ads

Khamis, 16 Februari 2012

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Tertunailah Hasrat Di Hati: Hari Pertama Ke <b>Bukit Tinggi</b> Padang <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2012 04:22 PM PST

Oleh sebab sampai ke LCCT nak dekat pukul 5.00 pagi, semua kelaparan walaupun dah breakfast di MCD.  Naik flight pukul 7.50 pagi..nasib baiklah tak delay...perjalanan cuma mengambil masa 1 jam  5 minit sahaja.  

Oleh sebab akak menguruskan beg yang hilang..kami dah buang masa dekat 1 jam kat Bandara International Minangkabau Padang sebab kes tersebut.

Singgah makan kat Rumah Makan Pak Datuk yang dah tentulah menghidangkan masakan Minang.   Masakan kat sini sedap dan kena dengan selera akak.  Tapi tak taulah orang lain..akak tak tau berapa kena bayar sebab semua di uruskan oleh suami ketua rombongan Encik Sanusi.

Dari Padang ke Bukit Tinggi mengambil masa dalam 2 jam lebih disebabkan jalan sempit dan bengkang bengkok macam nak naik ke Cameron Highland..kalau naik kereta boleh sampai dalam 1 jam lebih kot. 

Kami makan tengahari lebihkurang pukul 11.00 pagi waktu di sana (kat sini pukul 12.00 tgh)..awal 1 jam ajer.

Masakan Minang kalau tak penuh meja tak sah kan..kena bayar mana yang kita makan..tak nak makan jangan sentuh..walaupun ambil satu keping dorang tetap charge. 

Sampai bingung nak makan yang mana sebab banyak bebeno lauk pauk atas meja.

Sudah semestinya tak lepaskan peluang minum jus alpukat/alpokat ( avocado juice) yang sedap giler.  Ada gak ahli rombongan yang tak boleh telan..

Pemandangan depan restoran..jalan kecik kat sini..kalau ada accident memang macet

Perut kenyang..tapi hati tak senang memikirkan beg

Lepas perut kenyang ke Minangkabau Cultural Documentation and Information Centre (Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau) terletak di Padang Panjang...tak jauh dari tempat makan tadi. 

Ianya merupakan sebuah bangunan khas minangkabau yang disebut rumah gadang koto piliang 

Kat sini akak tak jelajah sampai ke semua tempat..cuma ambil gambar kat bawah..kalau berangan nak pakai baju pengantin minangkabau dan bersanding pun boleh, tak silap dalam RM12.00.  Dorang siap solekan kita tau.. tapi buat per kan..sebab pengantin lelaki (hb akaklah) ada di Kuala Lumpur.

Luas gak tempat ni..tapi semua malas nak jejalan ... pasal ada yang dah pernah sampai kat sini cuma 4-5 orang termasuk akak yang first time sampai.

Tempat shopping pertama..Putri Minang Shopping Centre terletak

Jl. Raya Padang Panjang - Bukittinggi KM. 5 (Bukittinggi KM. 5), Bukittinggi..wah bestnya sebab masa ni semua merasa jadi jutawan sebab bawa wang jutaan rupiah.

Waduh cantik-cantik sungguh sulaman ni kan...Kak Midah tengah memikir nak beli yang mana..akhirnya dia beli design kain warna hitam ..kain warna purpe kalau tak silap.  Akak tak beli sebab kurang minat.

Fesyen ni lagi lah tak minat termasuk anak-anak akak sebab masa akak duk Jakarta tahun 2003 memang design ni  dah ada dah..

Macam-macam jenis telekung@mukena..pilih ajer idaman kalbu..yang penting kena pandai tawar menawar.

Nantikan sambungannya yer


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved