ads

Sabtu, 8 Oktober 2011

06 di bentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search

BLOG PAHANG: 06 <b>di bentong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2011 11:11 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bentong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bentong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bentong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Aug 2011 11:21 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bentong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bentong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 11:44 PM PDT

Posted on June 16, 2011. Filed under: Pahang |

Pengenalan

Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5,526ft/1684m
Titik Permulaan: Pintu Rimba Rajah
Jumlah Kos Trip : RM85 termasuk permit, guide, makan dan minum, transport bentong-kl dan powil

Penunjuk Arah: Rob Rainforest
No Telefon: 012-2225725
Pembantun Penunjuk Arah: Pak Din dan Abang Yeop dari Bentong

Chef: Natgo Wild Team- Beho Bokhe dan Ggey
No Telefon: 013-2262774 dan 013-3229107

Keindahan dan hembusan embum air yang terhasil daripada Air Terjun Chamang menjadi tarikan sampingan kepada para pendaki untuk bermalam di situ supaya para pendaki boleh memulakan aktiviti menakluki Puncak Gunung Rajah dengan tenaga yang penuh pada keesokkan hari. Pada hari minggu terdapat para peniaga yang menjual juadah di pondok gerai berselebahan dengan tandas awam di situ yang bermula di pagi hari untuk santapan para pengunjung Air Tejun Chamang. Faktor keselamatan perlu dititik beratkan kerana terdapat beberapa kawasan yang dikategorikan dalam keadaan berbahaya hasil daripada air pusar yang terbentuk. Terdapat papan tanda yang memaparkan jumlah kes berat yang pernah berlaku sepanjang tahun 2000 supaya ia menjadi peringatan untuk mengelakkan tragedi hitam ini berulang kembali.

Untuk menjejaki Pintu Rimba Rajah, para pendaki boleh memulakan trekking dari Air Terjun Chamang ataupun mengunakan khidmat powil kerana jalan tanah merah yang tidak berturap dan banyak lopak air yang terbentuk. Sepanjang perjalanan tersebut, para pendaki akan bertemu dengan Stesen Jana Kuasa Kecil Sungai Perting dan kawasan perumahan orang asli. Pintu Rimba Rajah merupakan tanah lapang merah dan terdapat dua permatang yang boleh dilalui iaitu Permatang Rajah yang menuju terus ke Puncak Rajah dan Permatang Ulu Kali yang boleh tembus ke Genting Highland.

Puncak Gunung Rajah yang hanya berketinggian 1684m sudah cukup untuk memaksa para pendaki memakai berhelai-helai baju dan seluar kerana ingin mengatasi kesejukan kurang dari 18c. Kesejukan ini semakin memuncak ketika di malam hari kerana angin sejuk bertiup bunyinya bagaikan taufan yang melanda yang telah memaksa kami memperhebatkan penebat suhu di badan kami kerana ingin mengelak kesan hypothemia. Namun disebalik kesejukan ini, Puncak Gunung Rajah memberi permandangan indah hasil dari 360° yang menarik seperti Genting Highland jelas kelihatan, Gunung Benum yang berketinggian 2107m boleh dilihat megah berdiri manakala di malam hari boleh dilihat kelip-kelip lampu bandar seperti Rawang, Tanjung Malim, Bentong, Raub dan juga Kuala Lumpur tersergam indah.

Rencana Perjalanan

10 Jun
1042PM Bertolak dari Hentian Tol Gombak ke Air Terjun Chamang, 0143AM – Sampai di lokasi setelah lepak makan bersama di Bentong

11 Jun
0700AM – Bangun subuh & breakfast, 0835AM – Naik powil ke Pintu Rimba, 0930AM – Tiba di Pintu Rimba Rajah, 1000AM – Mula bergerak menerusi Permatang Rajah, 1056AM – CP Resam, 1129AM – CP Sungai Cagar, 1217PM – CP Lata Naning dan makan tengah hari, 0150PM – Trekking diteruskan ke puncak, 0253PM – CP Batu Hijau, 0315PM – Trekking diteruskan, 0425PM – CP Permatang Guntong, 0542PM – CP LWP dan refilling air botol, 0610PM – Trekking diteruskan, 0644PM – Tiba di Puncak Gunung Rajah

12 Jun
1145AM – Mula turun dari puncak, 1208PM – CP LWP, 0105PM – CP Permatang Guntong dan berehat seketika, 0124PM – Trekking diteruskan, 0201PM – CP Batu Hijau, 0234PM – Trekking diteruskan, 0305PM – CP Lata Naning dan makan tengah hari, 0441PM – Trekking diteruskan, 0516PM- CP Sungai Cagar, 0535PM – CP Resam, 0621PM – Pintu Rimba

Pengalaman Positif dan Negatif

> Perjalanan yang sepatutnya bermula 900PM dari Terminal Putra Gombak akhirnya bermula 1030PM kerana kelewatan peserta
> Kesejukan bermalam di Air Terjun Chamang menyebabkan salah seorang pendaki terkena hypothermia ketika tidur
> Jumlah peserta kira-kira 40 pendaki dan ia terbahagi kepada tiga team iaitu Ikan Bilis, Santai dan Chinese
> Perjalanan dari Pintu Rimba ke CP Resam penuh dengan runtuhan buluh dan pokok serta juga kubang hitam
> Perjalanan dari CP Resam ke CP Sg Cagar penuh dengan resam sehinggakan bercalar-calar tangan kami
> Mental agak terkejut ketika di CP Resam melihatnya tingginya Puncak Rajah
> Perjalanan dari CP Permatang Guntong ke LWP dan ke Puncak semakin tertekan kerana halangan yang hardcore perlu diatasi
> LWP menyediakan air yang agak kekuningan hasil daripada batu-batuan dan akar pokok
> Chinese setup khemah di CP Lata Naning dan terus menuju ke puncak dengan daypack style
> Alhamdulillah Ikan Bilis seramai 12 orang sempat sampai 15 minit sebelum sunset muncul
> Akibat Santai tidak muncul di puncak dan salah pembahagian ration, kami terpaksa mengunakan seboleh yang mungkin ikan bilis untuk mempelbagaikan menu. Oleh itu lima dari lapan menu malam kami berasaskan ikan bilis
> Puncak Rajah memaksa kami memakai berhelai-helai baju dan seluar di waktu maghrib, dan beransur kurang sedikit di waktu malam dan ia kian menjadi di tengah malam dan seterusnya kerana angin yang bertiup bagaikan taufan yang melanda
> Santai hanya sempat sampai di CP Permatang Guntong sebelum matahari terbenam dan mereka bermalam disitu
> Terdapat peserta yang mengadu tentang ternampak makhlus halus berjubah putih mengekori di belakang

Info

> Campsite di Puncak boleh memuatkan kurang daripada 30 pendaki
> Campsite di Lata Naning dan Batu Hijau boleh memuatkan lebih dari 30 pendaki
> LWP boleh dijadikan campsite jika mengunakan hammock+fly
> Permatang Rajah adalah suatu tempat yang agak keras dengan adanya makhlus halus mengacau tidak kira siang atau malam
> Antaranya yang femes ialah 'abang botak' yang suka mengekori peserta di belakang sekali
> Trek Permatang Rajah boleh dikategorikan sebagai hardcore trek dan ianya berkali-kali ganda lebih berat dari Gunung Nuang

Catatan oleh,
Amir Zaki bin Amran

Make a Comment

Be the first to like this post.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PAHANG: 06 <b>di bentong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jul 2011 11:22 PM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri pahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search

Pesakit Arthritis <b>di Negeri</b> Sembilan mendapat rawatan sempurna <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2011 12:47 AM PDT

SEREMBAN, 8 Okt –  Langkah pencegahan menghadapi penyakit arthritis di Negeri Sembilan mendapat perhatian Raja Datin Seri Utama Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri menteri besar merangkap Yang DiPertua PEKERTI Negeri Sembilan.

Menurut statistik kesihatan, kira-kira 5,000 orang penduduk di Negeri Sembilan dikenal pasti bakal menghadapi penyakit tersebut dan langkah pencegahan dari pihak hospital yang di ketuai oleh  Dr. Gun Suk Chyn selaku Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Reumatology HTJS adalah wajar.

Di atas keprihatinan itu, beliau meluangkan masa sepanjang program yang dianjurkan oleh pihak HTJS bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.

Majlis di adakan di Auditorium Gemilang, HTJS.

Pelbagai program yang di atur antaranya ceramah kesedaran arthritis, senaman kesihatan, tayangan video klip MyWIRA (2) dan testimonial bekas pesakit arthritis.

Di dalam ucapan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, beliau hadir bagi menyokong program kesedaran arthritis yang di sambut setiap 12 Oktober sepanjang tahun.

Namun minggu kesedaran arthritis yang dianjurkan HTJS bermula pada 3 Oktober dan berakhir hari ini perlu di manfaatkan oleh semua agar kita tidak meminggirkan pesakit arthritis yang memerlukan sokongan dan dorongan.

"Walaupun kita mendapat peruntukan perubatan daripada kementerian mahu pun agensi swasta dalam menangani penyakit ini, kesedaran daripada individu itu juga penting seperti mengambil tahu kaedah pencegahannya." Ujar Raja Datin Seri Salbiah

Beliau juga mencadangkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan agar menubuhkan Persatuan Arthritis Rheumatoid Negeri Sembilan sebagai satu badan sokongan kepada pesakit arthritis dan keluarga pesakit.

Raja Datin Seri Salbiah turut menyumbangkan RM5,000 untuk persatuan yang bakal ditubuhkan kelak bagi melaksanakan aktiviti yang berkaitan.

Menyambut kehadiran  isteri menteri besar ialah Dato' Dr Hajjah Zailan Dato' Hj Adnan, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Jaafar Che Mat, Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan Dr. Gun Suk Chyn, Presiden Malaysian Society of Rhematology.

Turut hadir ialah isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Paezah Ismail dan Dato' Dermataksiah Abdul Jalil, Timbalan Presiden NCWO Negeri Sembilan.

Oleh : Dudi Aziz

DudiAziz@n9kini.com

Gambar : Dudi Aziz

06 di merapoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2011 09:07 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

PPD Lipis: Pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia <b>di Merapoh</b>

Posted: 01 Jul 2011 11:00 PM PDT

2 Julai 2011, tepat jam 7.45 pagi telah diadakan larian serentak seluruh negara sebagai simbolik kepada pelancaran dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di peringkat sekolah. Dasar ini akan menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
SMK Merapoh, sekolah yang terletak paling utara negeri Pahang bersempadan dengan Gua Musang, Kelantan sangat bertuah kerana pelancaran larian serentak ini telah disempurnakan oleh En. Yahya Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

06 di kuala lipis - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search

Macam Ni Lah: Derita Pok Nik wajah seakan Gajah <b>di Kuala Lipis</b>

Posted: 28 Sep 2011 01:55 AM PDT

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
BENGKAK...Pok Nik We menghidapi ketumbuhan pada wajah sejak 20 tahun lalu.
KUALA LIPIS: Ada kalanya bengkak di mukanya membesar hingga 'menenggelamkan' matanya, tetapi apa yang anehnya, Ismail Yaakob atau lebih dikenali sebagai Pok Nik We, 64, dari Kampung Mentara Baru, di sini, tidak berasa sakit sebaliknya hanya mendatangkan rasa gatal.
Setiap kali mukanya gatal dan bengkaknya membesar, Pok Nik We menggaru menggunakan tuala kecil dan atas keganjilan serta rupanya pelik itulah membuatkan penduduk kampung memberi gelaran 'Lelaki gajah'.

Sudah lebih 20 tahun Pok Nik We diserang penyakit misteri itu dan telinganya sudah lali mendengar orang memanggilnya 'Lelaki gajah' dan gelaran itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk terus berusaha mencari nafkah keluarga dengan hasil pendapatannya sebagai penoreh getah.

Akibat ketumbuhan di kedua belah pipinya itu, mata Pok Nik We sering kali kelihatan 'tenggelam' dan keadaan itu bertambah buruk setiap kali bengkak di mukanya itu membesar, namun keadaan itu tidak menjejaskan penglihatannya.

Dia mengakui sudah biasa, tetapi apa yang menimbulkan rasa pelik ialah mengapa ketumbuhan di kedua-dua belah pipinya itu membesar dan mengecil pada masa-masa tertentu.

"Ia membuatkan bahagian berkenaan gatal. Apa yang pelik ia tidak pula sakit," kata bapa kepada enam anak itu.

Pok Nik We berkata, dia pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kira-kira dua tahun lalu, namun penyakit misteri itu masih berulang.

"Sudah tidak terbilang rasanya bomoh yang saya temui, namun gagal mengubati," katanya.

Warga emas itu berkata, dia kini berserah kepada Allah kerana sudah puas berikhtiar mengubati penyakit dialaminya itu.Dia yang berpendapatan RM600 sebulan kini menyara tiga anak berusia tujuh hingga 20 tahun manakala isterinya tidak bekerja.

Pok Nik We berkata, walaupun mendapat bantuan RM300 sebulan daripada jabatan kebajikan masyarakat (JKM), namun tidak mencukupi.

sumber : metro

Kriket Melayu lancar pusat latihan ke-18 <b>di Kuala Lipis</b>

Posted: 02 Oct 2011 04:08 PM PDT

You are here: Home / Sukan / Kriket Melayu lancar pusat latihan ke-18 di Kuala Lipis

KUALA LIPIS – Persatuan Kriket Melayu Malaysia terus mengaktifkan pembangunan kriket di luar bandar apabila melancarkan pusat ke-18 projek mengembangkan pemain bawah 12 tahun di sini Jumaat lepas.

Pusat di Kuala Lipis dalam Program Pembangunan Kriket Remaja dilancarkan oleh Presiden Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid setelah pertubuhan itu mengenal pasti pusat berkenaan di samping memulakan latihan pengenalan empat bulan lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford sambil diawasi oleh jurulatih dari Kerambit, Sulfian Izudi Deraman.

Ahmad Sarji amat berpuas hati dengan sambutan di Kuala Lipis lebih-lebih lagi ia mendapat pengawasan terus daripada Pengetua SMK Clifford, Haidzir Hussin serta barisan pengurusan sekolah berkenaan.

"Apabila melihat sahaja sambutan yang amat meyakinkan, saya percaya Kuala Lipis akan melahirkan ramai pemain peringkat usia kebangsaan dan skuad utama nasional berdasarkan pengalaman kami dalam membangunkan kriket.

"Sebagai contoh, Gemencheh di Negeri Sembilan yang dilancarkan tahun 1999 telah melahirkan lima pemain utama kebangsaan sekarang. Tidak terkecuali, Pekan (Pahang), Kota Bharu dan Kuala Krai (Kelantan) yang membariskan pemain bawah 15 dan bawah 19 Malaysia," kata Ahmad Sarji.

Di samping melancarkan program berkenaan, beliau turut menyempurnakan pembukaan gelanggang latihan baru bernilai puluhan ribu ringgit yang dibina oleh Kriket Melayu di SMK Clifford.

Pengetua SMK Clifford, Haidzir Hussin berkata, di samping membangunkan pemain bawah 12, sekolahnya juga akan mengambil kesempatan untuk membariskan ramai pemain di sekolah menengah.

SMK Clifford amat bertuah kerana menerima kemasukan murid tahun empat hingga pelajar tingkatan enam di bawah Program Indera Shahbandar yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dahulu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

06 di kuala rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2011 08:04 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Selamat Hari Raya Aidilfitri <b>Di kuala rompin</b>,pahang - blog*spot

Posted: 17 Sep 2011 08:12 AM PDT

PAK CIK FAKRUL DENGAN AIMIN
KELUARGA SEBELAH EMAK SAYA

SELAMAT HARI RAYA DI KUALA ROMPIN,PAHANG
BYK MENDAPAT DUIT RAYA LAGI

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

Tanah Runtuh <b>Di Cameron Highland</b> | Keluarga Mifzal Arsyad©

Posted: 07 Aug 2011 05:21 PM PDT

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bukak paper Berita Harian pagi ni..tgk tajuk utama ttg tanah runtuh di perkampungan orang asli dekat Brinchang, Cameron Highland.. 3 orang sudah disahkan maut n then 3 lagi masih hilang…

CAMERON HIGHLANDS: Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada 5.45 petang semalam berlaku semasa hujan lebat.
Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.

Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama.
Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata tiga rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

status terkini : 7.36 pagi – semua 7 mayat yang tertimbus sudah berjaya dikeluarkan

ps : takutnya baca ttgk bencana alam ni..kat mana2 pun buleh jadi if Allah izinkan…nauzubillah..takziah kepada keluarga mangsa

Entri Berkaitan:

06 di jerantut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search

BLOG PAHANG: 06 <b>di jerantut</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2011 01:46 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di jerantut</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2011 01:44 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Jerantut</b> &#39;Bandar Taman Negara&#39; :: AKUANAKPAHANG

Posted: 14 Aug 2011 09:16 PM PDT

Berada di bandar ini, pasti akan merasai satu kelainan kerana Jerantut kini sudah berubah wajah. Bandar ini kian membangun dengan pesat. Apa tidaknya, bandar Jerantut berterusan menjadi tumpuan para pelancong, usahawan mahupun penduduk yang hendak menetap atau mencari pekerjaan. Terletak di laluan utama ke Taman Negara Kuala Tahan, bandar ini mula diuar-uarkan sebagai Bandar Taman Negara.

Secara tidak langsung, produk-produk pelancongan yang terdapat di daerah ini, memberi kelebihan kepada bandar Jerantut dan sekitarnya. Malah, kedudukan pelancongan di Bandar Taman Negara ini sentiasa menjadi keutamaan kepada pelancong untuk berkunjung sepanjang tahun. Bagi menjadikan Jerantut terus berkembang pesat, Majlis Daerah Jerantut (MDJ) telah mengatur strategi bagi merealisasikan perancangan tersebut.

Beberapa pendekatan diambil termasuk meningkatkan lagi kemudahan serta daya tarikan terbaharu memandangkan bandar itu sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. MDJ juga dilihat menggunakan segala produk yang terdapat di Jerantut untuk diketengahkan seperti kemudahan rekreasi, golf, sukan, aktiviti lasak, gua, budaya dan banyak lagi.

Dari segi rekreasi melibatkan penjelajahan, Gua Kota Gelanggi yang mengandungi beberapa buah gua lain seperti Gua Balai, Gua Ular, Gua Hijau dan Gua Tangga 99, dilihat berpotensi sebagai produk pelancongan.
Meneroka Gua Kota Gelanggi, ia sesuatu yang amat menarik. Pelancong boleh menghabiskan masa sehari suntuk meneroka gua-gua di sini. Begitu juga dengan kemudahan golf di Lembah Kiol, ia sesuai untuk aktiviti sukan selain penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Berada di Jerantut, pelancong yang meminati aktiviti lasak juga boleh meneroka kawasan-kawasan pedalaman di mana terdapat air terjun, sungai dan sebagainya seperti di Ulu Salan, termasuk penggunaan pacuan 4x4 dan kenu. Satu lagi daya tarikan di Jerantut ialah gugusan tanah rancangan Felda dengan produk-produk tersendiri diketengahkan oleh golongan peneroka.

Pelancong boleh merasai kehidupan sebagai peneroka apabila berkunjung ke tanah rancangan di situ.
Untuk menjadikan Jerantut tumpuan ramai, MDJ mahu lebih banyak penganjuran aktiviti dilakukan bukan sahaja dari MDJ sendiri, malah oleh pihak swasta.

Mengenai perubahan mendadak di Jerantut, Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, antara cadangan difikirkan ialah mengabadikan nama Mat Kilau pada sebatang jalan raya di bandar  berkenaan. Menurutnya, pada masa ini sebuah bulatan telah dinamakan Bulatan Mat Kilau. Langkah MDJ itu dilihat amat tepat memandangkan nama Mat Kilau adalah catatan sejarah yang mengharumkan nama Jerantut, negeri Pahang dan juga negara.

Selain itu, bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi, MDJ turut memperkenalkan konsep berniaga malam 'uptown' bagi 'menghidupkan' suasana di Jerantut. Uptown bukan sahaja mewujudkan peluang perniagaan, malah pelancong yang datang atau hendak pulang menggunakan kereta api, akan berbelanja sebelum memulakan perjalanan mereka.

Apabila berada di Jerantut, sebuah menara jam yang baru dibina pasti menarik perhatian pengunjung di samping sebuah galeri yang masih dalam pembinaan serta pengisian. Galeri berkenaan akan memberi segala maklumat mengenai sejarah dan pelancongan yang terdapat di Jerantut serta sekitarnya. Wan Norizan berkata, MDJ akan terus mengorak langkah membangunkan Jerantut bukan sahaja dari segi ekonomi, malah sektor pelancongan.

Sehubungan itu, beberapa program kini dalam perancangan dan akan dimaksudkan dalam kalendar Jerantut untuk menarik kehadiran pengunjung.  Sumber disunting daripada Utusan Malaysia 14 Ogos 2011

Tetap berbangga kerana Jerantut Bandar dan kampung ku. Terima kasih diatas kesungguhan pihak PBT kerana menjadikan Jerantut begitu gah di waktu ini.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

06 di sungai lembing - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search

BLOG PAHANG: 06 <b>di sungai lembing</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2011 02:41 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di sungai lembing</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2011 01:51 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di sungai lembing</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Aug 2011 01:16 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Sg Lembing</b> Jadi Tumpuan Sempena Cuti Aidilfitri

Posted: 19 Aug 2011 12:09 AM PDT

KUANTAN – Sungai Lembing, pekan kecil yang pernah melalui zaman gemilang sebagai pekan terkaya di Pahang sekitar tahun 1880 berikutan aktiviti perlombongan bijih timah, kini tetap menjadi tarikan pelancong apabila semua inap desa di pekan kecil itu habis ditempah semasa musim perayaan Aidilfitri.

Berdasarkan tinjauan Bernama, semua 30 inap desa di pekan kecil itu habis ditempah pengunjung bagi tempoh 26 Ogos ini hingga 2 Sept 2011.

Seorang pengusaha inap desa, Vincent Chow, pemilik Lembing Village Resort ketika ditemui berkata sejak awal Ogos lagi, kebanyakan inap desa di pekan itu telah mula ditempah.

"Kami menawarkan pelbagai aktiviti sempena musim cuti itu nanti, antaranya aktiviti memanjat Bukit Panorama di Sungai Lembing, mandi-manda di Air Terjun Rimbo, melawat Muzium Sungai Lembing dan melawat kawasan tinggalan lombong bijih timah," katanya di sini.

Sungai Lembing pernah menjadi nadi utama kepada kekayaan British pada masa 1880-an dengan aktiviti perlombongan bijih timah dan pernah dilabel sebagai "El-Dorado Timur" di Tanah Melayu hinggakan wujud sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau di Sungai Lembing.

Vincent berkata kemasukan pelancong dari luar juga adalah berikutan cuti panjang perayaan Aidilfitri yang bersambung dengan cuti sambutan kemerdekaan negara.

"Kebanyakan pelancong dari luar seperti dari Kuala Lumpur dan Singapura, sehingga kini kami masih menerima panggilan untuk tempahan," katanya.

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

06 di chini - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di chini - Google Blog Search

BLOG PAHANG: 06 <b>di chini</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2011 01:12 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di chini</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2011 01:45 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di chini</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Ana Lulu <b>di Chini</b> Timur | ‿ Ini blog LYNN

Posted: 14 Aug 2011 07:05 PM PDT

Bila tengok bunga matahari ni mesti teringat nora danish citer ana lulu tu! Gambar ni saya snap kat umah adik ipar saya..suka tengok bunga matahari ni sebab nampak ceria! Cantik....bunga besar...kuning berseri..
Nora danish takde pun shooting kat tempat saya..hehe
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 
BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved