ads

Isnin, 5 September 2011

06 di temerloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Malaysian Triassic Blog: Strata enapan marin Formasi Semantan <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 07:34 PM PDT


Singkapan strata enapan marin kepunyaan Formasi Semantan ini dicerap di Kg. Sempadan, Temerloh, berhampiran sempadan Daerah Bentong dan Temerloh melalui jalan lama Temerloh-Karak. Tiada sebarang fosil ditemui pada singkapan batuan tersebut (agak mengecewakan!).
Litologi utama bagi strata batuan tersebut adalah terdiri daripada turutan/jujukan perlapisan antara syal berkarbon, batu lodak, batu lumpur dan tuf riolit. Perlapisan batuan telah bermiring menghala ke arah tenggara dengan perbagai darjah kemiringan.
Lapisan syal berkarbon yang menindih lapisan batuan tuf riolit dan ditindih oleh batu lumpur.
Batuan tuf riolit yang telah terluluhawa sepenuhnya.
Lapisan batu lumpur yang mempamerkan struktur tertentu akibat kandungan iron.
Kawasan Temerloh terutamanya di kawasan Mentakab sememangnya mempunyai banyak lokaliti-lokaliti berfosil. Jaafar Ahmad telah menjalankan pemetaan geologi di kawasan tersebut dan telah memperkenalkan Formasi Semantan (enapan laut dalam) dan Formasi Kaling (enapan laut cetek) yang masih digunapakai sehingga kini. Menurutnya, Formasi Semantan adalah dianggarkan berusia Trias Tengah hingga Trias Atas, manakala Formasi Kaling pula adalah berusia Trias Atas berdasarkan bukti-bukti paleontologi. Dari kajian terkini, berdasarkan penemuan fosil-fosil terbaru serta maklumat paleontologi terbaru, didapati bahawa Formasi Kaling mungkin terbatas sehingga usia Anisian, Trias Tengah sahaja, manakala Formasi Semantan mungkin berlangsungan dari usia Anisian, Trias Tengah hingga Karnian, Trias Atas. Penulis amat menginginkan ruang /kesempatan untuk menjejak semula kesemua lokaliti-lokaliti berfosil di kawasan tersebut untuk didokumentasikan semula.

di negeri pahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Tiada demokrasi <b>di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2011 11:23 PM PDT


Begitulah nasib NGO, parti politik serta individu yang tidak berpihak kepada BN di Negeri Sembilan ini. Umno bebas menggunakan premis kerajaan termasuk Pusat Dakwah Islamiah Paroi untuk mesyuarat agung Umno. Akan tetapi nasib NGO SAMM untuk mengadakan program santai bersama anak-anak muda di Dataran Senawang dihalang dengan pelbagai cara, seolah-olah SAMM adalah merupakan penjenayah atau kumpulan pengganas.

Walaupun Dataran Senawang terletak dalam DUN Paroi di mana wakil rakyatnya adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sendiri, namun program tersebut telah dihalang dan disekat dengan pelbagai cara, akhirnya program tersebut telah diubah tempat ke Pejabat ADUN Paroi yang serba daif dan sempit.

Sambutan adalah lebih hangat apabila program diubah tempat dengan hadirin yang datang melimpah kawasan perkarangan pejabat hingga atas jalan.

Nasihat kita kepada BN terutamanya pemimpin Umno di Negeri Sembilan ini, selepas ini halanglah lebih hebat lagi program sebegini, kerana tindakbalasnya akan ramai lebih simpati kepada kami dan benci Umno.

Dan Umno, gunakanlah semua kemudahan kerajaan, pusat dakwah, masjid untuk program Umno agar lebih ramai rakyat akan benci anda.

Saksinya sendiri hadirin yang melimpah ruah tanpa perlu diupah di pejabat ADUN Paroi pada pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2011/07/blog-post.html

Ayuh bangkit pencinta keamanan, pencinta keadilan, pembenci kezaliman !

06 di beserah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di beserah - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2011 09:29 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 09:28 PM PDT

Minggu ni rasa aman sedikit sebab tak ada budak KKM. Bukannya apa, asyik berebut nak buat kerja dan bersesak-sesak di dalam bilik yang kecil. Hari ni aku ditugaskan untuk berada di bilik no. 2. Maternal and child health. Berbekalkan ilmu yang hanya 20% saja dari kelas, kami berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu yang baru daripada posting kali ini. Apabila ditanya oleh staff nurse tentang sesuatu perkara, kebanyakannya kami memang tak belajar lagi. Banyak. Tahun ketiga nanti baru belajar. Kami belajar yang sangat basic tentang community ni. Tapi rasanya bagus belajar dari pengalaman yang kita nampak sendiri daripada teori semata-mata. 

Staff nurse di bilik no. 2 ni memang baik dan sanggup ajar aku macam-macam. Terbaik!! Dan hari ni juga aku mula mencucuk 2 orang bayi DTaP, iaitu vaksin kombinasi 5 dalam 1, membantu mencegah 5 jenis penyakit yang sering menjangkiti bayi seperti Difhteria (D), Tetanus (T), acellular Pertusis (aP), Polio (IPV), dan Haemophilus Influenzae type B (Hib). Bayi MESTI diberi suntikan DTaP pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. 

Staff nurse juga ajar macam mana nak dokumenkan taraf kesihatan ibu mengandung, fetus dalam kandungan, dan tahap perkembangan bayi dan kana-kanak. Cara nak menasihatkan pun diajar.


Hari ketiga pergi melawat kilik desa di Kampung Alor Batu. Jalan ke sana memang berliku-liku. Pening kepala dibuatnya. Besar juga klinik desa tu. Bukan bangunan berkayu dah macam dulu-dulu. Kat situ yang ada cuma jururawat masyarakat (JM) saja. Mereka yang menguruskan klinik dan "menjaga" kesihatan penduduk di situ. Klinik desa ini di bawah Poliklinik Komuniti Beserah juga.

Kami diberi taklimat sedikit sebanyak tentang klinik ni. Memang terletak jauh pedalaman dari bandar. Tapi, bekalan air dan elektrik ada. Kira tak la betul-betul pedalam macam perkampungan orang asli. Tapi masalah di kampung ni adalah banyak lalat. Terutamanya selepas hujan. Rumah kat sana kebanyakan rumah kayu. Sedikit je rumah batu. Rumah ketua kampung pun rumah kayu.

Lepas tu, kami dibawa melawat 4 buah rumah; sebuah antenatal (sebelum bersalin), 2 buah rumah postnatal (lepas bersalin),dan sebuah kurang zat makanan (KZM). Pemeriksaan antenatal: buat physical examination, tanya LMP (last menstrual period - maksudnya hari pertama untuk kali terakhir menstruasi) untuk pastikan minggu kandungan, check air kencing untuk tahu aras glukosa, dan macam-macam lagi. Pemeriksaan postnatal termasuk ibu dan bayi. lebih kurang macam di klinik juga. JM kena datang rumah pada hari ke-1, 2, 3, 4, 6, 8, 10 dan 20. Yang lain-lain kena datang ke klinik komuniti. Kalau ada di hospital pada hari 1 ke 2, JM akan lawat pada hari seterusnyalah. Salah seorang yang beranak tu warga Kemboja. Macam ayam dengan itiklah. Tapi dia ada faham BM sikit-sikit. Jadila..

Untuk kes KZM, JM akan tanya tahap nutrisi dan pemakanan seseorang. Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun. Petah bercakap tapi tak mahu makan. Susah nak makan. Sudah berjumpa dengan dietitian. Graf pertumbuhannya masih di tahap warning. Sejak pindah di situ, seleranya makin berkurang sebab semakin aktif.

Hari keempat, masuk bilik no 4. Macam biasa. Ukur panjang (untuk kurang dari 2 tahun, dipanggil panjang), berat, ukur lilit kepala, bagi suntikan Hep B dan DTaP kat bayi (MMR kat bayi dan ATT kat ibu mengandung pada first quickening tak pernah buat lagi, tapi lebih kurang sama je). Semua melalui intramuscular.

Tiba-tiba, pada masa aku nak timbang baby, dia boleh terpancut urine. Nasib baik tak kena baju ke muka ke. Nasib baik juga mak dia cepat-cepat tutup dengan lampin pakai buang. Dah mak dia habis cuci semua, baru ditimbang.

Hari ni memang banyak baby yang kena inject dengan aku. Yang setahun enam bulan tu paling kuat meronta. Dua orang pula tu. Tempat yang hendak diberi suntikan tu pula dibuat keras. Memang akan sakit la jawabnya. Tapi kena asah lagi skill tu.

Hari Jumaat, hari terakhir di sini. Masuk bilik no 10. Bilik untuk ambil darah. Tapi tak ramai pesakit. Semuanya staff nurse yang ambil. Kami hanya bancuh air gula (dextrose) untuk MOGTT. Tak ada buat apa sangat. Jumpa lagi dengan orang warga Kemboja yang kami lawat di Kampung Alor Batu hari tu bersama JM di situ! Anak dia kuning, tapi sikit sajalah. Dalam bacaan 140 mg/dL (level of bilirubin).

P/S: Jika ditanya sama ada posting di mana yang lebih seronok, aku akan jawab KLINIK!!!! ^__^

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

06 di merapoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Malaysia Zoom » <b>Merapoh</b> bakal jadi pusat pertumbuhan baharu

Posted: 03 Aug 2011 04:04 PM PDT

KEDUDUKAN strategik kawasan Merapoh di Lipis yang menjadi penghubung antara Kota Bharu, Kelantan dengan Lembah Klang membolehkan kawasan itu berpotensi dibangunkan menjadi pusat sehenti dan bandar baharu.

Merapoh yang bersempadan dengan daerah Gua Musang, Kelantan kini menjadi destinasi persinggahan lebih 300 buah bas ekspres setiap hari sama ada untuk berhenti makan atau berehat.

Tempias pembangunan di Merapoh berasaskan pelancongan, pertanian dan alam sekitar dapat merancakkan lagi program lawatan sehari pelancong ke bandar bersejarah Kuala Lipis.

Wartawan Utusan Malaysia, HARIS FADILAH AHMAD menemubual Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, DATUK ABDUL RAHMAN MOHAMAD mengenai misi dan visi pembangunan di kawasan Lipis Timur itu.

UTUSAN: Mengapa Merapoh berpotensi sebagai sebuah pusat bandar baharu di Lipis?

ABDUL RAHMAN: Sejak 20 tahun lalu, saya melihat Merapoh sering disinggahi banyak bas ekspres yang membawa ramai penumpang di hentian rawat dan rehat (R&R) untuk berehat dan berbelanja.

Sehubungan itu, kawasan tersebut berpotensi dibangunkan sebagai pusat jualan hasil kampung yang diusahakan oleh petani seperti di R&R Sungai Perak di Perak.

Kemudahan jalan raya yang baik dan laluan kereta api antara Kelantan dan Pahang merupakan antara kemudahan yang mempercepatkan pertumbuhan Merapoh.

Ia sekali gus membantu pembangunan pertanian, pelancongan dan industri desa di kampung tradisional termasuk penempatan Orang Asli berdekatan Merapoh.

Sektor apakah yang memainkan peranan dalam memajukan kawasan ini?

Saya yakin sektor pertanian antara katalis utama membantu memajukan pusat pertumbuhan baharu di sini.

Pembabitan aktif petani menjual hasil kampung termasuk buah-buahan tempatan menjadikan Merapoh sebagai pusat persinggahan R&R yang dikenali ramai.

Justeru, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini menggalakkan penduduk tempatan memajukan tanah terbiar untuk projek pertanian.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut membantu pemasaran dengan menyediakan kemudahan jualan, khidmat pasaran dan pusat pengumpulan hasil pertanian kedua terbesar di Lipis.

Apakah projek kemudahan asas yang sedang dan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri di Merapoh?

Bagi merancakkan sektor perniagaan di Merapoh, Majlis Daerah Lipis (MDL) membina enam ruang perniagaan dan kedai makan untuk peniaga di sini.

Kita juga sedang membina pasar baharu bernilai RM277,000 untuk kemudahan penduduk dan pelancong berbelanja.

PPK Merapoh sedang merancang membangunkan stesen minyak miliknya sebagai pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti kawasan R&R, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), restoran, gerai makan, cenderamata dan kraf tangan.

Hasrat PPK membangunkan kawasan berkenaan dengan lebih terancang bagi menarik bas ekspres berhenti di situ seterusnya membantu penduduk meningkatkan taraf ekonomi sekali gus memberi peluang kepada para pesertanya berniaga bagi memasarkan pelbagai produk pertanian, makanan, makanan ringan dan kraf tangan.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan wang yang banyak untuk membina pam galak dan menaiktaraf bekalan air bersih di sekitar Merapoh, Pagar Sasak, Sungai Temau dan Chegar Perah.

Apakah projek pertanian terbesar yang bakal direalisasikan dalam tempoh terdekat ini di Merapoh?

FAMA akan mewujudkan Terminal Makanan Negara (Teman) di Kechau Tui berdekatan Merapoh sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian di kawasan Pahang Barat.

Hasrat FAMA untuk mewujudkan pusat itu berikutan banyak produk pertanian di daerah ini dan kawasan sekitarnya dan boleh dipasarkan di premis perniagaan dan pasar harian di Merapoh.

Kechau Tui yang berdekatan dengan Merapoh sebagai hab pasaran makanan utama di Pahang Barat juga dilengkapi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memudahkan hubungan antara pengeluar, pembekal dan pengguna.

Projek itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Apakah kesan yang akan wujud apabila kerajaan negeri menaiktaraf Merapoh sebagai pusat pertumbuhan baru berasaskan pertanian dan pelancongan di Lipis?

Penduduk Merapoh dijangka terus bertambah dan peluang memajukan tanah terbiar dengan projek pertanian serta industri desa dapat menawarkan peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk.

Kerajaan Pusat juga akan menaik taraf jalan Lipis-Gua Musang dengan membina laluan empat lorong menerusi projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bermula dari Pelangai, Bentong hingga ke sempadan Gua Musang dalam usaha menjana pertumbuhan ekonomi setempat.

Dengan pelaksanaan projek itu, saya berharap Merapoh akan turut menikmati hasil limpahan ECER dan menjadi sebuah bandar baharu selain menjadi pintu masuk ke Taman Negara yang menawarkan pelancongan bertaraf dunia.

Dipetik dari Utusan Malaysia

06 di lurah bilut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di lurah bilut - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di lurah bilut</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lurah bilut</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2011 09:05 PM PDT

Alhamdulillah, dari 15hb Mei hingga 18hb Mei kami berada di tanah FELDA Lurah Bilut seterusnya ke Felda Sungai Koyan meninggalkan kesan yang sangat dalam dalam lubuk hati. Pelbagai yang indah-indah telah melekat ke dalam anak mata sehingga sekarang masih terbayang-bayang akannya. Ditambah dengan penduduk di kedua-dua buah Felda yang sangat peramah dan sporting. Sehingga membuatkan kami berat kaki untuk melangkah dan meninggalkan tanah keramat pertama yang kami jejaki itu.

Bermula di Felda Lurah bilut bertemu di sana bersama Encik Hussin seorang pengurus Muzium di sana. Sekaligus merupakan salah seorang mangsa interview kami dalam Filem Dokumentari FELDA: RAHSIA BUMI KERAMAT.

Peribadi Encik Hussin amat menyenangkan kami semua. Melayan kami bagai tetamu diRaja. Crew filem dokumentari ini sangat menghargai pelawaan Encik Hussin ke tempat-tempat menarik untuk dilawati. Terutamanya, di sekitar Lurah Bilut. Sehingga juga membuatkan hilang rasa kepenatan dan perasaan jauh untuk ke sana.

Lurah Bilut merupakan sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.Felda Lurah Bilut adalah merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk datang. Contohnya penduduk berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama adalah penanaman Getah dan Kelapa Sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut adalah merupakan Sekolah Wawasan pertama dan model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia. Memang menarik jika singgah ke sana. 

Kami dibawa menaiki tangki sekolah dihadapan muzium terbabit. Memang seronok sekali. Sudahlah dijamu dengan makanan sebelum memulakan pendakian ke puncak tangki. Dibawa pula dengan bekal-bekalan seperti goreng pisang, air ABC, ubi goreng sebagai kudap-kudapan. Perasaan terharu mula menjalar dalam diri masing-masing.

Memulakan pendakian ke atas puncak tangki merubah perasaan kami yang ghairah untuk ke sana dengan gerun dan cemas sedikit. Mana tidaknya, untuk ke puncak memang cerun, tambahan pula tiada unsur keselamatan sewaktu pendakian. Hanya berbekalkan barang-barang equipment shooting sehelai sepinggang dan kudap-kudapan tadi sahaja. Bait-bait semangat kental yang masih ada untuk kami juga menjadi kayu api untuk membakar perjuangan pendakian tersebut. Alangkah indahnya! Jika dinikmati pemandangan sekitar dari atas. Hilang perasaan penat, gayat dan gerun itu tadi. Memang indah dan damai Lurah Bilut. 

To be conti, sebab nak gi makan..hihi geng crew dah datang tu...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

06 di chenor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di chenor - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di chenor</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di chenor</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di chenor</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2011 07:08 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di chenor</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2011 07:05 PM PDT

17 Jun 2011 :

Shift sebelah pagi dari pukul 8.30 pagi-12.00 tengahari di bilik Pesta Konvo bersama Wan.

Janganlah banyak sangat briefing nye. Keh tok gemor menulis report. Yang penting, selama aku duty, kofem nak curi keluar. Beb, dah masuk due date submit assignment. Aku tak print,burn,binding satu habuk lagi ni. Hari ni kedai semua cari pasal aku. Asal aku pergi je, tutup. Mudah-mudahan esok berjalan dengan lancar.

8.15 malam pulak, bengkel pengurusan komunikasi Pesta Konvo. HO HO HO, ada juga kursus komunikasi. Adoiilaahh. NAK PERGI TAK NAK PERGI NAK PERGI TAK NAK PERGI

18 Jun 2011 :

Watikah Perlantikan Seketariat Pesta Konvo di Canselori. Wajib kepada MT (Majlis Tertinggi.) Aminnnn. Selamat tak payah pergi. Lega !

20 Jun 2011 :

Peperiksaan Akhir : PMPI di DKTAMS pada jam 8.30 pagi-11.00pagi. Selepas di DKTAMS, tak sempat dah aku nak balik bilik rasanya. Jam 12.00 tengahari-5.00 petang shift sebelah petang di bilik Pesta Konvo bersama Ana. Memang sah, angkut semua buku-buku untuk study. Jangan kacau aku study walaupun tengah duty.

21 Jun 2011 :

Peperiksaan Akhir : KU di DKTAMS pada jam 8.30 pagi-11.00 pagi. Habis exam, berkejar balik KKM untuk kemas barang. HAA, petang-petang la check out dari KKM. Lagipun, kunci bilik di UO dah ada. Tak payah la nak berkejar dengan waktu pejabat.

Lunyai aku macam ni asyik nak berkejar. Kereta sewa pun tak cari dan booking lagi. Adooii

24 Jun – 26 Jun 2011 :

Kursus Pemantapan Pesta. Tempat masih menjadi tanda tanya. Aigooo, berkem la plak kalau dibuat luar daripada UKM. huhu.

2 Julai 2011 :

Undangan Majlis Perkahwinan Fiza dan pasangan di Taman Pelangi. Kalau Pesta tak tahan aku, aku akan cuba pulang. Masalahnya, nak ambil cuti, kena mohon 3 hari lebih awal. Kang, ada je aku cabut balik. HA HA HA. Muni ! Think your credit. Ok. Fine ==!

and, saya dipelawa oleh Kak Lida untuk menjadi fasilitator program motivasi di SM Teknik Pertanian di Chenor, Pahang. Interesting ! Nak ikut. Semua ditanggung, yang penting jadi fasi. TAPI, [sob sob sob], 3 hari 2 malam bermula pada 17 Jun sehingga 19 Jun 2011. Kalau join, tak study la jawabnya. Manakan sama study tempat sendiri dengan tempat orang. Tempat jatuh lagi ku kenang [Gara-gara jatuh hari itu]. :D

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

06 di kuala rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2011 07:28 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Apr 2011 12:00 AM PDT

Kuala Rompin terletak di dalam daerah Rompin di Negeri Pahang kira-kira 133 km dari Kuantan. Jika anda ingin datang dari Kuala Lumpur perjalanan ke Kuala Rompin mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit melalui jalan darat. Royal Pahang Billfish International Challenge adalah acara tahunan bertaraf antarabangsa yang diadakan di di sini, menarik kaki-kaki pancing dari serata dunia termasuklah United Kingdom, Singapura, Australia, Indonesia dan juga Thailand. Bukan sahaja menjadi pintu masuk utama ke Pulau Tioman, Kuala Rompin juga terkenal dengan pelbagai restoran yang menyediakan masakan laut yang lazat dan segar, menggunakan udang dan kepah air tawar ditangkap di kuala Sungai Rompin. Masakan sotong dan ketam juga terkenal di sini. Read the English version here.

Cara Ke Kuala Rompin Pahang
Peta Kuala Rompin
Hotel dan Penginapan
Tarikan dan Aktiviti

Bagaimana hendak ke sana? Anda boleh ke Rompin melalui pengangkutan darat atau udara.

Jalan Darat:

Dari Kuala Lumpur – Seremban – Bahau – Mu'adzam Shah -Lanjut (3.5 jam memandu atau 285 kilometer)
Dari Selatan: Johor Bahru – Mersing – Kuala Rompin – Lanjut (2.5 jam memandu atau 215 kilometer)
Dari Utara: Kota Bahru – Kuala Terengganu – Kuantan – Pekan – Lanjut (6.5 jam memandu atau 496 kilometer)

Jalan Udara:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA ke Lapangan Terbang Kuantan

Peta Kuala Rompin


View Larger Map

rompin pahang

More photos

Sekiranya anda ingin membuat tempahan penginapan adalah digalakkan menelefon terus ke hotel yang berkenaan. Tempahan awal dapat mengelakkan anda dari kesukaran mendapatkan bilik penginapan terutamanya pada hari cuti umum dan hujung minggu.

ROMPIN BEACH RESORT
Lot 340 Jalan Pantai Hiburan
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-414 1367
Fax: 609-414 1366

HOTEL SERI MALAYSIA ROMPIN
671 Kg. Tanjung Gemuk
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel: 609-413 2724
Fax: 609-413 2732

SUMMERSET COLONIAL HOTEL & VILLAS
Lot 2547
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel : 609-414 1888
Fax: 609-414 0888
E-mail : summerset@rompin.com.my
Laman web: www.summerset.com.my

LANJUT GOLDEN BEACH RESORT
Kampung Lanjut
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur
Tel : 609-414 5113
Fax: 609-414 5112
E-mail : enquiries@lanjut.com.my
Laman web: www.lanjut.com.my

Tarikan Di Kuala Rompin Pahang

Aktiviti memancing memang sudah sebati dengan Kuala Rompin namun terdapat juga tarikan lain di sini yang tidak kurang hebatnya.

Pintu Masuk Taman Negara Endau Rompin

Taman Negara Endau-Rompin adalah lokasi tarikan yang sesuai bagi mereka yang sukakan kehijauan, flora fauna serta cabaran di hutan. Popular di kalangan pencinta alam, taman negara ini adalah antara hutan tertua di dunia dan juga habitat kepada beberapa spesis haiwan yang semakin pupus, termasuklah badak sumbu sumatera. Berkeluasan 48905 hektar Taman Negara Endau-Rompin adalah yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara Pahang.

air terjun

Untuk memasuki tempat ini anda perlu mendapatkan pas istimewa dari Perbadanan Taman Negara (Johor) yang boleh dihubungi di talian 07-2237471 atau fax 07-2237471. Alamatnya di JKR 475, Bukit Timbalan, Johor. Dua pintu masuk utama ke Taman Negara Endau-Rompin adalah melalui Nitar dan Kampung Peta (kampung Orang Asli). Jangan lupa menbawa pulang buah tangan berupa cederahati dari rotan yang menarik dihasilkan penduduk Orang Asli.

pantai lanjut rompin

Pantai Lanjut terletak di selatan Negeri Pahang dalam daerah Rompin adalah pantai yang cantik dan tidak tercemar. Terkenal antara pantai terbersih di negeri ini terdapat Lanjut Golden Beach Resort sebagai tempat penginapan.

Search Terms:

  • hotel di rompin pahang
  • hotel di kuala rompin
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Tragedi Tanah Runtuh <b>di Cameron Highlands</b> mengorbankan 3 <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2011 10:16 AM PDT

CAMERON HIGHLANDS, 7 Ogos (Bernama) — Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian berlaku pada kira-kira 5.45 petang semasa hujan lebat.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenalpasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15 dan Ali Hassan, 50.

Sebanyak tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan telah dimasukkan ke hospital sama.

Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata sebanyak tiga buah rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk masih menjalankan usaha mencari sehingga tegah malam ini.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 km dari jalan Brinchang ke Tanah

Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian.

Wan Mohd Zahari berkata tiga lagi penduduk yang dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Menurut penduduk, lima yang tertimbus termasuk dua wanita yang dijumpai itu ialah Jaafar, 49; Mohd Iqbal Jaafar, 15; Sara bt Guynung, 35; Norma bt Gunung, 51 dan Yusnizan bt Yusof, 22.

06 di nenasi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2011 03:52 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2011 03:04 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2011 12:00 AM PDT

Tidak mengambil berat tentang kepentingan belia <b>di Nenasi</b> | Aduan <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2011 11:22 AM PDT

Assalamualaikum…sy selaku wakil dari Kampung Nenasi ingin mengadu mengenai pemimpin dikawasan kampung kami yg tidak menjalankan tugasnya dengan baik.tidak pernah memberi peluang kepada anak2muda atau belia dikampung kami untuk bersuara dalam apa2 saja halyg berkaitan dgn kampung kami.

Iiada inisiatif lain untuk membangunkan anak2 muda di kawasan kami.sikap lepas tangan amat jelas ditunjukkan oleh pemimpin di tempat kami…terutama dalam aktiviti sukan..aduan telah dibuat kepada pihak atasan,namun sebarang tindakan tidak diambil…sy wakil belia amat kecewa kerana tidak ada sokongan dari pihak pemimpin di kwasan kami sekiranya pihak belia ingin mengadakan sesuatu aktiviti.

By: azman

Aduan yang berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

06 di kuantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuantan - Google Blog Search


Jom Berbuka Puasa <b>Di Kuantan</b> ! | Sengal Zone

Posted: 11 Aug 2011 01:45 AM PDT

Assalamualaikum !! Aku dengan rasa rendah diri dan tunduk tunduk segannya, ingin menjemput korang korang serta korang yang tengah menghadap laptop ni, untuk join Majlis Berbuka Puasa anjuran Blogger Tercinta
Keterangan dan kesilauan adalah seperti dibawah .. Hehe..
************************************
Pada hari AHAD ni, Blogger Tercinta((BTO) ingin membuat satu event kecil-kecilan iaitu majlis berbuka puasa. 



Tempat : Padang MPK 1 (Masjid Besar)
Tarikh : 14hb Ogos 2011 (ahad)
*pukul 5.30 berkumpul di taman kerang


Kami memilih lokasi tersebut kerana
1. berdekatan dengan masjid (senang nak solat maghrib after berbuka)
2. bersebelahan dengan tapak bazaar ramadhan


p/s : BUKAN BLOGGER PUN BOLEH JOIN!! :)
p/s/s : sila bawa tikar (volunteer) 


RSVP Event Facebook klik SINI

untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved