ads

Jumaat, 1 Julai 2011

06 di ceruk paloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ceruk paloh - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di ceruk paloh</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jun 2011 11:12 PM PDT

Dear Diary.....: kenanganku-Wataniah part 1

Posted: 19 Apr 2010 07:48 PM PDT

Nornafisah Halit, PBT 6144606
Ni hostel wokyoh perempuan...

Boringnyer............

time2 boring cmni...lepak dpn pc n xtahu nk wat aper...

tetiba teringat member2 lama zmn wokyoh dulu..(Wataniah)

org kecik jer...tapi ganaz tau hehehe

masa tu igt lagi, Encik Fadzil baru mengajar kt Kolej Shahputra. Dia ajar subjek Computer. masa tu kami sumer tergamam. comelnyer lecturer nih.... paling tergamam Cik Zie(Jemah). rupernyer dia Leftenan Muda dlm Wataniah. atas dorongan beliau...majoriti kelas aku join wokyoh. tambah2 Jemah coz dia dah "cloud 9" sama itu lecturer.

Aku Wataniah ker minah Rempit???

first xtvt wokyoh yg kitorang join adalah "Latihan Berterusan Siri 1/2004, 14 - 20 April 2004". masa tu kitorang dok kat Ceruk Paloh, Pahang selama seminggu. gotong royong, kawad, tido kat balai raya...mandi pun berebut, masa tu muka mmg xtahu malu so kami g la minta izin mandi kat umah org kampung hahaha..

Pumpin, Aku, Pak Li, Donny & Zai di Ceruk Paloh

"Latihan Asas Parajurit Muda Siri 2/2004, 26 April - 25 May 2004"

Ha.....yang nie Kursus naik ker Prebet di Kem Jerantut, Pahang. Ramai yang lapor diri. Masa nie la mula kenal ramai kwn2 dari Jerantut, Pekan, Raub.... bila dah mula kenal, tiap2 ari nengok muka itu gak...jadi ramai la antara kengkawan yg terjebak dgn cinta sementara. (termasuk la aku hahaha). masa nie aku agak geng dgn bebudak Bukit Sagu sbb kwn2 kolej aku kebanyakannyer platun lain.

Setiap latihan kt sini... ayat paling famous adalah, "Kuih lapis, Kuih gulung, Kuih donut" naik "kenyang" layan kuih2 tu. nyaris muntah masa wat kuih gulung. tepi padang kawad tu rupernyer dh biasa kena muntah pas layan kuih2 tu hahaha. Ada satu part tu, aku n kwn2 tersampai awal kt dewan mkn. sepatutnya belum sampai masanya. (biasala askar kena ikut time). "Cik Misai" yg melentik tu nmpk. apalagi.... "Apa yg kau buat tu skuad? Ini belum masa utk kau makan. Lari la kau, 5 papan...!!!!" Arrgghhh!!!! Berlari la kami 5 pusingan keliling padang kawad hahaha.... terus xselera aku nk mk pas tu. disebabkan byk sgt kena layan "papan", bila abis latihan jer sarjan perli, "nti kau semua balik rumah, bawak papan2 tu skali. boleh buat rumah". Kurang asam...


Ni buka gambar kami nak pi berkelah ok....

Kat sini gak aku blajar macam2 yg ditempuhi oleh para askar kiter yang sentiasa berjuang demi keamanan Malaysia, cewah.... Walaupun xsedasyat diorg at least aku dapat rasa sket basic n memahami keadaan diorg masa tu. Bayangkan la, ada seminggu tu mereka tinggalkan kami kat satu "bukit" yang padang jarak, padang terkukur. dah la panas, xda pokok nk berlindung. nk mandi? seingat aku, time tu kami 2x jer dlm minggu tu hehehe. bau xder saper yg perasan sbb sumernyer bau masam hahaha...

sembhyg? time ni la "air minum ku, air wuduk ku jua". Jimat beb... time nie jgn ader saper pun yg kata dia bwk berus gigi. (kalo ader pun senyap2 jer). Sarjan pernah warning dulu..."Sapa2 bwk berus gigi, aku suruh satu platun berus gigi diorg dgn berus tu dan kau org yang terakhir pakai berus tu, dapat?" iyeewww...gelinyer... tapi aku paham niat sbnrnyer...org nk berperang slmtkan negara xkan kau sebok nk jaga penampilan diri,kan? tapi Sarjan xla sekejam tu...nk berus boleh tapi sorok2 hehehe.

kt sana kami kena gali kubu untuk team kami sendiri dr peha smpi paras dada. wah....dalam tu. menggalilah kami bagai nk rak. utk yg xder cangkul, kami gali guna parang, bekas makanan n aper sajer yg tercapai asalkan dpt wat lubang. masa nie aku agak kagum dgn Fuadilah. minah nie dapat partner lelaki yang agak2 malas nk keluar kederat. tapi minah nie selamba jer gali kubu tu dgn tenaga dia sendiri. tabik spring aku.

N di sini gak...aku ader pengalaman yg betul2 mengajar n menginsafkan aku.

waktu menggali nie, dlm keadaan panas terik...kami kekurangan air. aku ader la simpan sket air utk aku n partner aku. si Khalir (dak Raub kot) dtg n minta sket air dr kwn2 yg lain. sumer kata xder air. smpi la ke giliran aku, aku pun ckp xder iar. genap2 utk aku n partner aku. dia terus pergi tah kemana. tiba2, tgh2 giat menggali, kecoh sekeliling bila Khalir dikejarkan ke hospital sbb keracunan. rupa2nya dia turun ke bawah bukit n minum air kt tali air tu. khabarnyer air tu beracun sbb ader pihak2 yg baru meracun or what ever kt arear tu. Ya Allah....masa tu aku betul2 rasa bersalah. kenapa la aku x bagi sket air td kt dia. kalo x mybe xkan jd mcmtu. tapi Alhamdulillah...dia selamat n lusanya dia kembali menggali kubu bersama2. masa tu aku minta maaf beria2 kt dia n di just ckp " xda ape2 la... jgn risau". Sejak ari tu....aku xkedekut lagi. Insaf woo.....
kt sini juga kami berlatih tempur tanpa senjata. ni la gunanya bila peluru dah abis. xleh nk menembak so kena la pertahankan diri sendiri. ader satu part tu..aku pun lupa aper nama dia. saper2 tahu nti inform la kat aku yek... kami kena baring kt jln tar tu. matahari memancar n kaum lelaki yg xberbaju tu terpaksa menahan haba panas jln tar tu. cian kt dak lelaki. kami ladies yg berbaju nie pun terasa kepanasannya inikan lak lelaki2 yg xberbaju tu. xtvt ni sbg ujian tahan ujian n dugaan pada askar. ye la...cuba bygkan aper terjadi kalu kiter kena tahan dgn musuh. mcm2 diorg akan buat supaya kiter bocorkan maklumat kerajaan. so ini just latihan supaya kiter tahan lasak n xmudah bocorkan rahsia kerajaan.

Nie la Platun aku

Jijah, Zura, Zai, Ika, Aku, Yana & Sita


P/S:- aku paling xtahan tgk muka jemah bila En.Fadzil kata dia dh tunang. member tak selera nak makan tuh....hahaha

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di bentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Gunung Rajah, <b>Bentong</b> (10 -12 Jun 2011) « Pelayaran Hidup

Posted: 15 Jun 2011 09:16 PM PDT

Posted on June 16, 2011. Filed under: Pahang |

Pengenalan

Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5,526ft/1684m
Titik Permulaan: Pintu Rimba Rajah
Jumlah Kos Trip : RM85 termasuk permit, guide, makan dan minum, transport bentong-kl dan powil

Penunjuk Arah: Rob Rainforest
No Telefon: 012-2225725
Pembantun Penunjuk Arah: Pak Din dan Abang Yeop dari Bentong

Chef: Natgo Wild Team- Beho Bokhe dan Ggey
No Telefon: 013-2262774 dan 013-3229107

Keindahan dan hembusan embum air yang terhasil daripada Air Terjun Chamang menjadi tarikan sampingan kepada para pendaki untuk bermalam di situ supaya para pendaki boleh memulakan aktiviti menakluki Puncak Gunung Rajah dengan tenaga yang penuh pada keesokkan hari. Pada hari minggu terdapat para peniaga yang menjual juadah di pondok gerai berselebahan dengan tandas awam di situ yang bermula di pagi hari untuk santapan para pengunjung Air Tejun Chamang. Faktor keselamatan perlu dititik beratkan kerana terdapat beberapa kawasan yang dikategorikan dalam keadaan berbahaya hasil daripada air pusar yang terbentuk. Terdapat papan tanda yang memaparkan jumlah kes berat yang pernah berlaku sepanjang tahun 2000 supaya ia menjadi peringatan untuk mengelakkan tragedi hitam ini berulang kembali.

Untuk menjejaki Pintu Rimba Rajah, para pendaki boleh memulakan trekking dari Air Terjun Chamang ataupun mengunakan khidmat powil kerana jalan tanah merah yang tidak berturap dan banyak lopak air yang terbentuk. Sepanjang perjalanan tersebut, para pendaki akan bertemu dengan Stesen Jana Kuasa Kecil Sungai Perting dan kawasan perumahan orang asli. Pintu Rimba Rajah merupakan tanah lapang merah dan terdapat dua permatang yang boleh dilalui iaitu Permatang Rajah yang menuju terus ke Puncak Rajah dan Permatang Ulu Kali yang boleh tembus ke Genting Highland.

Puncak Gunung Rajah yang hanya berketinggian 1684m sudah cukup untuk memaksa para pendaki memakai berhelai-helai baju dan seluar kerana ingin mengatasi kesejukan kurang dari 18c. Kesejukan ini semakin memuncak ketika di malam hari kerana angin sejuk bertiup bunyinya bagaikan taufan yang melanda yang telah memaksa kami memperhebatkan penebat suhu di badan kami kerana ingin mengelak kesan hypothemia. Namun disebalik kesejukan ini, Puncak Gunung Rajah memberi permandangan indah hasil dari 360° yang menarik seperti Genting Highland jelas kelihatan, Gunung Benum yang berketinggian 2107m boleh dilihat megah berdiri manakala di malam hari boleh dilihat kelip-kelip lampu bandar seperti Rawang, Tanjung Malim, Bentong, Raub dan juga Kuala Lumpur tersergam indah.

Rencana Perjalanan

10 Jun
1042PM Bertolak dari Hentian Tol Gombak ke Air Terjun Chamang, 0143AM – Sampai di lokasi setelah lepak makan bersama di Bentong

11 Jun
0700AM – Bangun subuh & breakfast, 0835AM – Naik powil ke Pintu Rimba, 0930AM – Tiba di Pintu Rimba Rajah, 1000AM – Mula bergerak menerusi Permatang Rajah, 1056AM – CP Resam, 1129AM – CP Sungai Cagar, 1217PM – CP Lata Naning dan makan tengah hari, 0150PM – Trekking diteruskan ke puncak, 0253PM – CP Batu Hijau, 0315PM – Trekking diteruskan, 0425PM – CP Permatang Guntong, 0542PM – CP LWP dan refilling air botol, 0610PM – Trekking diteruskan, 0644PM – Tiba di Puncak Gunung Rajah

12 Jun
1145AM – Mula turun dari puncak, 1208PM – CP LWP, 0105PM – CP Permatang Guntong dan berehat seketika, 0124PM – Trekking diteruskan, 0201PM – CP Batu Hijau, 0234PM – Trekking diteruskan, 0305PM – CP Lata Naning dan makan tengah hari, 0441PM – Trekking diteruskan, 0516PM- CP Sungai Cagar, 0535PM – CP Resam, 0621PM – Pintu Rimba

Pengalaman Positif dan Negatif

> Perjalanan yang sepatutnya bermula 900PM dari Terminal Putra Gombak akhirnya bermula 1030PM kerana kelewatan peserta
> Kesejukan bermalam di Air Terjun Chamang menyebabkan salah seorang pendaki terkena hypothermia ketika tidur
> Jumlah peserta kira-kira 40 pendaki dan ia terbahagi kepada tiga team iaitu Ikan Bilis, Santai dan Chinese
> Perjalanan dari Pintu Rimba ke CP Resam penuh dengan runtuhan buluh dan pokok serta juga kubang hitam
> Perjalanan dari CP Resam ke CP Sg Cagar penuh dengan resam sehinggakan bercalar-calar tangan kami
> Mental agak terkejut ketika di CP Resam melihatnya tingginya Puncak Rajah
> Perjalanan dari CP Permatang Guntong ke LWP dan ke Puncak semakin tertekan kerana halangan yang hardcore perlu diatasi
> LWP menyediakan air yang agak kekuningan hasil daripada batu-batuan dan akar pokok
> Chinese setup khemah di CP Lata Naning dan terus menuju ke puncak dengan daypack style
> Alhamdulillah Ikan Bilis seramai 12 orang sempat sampai 15 minit sebelum sunset muncul
> Akibat Santai tidak muncul di puncak dan salah pembahagian ration, kami terpaksa mengunakan seboleh yang mungkin ikan bilis untuk mempelbagaikan menu. Oleh itu lima dari lapan menu malam kami berasaskan ikan bilis
> Puncak Rajah memaksa kami memakai berhelai-helai baju dan seluar di waktu maghrib, dan beransur kurang sedikit di waktu malam dan ia kian menjadi di tengah malam dan seterusnya kerana angin yang bertiup bagaikan taufan yang melanda
> Santai hanya sempat sampai di CP Permatang Guntong sebelum matahari terbenam dan mereka bermalam disitu
> Terdapat peserta yang mengadu tentang ternampak makhlus halus berjubah putih mengekori di belakang

Info

> Campsite di Puncak boleh memuatkan kurang daripada 30 pendaki
> Campsite di Lata Naning dan Batu Hijau boleh memuatkan lebih dari 30 pendaki
> LWP boleh dijadikan campsite jika mengunakan hammock+fly
> Permatang Rajah adalah suatu tempat yang agak keras dengan adanya makhlus halus mengacau tidak kira siang atau malam
> Antaranya yang femes ialah 'abang botak' yang suka mengekori peserta di belakang sekali
> Trek Permatang Rajah boleh dikategorikan sebagai hardcore trek dan ianya berkali-kali ganda lebih berat dari Gunung Nuang

Catatan oleh,
Amir Zaki bin Amran

Make a Comment

Be the first to like this post.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di temerloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


10000 hadir dengar ceramah Anwar <b>di Temerloh</b> - KeadilanDaily.com <b>...</b>

Posted: 28 May 2011 10:43 PM PDT

TEMERLOH: Fitnah berterusan yang dilemparkan Umno Barisan Nasional terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berjaya menyemarakkan lagi sokongan rakyat jelata kepada beliau.

Buktinya semalam di Temerloh, lebih 10,000 hadir mendengar ceramah Anwar di majlis Himpunan Kebangkita Warga Felda Pahang bertempat di Markas Besar Pas Pahang, Kerdau.

Kawasan di sekitar markas seolah-olah berpesta untuk semalaman di Temerloh apabila seorang lagi penceramah superstar dari Pas, Mohammad Sabu turut serta memeriahkan pentas berceramah kepada warga Felda.

Memulakan ceramahnya, Anwar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersilap membaca mood anak muda apabila menganggap anak muda yang hadir pada program Perhimpunan Sejuta Belia hadir kerana ingin mempertahankan Putrajaya daripada
pembangkang.

"Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

"Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah,  benci dengan kezaliman.

"Silap Najib itu. Yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan," kata Anwar.

Menurut Anwar lagi, Najib juga gagal memahami idealisme anak muda kerana menjadikan fitnah sebagai asas untuk terus berkuasa di Malaysia.

"Fitnah itu tidak boleh dijadikan asas kepada perjuangan," kata Anwar.

Anwar seterusnya menyeru hadirin agar melihat perjuangan Pendita Zaaba sebagai contoh perjuangan sebenar membela nasib rakyat, dan bukannya perjuangan Umno yang sarat dengan rasuah dan fitnah sekarang ini.

"Tahu tak pejuang Melayu sebenarnya siapa? Tengok Tun Sri Lanang. Tengok Zaaba diangkat menjadi pendita.

"Beliau berbicara (tentang Melayu) sewaktu berumur 21 tahun. Umur 29 ke 30 tahun sudah mula menulis tentang masalah kemiskinan Melayu, miskin harta benda, miskin ilmu pengetahun dan dangkal ilmu agama. Miskin akal budi dan akhlak. Kalah sebelum melangkah berjuang.

"Jadi kata Zaaba kalau Melayu mahu pertahan maruah dan berjiwa besar, mahu kembalikan zaman kehebatan dulu, Melayu mesti bangkit dan jangan miskin ilmunya, akal budi dan akhlaknya.

"Mesti kaya ilmu, kaya akhlak, baru boleh buat perubahan.

"Bukan kaya maki hamun, kaya ugut orang, kaya fitnah seperti ditaja pimpinan Umno sekarang ini," kata Anwar.

Pada majlis yang sama, Pas turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.

Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.

Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.

Di akhir majlis, Anwar turut diberikan penghormatan bersama Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyaksikan
penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan
Aliman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14337

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di lurah bilut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di lurah bilut - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di lurah bilut</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 09:20 PM PDT

Alhamdulillah, dari 15hb Mei hingga 18hb Mei kami berada di tanah FELDA Lurah Bilut seterusnya ke Felda Sungai Koyan meninggalkan kesan yang sangat dalam dalam lubuk hati. Pelbagai yang indah-indah telah melekat ke dalam anak mata sehingga sekarang masih terbayang-bayang akannya. Ditambah dengan penduduk di kedua-dua buah Felda yang sangat peramah dan sporting. Sehingga membuatkan kami berat kaki untuk melangkah dan meninggalkan tanah keramat pertama yang kami jejaki itu.

Bermula di Felda Lurah bilut bertemu di sana bersama Encik Hussin seorang pengurus Muzium di sana. Sekaligus merupakan salah seorang mangsa interview kami dalam Filem Dokumentari FELDA: RAHSIA BUMI KERAMAT.

Peribadi Encik Hussin amat menyenangkan kami semua. Melayan kami bagai tetamu diRaja. Crew filem dokumentari ini sangat menghargai pelawaan Encik Hussin ke tempat-tempat menarik untuk dilawati. Terutamanya, di sekitar Lurah Bilut. Sehingga juga membuatkan hilang rasa kepenatan dan perasaan jauh untuk ke sana.

Lurah Bilut merupakan sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.Felda Lurah Bilut adalah merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk datang. Contohnya penduduk berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama adalah penanaman Getah dan Kelapa Sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut adalah merupakan Sekolah Wawasan pertama dan model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia. Memang menarik jika singgah ke sana. 

Kami dibawa menaiki tangki sekolah dihadapan muzium terbabit. Memang seronok sekali. Sudahlah dijamu dengan makanan sebelum memulakan pendakian ke puncak tangki. Dibawa pula dengan bekal-bekalan seperti goreng pisang, air ABC, ubi goreng sebagai kudap-kudapan. Perasaan terharu mula menjalar dalam diri masing-masing.

Memulakan pendakian ke atas puncak tangki merubah perasaan kami yang ghairah untuk ke sana dengan gerun dan cemas sedikit. Mana tidaknya, untuk ke puncak memang cerun, tambahan pula tiada unsur keselamatan sewaktu pendakian. Hanya berbekalkan barang-barang equipment shooting sehelai sepinggang dan kudap-kudapan tadi sahaja. Bait-bait semangat kental yang masih ada untuk kami juga menjadi kayu api untuk membakar perjuangan pendakian tersebut. Alangkah indahnya! Jika dinikmati pemandangan sekitar dari atas. Hilang perasaan penat, gayat dan gerun itu tadi. Memang indah dan damai Lurah Bilut. 

To be conti, sebab nak gi makan..hihi geng crew dah datang tu...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di beserah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di beserah - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 09:28 PM PDT

Minggu ni rasa aman sedikit sebab tak ada budak KKM. Bukannya apa, asyik berebut nak buat kerja dan bersesak-sesak di dalam bilik yang kecil. Hari ni aku ditugaskan untuk berada di bilik no. 2. Maternal and child health. Berbekalkan ilmu yang hanya 20% saja dari kelas, kami berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu yang baru daripada posting kali ini. Apabila ditanya oleh staff nurse tentang sesuatu perkara, kebanyakannya kami memang tak belajar lagi. Banyak. Tahun ketiga nanti baru belajar. Kami belajar yang sangat basic tentang community ni. Tapi rasanya bagus belajar dari pengalaman yang kita nampak sendiri daripada teori semata-mata. 

Staff nurse di bilik no. 2 ni memang baik dan sanggup ajar aku macam-macam. Terbaik!! Dan hari ni juga aku mula mencucuk 2 orang bayi DTaP, iaitu vaksin kombinasi 5 dalam 1, membantu mencegah 5 jenis penyakit yang sering menjangkiti bayi seperti Difhteria (D), Tetanus (T), acellular Pertusis (aP), Polio (IPV), dan Haemophilus Influenzae type B (Hib). Bayi MESTI diberi suntikan DTaP pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. 

Staff nurse juga ajar macam mana nak dokumenkan taraf kesihatan ibu mengandung, fetus dalam kandungan, dan tahap perkembangan bayi dan kana-kanak. Cara nak menasihatkan pun diajar.


Hari ketiga pergi melawat kilik desa di Kampung Alor Batu. Jalan ke sana memang berliku-liku. Pening kepala dibuatnya. Besar juga klinik desa tu. Bukan bangunan berkayu dah macam dulu-dulu. Kat situ yang ada cuma jururawat masyarakat (JM) saja. Mereka yang menguruskan klinik dan "menjaga" kesihatan penduduk di situ. Klinik desa ini di bawah Poliklinik Komuniti Beserah juga.

Kami diberi taklimat sedikit sebanyak tentang klinik ni. Memang terletak jauh pedalaman dari bandar. Tapi, bekalan air dan elektrik ada. Kira tak la betul-betul pedalam macam perkampungan orang asli. Tapi masalah di kampung ni adalah banyak lalat. Terutamanya selepas hujan. Rumah kat sana kebanyakan rumah kayu. Sedikit je rumah batu. Rumah ketua kampung pun rumah kayu.

Lepas tu, kami dibawa melawat 4 buah rumah; sebuah antenatal (sebelum bersalin), 2 buah rumah postnatal (lepas bersalin),dan sebuah kurang zat makanan (KZM). Pemeriksaan antenatal: buat physical examination, tanya LMP (last menstrual period - maksudnya hari pertama untuk kali terakhir menstruasi) untuk pastikan minggu kandungan, check air kencing untuk tahu aras glukosa, dan macam-macam lagi. Pemeriksaan postnatal termasuk ibu dan bayi. lebih kurang macam di klinik juga. JM kena datang rumah pada hari ke-1, 2, 3, 4, 6, 8, 10 dan 20. Yang lain-lain kena datang ke klinik komuniti. Kalau ada di hospital pada hari 1 ke 2, JM akan lawat pada hari seterusnyalah. Salah seorang yang beranak tu warga Kemboja. Macam ayam dengan itiklah. Tapi dia ada faham BM sikit-sikit. Jadila..

Untuk kes KZM, JM akan tanya tahap nutrisi dan pemakanan seseorang. Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun. Petah bercakap tapi tak mahu makan. Susah nak makan. Sudah berjumpa dengan dietitian. Graf pertumbuhannya masih di tahap warning. Sejak pindah di situ, seleranya makin berkurang sebab semakin aktif.

Hari keempat, masuk bilik no 4. Macam biasa. Ukur panjang (untuk kurang dari 2 tahun, dipanggil panjang), berat, ukur lilit kepala, bagi suntikan Hep B dan DTaP kat bayi (MMR kat bayi dan ATT kat ibu mengandung pada first quickening tak pernah buat lagi, tapi lebih kurang sama je). Semua melalui intramuscular.

Tiba-tiba, pada masa aku nak timbang baby, dia boleh terpancut urine. Nasib baik tak kena baju ke muka ke. Nasib baik juga mak dia cepat-cepat tutup dengan lampin pakai buang. Dah mak dia habis cuci semua, baru ditimbang.

Hari ni memang banyak baby yang kena inject dengan aku. Yang setahun enam bulan tu paling kuat meronta. Dua orang pula tu. Tempat yang hendak diberi suntikan tu pula dibuat keras. Memang akan sakit la jawabnya. Tapi kena asah lagi skill tu.

Hari Jumaat, hari terakhir di sini. Masuk bilik no 10. Bilik untuk ambil darah. Tapi tak ramai pesakit. Semuanya staff nurse yang ambil. Kami hanya bancuh air gula (dextrose) untuk MOGTT. Tak ada buat apa sangat. Jumpa lagi dengan orang warga Kemboja yang kami lawat di Kampung Alor Batu hari tu bersama JM di situ! Anak dia kuning, tapi sikit sajalah. Dalam bacaan 140 mg/dL (level of bilirubin).

P/S: Jika ditanya sama ada posting di mana yang lebih seronok, aku akan jawab KLINIK!!!! ^__^

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di merapoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 09:48 PM PDT

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran
al Baqarah : 164

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut Taqdir (yang telah ditetapkan)
al Qamar : 49

Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/ 1939 yang meliputi tiga buah negeri di semenanjung malazi yakni Pahe, kelate, Tranung
Dahulunya di sebut sebagai King George V National Park bagi memperingati jubli Perak Kerajaan Diraja Britain
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957 namanya ditukar kepada Taman Negara
Taman Negara meliputi kawasan seluas 4343km persegi bersamaan 434300 hektar.
Taman Negara negeri pahe seluas 2477 km persegi bersamaan 247700 hektar
Taman Negara negeri Kelate Darul Naim seluas 1013 km persegi bersamaan 101300 hektar diikuti taman Negara negeri tranung seluas 853 km persegi bersamaan 85300 hektar
Dasar Perundangan yang dikuatkuasa di Taman Negara ialah Enakmen Taman Negara Pahe No.2 tahun 1939; Enakmen taman Negara Kelate no 14 tahun 1938 dan enakmen taman Negara Tranung no 6 tahun 1939
Objektif penubuhan Taman Negara adalah seperti dinyatakan dalam enakmen taman Negara

The park is hereby dedicated , set aside and reserve in perpetuity in trust for the purpose of the propagation, protection and preservation of the indigenous fauna anf flora , and the preservation of objects and places of aesthetic, histirical or scientific interest…

Taman negara selaku suatu ecosystem hutan yang kaya yang telah berusia 130 million tahun menyediakan suatu yang istimewa kepada pengunjungnya untuk mengalami suatu pengalaman yang mendamaikan dengan kekayaan fauna serta flora . sungai sungai yang jernih mengalir dari lembah
. taman Negara ditubuhkan untuk mengekalkan hutan dara yang bersih dari pencemaran…
Uadara yang bersih serta air sungai yang jernih cukup mendamaikan minda Insan yang berkunjung.
Puncak Gunung Tahan 2187 meter bersamaan 7175.20342 kaki ….sifir 1 meter= 3.2808429 kaki selaku Puncak gunung Tertinggi di Tanah Semenanjung Malazi.

Hutan Tanah Pamah dipterokarp yang merupakan sebahagian besar Tanah taman Negara yakni seluas 2501.568 km persegi ( 250156.8 hektar…menampung kira kira 14000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia 300 spesies burung.
Terdapat 80 spesies kelawar dan 30 spesies tikus telah ditemui di taman Negara.
Taman Negara jua merupakan ecosystem hutan yang didiami oleh ikan serta reptilian
Taman Negara memiliki dirian hutan yang kaya terdiri dari sepsis kayu Chengal, Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Meranti Sarang Punai, Meranti Bukit, Meranti Kepong, Kempas, Merbau, Kemuning, Keruing, Nyatoh, serta lesser known spesies yang banyak seperti sesendok, bintangor, etc.

Awan meliputi puncak gunung tahan serta buleh ditemui pada ketinggaian 1500 meter bersamaan 4921.26435 kaki above sea level.

Menurut ahli ekologi hutan, jenis hutan ditentukan menerusi ketinggian tanah dari aras laut

Jenis hutan mengikut ketinggian dari aras laut di Negara Malazi

4921kaki=1500meter ke atas

Upper Montane Forest
-also known as ericaceous forest
-sparse foliage, gnarled and stocky branches
-abundance of moss and lichen and perpetually damp due to dense cloudcover and mist

Antara 3937kaki= 1200meter hingga 4921kaki=1500 meter

Montane forest
-also known as montane oak forest
-less dense forest; often mistshrouded and damp and contains unique species like ferns and certain conifers

Antara 2460 kaki=750meter hingga 3937kaki=1200meter

Upperhill dipterokarp forest
-Characterized by the presence of shorea platyclados, agathis borneensis, calophyllum spp and dipterocarpus

Antara 984kaki=300meter hingga 2460kaki=750meter
-Area Burung Tiong Mas hime ranges…
Hill dipterocarp forest
-Occurs on the inland malazi mountain ranges and contains many of common lowland species
-dominance os shorea curtisii (meranti tembaga…which ends to be gregarious here

984kaki=300meter ke bawah
Lowland dipterocarp forest (kebanyakan kawasan ini sudah bertukar menjadi lading kelapa sawit serta lading getah…

Telah diusaha hasilkan (selaku production forest sejak 39 tahun lalu…
-well drained forest, dense and rich in biodiversity

Coastal Hill Forest
-characterised by the presence of shorea glauca (meranti kepong…, irvingia malayana, Eugenia spp (kelat…and shorea curtisii (meranti tembaga…

Peat swamp forest (paya gambut….
-contains commercially important species such as Gonystyllus bancanus (ramin…and shorea platycarpa (meranti paya…

Mangrove forest ( paya bakau…. ( 0 meter… ke atas sehingga peat swamp forest
-Forms a transition from land to sea, linking terrestrial and marine ecosystem and sheltering tropical shores with trees and shrubs

Forestry Department Headquarters Semenanjung malazi
Jalan Sultan Salahuddin
50660 KL
Tel 03 2988244
Fax 603-2925657

Anda buleh merujuk map askar skala 1:50000 untuk melihat ketinggian bukit dari aras laut… above sea level…
Map helaian 4063 adalah kawasan Chiku bersempadan dengan Taman Negara Kelate
Artikel ini dibuat pada 4.5.2009…
Time 8.46 am

Anggaran bilangan harimau di Taman Negara adalah 100 harimau, bilangan gajah dianggarkan 450 gajah yang menjadikan taman Negara selaku home range bagi dua fauna yang utama di Negara ini…
Badak Sumatra dianggar bilangan 12 badak yang menjadikan Taman Negara selaku home range… dengan sumber makanan yang banyak di dalam hutan Taman Negara…

Satu hektar hutan taman Negara mengandungi kira kira 100 spesies tumbuhan yang membekalkan makanan kepada gajah seladang, badak, rusa, kijang,pelanduk.
Spesies mamalia yang disebut dalam English selaku Bear Cat jua terdapat di sini.
Musang, landak, burung kuang, burung Tiong mas, burung bayan nuri, burung serindit, serta banyak burung yang menjadikan Hutan Taman Negara selaku home range yang Aman serta mendamaikan

Hutan Taman Negara adalah Khazanah Negara yang harus dipertahankan demi penerusan warisan Negara untuk generasi Insan pada masa depan.

Sungai tahan mengalir dari gunung tahan menuju ke Kuala T
Gua Telinga, gua daun Menari, gua luar merupakan gua yang terkenal di Kuala Tahan
Stalaktik dan stalagmite dapat dilihat terdapat di dalam gua tersebut
Gua Peningat dari banjran batu kapur terdapat di Merapoh yang jua merupakan laluan masuk ke hutan Taman Negara. Gua ini terletak 8.8 meter dari Sungai Relau, Merapoh. Gua gajah jua terdapat di Merapoh yakni dalam jarak 5.5 km dari Sungai Relau.

Gua Bi'wah dan Gua Taat buleh ditemui setelah menaiki speed bot dalam tempoh 2 hour dari Pengkalan Kawi di Kuala Berang
Artifak purba ditemui seperti perkakasan dapur, kapak, dan peralatan yang menunjukkan kewujudan era Neolithic (4000 sebelum masihi…

Rakyat dari Sumatra dikatakan buleh berjalan kaki menuju ke Melaka pada era Neolithic tersebut.

Taman Negara merupakan tempat yang diminati ramai untuk aktiviti memancing terutama di hulu sungai Tahan

Lata Berkoh merupakan kawasan berkelah yang baik dikeliling pokok serta lanskap tunbuhan yang menarik.

Mendaki Gunung Tahan
Terdapat dua laluan untuk mendaki gunung tahan
Pertama mengikut laluan Merapoh hingga ke puncak Gunung Tahan
Kedua Mula mendaki dari Kuala Tahan hingga ke puncak

Laluan yang mudah ialah mula mendaki dari Merapoh menerusi kuala Juram sehingga sampai ke puncak gunung Tahan. Kemudianmenuruni Gunung tahan menuju ke Kuala Juram seterus nya ke Merapoh. Lauan ini adalah yang mudah jika dibandingkan laluan dari kuala tahan yang lebih mencabar.
Laluan jip sepanjang 13 km ke kaki Gunung tahan telah dibina di Merapoh bagi memudahkan pendakian ke puncak gunung Tahan. Lauan Jip ini menuju ke kuala Juram yang mana air sungainya cukup jernih di kelaskan dalam kelas pertama dari aspek kebersihan airnya.

Titian silara…canopy walkway

Titian silara sepanjang 231 meter telah dibina di silara pokokpada tahun 1993 dan fasa kedua sepanjang jarak 200 meter telah dibina pada tahun 1995. Titian silara di taman Negara kelate sepanjang 230 meter telah dibina pada tahun 2000.

Kampong Yong mereupakan kampong ore asli batek yang mana satu bentuk penempatan ore asli di Negara ini.

Aktiviti pemerhatian burung buleh dijalankan dengan melihat variasi burung seperti jenis rimba, sambar, merbah, tiong mas, bayan nuri, serindit, kelicap kunyit, etc
Aktiviti photografi jua buleh dijalankan dengan pandangan yang menarik serta kejernihan air sungai yang mengalir… mendamaikan.

Sungai Relau terletak kira kira 7 km dari Bandar Merapoh yang mana

Jarak antara Gua Musang dengan Merapoh adalah 34km manakala jarak Bandar kuala Lipis dengan Merapoh adalah 100km.

Perkhidmatan Keretapi antara Gemas lembah Kelang dan Tumpat…

Tanjong Mentong buleh ditemui setelah menaiki speed bot dari pengkalan kawi Kuala berang Tranung kite…
Jarak nya dari kuala tranung adalah 55 km.
Pengkalan kawi adalah pintu masuk untuk ber rekreasi di tasik Kenyir setelah pemanduan selama 1 hour dari kuala tranung.

Taman Negara Kelate buleh ditemui setelah memandu 230km dari Lembah Kelang dan 185 km kota bharu. 45 km dari gua Musang…dengan jalan berturap melalauyi felda aring

Permit masuk taman Negara RM1.00 per person
Lesen untuk photografi RM5.00 per unit
Lessen Memancing RM10.00 per unit
Bumbun RM5.00 per person
Yuran perkhemahan RM1.00 per person per day
Titian silara RM5.00 utk dewasa RM3 untuk kanak kanak

Penginapan di taman Negara

Kuala tahan …kebanyakannya diswastakan

Mutiara Resort 09-2663500
Ekoton chalet 09-2669897
Agoh chalet 09-2669570
Liana Hostel 09-2669322
Tahan Guest House 09-2667752
Teresek View 09-2667839
Nusa camp 09-2662369

Sungai Relau Merapoh
Jabatan punya kemudahan 09-9124894
Encik Basir adalah sahabat saya…menguruskan kawasan di sini

Kuala Koh…Lubuk Kedah taman Negara Kelate
Jabatan yang uruskan 09-9282952

Tanjong Mentong …menerusi Pengkalan kawi kuala berang
Jabatan uruskan

Fungsi hutan selaku protected area:
1.the protection of soils from erosion
2.safeguards for watershed systems,
3.maintenance of ground water reserves
4. behaving as part of carbon dioxide absorbing global "lung"
5.maintaining ground water aquifers- liquified natural gas and a fertilizer plant

These aquifers are the most important source of freshwater supply for both industrial and domestic purposes

Freshwater from aquifers

An excellent natural laboratory for studying biological and ecological aspects of dipterocarp forest, endangered animal and plant species and genetic resources.

Function as a control ecosystem for the study of human impacts on tropical forest ecosystems so that management strategies and programs can be properly designed.

The research and educational functions of the park have been utilized by both domestic and international academic communities.

Tourists have been attracted by the beauty of the scenery, the opportunities of observing nature, hiking, camping, and canoeing along the rivers.

Contoh saya berikan...

Hutan yang tumbuh di bukit serta gunung adalah kawasan tadahan air yang mana akar pokok buleh berfungsi untuk melambatkan pergerakan air dari awan menuju ke sungai dengan daya menampan di daun poko, batang pokok dahan, ranting akar pokok...buleh di tamsilkan seperti penapis teh di kedai mamak yang mana serbuk teh menyebabkan air teh turun dengan perlahan ke dalam gelas...

jika tiada pokok di bukit serta gunung di negara ini...air hujan yang turun akan terus mengalir ke sungai dengan membawa bersama sedimen butiran tanah yang impack kepada sungai menjadi tohor serta air sungai akan keruh...
jika keruh di hulu negari ...biasa akan keruh di muara sungai...

contoh saya berikan dengan kita harvest logging operation kayu yang berdiri di dirian hutan dengan mendapat RM sebanyak RM12 million bagi 100 hektar dirian hutan yang kaya dengan kayu meranti

Bila hujan turun dengan banyak air sungai Pahe akan melimpah naik ke daratan dimana rakyat mendirikan rumah serta kedai...Banjir melanda...Berapa kerugian akibat banjir kesan dari logging operation yang rakus...

banjir mungkin melanda beberapa tahun selagi sungai tidak di dalam kan akibat sedimen butiran tanah yang telah mendap di dasar sungai...Sungai serta parit perlu di dalamkan supaya tidak melimpah sekiranya hujan menimpa bumi...
Jika ada dirian hutan InsyaAllah air hujan yang menimpa pokok di dirian hutan dapat melambatkan aliran permukaan air di permukaan tanah ( water surface flowing...
Maka fikirlah rakyat dari hanya nakkan RM 12 million tadi...

Puliharalah hutan Khazanah Negara ...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di ketari - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ketari - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 07:17 PM PDT


Oleh Arisel B.A

Kemala atau yang dikenali juga sebagai Akmal Jiwa merupakan nama pena kepada Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada sepasang suami isteri, iaitu Abdullah bin Daud (meninggal pada tahun 1945) dengan Rukiyah binti Amir. Sebelum menikahi Rukiyah, Abdullah telah beristeri dengan seorang perempuan bernama Siti Hawa yang menetap di Rawang, Selangor. Daripada perkahwinan itu, mereka telah mendapat seorang puteri. Ahmad Kamal mempunyai empat orang adik beradik seibu sebapa. Abangnya yang sulung bernama Kamaruzzaman, meninggal semasa kecil. Selepas itu beliau mendapat seorang kakak perempuan bernama Narimah yang lahir pada tahun 1939. Pada 30Januari 1941lahir pula putera yang diberi nama Ahmad Kamal. Adik Kemala, Taufik meninggal semasa kecil.

Rao Minangkabau

Ahmad Kamal bin Abdullah lahir dalam keluarga terdidik pada masa itu. Ayahnya merupakan lulusan Junior Cambridge dari Malay College Kuala Kangsar, Perak, iaitu sebuah sekolah elit yang khusus didirikan oleh penjajah Inggeris untuk mendidik anak raja-raja dan elit baru Melayu. Datuknya Haji Daud bin Baginda Muda berasal dari Pariaman, Rao Minangkabau membawa diri ke Kolang dan terus menetap di Ketari, Bentong, Pahang dan menikahi Naimah iaitu anak perempuan kepada penghulu Setapak, bernama Khatib Koyan. Nama moyang Ahmad Kamal ini diabadikan pada nama sebatang Jalan di Kampung Baru, Kuala Lumpur iaitu Jalan Katib Koyan.

Rukiyah binti Amir (meninggal pada 15 Jun 1957), merupakan ibu yang penyayang dan sering bercerita serta membacakan syair-syair kepada si kecil Ahmad Kamal sebelum tidur. Kelembutan ibu dan dendangan syair serta cerita-cerita ini membekas dalam jiwa Ahmad Kamal. Lanjutan daripada itu, sejak Darjah 5 di Sekolah Melayu Kampung Batu, Kuala Lumpur lagi Ahmad Kamal sudah mula memupuk citarasa seninya dengan membaca buku yang terdapat di perpustakaan sekolah tersebut. Pada masa itu beliau sudah terdedah dengan Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hamlet dan bayak lagi karya yang terdapat dalam perpustakaan kecil di sekolah tersebut. Apabila dia berpindah ke Sekolah Melayu Prince's Road, Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Maaruf Mahmud, Guru Besar sekolah tersebut yang terkenal sebagai pengarang sastera kanak-kanak, telah melantiknya menjadi Setiausaha Taman Bacaan iaitu perpustakaan sekolah tersebut. Apabila Ahmad Kamal mula berkeja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1968 beliau bertugas dalam satu pejabat dengan Maaruf.

Pada tahun 1956, Ahmad Kamal terpilih menjadi guru Pelatih, mengajar di Sekolah Melayu Jeram, Kuala Selangor. Dia berulang alik setiap hari Sabtu menghadiri kelas Guru Pelatih di Sekolah Melayu Kampung Baru dan kemudian kelas itu berpindah pula ke Sekolah Melayu Tanjong Karang, Selangor berdekatan dengan tempat beliau bertugas. Pada tahun 1958 beliau terpilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, dalam kelas A, iaitu kelas bagi guru pelatih yang terpandai yang mendapat markah tertinggi untuk memasuki maktab tersebut. Di sini dia terdidik dalam bidang akademik bagi membolehkan dia mengambil peperiksaan LCE Type, iaitu Sijil Rendah Pelajaran dalam Bahasa Melayu yang khas untuk pelajar –pelajar MPSI dan MWTC bagi membolehkan mereka mengikuti kursus Perguruan di maktab-maktab tersebut. Ketika ini MPSI sudah mula mengambil pelajar-pelajar daripada sekolah menengah Inggeris. Kelompok pelajar seangaktan dengan Kemala, dan kelompok pelajar setahun sebelumnya, terpakasa belajar lima tahun, tiga tahun untuk persediaan akademik dan dua tahun lagi untuk ilmu perguruan. Ahmad Kamal berjaya memperoleh sijil tersebut dan seterus mengikut kursus perguruan dan tamat pada tahun 1963 dengan dianugerahkna Sijil Perguruan Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu dengan ditauliahkan mengajar dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Pendidikan akademik beliau berikutnya, bersifat autodidik, iaitu belajar sambil bekerja, melalui pos dan pengajian luar kampus. Dengan cara ini beliau berjaya memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (1963), Sijil Tinggi Persekolahan (1974), Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian (Universiti Sains Malaysia, 1980), Sarjana Sastera (Universiti Sains Malaysia,1985) dan Doktor Falsafah (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000). Di celah-celah kesibukan kerja dan belajar sambil bekerja itu, beliau sempat pula berkursus BMP, di Makati, Filipina (1990) dan menyertai International Writing Program, Universiti Iowa, Iowa City, U.S.A. (1993), sebuah institusi akademik dan penulisan yang tersohor di dunia, di bawah pimpinan profesor dan penyair Amerika yang terkenal iaitu Dr. Paul Engle.


Mula menulis 1954

Ahmad Kamal bin Abdullah telah memulakan kerjaya penulisannya sejak tahun 1954 lagi, iaitu sejak di bangku sekolah Melayu. Sehingga kini, selama 57 tahun, dia terus menerus berkarya tanpa mengenal jemu. Bakatnya diserlahkan semasa beliau belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris. Sewaktu itu karya-karyanya telah menjengah di dada-dada akhbar dan majalah tanah air, antaranya Utusan Pamuda, Waktu, Hiburan, Mutiara, Mastika, Bulanan Malaya, Utusan Zaman, dan Berita Minggu. Beliau juga mementaskan dramanya berjudul "Lembayung Senja" di Dewan Suluh Budiman, di MPSI. Seterusnya, beliau tidak jemu-jemu menulis hatta apabila beliau ditukarkan mengajar di daerah pedalaman di Selangor pada masa itu, seperti di Sekolah Melayu Tiram Buruk, Tanjong Karang (1963-1967) dan di Sekolah Teluk Gong, Kelang (1968). Di situ beliau bergaul bersama petani dan mereka yang kelaparan tanah. Jerit derita, dan sumsum sengsara para petani dan para marhain Tanjong Karang dan Teluk Gong itu terungkap tajam dalam sajak-sajak yang sebahagiannya termuat dalam kumpulan puisinya Timbang Terima (1970).

Korpus karya Kemala terdiri daripada genre puisi, sedikit dalam genre cerpen, drama dan cerita kanak-kanak, tetapi banyak dalam penulisan esei dan buku ilmiah. Bakatnya merendang dan namanya menjulang, apbila beliau berkeja di Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1968, bermula sebagai penolong penyunting, menjadi edior majalah-majalah sastera dan berbagai lagi, akhirnya bersara pada tahun 1996 sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan.

Jumlah puisi yang dihasilkan Kemala banyak sekali, dan ini terbukti daripada kumpulan puisi perseorangannya yang sudah terbit yang berjumlah 10 buah dan sebuah lagi menunggu kelahirannya daripada penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul-judul puisi perseorangannya ialah Timbang Terima (1970), Meditasi (1972), Era (1975), Kaktuskaktus (1976), A'yn (1983), Pelabuhan Putih(1989), Titir Zikir (1995), MIM (1999), Ziarah Tanah Kudup (2006), Syurga ke Sembilan (2009) danSumsum Bulan Rawan yang akan segera terbit. Puisinya juga termuat sekurang-kurangnya dalam 25 antologi. Kumpulan cerpennya yang telah terbit berjumlah 3 buah, cerpen dalam antologi sebanyak 8 buah. Kumpulan cerpen perseorangannya ialah Anasir (1983), Firuzia, Firuzia (1990) dan Laut Takjub 25 Cerpen Pilihan (2010). Dramanya sebanyak 4 buah iaitu Di Bumi Lain (1976), Malam Perhitongan(1966), Anna (1972) dan Kelonsong (1985). Buku kanak-kanak 2 buah iaitu Melor, Melur Si Bunga Melur (1974) dan Lani Anak Tani (1977). Jumlah kajian ilmiah dan esei yang dihasilkannya banyak sekali.

Sejak tahun-tahun 1960-an Kemala telah menjadikan "Kebenaran, kejujuran, keindahan, ketuhanan dan kemanusiaan" sebagai landasan falsafah penulisannya. Semua itu dimantapkannya apabila beliau menjadikan "Cinta" sebagai inti dalam koleksi puisi Meditasinya. Meditasi menyorot hakikat kehidupan yang tidak dapat dipisahkan daripada cinta. Cinta yang luas dan universal, yang semuanya berasal daripada cinta Ilahi meman sesuai dengan ajaran Islam seperti yang difahami Kemala, yang dalamnya manusia dilahirkan sebagai khalifah Allah di dunia yang fana.


Anugerah
Sepanjang lebih setengah abad berkarya, Ahmad Kamal Abdullah telah mendapat banyak anugerah dan penghargaan daripada dalam dan luar negara. Antaranya ialah Anugerah S.E.A Write Awards daripada Thailand (1986), Augerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002), Hadiah Sastera Malaysia (1972,1975,1976,1992/93,1995), dan Hadiah Sastera Perdana (1997, 1998/99). Pada tahun 1986, beliau dianugerahkan pingat AMN oleh Baginda Yang DiPertuan Agong dan pada 13 Mac 2001, DYMM Sultan Selangor menganugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dengan gelaran Dato'. Kini beliau bertugas sebagai Sarjana Tamu di Univeriti Putra Malaysia.

Di samping pengharagaan tersebut, dunia akademik turut memberi perhatian terhadap karya-karya beliau dengan mengkajinya secara mendalam. Setakat ini didapati 8 kajian yang terdiri daripada latihan ilmiah, desertasi dan tesis Ph.D telah menjadikan karya-karya Kemala sebagai bahan penelitian. Sejumlah 46 esei menanggapi karya beliau telah pula terhasil oleh berbagai kalangan, daripada para sarjana hinggalah kepada wartawan dan pengkagum keindahan seni sastera ciptaan beliau.

Sesungguhnya, karya-karya Kemala mempunyai mutu yang tinggi, dengan daya renung yang dalam, daya cipta yang menarik dan nilai estetik yang mengkagumkan. Tidak hairanlah karya-karyanya, terutama puisi, bukan sahaja diminati dan menjadi ikutan kepada genarasi baru, malah diminati oleh para sarjana dalam dan luar negara. Hal ini terbukti dengan jumlah hadiah, anugerah dan penghargaan yang diterimanya serta kajian-kajian dan tanggapan-tanggapan pencnita karya seninya seperti yang disebutkan di atas. Lebih jauh daripada itu, karya-karyanya, terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Inggeris, China, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatia.

Ahmad Kamal Abdullah juga terkenal sebagai peneroka bermacam jenis acara dan aktiviti yang dapat memberi kehidupan kepada sastera. Antaranya beliaulah tokoh yang bertanggungjawab mengasaskan tradisi baca puisi pada peringkat antarabangsa di Malaysia, iaitu Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1986. Dalam dunia pergerakan sastera, beliau telah mengasaskan penubuhan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia pada tahun 1993. Tidak kurang pula pentingnya, pada tahun 1989 beliau menjadi utusan Dewan Bahasa dan Pustaka ke Eropah menemui para profesor di sana dengan membawa idea bagi penubuhan Kursi Pengajian Melayu. Beberapa tahun kemudian, tertubuhlah Kursi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda.Tambahan daripada itu, beliau sendiri amat aktif membaca puisi, bukan sahaja dengan menjelajah ke pelosok tanah air, malah ke merata kota besar di dunia, termasuk Sydney,Canberra, Melbourne, Perth, Jakarta, Den Pasar, Seoul, Sturga, Hongkong, Tokyo, Koln, Paris, Santa Cruz, London, Iowa City, Sarajevo, Solo dan Bandung. Yang amat menonjol daripada tradisi baca puisi ini ialah gaya, sebutan dan rentak suara pembacaannya yang lunak yang menjadi ikutan dalam kalangan generasi muda. Bagitu pula, Kemala amat aktif membentangkan kertas kerja memasyhurkan sastera Melayu moden, terutama puisi, pada pelbagai seminar kebangsaan dan antarabangsa, di Malaysia dan di pusat-pusat pengajian Melayu di seluruh dunia.


Sumbangan Karya

Sumbangan Kemala terhadap dunia puisi dan sastera negara dapat diringkaskan seperti berikut:

1. 1. Penglibatan dalam pelbagai genre sastera.

 Puisi, drama, cerpen dan cerita kanak-kanak, esei dan kritikan serta terjemahan. Yang paling menonjol ialah puisi, walaupun yang lain-lain genre itu turut mendapat perhatian pembaca dan terjamin mutunya. Puisi: 25 antologi, 10 kumpulan; drama: 4; Cerpen: 8 antologi, 4 kumpulan; Cerita kanak-kanak: 3.

1. 2. Sejarah Sastera

 Tokoh utama dalam puisi kerohanian berunsur Islam dan tokoh penyair Melayu Islam selepas Amir Hamzah.

 Tokoh penting dalam penulisan puisi mulai periode 60-an, memperhalus pengucapan puisi Melayu moden di Malaysia sebagai penanda pemisahan dengan periode 50-han (bersama-sama dengan rakan-rakan seangkatannya)

1. 3. Pergerakan Sastera
 PENA- Ketua Satu (1983-1986)
 GAPENA- AJK (1970-1972),SetiaUsaha Satu Yang Pertama (1972-1975)
 Persatuan Kesusasteraan Bandingan, Pengasas dan Presiden (1993 hingga sekarang)
 Persatuan Suluh Budiman - Ahli
 Persatuan Penulis Selangor- Ahli
 World Muslim Writes League (Madinah)- Ahli
 Hadiah Sastera Malaysia (1983-1986)- Panel
 S.E.A Write Award bagi Malaysia (2000)- Panel Penilai Akhir
 Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP(2003)- Ketua Panel
 IQ-International Sebuah Jurnal Kesusasteraan Bandingan, Philladephia, Amerika Syarikat (1993- )- Editorial advisory council for Asia
 Hadiah Sastera Perdana (2002-2003)- Ahli Panel
 DBP-AJK Istilah Puisi, Ensiklopedia Kebudayaan Melayu-Pakar Kesusasteraan Melayu
 Majlis Kebudayaan Negeri Selangor(1985-86)- AJK
 Sayembara Mengarang Puisi Darul- Iman bagi seluruh Nusantara(1996)- Panel Penilai
 Sayembara Menulis Puisi Berunsur Islam(1998)- Panel Penilai
 Menubuhkan Bahagian Kesusasteraan Bandingan Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka(1956)
 Pengucapan Puisi Dunia (1986)- Idea dan memperjuangkannya dan sekarang telah jadi tradisi dan berkembang Acara Baca Puisi.
 Pimbinaan Bangunan Teater- turut member idea pembentukan Panggung Negara (sekarang Istana Budaya)bersama-sama PENA (1973-)
 Pertemuan-pertemuan sasterawan dan Baca Puisi dan ceramah sastera seluruah dunia: Pertemuan Sasterawan Indonesia (1976)-Peserta, Puisi Asean (1978)-Peserta, Apresiasi Penyair Puncak Bali (1983) –Peserta,Ceramah di Hankuk Universiti,Seoul, Korea(1985)- Penceramah Tamu dan Baca Sajak, Struga Poetry Evening di Macedonia-
Baca Puisi dan simpusium-Peserta.
 Penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah- 1989 Duta Sastera ke Eropah bagi pihak DBP menyampaikan idea dan misi dari DBP kepada tokoh-tokoh Pengajian Melayu di Eropah bagi penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah.
1. 4. Pengembangan Ilmu Sastera.
 Mengkaji sastera dan menulis skripsi, khususnya dalam bidang puisi moden B.A, M.A., Ph.D

 Mengkaji sastera dan melahirkannya dalam tulisan-tulisan ilmiah dan membentangkannya dalam berbagai seminar dalam dan luar negeri serta menerbitkannya dalam penerbitan berkala dan dalam bentuk buku, sama ada secara individu mahupun secara bersama dengan pengarang lain. 15 Buku kajian.

 Karyanya menjadi bahan kajian dari peringkat B.A hinggalah Ph.D merentasi bukan sahaja bidang Pengajian Melayu, malah dalam bidang Islam. Dikaji oleh pelbagai sarjana, termasuk V.I. Braginsky, Jelani Harun, Nancy Nanny (USA), Maman S. Mahayana (Indonesia), Lalita Sinha, Arbak Othman, dan Mana Sikana..

 Setakat ini telah dua buah Ph.D, khusus menggunakan karya puisi Kemala, terakhir (2010)oleh Abdul Halim Ali dari USPSI.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2011 07:30 PM PDT

Makjun Tekukur

Posted: 06 May 2011 08:16 PM PDT

Sambil borak dengan tuan punya kedai, ada tanya juga samada masih ada lagi makjun utk tekukur. Tujuan makjun ini utk menggalakkan burung dan menyihatkan badan burung. Fungsinya sama macam daun ati-ati, daun manis, kacang hijau,peria katak dan lain-lain bahan. Cuma bagi yg malas nak cari bahan tersebut boleh beli di kedai.

Pengeluar datang dari Indonesia. Rupanya bulat2 cam tahi kambing dan sedikit berminyak. Dulu pernah guna dan seminggu jugak denak tak bunyi. Mungkin sebab panas makan makjun(overdose). Lepas tu terus tak digunakan lagi.

Harga RM 7 satu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di kuala rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2011 07:05 PM PDT

Kuala Rompin terletak di dalam daerah Rompin di Negeri Pahang kira-kira 133 km dari Kuantan. Jika anda ingin datang dari Kuala Lumpur perjalanan ke Kuala Rompin mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit melalui jalan darat. Royal Pahang Billfish International Challenge adalah acara tahunan bertaraf antarabangsa yang diadakan di di sini, menarik kaki-kaki pancing dari serata dunia termasuklah United Kingdom, Singapura, Australia, Indonesia dan juga Thailand. Bukan sahaja menjadi pintu masuk utama ke Pulau Tioman, Kuala Rompin juga terkenal dengan pelbagai restoran yang menyediakan masakan laut yang lazat dan segar, menggunakan udang dan kepah air tawar ditangkap di kuala Sungai Rompin. Masakan sotong dan ketam juga terkenal di sini. Read the English version here.

Cara Ke Kuala Rompin Pahang
Peta Kuala Rompin
Hotel dan Penginapan
Tarikan dan Aktiviti

Bagaimana hendak ke sana? Anda boleh ke Rompin melalui pengangkutan darat atau udara.

Jalan Darat:

Dari Kuala Lumpur – Seremban – Bahau – Mu'adzam Shah -Lanjut (3.5 jam memandu atau 285 kilometer)
Dari Selatan: Johor Bahru – Mersing – Kuala Rompin – Lanjut (2.5 jam memandu atau 215 kilometer)
Dari Utara: Kota Bahru – Kuala Terengganu – Kuantan – Pekan – Lanjut (6.5 jam memandu atau 496 kilometer)

Jalan Udara:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA ke Lapangan Terbang Kuantan

Peta Kuala Rompin


View Larger Map

rompin pahang

More photos

Sekiranya anda ingin membuat tempahan penginapan adalah digalakkan menelefon terus ke hotel yang berkenaan. Tempahan awal dapat mengelakkan anda dari kesukaran mendapatkan bilik penginapan terutamanya pada hari cuti umum dan hujung minggu.

ROMPIN BEACH RESORT
Lot 340 Jalan Pantai Hiburan
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-414 1367
Fax: 609-414 1366

HOTEL SERI MALAYSIA ROMPIN
671 Kg. Tanjung Gemuk
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-413 2724
Fax: 609-413 2732

SUMMERSET COLONIAL HOTEL & VILLAS
Lot 2547
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel : 609-414 1888
Fax: 609-414 0888
E-mail : summerset@rompin.com.my
Laman web: www.summerset.com.my

LANJUT GOLDEN BEACH RESORT
Kampung Lanjut
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel : 609-414 5113
Fax: 609-414 5112
E-mail : enquiries@lanjut.com.my
Laman web: www.lanjut.com.my

Tarikan Di Kuala Rompin Pahang

Aktiviti memancing memang sudah sebati dengan Kuala Rompin namun terdapat juga tarikan lain di sini yang tidak kurang hebatnya.

Pintu Masuk Taman Negara Endau Rompin

Taman Negara Endau-Rompin adalah lokasi tarikan yang sesuai bagi mereka yang sukakan kehijauan, flora fauna serta cabaran di hutan. Popular di kalangan pencinta alam, taman negara ini adalah antara hutan tertua di dunia dan juga habitat kepada beberapa spesis haiwan yang semakin pupus, termasuklah badak sumbu sumatera. Berkeluasan 48905 hektar Taman Negara Endau-Rompin adalah yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara Pahang.

air terjun

Untuk memasuki tempat ini anda perlu mendapatkan pas istimewa dari Perbadanan Taman Negara (Johor) yang boleh dihubungi di talian 07-2237471 atau fax 07-2237471. Alamatnya di JKR 475, Bukit Timbalan, Johor. Dua pintu masuk utama ke Taman Negara Endau-Rompin adalah melalui Nitar dan Kampung Peta (kampung Orang Asli). Jangan lupa menbawa pulang buah tangan berupa cederahati dari rotan yang menarik dihasilkan penduduk Orang Asli.

pantai lanjut rompin

Pantai Lanjut terletak di selatan Negeri Pahang dalam daerah Rompin adalah pantai yang cantik dan tidak tercemar. Terkenal antara pantai terbersih di negeri ini terdapat Lanjut Golden Beach Resort sebagai tempat penginapan.

Search Terms:

  • hotel di rompin pahang
  • hotel di kuala rompin
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2011 07:52 PM PDT

Kiosk TM <b>Di Kuala Rompin</b>, Pahang | Jalur Lebar.NeT

Posted: 25 May 2011 09:00 PM PDT

Posted by admin on May 26th, 2011

Hafiz Computer Services (CA0160761-V)

Kiosk kami telah mula menjalankan operasi pada 17 Mei 2011 di alamat :

Kiosk TM Kuala Rompin, Kiosk 5,

Pasaraya Nan Demo Sdn. Bhd.

Lot 1, KM2, Jalan Rompin – Endau,

26800 Kuala Rompin, Pahang

( Berhampiran Masjid Besar Bandar Kuala Rompin -masjid Tengku Abdullah)

Waktu Operasi

Hari Selasa – Ahad

9 pagi hingga 6.30 petang.

Mereka yang tinggal di kawasan Kuala Rompin, Muadzam Shah dan Endau-Johor / Endau Rompin, boleh berurusan terus dengan kami. Kami juga menerima semua permohonan dari seluruh Malaysia secara online atau datang terus kepada kami. Khidmat yang kami sediakan adalah:

  • Pendaftaran Jalur Lebar Internet untuk perniagaan atau kediaman.
  • Pendaftaran talian tetap (telefon) untuk kediaman atau pejabat (perniagaan).
  • Pendaftaran pakej panggilan Voice Deals untuk kediaman (pelan panggilan murah).
  • Pendaftaran pakej call plan untuk perniagaan.
  • Pendaftaran Jalur Lebar berkelajuan tinggi UNIFI.
  • Pendaftaran Mobile Homeline CDMA

Untuk membuat pendaftaran Jalur Lebar Streamyx / UNIFI / Homeline / Business line / Voice Deals , boleh menghubungi kami melalui mana-mana cara di bawah

YM : hafiz.computer

Borang Pertanyaan : KLIK DI SINI

Nombor Telefon : 019-9377794

Atau Terus sahaja isi borang secara online :

Pakej Jalur Lebar TM  ( Klik Sini)

Pakej Student Gradpack (Klik Sini)

  • CONTOH PENGIRAAN CAJ YANG DIKENAKAN ( KLIK SINI )
  • CARA NAK HANTAR SALINAN IC ( KLIK SINI )

Jom Chat dengan saya..

You can leave a response, or trackback from your own site. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved