ads

Ahad, 3 Julai 2011

06 di janda baik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


Model-80an: Aku kena Pergi <b>Janda Baik</b> Tu Sebab Aku <b>Janda baik</b>...

Posted: 13 Jun 2011 06:35 AM PDT

Assalamualaikum...

Aku selalu macam tu.

Selalu kata pada diri sendiri, kita perlu reward diri sendiri setelah bekerja tak kenal waktu. So kena juga menyelinap keluar dari kepungan anak-anak.

Hakikatnya pergi mana pun, tak jugak ingat untuk diri sendiri. Shopping berkodi semua untuk anak, kalau anak sorang dua boleh tahan. Ini anak macam paku susun berderet maka bersusunlah shopping list yang harus di beli. Beli makan sedap ingat anak. Dalam hati bercita-cita nak bawak anak kesitu untuk merasa sama. Bila duduk kat hotel cantik, ingat anak lagi...pasang angan-angan bawa anak ke situ. Bila tengok pemandangan indah, tak da sapa yang diingat kecuali anak.

Aku selalu macam tu.

Balik cuti sahaja, memang plan nak bawa anak-anak ke tempat itu semula. tengoklah, anak bukan seorang dua kannnn....so kenalah bersedia dengan poket tebal-tebal.

Tak tahu bila...tunggu rezeki mahsyuk insyallah.....

Dah seminggu aku tinggalkan, maka hari sabtu lepas walau cuti sekolah hampir tamat aku cuba luangkan masa bawa anak-anak pergi berkelah di Janda Baik. Rasa bersalah tinggalkan anak-anak memang tak boleh belah..

Biasalah dengan tempahan kek berderet, sampai termiss satu customer akibat salah orang (ku fikir orang sama menempah, rupanya lain-lain), sampai aku tak tidur malam membakar kek dan menyediakan juadah untuk dibawa berkelah.


Berkelah di riverside, siap dengan pondok yang berpangkin dan berlantai.

Alisya antara manusia yang paling teruja. Bangkit jam 4.30 pagi mengejutkan aku yang tertidur ketika menunggu kek di dapur.Mujur....kalau tak, tak merasalah nasi lemak buatan ibunda.

Liana datang ke Janda Baik buat kali ke dua.

Ela garu kepala tanda konpius nak pilih pondok mana....

Air sungai yang berpasir dan berbatu kecil-kecil.....
Oh pokok kedondong....tak tahu pulak...

Kalau datang awal dapat pangkin tinggi instead of lantai rendah begitu....

Ok pilih jangan tak pilih.....Khairi tunang liana ada sekali.....atas permintaan Alisya yang nak tunang Liana pergi sekali. Sayang betul Alisya dengan bakal abang ipar.

Dah pilih tempat maka tibalah masa memunggah segala yang wajib....

Si miaw yang pemalu tapi mahu......

Liana menyusun persiapan untuk menyediakan makanan...
Yeay hari ni kita berkelah sambil makan-makan.

Tuna dan sardin sandiwch dibeli dan disediakan oleh liana....

Kacang tanah dan ikan bilis goreng untuk hidangan nasi lemak....

Alisya sungguh teruja sampai tak mahu makan lagi....

Seperti biasa aku sekeluarga dan makanan tak boleh dipisahkan.....Liana dengan segala keropok mopok, sandiwch, aku dengan nasi lemak sambal ikan bilis, telur rebus dan sambal paru dan ela dengan mee hon gorengnya....

Aku, yanti dan anak-anak...serta ela.....

Paru 300gm

(direbus sampai empuk kemudian hiris tipis2)


Gaul paru dengan serbuk kunyit, garam dan perasa.


Goreng di dalam minyak yang panas dan agak banyak.


Setelah garing, angkat dan tos.



Bahan untuk sambal



20 batang cili kering direbus.


Setelah itu basuh cili itu, buang biji dan kisar bersama seinci belacan.


3 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih dihiris tipis2.


Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris ke dalam minyak sehingga layu. masukkan 1 batang serai yang telah diketuk, kemudian masukkan cili yang telah dikisar tadi.


Tumis sehingga naik minyak, masukkan air asam jawa, gula, garam dan perasa sehingga sambal menjadi likat baru masukkan paru yang sudah digoreng tadi.


Gaul bersama sambal dan angkat serta hidangkan.



Selamat mencuba...mudah mudahan sedap menyelerakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di bentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di bentong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2011 11:07 PM PDT

Posted on June 16, 2011. Filed under: Pahang |

Pengenalan

Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5,526ft/1684m
Titik Permulaan: Pintu Rimba Rajah
Jumlah Kos Trip : RM85 termasuk permit, guide, makan dan minum, transport bentong-kl dan powil

Penunjuk Arah: Rob Rainforest
No Telefon: 012-2225725
Pembantun Penunjuk Arah: Pak Din dan Abang Yeop dari Bentong

Chef: Natgo Wild Team- Beho Bokhe dan Ggey
No Telefon: 013-2262774 dan 013-3229107

Keindahan dan hembusan embum air yang terhasil daripada Air Terjun Chamang menjadi tarikan sampingan kepada para pendaki untuk bermalam di situ supaya para pendaki boleh memulakan aktiviti menakluki Puncak Gunung Rajah dengan tenaga yang penuh pada keesokkan hari. Pada hari minggu terdapat para peniaga yang menjual juadah di pondok gerai berselebahan dengan tandas awam di situ yang bermula di pagi hari untuk santapan para pengunjung Air Tejun Chamang. Faktor keselamatan perlu dititik beratkan kerana terdapat beberapa kawasan yang dikategorikan dalam keadaan berbahaya hasil daripada air pusar yang terbentuk. Terdapat papan tanda yang memaparkan jumlah kes berat yang pernah berlaku sepanjang tahun 2000 supaya ia menjadi peringatan untuk mengelakkan tragedi hitam ini berulang kembali.

Untuk menjejaki Pintu Rimba Rajah, para pendaki boleh memulakan trekking dari Air Terjun Chamang ataupun mengunakan khidmat powil kerana jalan tanah merah yang tidak berturap dan banyak lopak air yang terbentuk. Sepanjang perjalanan tersebut, para pendaki akan bertemu dengan Stesen Jana Kuasa Kecil Sungai Perting dan kawasan perumahan orang asli. Pintu Rimba Rajah merupakan tanah lapang merah dan terdapat dua permatang yang boleh dilalui iaitu Permatang Rajah yang menuju terus ke Puncak Rajah dan Permatang Ulu Kali yang boleh tembus ke Genting Highland.

Puncak Gunung Rajah yang hanya berketinggian 1684m sudah cukup untuk memaksa para pendaki memakai berhelai-helai baju dan seluar kerana ingin mengatasi kesejukan kurang dari 18c. Kesejukan ini semakin memuncak ketika di malam hari kerana angin sejuk bertiup bunyinya bagaikan taufan yang melanda yang telah memaksa kami memperhebatkan penebat suhu di badan kami kerana ingin mengelak kesan hypothemia. Namun disebalik kesejukan ini, Puncak Gunung Rajah memberi permandangan indah hasil dari 360° yang menarik seperti Genting Highland jelas kelihatan, Gunung Benum yang berketinggian 2107m boleh dilihat megah berdiri manakala di malam hari boleh dilihat kelip-kelip lampu bandar seperti Rawang, Tanjung Malim, Bentong, Raub dan juga Kuala Lumpur tersergam indah.

Rencana Perjalanan

10 Jun
1042PM Bertolak dari Hentian Tol Gombak ke Air Terjun Chamang, 0143AM – Sampai di lokasi setelah lepak makan bersama di Bentong

11 Jun
0700AM – Bangun subuh & breakfast, 0835AM – Naik powil ke Pintu Rimba, 0930AM – Tiba di Pintu Rimba Rajah, 1000AM – Mula bergerak menerusi Permatang Rajah, 1056AM – CP Resam, 1129AM – CP Sungai Cagar, 1217PM – CP Lata Naning dan makan tengah hari, 0150PM – Trekking diteruskan ke puncak, 0253PM – CP Batu Hijau, 0315PM – Trekking diteruskan, 0425PM – CP Permatang Guntong, 0542PM – CP LWP dan refilling air botol, 0610PM – Trekking diteruskan, 0644PM – Tiba di Puncak Gunung Rajah

12 Jun
1145AM – Mula turun dari puncak, 1208PM – CP LWP, 0105PM – CP Permatang Guntong dan berehat seketika, 0124PM – Trekking diteruskan, 0201PM – CP Batu Hijau, 0234PM – Trekking diteruskan, 0305PM – CP Lata Naning dan makan tengah hari, 0441PM – Trekking diteruskan, 0516PM- CP Sungai Cagar, 0535PM – CP Resam, 0621PM – Pintu Rimba

Pengalaman Positif dan Negatif

> Perjalanan yang sepatutnya bermula 900PM dari Terminal Putra Gombak akhirnya bermula 1030PM kerana kelewatan peserta
> Kesejukan bermalam di Air Terjun Chamang menyebabkan salah seorang pendaki terkena hypothermia ketika tidur
> Jumlah peserta kira-kira 40 pendaki dan ia terbahagi kepada tiga team iaitu Ikan Bilis, Santai dan Chinese
> Perjalanan dari Pintu Rimba ke CP Resam penuh dengan runtuhan buluh dan pokok serta juga kubang hitam
> Perjalanan dari CP Resam ke CP Sg Cagar penuh dengan resam sehinggakan bercalar-calar tangan kami
> Mental agak terkejut ketika di CP Resam melihatnya tingginya Puncak Rajah
> Perjalanan dari CP Permatang Guntong ke LWP dan ke Puncak semakin tertekan kerana halangan yang hardcore perlu diatasi
> LWP menyediakan air yang agak kekuningan hasil daripada batu-batuan dan akar pokok
> Chinese setup khemah di CP Lata Naning dan terus menuju ke puncak dengan daypack style
> Alhamdulillah Ikan Bilis seramai 12 orang sempat sampai 15 minit sebelum sunset muncul
> Akibat Santai tidak muncul di puncak dan salah pembahagian ration, kami terpaksa mengunakan seboleh yang mungkin ikan bilis untuk mempelbagaikan menu. Oleh itu lima dari lapan menu malam kami berasaskan ikan bilis
> Puncak Rajah memaksa kami memakai berhelai-helai baju dan seluar di waktu maghrib, dan beransur kurang sedikit di waktu malam dan ia kian menjadi di tengah malam dan seterusnya kerana angin yang bertiup bagaikan taufan yang melanda
> Santai hanya sempat sampai di CP Permatang Guntong sebelum matahari terbenam dan mereka bermalam disitu
> Terdapat peserta yang mengadu tentang ternampak makhlus halus berjubah putih mengekori di belakang

Info

> Campsite di Puncak boleh memuatkan kurang daripada 30 pendaki
> Campsite di Lata Naning dan Batu Hijau boleh memuatkan lebih dari 30 pendaki
> LWP boleh dijadikan campsite jika mengunakan hammock+fly
> Permatang Rajah adalah suatu tempat yang agak keras dengan adanya makhlus halus mengacau tidak kira siang atau malam
> Antaranya yang femes ialah 'abang botak' yang suka mengekori peserta di belakang sekali
> Trek Permatang Rajah boleh dikategorikan sebagai hardcore trek dan ianya berkali-kali ganda lebih berat dari Gunung Nuang

Catatan oleh,
Amir Zaki bin Amran

Make a Comment

Be the first to like this post.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di mempaga - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mempaga - Google Blog Search


Family On Bikes: Anjang Juara Veteren <b>di Mempaga</b> wehh!!

Posted: 03 Jul 2011 05:57 PM PDT

Tahniah buat Anjang..no 1 di MTB Challange Felda Ride di Mempaga, Bentong, Pahang semalam dalam kategori Veteren
Ketika di garisan penamat apabila di sarungkan medal
Tak lupa juga lain-lain rider..Seramai 13 rider berjaya menamatkan Jamboree
Dan juga kaum wanita @tokMTB yang memberi sokongan
Iwan semasa di garisan permulaan..rangking out, krem katanya..tapi abis juga
Pak Itam juga turun kali ini
Angah dan Fazlenn wakil @tok Junior
Paklong Haizar dan Naim..steady dengan Fork baru di Mempaga
Tahniah juga buat Eli..no 4 dalam kategori Men Open
Kalau Amat ada, mesti No 1 terus..hehe
Afdal dari Downhill ke XC..keputusan no 17
Keputusan yang membanggakan juga..walaupun tiada basikal XC
Antara lucky draw yang di sapu bersih oleh team @tok..Angah dapat Helmet baru
Eli..kene juga lucky draw
Ejoy dapat juga dalam acara sampingan yang di sediakan pihak penganjur
dan yang paling penting..rider Downhill dapat frame XC..hadiah utama lucky draw..Tahniah Afdal..lepas ni boleh set-up bike XC
Apapun tahniah keluarga @tokMTB..kita jumpa lagi lepas ini di Kayuhan Lubuk YU..

Moh Kayuh Wehh!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di kuala rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


HOMESTAY AL- HANA <b>Di KUALA ROMPIN</b>: BBQ di AL-HANA HOMESTAY KUALA <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 09:08 PM PDT

Pihak AL-HANA menyediakan BBQ TIME kepada pengunjung yang membuat permintaan.
Harga yang kami tetapkan hanya RM 20/kepala Dewasa. Pihak AL-HANA menyediakan bahan2 yang telah di perap dan pengunjung membakarnya sendiri di tempat BBQ yang di sediakan di AL-HANA. Bagi memperolehi bahan2 dan hasilan laut yang fresh pengunjung kena membuat tempahan awal. Jenis2 yang selalu di BBQ adalah
 Ayam, ikan, sotong, udang dan ketam. Nasi goreng cina dan air sirap/air teh juga termasuk dalam package BBQ ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved