperluang ke sini(.5 jun 2011)masuk,bergantung kepada kita,nak kasi berapa,donation.

Inssaallah kalau ada kelapangan akan datang lagi,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Melayu Raya: RAMAI PELACUR <b>DI BUKIT TINGGI</b> KLANG!!!!

Posted: 28 May 2011 10:50 AM PDT

Baru balik dari pusing-pusing dibandar Klang. alangkah terkejut melihat kepesatan pembangunan di bukit tinggi klang. bukan pembangunan apa pun cuma ialah Pembangunan yang paling ketara adalah hotel-hotel budget..perhhhh...hampir setiap blok kedai baru di bukit tinggi klang mempunyai hotel budget..yang menjadi persoalannya untuk apakah hotel budget yang begitu banyak? adakan kerana kerajaan negeri selangor menyokong industri pelancongan kearah bidang perhotelan sahaja? banyak ke tempat pelancongan di daerah klang khususnya di bukit tinggi klang?? adakah semata-mata hendak shopping di jusco bukit tinggi, pelancong tidur semalam di budget hotel??? musykil aku..semenjak DAPing berkuasa di bandar-bandar di selangor banyak pulak hotel2 budget..UMNO Selangor buat apa?? xakan biarkan je?? dah lah rumah urut semakin banyak.. nampak sangat korang ni xnak rampas balik selangor! mcm2 isu yang UMNO Selangor xendahkan..nak cakap bodoh tapi semua pandai2...renung-renungkan lah bersama... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved