ads

Isnin, 20 Jun 2011

06 di janda baik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


Meraikan Hari Ibu – Picnic <b>di Janda Baik</b> ( Part One) « Fotomamu

Posted: 08 May 2011 04:08 AM PDT

Salam kawan kawan,

Memula saya nak wish to all yang drop by baca blog saya ni – to the mothers out there – my friends – Selamat menyambut Hari Ibu ! ;)

Ibu saya currently staying at my house di Rawang – dan memandangkan sambutan Hari Ibu yang menjelang pada hujung minggu lepas, saya dan wife saya telahpun merancang sejak dari awal minggu untuk membawa kedua dua Ibu tersayang kami untuk picnic ;) Memula tu rancang nak ke Sepang Gold Coast – tapi memandangkan chuaca sekararang yang panas kaw kaw ketika tengah hari – maka kami mengubah tema picnic kami kepada tema yang lebeh cool iaitu picnic di tepi sungai. Sejuk dan nyaman target kami.

Setelah membuat beberapa panggilan kepada kawan kawan saya yang selalu berkelah / adventurous couple ( Shidi & Gee) – dan menimbang tara semua faktor faktor lain – saya membawa keluarga ke Janda Baik di Pahang – tempat yang saya pernah pergi sewaktu follow kursus KKD tahun lepas.

Sampai di sana – kami ada berhenti sebentar di Riverside – seperti yang dicadangkan oleh kawan saya – namun niat untuk lepak picnik di situ tak kesampaian sebab semua area situ habes dibooking oleh beberapa kumpulan pelancong. Oleh itu, saya pun bawak keluarga pergi berhampiran dengan D'Ark Resort ( tempat saya pi kursus dulu).

Best. Sebab we have the whole place for ourselves. Takde crowd di situ – occasionally ada 2-3 family datang singgah sebentar dan balik lepas tu – dan setelah membayar rm5 per head untuk guna kawasan tu to berkelah – kami set up our own area ;)

So hereby – Saya kongsi hanya segelintir dari gambar gambar yang diambil pada hari tu ;)

 combo1 Semangat mak ! Malam tu jugak start masak kek !

DSC_0305

DSC_0344 DSC_0351 Set up area jumpa mama di Petronas sebelum gerak ke Janda Baik – dah lama mak and mama tak jumpa ;) Sembang panjang depa

DSC_0352 Penuh boot kereta !

DSC_0354 Sebelum letak barang kat port picnic – sempat membeli aiskrim roti!

combo2 combo3 DSC_0370 combo4 Yes – my wife dah mula belajar tentang DSLR – we're inspired by stories of succesful husband-wife photographers team yang berkongsi idea,impian tentang tentang fotografi ;) Nanti kita share hasil hasilnye hehe.

combo5 DSC_0673Just one word : REFRESHING !

DSC_0915 combo6combo7 Kaedah paling cepat untuk kasi sejuk Milo Kotak ! Letak saja dalam air – cuma korang kena pasti kan jangan hanyut haha

DSC_0598 combo8combo9

DSC_0445

Sungguh sporting pepatung tu – dia terbang sebentar – pastu posing balik – 2-3 kali ! Saya plak guna 50mm je – jenuh meniarap dalam air sejuk tu huhu

  Panas jugak sepanjang hari tu – sampai sun burn jugak la saya. Alhamdulillah – we have fun – rileks – tidur sebentar di bawah matahari sambil mendengar bunyi air mengalir – memang sangat menenangkan. Sangat tenang.

InsyaAllah – saya akan upload pula gambar gambar lain pada Part 2. Stay tunes ;)

See u later !

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di mempaga - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mempaga - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2011 09:05 PM PDT

Karnival MTB Felda Ride 2011: PENGENALAN KARNIVAL

Posted: 30 May 2011 12:25 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]... iktibar dan sebagai tanda sokongan di atas permintaan generasi muda serta masyarakat dalam aktiviti tersebut maka satu program iaitu "KARNIVAL MTB FELDA RIDE 2011" akan dilaksanakan. Posted by mempaga at 12:25 ...

di negeri pahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Ramainya orang lelaki <b>di negeri Pahang</b>? ~ relevan sokmo

Posted: 20 Jun 2011 09:00 PM PDT

KUANTAN: Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena 'marriage squeeze', iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.

Berasaskan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan bilangan lelaki di negeri terbabit lebih ramai berbanding wanita.

Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasi dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.

"Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan pada masa akan datang," katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) & Pelan Tindakan DKN di Wisma Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama mendapatkan pasangan, sekali gus menyumbang kepada isu kahwin lewat di kalangan lelaki.

Selain itu, kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan, iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.

* Sumber





Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syarak Mengata , Adat Menurut: Masjid lantik AJK <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 20 Jun 2011 02:40 AM PDT

Di Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Masjid dilantik oleh masjid kerana menurut Pengarah JHEAINS masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin. Patutlah begitu banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati, masjid yang calonkan AJK masjid, bukannya manusia yang calonkan manusia.

Sila baca artikel saya sebelum ini , Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Tidak perlu pilihan raya masjid di NS
Sinar Harian 20 Jun 2011

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak bercadang mengubah sistem pemilihan jawatankuasa pengurusan masjid sedia ada.

Pengarahnya, Johani Hassan berkata, tiada keperluan untuk bertukar kepada kaedah pilihan raya memandangkan sistem digunakan sekarang berjalan dengan baik.

"Pada masa ini, calon-calon jawatankuasa masjid dikemukakan oleh ahli kariah sendiri. JHEAINS hanya membuat keputusan tentang lantikan.

"Selain itu, JHEAINS turut mengeluarkan garis panduan berhubung pemilihan calon," katanya di sini.

Sementara itu, menurut beliau, semua masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin.

"Kita perlu proses segera semua pencalonan memandangkan penggal jawatankuasa masjid sedia ada akan tamat pada 31 Disember depan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9208941.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di merapoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2011 09:13 PM PDT

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran
al Baqarah : 164

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut Taqdir (yang telah ditetapkan)
al Qamar : 49

Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/ 1939 yang meliputi tiga buah negeri di semenanjung malazi yakni Pahe, kelate, Tranung
Dahulunya di sebut sebagai King George V National Park bagi memperingati jubli Perak Kerajaan Diraja Britain
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957 namanya ditukar kepada Taman Negara
Taman Negara meliputi kawasan seluas 4343km persegi bersamaan 434300 hektar.
Taman Negara negeri pahe seluas 2477 km persegi bersamaan 247700 hektar
Taman Negara negeri Kelate Darul Naim seluas 1013 km persegi bersamaan 101300 hektar diikuti taman Negara negeri tranung seluas 853 km persegi bersamaan 85300 hektar
Dasar Perundangan yang dikuatkuasa di Taman Negara ialah Enakmen Taman Negara Pahe No.2 tahun 1939; Enakmen taman Negara Kelate no 14 tahun 1938 dan enakmen taman Negara Tranung no 6 tahun 1939
Objektif penubuhan Taman Negara adalah seperti dinyatakan dalam enakmen taman Negara

The park is hereby dedicated , set aside and reserve in perpetuity in trust for the purpose of the propagation, protection and preservation of the indigenous fauna anf flora , and the preservation of objects and places of aesthetic, histirical or scientific interest…

Taman negara selaku suatu ecosystem hutan yang kaya yang telah berusia 130 million tahun menyediakan suatu yang istimewa kepada pengunjungnya untuk mengalami suatu pengalaman yang mendamaikan dengan kekayaan fauna serta flora . sungai sungai yang jernih mengalir dari lembah
. taman Negara ditubuhkan untuk mengekalkan hutan dara yang bersih dari pencemaran…
Uadara yang bersih serta air sungai yang jernih cukup mendamaikan minda Insan yang berkunjung.
Puncak Gunung Tahan 2187 meter bersamaan 7175.20342 kaki ….sifir 1 meter= 3.2808429 kaki selaku Puncak gunung Tertinggi di Tanah Semenanjung Malazi.

Hutan Tanah Pamah dipterokarp yang merupakan sebahagian besar Tanah taman Negara yakni seluas 2501.568 km persegi ( 250156.8 hektar…menampung kira kira 14000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia 300 spesies burung.
Terdapat 80 spesies kelawar dan 30 spesies tikus telah ditemui di taman Negara.
Taman Negara jua merupakan ecosystem hutan yang didiami oleh ikan serta reptilian
Taman Negara memiliki dirian hutan yang kaya terdiri dari sepsis kayu Chengal, Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Meranti Sarang Punai, Meranti Bukit, Meranti Kepong, Kempas, Merbau, Kemuning, Keruing, Nyatoh, serta lesser known spesies yang banyak seperti sesendok, bintangor, etc.

Awan meliputi puncak gunung tahan serta buleh ditemui pada ketinggaian 1500 meter bersamaan 4921.26435 kaki above sea level.

Menurut ahli ekologi hutan, jenis hutan ditentukan menerusi ketinggian tanah dari aras laut

Jenis hutan mengikut ketinggian dari aras laut di Negara Malazi

4921kaki=1500meter ke atas

Upper Montane Forest
-also known as ericaceous forest
-sparse foliage, gnarled and stocky branches
-abundance of moss and lichen and perpetually damp due to dense cloudcover and mist

Antara 3937kaki= 1200meter hingga 4921kaki=1500 meter

Montane forest
-also known as montane oak forest
-less dense forest; often mistshrouded and damp and contains unique species like ferns and certain conifers

Antara 2460 kaki=750meter hingga 3937kaki=1200meter

Upperhill dipterokarp forest
-Characterized by the presence of shorea platyclados, agathis borneensis, calophyllum spp and dipterocarpus

Antara 984kaki=300meter hingga 2460kaki=750meter
-Area Burung Tiong Mas hime ranges…
Hill dipterocarp forest
-Occurs on the inland malazi mountain ranges and contains many of common lowland species
-dominance os shorea curtisii (meranti tembaga…which ends to be gregarious here

984kaki=300meter ke bawah
Lowland dipterocarp forest (kebanyakan kawasan ini sudah bertukar menjadi lading kelapa sawit serta lading getah…

Telah diusaha hasilkan (selaku production forest sejak 39 tahun lalu…
-well drained forest, dense and rich in biodiversity

Coastal Hill Forest
-characterised by the presence of shorea glauca (meranti kepong…, irvingia malayana, Eugenia spp (kelat…and shorea curtisii (meranti tembaga…

Peat swamp forest (paya gambut….
-contains commercially important species such as Gonystyllus bancanus (ramin…and shorea platycarpa (meranti paya…

Mangrove forest ( paya bakau…. ( 0 meter… ke atas sehingga peat swamp forest
-Forms a transition from land to sea, linking terrestrial and marine ecosystem and sheltering tropical shores with trees and shrubs

Forestry Department Headquarters Semenanjung malazi
Jalan Sultan Salahuddin
50660 KL
Tel 03 2988244
Fax 603-2925657

Anda buleh merujuk map askar skala 1:50000 untuk melihat ketinggian bukit dari aras laut… above sea level…
Map helaian 4063 adalah kawasan Chiku bersempadan dengan Taman Negara Kelate
Artikel ini dibuat pada 4.5.2009…
Time 8.46 am

Anggaran bilangan harimau di Taman Negara adalah 100 harimau, bilangan gajah dianggarkan 450 gajah yang menjadikan taman Negara selaku home range bagi dua fauna yang utama di Negara ini…
Badak Sumatra dianggar bilangan 12 badak yang menjadikan Taman Negara selaku home range… dengan sumber makanan yang banyak di dalam hutan Taman Negara…

Satu hektar hutan taman Negara mengandungi kira kira 100 spesies tumbuhan yang membekalkan makanan kepada gajah seladang, badak, rusa, kijang,pelanduk.
Spesies mamalia yang disebut dalam English selaku Bear Cat jua terdapat di sini.
Musang, landak, burung kuang, burung Tiong mas, burung bayan nuri, burung serindit, serta banyak burung yang menjadikan Hutan Taman Negara selaku home range yang Aman serta mendamaikan

Hutan Taman Negara adalah Khazanah Negara yang harus dipertahankan demi penerusan warisan Negara untuk generasi Insan pada masa depan.

Sungai tahan mengalir dari gunung tahan menuju ke Kuala T
Gua Telinga, gua daun Menari, gua luar merupakan gua yang terkenal di Kuala Tahan
Stalaktik dan stalagmite dapat dilihat terdapat di dalam gua tersebut
Gua Peningat dari banjran batu kapur terdapat di Merapoh yang jua merupakan laluan masuk ke hutan Taman Negara. Gua ini terletak 8.8 meter dari Sungai Relau, Merapoh. Gua gajah jua terdapat di Merapoh yakni dalam jarak 5.5 km dari Sungai Relau.

Gua Bi'wah dan Gua Taat buleh ditemui setelah menaiki speed bot dalam tempoh 2 hour dari Pengkalan Kawi di Kuala Berang
Artifak purba ditemui seperti perkakasan dapur, kapak, dan peralatan yang menunjukkan kewujudan era Neolithic (4000 sebelum masihi…

Rakyat dari Sumatra dikatakan buleh berjalan kaki menuju ke Melaka pada era Neolithic tersebut.

Taman Negara merupakan tempat yang diminati ramai untuk aktiviti memancing terutama di hulu sungai Tahan

Lata Berkoh merupakan kawasan berkelah yang baik dikeliling pokok serta lanskap tunbuhan yang menarik.

Mendaki Gunung Tahan
Terdapat dua laluan untuk mendaki gunung tahan
Pertama mengikut laluan Merapoh hingga ke puncak Gunung Tahan
Kedua Mula mendaki dari Kuala Tahan hingga ke puncak

Laluan yang mudah ialah mula mendaki dari Merapoh menerusi kuala Juram sehingga sampai ke puncak gunung Tahan. Kemudianmenuruni Gunung tahan menuju ke Kuala Juram seterus nya ke Merapoh. Lauan ini adalah yang mudah jika dibandingkan laluan dari kuala tahan yang lebih mencabar.
Laluan jip sepanjang 13 km ke kaki Gunung tahan telah dibina di Merapoh bagi memudahkan pendakian ke puncak gunung Tahan. Lauan Jip ini menuju ke kuala Juram yang mana air sungainya cukup jernih di kelaskan dalam kelas pertama dari aspek kebersihan airnya.

Titian silara…canopy walkway

Titian silara sepanjang 231 meter telah dibina di silara pokokpada tahun 1993 dan fasa kedua sepanjang jarak 200 meter telah dibina pada tahun 1995. Titian silara di taman Negara kelate sepanjang 230 meter telah dibina pada tahun 2000.

Kampong Yong mereupakan kampong ore asli batek yang mana satu bentuk penempatan ore asli di Negara ini.

Aktiviti pemerhatian burung buleh dijalankan dengan melihat variasi burung seperti jenis rimba, sambar, merbah, tiong mas, bayan nuri, serindit, kelicap kunyit, etc
Aktiviti photografi jua buleh dijalankan dengan pandangan yang menarik serta kejernihan air sungai yang mengalir… mendamaikan.

Sungai Relau terletak kira kira 7 km dari Bandar Merapoh yang mana

Jarak antara Gua Musang dengan Merapoh adalah 34km manakala jarak Bandar kuala Lipis dengan Merapoh adalah 100km.

Perkhidmatan Keretapi antara Gemas lembah Kelang dan Tumpat…

Tanjong Mentong buleh ditemui setelah menaiki speed bot dari pengkalan kawi Kuala berang Tranung kite…
Jarak nya dari kuala tranung adalah 55 km.
Pengkalan kawi adalah pintu masuk untuk ber rekreasi di tasik Kenyir setelah pemanduan selama 1 hour dari kuala tranung.

Taman Negara Kelate buleh ditemui setelah memandu 230km dari Lembah Kelang dan 185 km kota bharu. 45 km dari gua Musang…dengan jalan berturap melalauyi felda aring

Permit masuk taman Negara RM1.00 per person
Lesen untuk photografi RM5.00 per unit
Lessen Memancing RM10.00 per unit
Bumbun RM5.00 per person
Yuran perkhemahan RM1.00 per person per day
Titian silara RM5.00 utk dewasa RM3 untuk kanak kanak

Penginapan di taman Negara

Kuala tahan …kebanyakannya diswastakan

Mutiara Resort 09-2663500
Ekoton chalet 09-2669897
Agoh chalet 09-2669570
Liana Hostel 09-2669322
Tahan Guest House 09-2667752
Teresek View 09-2667839
Nusa camp 09-2662369

Sungai Relau Merapoh
Jabatan punya kemudahan 09-9124894
Encik Basir adalah sahabat saya…menguruskan kawasan di sini

Kuala Koh…Lubuk Kedah taman Negara Kelate
Jabatan yang uruskan 09-9282952

Tanjong Mentong …menerusi Pengkalan kawi kuala berang
Jabatan uruskan

Fungsi hutan selaku protected area:
1.the protection of soils from erosion
2.safeguards for watershed systems,
3.maintenance of ground water reserves
4. behaving as part of carbon dioxide absorbing global "lung"
5.maintaining ground water aquifers- liquified natural gas and a fertilizer plant

These aquifers are the most important source of freshwater supply for both industrial and domestic purposes

Freshwater from aquifers

An excellent natural laboratory for studying biological and ecological aspects of dipterocarp forest, endangered animal and plant species and genetic resources.

Function as a control ecosystem for the study of human impacts on tropical forest ecosystems so that management strategies and programs can be properly designed.

The research and educational functions of the park have been utilized by both domestic and international academic communities.

Tourists have been attracted by the beauty of the scenery, the opportunities of observing nature, hiking, camping, and canoeing along the rivers.

Contoh saya berikan...

Hutan yang tumbuh di bukit serta gunung adalah kawasan tadahan air yang mana akar pokok buleh berfungsi untuk melambatkan pergerakan air dari awan menuju ke sungai dengan daya menampan di daun poko, batang pokok dahan, ranting akar pokok...buleh di tamsilkan seperti penapis teh di kedai mamak yang mana serbuk teh menyebabkan air teh turun dengan perlahan ke dalam gelas...

jika tiada pokok di bukit serta gunung di negara ini...air hujan yang turun akan terus mengalir ke sungai dengan membawa bersama sedimen butiran tanah yang impack kepada sungai menjadi tohor serta air sungai akan keruh...
jika keruh di hulu negari ...biasa akan keruh di muara sungai...

contoh saya berikan dengan kita harvest logging operation kayu yang berdiri di dirian hutan dengan mendapat RM sebanyak RM12 million bagi 100 hektar dirian hutan yang kaya dengan kayu meranti

Bila hujan turun dengan banyak air sungai Pahe akan melimpah naik ke daratan dimana rakyat mendirikan rumah serta kedai...Banjir melanda...Berapa kerugian akibat banjir kesan dari logging operation yang rakus...

banjir mungkin melanda beberapa tahun selagi sungai tidak di dalam kan akibat sedimen butiran tanah yang telah mendap di dasar sungai...Sungai serta parit perlu di dalamkan supaya tidak melimpah sekiranya hujan menimpa bumi...
Jika ada dirian hutan InsyaAllah air hujan yang menimpa pokok di dirian hutan dapat melambatkan aliran permukaan air di permukaan tanah ( water surface flowing...
Maka fikirlah rakyat dari hanya nakkan RM 12 million tadi...

Puliharalah hutan Khazanah Negara ...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 April – 3 Mei 2009: Berkomplot <b>di</b> Taman Negara <b>Merapoh</b>, Pahang <b>...</b>

Posted: 04 May 2009 05:16 PM PDT

Cuti tiga hari sempena Hari Buruh 2009 sehingga 3 Mei 2009 telah digunakan Penulis dengan  mengikuti aktiviti Kelab Kembara Maybank menjelajah Taman Negara yang terletak di Pahang dan tidak jauh dari sempadan Pahang – Kelantan.

Peserta komplot Merapoh seramai 29 orang berkumpul di Menara Maybank sekitar jam 10 malam 30 April 2009 dan bertolak menuju ke destinasi sekitar jam 1 pagi 1 Mei 2009 setelah menunggu kelibat dua peserta terakhir dari Johor tiba dengan bas ekspres di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur.

Di dalam perjalanan.

Di dalam perjalanan.

Komplot tiba di pekan Merapoh pada jam 8 pagi dan bersarapan pagi di sana. Kira-kira satu jam kemudian perjalanan diteruskan ke pintu masuk Taman Negara Merapoh, yang juga merupakan salah satu pintu masuk untuk pendaki Gunung Tahan.

Pihak penguasa Taman Negara Merapoh memerlukan peserta yang masuk ke kawasan hutan (termasuk untuk mendaki Gunung Tahan) untuk mengisytiharkan barang dan perkakasan yang dibawa sepanjang tempoh di dalam hutan; di mana jumlah barang dan perkakasan tersebut perlu dibawa keluar di dalam kuantiti yang sama. Kegagalan peserta untuk membawa keluar kuantiti yang sama tersebut akan mengakibatkan peserta didenda RM50 untuk setiap barang / perkakasan. Barang / perkakasan yang perlu diisytiharkan adalah pakaian, plastik, botol, gas dan kasut / selipar / stokin. Ini adalah untuk memastikan kebersihan Taman Negara Merapoh.

Komplot mengisytiharkan barang dan perkakasan.

Komplot mengisytiharkan barang dan perkakasan.

Komplot seterusnya dibawa menaiki 4×4 untuk ke kawasan pintu masuk ke hutan Merapoh dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 18 minit, atau 4 jam sekiranya berjalan kaki. Jalan dari pintu masuk Taman Negara Merapoh ke pintu masuk hutan Merapoh berbukit-bukau serta berturap tar.

Sesampai di pintu masuk hutan Merapoh, komplot merehatkan diri sebentar di sungai berhampiran dan makan tengahari. Di sini komplot diperkenalkan dengan guide perkhemahan seramai empat orang termasuk seorang ketua guide yang berpengalaman luas yang dikenali sebagai Pak Lang. Kawasan tersebut dikerumuni dengan banyak lebah, dan komplot telah dinasihatkan untuk tidak menampar lebah-lebah tersebut – cukup dengan sekadar menghalau kumpulan lebah tersebut.

Beraksi di pintu masuk hutan Merapoh.

Beraksi di pintu masuk hutan Merapoh.

Perjalanan diteruskan ke tapak perkhemahan di Kuala Luis yang terletak 5 kilometer dar pintu masuk hutan Merapoh. Trekking ke tapak perkhemahan mengambil masa selama 3 jam melalui 4 anak sungai dan kawasan yang tidak rata. Terdapat sekumpulan anak muda (yang dibawa Pak Lang sebelum  komplot Merapoh yang Penulis sertai tiba) telah pun mendirikan khemah kecil di tapak tersebut.

Komplot menyeberang sungai.

Komplot menyeberang sungai.

Hari hampir gelap dan komplot cepat-cepat mendirikan khemah dan menyediakan makan malam. Aktiviti ritual Kelab Kembara Maybank setiap kali aktiviti yakni sesi memperkenalkan diri masing-masing dijalankan setelah selesai makan malam. Sebahagian ahli komplot terus tidur akibat keletihan; dan sebahagian lagi mengadakan sesi urut-mengurut mana-mana bahagian badan yang terkehel.

Aktiviti hari kedua komplot Merapoh untuk mandi manda di Lata Luis yang terletak 6 kilometer dari tapak perkhemahan terbantut kerana akibat hujan lebat malam sebelumnya. Air sungai bertukar warna dan air dah naik kepala paras air naik. Hari kedua dihabiskan dengan jelajah sekitar tapak perkhemahan, mandi manda, berbual dan tidur (ye, tidur).

Komplot wanita menyediakan makan tengahari.

Komplot wanita menyediakan makan tengahari.

Aktiviti mandi-manda.

Aktiviti mandi-manda.

Aktiviti night walk pada malam kedua turut dibatalkan apabila hujan turun dengan agak lebat, dan digantikan dengan demonstrasi mempertahankan diri dengan silat cekak oleh anak buah Pak Lang.

Hari terakhir komplot Merapoh pada 3 Mei 2009 bermula seawal pagi dengan sarapan nasi lemak dan kemas mengemas kawasan perkhemahan. Tepat jam 11 pagi komplot Merapoh bergerak keluar dari Kuala Luis dan tiba di pintu masuk hutan Merapoh. Lebah masih lagi berkerumun di kawasan tersebut.

Tepat jam 2:30 petang beberapa guide Taman Negara Merapoh datang dengan satu bekas penuh makanan ikan untuk memberi ikan-ikan kelah makan. Ternyata ikan-ikan kelah tersebut jinak di mana mereka melompat-lompat untuk mengambil makanan dari tangan.

Guide memberi makan kepada ikan kelah.

Guide memberi makan kepada ikan kelah.

Sekitar jam 3:30 petang ahli komplot menaiki 4×4 untuk ke pintu masuk Taman Negara Merapoh dan keluar dari kawasan tersebut jam 5:30 petang dan makan malam di pinggir pekan Merapoh.

Ahli komplot Merapoh tiba di Kuala Lumpur jam 1:30 pagi 4 Mei 2009. Letih, tetapi perlu bekerja pada keesokan harinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di nenasi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


Majlis Menyambut Menantu Effa & Sotey <b>di Nenasi</b> Pekan Pahang

Posted: 20 Mar 2011 11:41 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Majlis Menyambut Menantu Effa & Sotey di Nenasi Pekan Pahang. Posted by Fadzly Zainuddin at 23:41 · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz ...

06 di jerantut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


~ Hypnotic ~: Ikan Patin+Durian+Kenduri <b>di Jerantut</b>..

Posted: 21 Apr 2011 06:48 PM PDT

Hubby's cousin, Falahi got married to a police inspector from Jerantut last weekend.
Congrats bro!

Kami dijamu ikan patin, i'm not a big fan though! but it was an enjoyable family trip.
Makan2, karaoke, swimming with the family.


ABOVE: Us during solemnization day




After reception, straight headed to KL, singgah sebentar makan durian Jerantut.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di kuantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuantan - Google Blog Search


Sampah <b>di Kuantan</b> - Komunitikini

Posted: 24 May 2011 05:23 PM PDT

KUANTAN – Pengunjung dan warga Kuantan yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah atau puntung rokok merata-rata, misalnya, bakal dikenakan denda maksimum RM500 berkuatkuasa 1 Julai ini. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Haslinda Hassan, semua petugas penguatkuasa majlis berkenaan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan notis kesalahan kepada mereka yang membuang sampah merata-rata.

"Dalam notis tu akan disebut secara terperinci jenis sampah yang dibuang, contohnya puntung rokok, tisu, botol minuman, pembalut gula-gula dan sebagainya. Penguatkuasaan ini adalah selaras dengan zon sifar sampah yang meliputi kawasan bandar Kuantan," katanya.

Haslinda berkata bagi mereka yang membuang sampah dari kenderaan, staff MPK akan mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan, masa dan jenis sampah yang dibuang untuk tindakan.

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

cloudymonday: Tutti Frutti <b>Di Kuantan</b>

Posted: 06 Jun 2011 04:45 PM PDT


harap2 buleh kurangkan bergaduh dgn si dia.. sbb bila kuar dating dah kehabisan tempat nk pergi.. :)

Lokasi outlet Tutti Frutti di Kuantan.. dekat dengan Restoran Sate Ketupat, dekat blok kedai yg baru depan traffic light besar yg menuju ke Tanjung Lumpur tuuu.. senanglah nak cari sebab byk landmark yg glamer2..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved