Okay, siang tadi memang tak ber update kerana sibuk
memenuhi aktiviti... Baru-baru ni dapat jemputan dari
staf di kedai perabot sebelah office.. Jemput untuk join
BBQ bersama mereka and the geng, di Sungai Lembing..
Mula-mula macam keberatan tapi memandangkan dah
terlalu lama tak pergi mandi-manda neh, so nadia terima..
And boleh bawak orang lain.. Nadia bawak adik nadia,
malia dan juga kawannya Ila...
Oh serius sangat penat drive dengan jalan yang memang
mencabar kewibawaan si jaguh.. Serius tau sebab kami
bukan ke kawasan yang biasa jadi medan perkelahan
di sungai lembing tuh tapi kami ke air terjun sungai jin,
air terjun ke? entah? sebab airnya tak terjun sangat, just
seperti lata sahaja.... bagi mereka yang biasa berkelah
di sungai lembing, biasa kita akan ke kanan dekat area
kubur untuk ke tempat berkelah tapi untuk ke sungai jin
kena lalu sebelah kiri dan straight sahaja sampai jumpa
satu lagi tempat perkelahan... Tak berapa ramai di situ tapi
memang cantik...Sebelum sampai akan melalui jalan yang
sangat mencabar dan juga perkampungan orang asli kot..
Sebab rambut and muka memang macam orang asli...
Apapun sangat seronok... Nadia mandi pun tak lama sebab
air terlalu sejuk dan mengundang lelah kalau mandi lama-lama..
Awal-awal kami sampai memang tak ada orang, kira rombongan
kami sahaja... tapi dalam jam 3.30 petang tuh, waktu kami
dah beransur nak pulang, datang kumpulan-kumpulan yang
lain... satu kumpulan famili dan satu kumpulan remaja sahaja..
and yang tak best apabila si remaja itu dengan selamba badak
berpeluk dan kiss-kiss kat situ...Public tuh dik oiiii... Patutlah
nadia dengar ada antara budak-budak kami jerit-jerit,
Amerika Mu! Amerika Mu!.... Rupanya hal tersebut...Entahlah,
malas nak komen lebih, fikir sendiri sebab masing-masing punya
akal yang Allah telah kurniakan....
Okay, itu saja cerita nadia.. Oh ya esok nadia ada interview
di area Semambu.. Doakan yang terbaek untuk nadia ya and esok
juga nadia ke klinik sebab kedua-dua telinga nadia masih bernanah
dan sedikit bengkak..Ini pun badan semakin kurang enak, demam
agaknya..... Okay, kawan-kawan semua, jaga kesihatan, jaga
kelakuan dan jagalah kehormatan tak kira di mana sahaja...
Ingat, walau manusia tak nampak tapi Allah sentiasa melihat....
Sekian, terima kaseh....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.