06 di janda baik - Google Blog Search |
Model-80an: Aku kena Pergi <b>Janda Baik</b> Tu Sebab Aku <b>Janda baik</b>... Posted: 13 Jun 2011 06:35 AM PDT Assalamualaikum... Aku selalu macam tu. Selalu kata pada diri sendiri, kita perlu reward diri sendiri setelah bekerja tak kenal waktu. So kena juga menyelinap keluar dari kepungan anak-anak. Hakikatnya pergi mana pun, tak jugak ingat untuk diri sendiri. Shopping berkodi semua untuk anak, kalau anak sorang dua boleh tahan. Ini anak macam paku susun berderet maka bersusunlah shopping list yang harus di beli. Beli makan sedap ingat anak. Dalam hati bercita-cita nak bawak anak kesitu untuk merasa sama. Bila duduk kat hotel cantik, ingat anak lagi...pasang angan-angan bawa anak ke situ. Bila tengok pemandangan indah, tak da sapa yang diingat kecuali anak. Aku selalu macam tu. Balik cuti sahaja, memang plan nak bawa anak-anak ke tempat itu semula. tengoklah, anak bukan seorang dua kannnn....so kenalah bersedia dengan poket tebal-tebal. Tak tahu bila...tunggu rezeki mahsyuk insyallah..... Dah seminggu aku tinggalkan, maka hari sabtu lepas walau cuti sekolah hampir tamat aku cuba luangkan masa bawa anak-anak pergi berkelah di Janda Baik. Rasa bersalah tinggalkan anak-anak memang tak boleh belah.. Biasalah dengan tempahan kek berderet, sampai termiss satu customer akibat salah orang (ku fikir orang sama menempah, rupanya lain-lain), sampai aku tak tidur malam membakar kek dan menyediakan juadah untuk dibawa berkelah.
Ela garu kepala tanda konpius nak pilih pondok mana.... Air sungai yang berpasir dan berbatu kecil-kecil..... Kalau datang awal dapat pangkin tinggi instead of lantai rendah begitu.... Ok pilih jangan tak pilih.....Khairi tunang liana ada sekali.....atas permintaan Alisya yang nak tunang Liana pergi sekali. Sayang betul Alisya dengan bakal abang ipar. Dah pilih tempat maka tibalah masa memunggah segala yang wajib.... Si miaw yang pemalu tapi mahu...... Kacang tanah dan ikan bilis goreng untuk hidangan nasi lemak.... Alisya sungguh teruja sampai tak mahu makan lagi.... Seperti biasa aku sekeluarga dan makanan tak boleh dipisahkan.....Liana dengan segala keropok mopok, sandiwch, aku dengan nasi lemak sambal ikan bilis, telur rebus dan sambal paru dan ela dengan mee hon gorengnya.... Aku, yanti dan anak-anak...serta ela..... Paru 300gm (direbus sampai empuk kemudian hiris tipis2) Gaul paru dengan serbuk kunyit, garam dan perasa. Goreng di dalam minyak yang panas dan agak banyak. Setelah garing, angkat dan tos. Bahan untuk sambal 20 batang cili kering direbus. Setelah itu basuh cili itu, buang biji dan kisar bersama seinci belacan. 3 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih dihiris tipis2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris ke dalam minyak sehingga layu. masukkan 1 batang serai yang telah diketuk, kemudian masukkan cili yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik minyak, masukkan air asam jawa, gula, garam dan perasa sehingga sambal menjadi likat baru masukkan paru yang sudah digoreng tadi. Gaul bersama sambal dan angkat serta hidangkan. Selamat mencuba...mudah mudahan sedap menyelerakan. |
You are subscribed to email updates from di janda baik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |