ads

Rabu, 8 Februari 2012

06 di brinchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


HOTEL BAJET MUSLIM <b>DI BRINCHANG</b>, CAMERON HIGHLAND <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:51 AM PST

Description

- FAMILY ROOM MAX 5 ORANG SAHAJA
- 2 UNIT KATIL BESAR
- 24JAM AIR SEJUK/PANAS
- TV /ASTRO
- WIFI
- AIR TEA/KOPI PERCUMA
- PARKING (first came, first service)
- STERIKA/SEJADAH/RUANG SOLAT BERJEMAAH

HARGA: 2H 1M HARI BIASA RM110.00,
HUJUNG MINGGU/CUTI SEKOLAH RM160.00
CUTI AM RM230.00

500Meter KE PASAR MALAM TERBESAR CAMERON HIGHLAND
500Meter KE CUPTUS VALLEY
500Meter KE AKID PELADANG
500Meter KE LADANG STRAWBERRY/SAYUR
8.5KM KE BHARAT TEA
5KM KE KILANG TEA BOH

CALL/SMS: 019-5088280 P.ANIS

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 09:38 AM PST

URL Sumber Asal :-

Travelog aie & sha: Kempunan bermalam <b>di</b> Puncak <b>Brinchang</b>

Posted: 21 Nov 2011 08:10 AM PST

Selepas di Port Dickson, kami kali ini ke Cameron Highlands pula dengan rancangan asal untuk bermalam di puncak Gunung Brinchang. Malang buat kami apabila hajat untuk menikmati pemandangan dari puncak Gunung Brinchang pada waktu pagi tidak kesampaian kerana jalan ke puncak Brinchang ditutup akibat berlaku kejadian tanah runtuh.
Yang peliknya, kami hanya dapat melihat kain rentang amaran yang memberitahu jalan ke puncak Brinchang ditutup ketika kami sudah sampai hampir separuh perjalanan. Agak kecewa juga kerana kami tidak diberi amaran sejak awal-awal lagi. Sepatutnya amaran perlu diletak di simpang masuk dari jalan besar ke laluan Gunung Brinchang, bukannya di pertengahan laluan ke sana.
Dengan tertutupnya laluan tersebut, maka laluan untuk ke 'starting point' ke Gunung Irau juga ditutup. Menurut apa yang kami lihat pada amaran tersebut, laluan itu akan ditutup sehingga 1 Januari tahun depan.
Dengan perasaan yang hampa, kami terpaksa berpatah balik dan bermalam di Kem Sungai Pauh yang sepatutnya menjadi lokasi penginapan kami pada malam kedua. Kami sudah tiada pilihan lain kerana waktu ketika itu sudah menunjukkan jam 2 pagi.
Kem Sungai Pauh diurus tadbir oleh Jabatan Hutan Cameron Highlands. Kem ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik air, surau, bekalan elektrik dan tempat untuk berbarbeque. Ketika kami sampai, kem ini agak lengang, cuma ada tiga buah khemah yang kelihatan.
Bagi yang tidak pernah berkunjung ke kem ini, jika anda dari pekan Brinchang, ambil susur keluar ke kiri di Smokehouse Guest House. Anda kemudian akan melalui bangunan Telekom Malaysia sehingga tiba di sebuah bulatan (round about) kecil, ambil pukul 3 dan terus memandu sehingga ternampak pintu gerbang Jabatan Hutan yang terletak betul-betul di selekoh jalan tersebut.
Tapak perkhemahan ini dibuka 24 jam dan mempunyai tapak letak kereta yang luas. Bayaran masuk dikenakan adalah RM10 seorang untuk sekali masuk dan bagi setiap kumpulan, bayaran tambahan sebanyak RM20 dikenakan sebagai caj penggunaan kemudahan air dan elektrik. Ekspedisi kami kali ini ditemani seorang teman rapat, Ja dan ini bermakna jumlah yang kami terpaksa bayar adalah RM50. Walaupun agak mahal bagi kami, namun kami rasakan ianya berbaloi.

Maka kami pun bermalamlah di Kem Sungai Pauh dan kerana kempunan bermalam di puncak Brinchang, kami bercerita semula kisah-kisah lama ketika bermalam di puncak tersebut suatu ketika dahulu sehingga kami tertidur.

Walaupun tidur agak lewat, namun kami bangun awal keesokan harinya. Dingin yang menggigit tubuh membuatkan kami bersemangat hendak menjelajah Cameron Highlands.  Memang kami tidak merancang untuk membuat sebarang aktiviti berat, kami cuma ingin jalan-jalan sahaja.

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Cameron Highlands. Bagi peminat aktiviti mendaki, Selain Gunung Brinchang dan Irau, Gunung Berembun, Perdah dan Jasar antara yang sering menjadi sasaran para pendaki tegar. Ketiga-tiga puncak tersebut boleh ditawan dalam masa satu hari sahaja. Namun itu semua sudah kami lakukan beberapa kali dahulu. Kedatangan kami kali ini hanya untuk makan angin.

Destinasi pertama kami adalah di kebun-kebun strawberry. Sinonim dengan Cameron Highlands, kebun-kebun strawberry di sini walaupun produk-produknya hampir serupa namun persekitaran yang disajikan adalah berbeza-beza. Setiap kebun mempunyai identiti mereka tersendiri dan ia kelihatan menarik buat mereka yang suka dan pandai menghayati keindahan alam.

Antara kebun strawberry yang terdapat di Cameron Highlands adalah EQ Strawberry Farm, Raju's Hill Strawberry Farm, Kok Lim's Strawberry Farm, Kasimanis Strawberry Farm dan Healthy Strawberry Farm. Kesemua kebun strawberry ini terletak di Pekan Brinchang.

Selain strawberry, ada sesetengah kebun tersebut turut mempamer dan menjual pelbagai jenis pokok kaktus. Namun lebih berbaloi jika anda ke kebun kaktus sendiri seperti di Cactus Point dan Cactus Valley. Bermacam-macam jenis kaktus ada, daripada yang biasa kita lihat sehinggakan kepada bentuk-bentuk pelik yang kita tak pernah lihat.

Tak tahan melihat kecomelan kaktus-kaktus kecil, Sha sempat membeli tujuh pokok kaktus dengan harga RM10. Itu yang kecil, memang murah. Bagi yang bersaiz besar, harganya boleh mencecah RM100-RM200 untuk satu jenis pokok.

Selepas puas melihat strawberry dan kaktus, kami kemudian ke Time Tunnel yang terletak berhampiran dengan Kok Lim's Strawberry Farm, Brinchang. Time Tunnel atau 'terowong masa' merupakan sebuah muzium yang diusahakan oleh seorang anak tempatan bernama See Kok Chan. Muzium ini menghimpunkan pelbagai barangan antik dan kisah-kisah sejarah di Cameron Highlands.

Dengan himpunan peribadi pelbagai barangan antik yang berharga, Kok Chan berjaya membuat setiap pengunjung yang datang menggamit semula memori silam terutama mereka yang berusia emas dan mereka yang menggemari barangan antik. Muzium ini memang menakjubkan dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Hendak tahu apa yang ada di sini, anda perlu datang sendiri dan nikmatinya. Bayaran masuk ke muzium ini adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.Di luar muzium, Kok Chan menyediakan sebuah kafe dengan berkonsepkan kopitiam lama dengan didekorasi  barangan terbuang dan antik. Antara yang menarik adalah penggunaan mesin jahit lama bagi menggantikan meja makan. Harga makanan dan minuman berpatutan dan rasanya juga sedap. Di sini anda patut mencuba kopi panas dengan perasa strawberry, memang ada umph!Destinasi berikutnya adalah di Air Terjun Robinson yang terletak di Tanah Rata. Untuk ke sini anda perlu treking selama lebih kurang 20 minit. Kami tiba ketika hujan masih lagi turun dan hasilnya, kami dapat melihat air terjun tersebut dalam keadaan yang sangat menggerunkan dengan airnya yang keruh dan mengalir dengan begitu deras. Walaupun ketika cuaca baik sekalipun, air terjun ini memang tidak sesuai untuk aktiviti  bermandi-manda.

Ketika senja mula menjengah, kami kemudian bergegas ke pasar malam di pekan Brinchang untuk membeli sedikit makanan untuk makan malam. Pasar malam di sini lebih kurang sama sahaja dengan pasar malam-pasar malam di tempat lain. Namun istimewanya di sini adalah buah-buahan dan sayur-sayurannya yang segar dan dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat-tempat lain. Jagung mentah menjadi pilihan kami untuk dibawa balik ke tapak perkhemahan bagi memeriahkan lagi aktiviti barbeque.

Dengan beberapa ketul ayam yang telah diperam dan dibawa siap-siap dari rumah, ditambah lagi dengan jagung mentah yang baru dibeli dari pasar malam Brinchang, hidangan kami malam itu begitu menyelerakan. Teh o panas melengkapkan lagi santapan kami pada malam yang dingin itu.

Sengaja kami bangun lewat pada keesokan harinya. Plan kami pada hari itu cuma mahu singgah di Ladang Teh BOH di Habu semasa perjalanan pulang ke Shah Alam nanti. Kami memanfaatkan baki masa yang masih ada dengan menghayati sebaik-baiknya persekitaran di kawasan tapak perkhemahan Sungai Pauh itu. Berbanding dengan tapak-tapak perkhemahan lain yang pernah kami kunjungi, ternyata Kem Sungai Pauh adalah yang terbaik setakat ini. Bukan sahaja dari segi kemudahan asas yang disediakan, malah persekitaran yang disajikan.

Lebih kurang waktu tengah hari baru kami bersiap menurunkan khemah dan berkemas untuk ke destinasi berikutnya. Ladang Teh BOH yang terletak di Habu merupakan ladang teh paling popular di Cameron Highlands selepas Ladang Teh Bharat dan Ladang Teh Sungai Palas. Terletak 14 kilometer dari Tanah Rata,

Ladang Teh BOH memberi peluang kepada pengunjungnya untuk melihat sendiri bagaimana daun teh diproses di kilangnya. Selain menyediakan kawasan untuk melihat pemandangan ladang teh (view point), di sini anda juga berpeluang untuk menikmati teh segar di sebuah kafe berhampiran dengan kilang tersebut sambil menghayati pemandangan indah hamparan ladang teh yang menghijau di sana.

Selepas puas mengambil gambar dan menjamu mata, kami kemudian bertolak ke pekan Ringlet untuk makan tengah hari sebelum pulang ke Shah Alam.

Full content generated by Get Full RSS.

Telor Power!: Gunung <b>Brinchang</b>

Posted: 25 Jan 2012 08:40 PM PST

23 Januari 2012   Masa : 0615 Hrs
Cuaca : Sangat baik , berangin dan bersuhu rendah.
Lokasi: Menara Gunung Brinchang.

sebenarnya entri ni khas untuk Cik Ujie kita, kerana dia teringin sangat nak tengok suasana di mossy forest.

Seawal pagi lagi wa dan sifu wa,bergerak ke destinasi pilihan iaitu ke gunung brinchang, dengan bekereta.
Cuaca agak sejuk,bukan memang sejuk giler,sampai wa terketar2 juga lah dibuatnya sehingga menusuk ke tulung sum-sum wa. tapi itu bukanlah menjadi halangan untuk wa belajar kemahiran seni fotografi ni.

Berbekalkan azam dan semangat jiwa yang kental, wa dan sifu bersiap sedia untuk pergi ke puncak gunung brinchang dikala kebanyakkannya species homo sapiens masih ada yang ralit dibuai lena kerana asyik dan menikmati tubuhnya silauti dengan suhu yang sangat dingin. Tetapi Wa tetap dengan pendirian wa iaitu untuk sampai ke destinasi pilihan kali ini,  Jalan untuk kegunung brinchang ada dua sama ada mahu menaiki kenderaan melalui jalan yang berturap atau memilih jalan denai laluan mendaki ke gunung tersebut. Kalau diberi pilihan pun wa memang nak naik kenderaan, apa cilake pula nak pilih cara mendaki ikut trek pagi-pagi buta. buat bazir karen wa jer. Lagipun wa dalam keadaan hendak menimba ilmu bukannya dalam mood hendak hiking.

Digunung ini juga terletaknya hutan mossy yang sentiasa lembab dan berlumut.sekitar kawasannya juga amat indah bagi sang pencinta alam. lebih kurang ada macam dalam filem LOTR part masa si hobbits2 mengembara dalam hutan. Filem yang mana satu? Jangan tanya pasal wa pun tak ingat. Pergi search sendiri,jangan malas sangat.

Gunung brinchang merupakan antara gunung yang ramai pendaki germar mejalankan aktiviti disitu secara berkumpulan.Berketinggian 6666 kaki dari aras laut. juga bersempadan dengan 3 negeri iaitu negeri seladang, negeri tok gajah dan negeri cik siti wan kembang. sempadan tu terletak di beberapa puluhan meter dari aras puncak gunung tersebut.(ke ratusan meter eh....wa tak ingat ler)

Ok meh lihat hasil sentuhan kasar wa berguru dengan sifu selama beberapa jam sahaja.


Setiba wa dan sifu di area ladang teh, kami amik beberapa gambar moment yang ada. tapi tak boleh lama2 kerana kami nak kejarkan masa untuk ke puncak gunung seawal mungkin.Setiba di puncak gunung brinchang, angin bergerak dengan deras, membuatkan wa menutup rapat baju panas. ya sangat sejuk, sejuk dia membuatkan wa rasa mcm nak balik kembali ke rumah. naseb tak beku.



 Ini pula pandangan dari area menara pandang yang ada di gunung brinchang tu. dan material menara tu adalah besi.
 

Selepas puas mengambil beberapa pemandangan di atas, wa mengajak sifu untuk turun bergerak ke mossy forest.(sebenarnya wa tak tahan rassa sejuk berangin dimenara tu). dari are menara wa bergerak secara berjalan kaki, tapi tak pada sifu, dia terpaksa membawa kenderaan menuju kearah mossy forest. dan kalau wa pun, wa akan berbuat sedemikian kerana tak ada kerja wa nak mendaki patah balik untuk mendapatkan kenderaan setelah jalan menuju kearah aras bawah sejauh 200meter.

meh tengok  mossy forest dan sekitarnya.yang sanggat lembab dan berlumut. boleh dikatakan hampir semua ditutupi dengan lumut baek didahan, di ranting, di batu dan ditanah. hati-hati dengan ular hijau yang berbisa disini. dan angker2 yang ada.





 





Full content generated by Get Full RSS.

Blog MamaEma: Jom Makan <b>Di</b> Kedai Pak Nik, <b>Brinchang</b>, Cameron <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2011 12:00 AM PST

salam

selepas dah rehatkan diri kat bilik
perut dah mula berbunyi
tak daya nak menahan lapar dengan cuaca sejuk ni...

terpaksalah kejutkan si adik dari tidur
itu pasal macam moody saja mukanya..
tak puas tidurlah katakan....


di mana-mana tempat ada saja orang kelantan buat bisnes kan..
kalau datang sini... kami akan singgah makan tengahari kedai Pak Nik ni
dari hotel pun tak jauh mana
tapi kena naik kereta jugalah...
nak jalan kaki.....tak terlarat....


hah, banyak dapat sijil penghargaan tu


horeyyyyy
sudah mari...
ikan bakar pari....


tak buka-buka cermin mata hitam kakak
mentang-mentanglah baru dibelinya kat strawberry farm
sejuk-sejuk pun minum ais...


wah, lalat pun nak join sama
best masakannya...habis lauk saya belasah...


still bad mood lagi si adiknya...


selesai sudah bab makan ni...

breakfast kitaorang singgah saja kedai mamak
makan nasi lemak dan juga roti canai

Full content generated by Get Full RSS.

Jamal Rafaie » Blog Archive » Cameron Highland Yang Sejuk

Posted: 20 Dec 2009 04:20 PM PST

Selepas memikirkan dan merancang selama beberapa hari.. Alhamdulillah.. Allah s.w.t mengizinkan saya bersama keluarga bercuti makan angin di Cameron Highland. Kami men'daki' tanah tinggi ini dengan 3 buah kereta yang memuatkan seramai 21 orang semuanya dan kebanyakkannya kanak2 (adik saudara).

Klik Untuk Terus Mengembara>>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No related posts.

Related Posts Pluginfrom Make Money Online.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved